Perkahwinan bukan sekadar penyatuan dua hati

By on June 27, 2011

Perkahwinan bukan sekadar penyatuan dua hati. Itulah mesej dibawakan oleh ISMA Victoria melalui forum yang dianjurkan oleh Biro Wanita dan Keluarga ISMA (BiWanIS) pada 25 Jun 2011. Forum “Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung” yang diadakan di Musollah Universiti of Melbourne ini mengupas isu pergaulan lelaki dan wanita yang dari segi syaraknya.

Forum ini dipengerusikan oleh Naib Pengerusi ISMA Australia, Dr Baiyah Bakrim bersama ahli panel istimewa yang dibawakan khas dari Adelaide iaitu Encik Mohd Hisham bin Sharif yang kini sedang menuntut dalam Ijazah Sarjana Kedoktoran Teknologi Maklumat di Universiti of Adelaide. Bersamanya sebagai ahli panel pada malam itu adalah isterinya Puan Hasifah bt Zainuddin. Selain telah mendirikan rumahtangga selama tujuh tahun, pasangan suami isteri ini telah menghasilkan buku bertajuk Begini Sayang berkisarkan pendidikan anak-anak berdasarkan pengalaman yang telah dilalui. Manakala ahli panel ketiga yang tidak asing lagi dalam komuniti Melayu Melbourne adalah Dr Ihsanuddin Abas, seorang doktor di Frankston Hospital dan Pengerusi ISMA Australia.

Dalam forum ini, Encik Hisham mengupas persoalan hubungan couple sebelum berkahwin di dalam Islam. Ternyata tidak pernah wujud istilah perhubungan lelaki dan perempuan sebelum berkahwin. Namun demikian beliau tidak menafikan fitrah manusia baik lelaki mahupun perempuan yang ingin mencintai dan dicintai. Cara untuk menyalurkan rasa cinta itulah refleksi keimanan seseorang. Encik Hisham juga menekankan bahawa mustahil sebenarnya untuk perhubungan lelaki perempuan bukan muhrim sebelum berkahwin itu terkawal kerana syaitan akan sentiasa menghasut umat manusia untuk terpesong dari landasan sebenar kerana itulah janjinya pada Allah sebelum dicampakkan keluar dari syurga.

Puan Hasifah pula banyak menghuraikan adab-adab sebelum perkahwinan. Walaupun budaya couple itu tidak diiktiraf dalam Islam, namun pertunangan itu dibenarkan dalam Islam. Namun selagi mana akad belum termeterai, pergaulan itu masih terbatas. Tiada garis panduan yang khusus untuk menjelaskan pergaulan bagaimana yang dibolehkan bagi pasangan yang bertunang. Hanya satu prinsip mudah yang dikongsikan oleh Puan Hasifah berdasarkan petikan hadith Rasulullah “...dosa itu apa yang menggetarkan hati dan kebaikan itu apa yang membuatkan jiwa tenang”. Maka peringatan untuk pasangan yang sedang menanti hari bahagia untuk jujur dengan hati sendiri. Puan Hasifah turut menekankan persediaan sebelum berkahwin dari segi fizikal, mental, psikologi, kewangan dan pengurusan rumah tangga. Adalah penting persediaan awal agar pasangan tidak kekok dalam menguruskan hal-hal rumah tangga selepas berkahwin.

Manakala Dr Ihsan berkongsi tentang pengalamannya berkahwin di usia muda. Dalam masyarakat kita di Malaysia terutamanya, perkahwinan di usia muda bukanlah satu kebiasaan. Rata-rata lebih mementingkan persediaan kewangan sebelum dikira ‘layak’ untuk berkahwin. Ini menyebabkan ramai yang tidak memilih untuk berkahwin muda. Tidak dinafikan perkahwinan adalah satu tanggungjawab yang besar. Akibat melihat perkahwinan sebagai sesuatu yang besar, ramai anak muda memilih untuk berpasangan sebelum berkahwin dan mendapat sokongan kebanyakan ibu bapa. Kesanggupan untuk melanggar syarak ini telah menjadi satu budaya di kalangan masyarakat Muslim sehingga ramai di kalangan kita yang boleh menerimanya walaupun bertentangan dengan hakikat Islam yang sebenar. Nasihat Dr Ihsan kepada para hadirin ketika itu, sekiranya merasakan telah bersedia untuk berumahtangga, hendaklah meyakinkan keluarga dengan kematangan dan kewibawaan diri walaupun masih lagi belajar. Inilah perkara yang membuatkan ibu bapa lebih mudah untuk merestui perkahwinan yang dibina walaupun di usia muda.

Dalam forum ini juga banyak membincangkan bagaimana untuk mengibadahkan perkahwinan. Hakikatnya, perkahwinan bukan sekadar penyatuan dua hati. Bukan juga sekadar pembinaan rumah tangga bersama anak-anak. Namun perkahwinan seorang muslim itu mempunyai matlamat yang lebih besar lagi di mana ia menjadi asas pembinaan sebuah ummah. Maka dengan itu, tidaklah wajar untuk perhubungan antara lelaki dan perempuan itu dipandang enteng. Dan persiapan untuk perkahwinan itu hendaklah bermula dari sekarang. Persediaan juga bukanlah sekadar utk hari bahagia semata. Namun, persiapan rapi diperlukan untuk hari-hari yang akan dilalui bersama selepas lafaz nikah diungkap. Moga-moga setiap perkahwinan yang dibina itu benar-benar menuju ke syurga.

Rata-rata hadirin berpuas hati dengan perkongsian pada pada malam itu dan sedikit sebanyak membuka mata tentang adab-adab pergaulan antara lelaki dan perempuan yang dibenarkan dalam Islam. Mungkin sukar sebenarnya untuk menghayati setiap yang cuba disampaikan terutamanya apabila yang batil lebih banyak mempengaruhi budaya masyarakat kita. Namun sebagai umat Islam yang mahukan Islam itu tertegak kembali di atas muka bumi ini, maka haruslah setiap dari kita yang berusaha menegakkan yang hak biarpun terpaksa mengongkah arus hedonisme yang semakin hebat.

Membina Generasi Harapan

Wartawan Media ISMA Victoria

Share

About Penerangan ISMA Australia

  • Pembaca_pagi

    kelihatan seperti sahabat yg saya kenal di dalam gambar. Antaranya adalah encik Hanis Ismail duduk di depan sekali. Agaknya ingin ikut jejak Dr Ihsan ingin kahwin muda.

  • Pembaca_pagi

    Saya ada soalan, kalau saya nk kahwin muda, tp xde duit macamana?

    • pembaca_pagi_reply

      kadang2 budget kahwin yg diletakkan adalah tinggi menyebabkn kita utk fikir tiada duit utk bkahwin, namun jika difikir balik, pekara itu bukan keutamaan

      first thing first, mula berjimat dan letakkan sasaran seawal mana mahu berkahwin, jika dlm masa terdekat, usahakan dgn mula mencari ruang2 pekerjaan sambilan bg yg sedang belajar, discuss dgn parent dan adik beradik

      yg penting skali, calon tu sendiri
      pilih yg terbaik dan tidak mementingkan “bermegah2” terutama skali dlm persandingan
      sy punyai seorg kwn yg berkahwin dgn nilaian AUD50 atas persetujuan ibu bapa. Walimah boleh ditangguhkn kemudian =)

      Anda adalah apa yg ada fikirkan…selamat bersedia

      • Tips nak kahwin muda:
        1. Niat jelas agar Allah bantu mudahkan perancangan perkahwinan kita.
        2. Rancang kewangan, walaupun duit elaun sedikit zaman dulu masih boleh lagi menyimpan berbanding sekarang elaun AUD1200 lagi byk boleh simpan. Dan bila kita bersungguh2 insyaAllah ada jalan yang Allah bukakan untuk kita menyediakan duit yg cukup. Tapi bukannya dari berhutang dgn org!!
        3. Sebab kahwin masa belajar boleh runding kurangkan hantaran perkahwinan, kenduri yang sederhana, boleh deal buat kenduri bersama2 atau kecil-kecilan dahulu.
        4. Expectation msy yg berlebih2n perlu diselesaikan dengan bijak, kita kena yakin dgn apa yg kita lakukan walaupun menongkah arus masy. Sederhana dalam kenduri kahwin sebenarnya memberi gambaran kpd msy bhw yg penting bukanlah kenduri tetapi kehidupan selepas berkahwin.

        Wallahua’lam, jemputlah datang ke rumah kalau nak dapatkan lagi tips2 kahwin muda

  • Pembaca_hampir tengahari

    Bila nk buat versi NSW dan state lain pula?

  • FL

    Pembaca_Pagi, mmg betul kelihatan housemate anda disitu, mnjadi pelajar cemerlang utk program ni.. hehe

    • Pembaca_pagi

      btw, sahabat saya,Encik Hanis kelihatan tidak berganjak dari tempatnya. Semakin hampir gaya langkahnya..

      • pembaca musim exam

        mgkin kat dpan tu ade projector yg perlu die jage… org media agaknye… 😉

  • Pembaca_Pagi, Kalo xde duit, kena usaha cari lagi dan lagi.. tpi ingat, duit kita xkan pernah kita rasa cukup, ckuplah skadar bersederhana dalam urusan majlis2 perkahwinan anda mgikut kemampuan kita

    cukup utk membayar mas kahwin, mgkin ada hantaran dan majlis perkahwinan, dan jgn lupe anda juge perlu mrancang ekonomi kluarga utk dguna slepas kahwin..

    Jadi, kumpullah duit sedikit demi sdikit hgga anda capai target anda sendiri, dan kahwinlah..
    tpi, jgn lupe, bkn duit shj yg anda perlu siapkan, Rohani, fizikal, ilmu n emosi anda juga haruslah mencapai tahap sedia..

    sekian Wassalam

  • Pembaca_pagi

    baiklah, saya akan berazam bersungguh-sungguh.

    dr ihsan,apakah kategori niat yg betul?

  • pelajar_muda

    salam. bagaimana dengan long-distance relatiosnhip?
    kalau hendak mendirikan rumah tangga pun, masih tidak dapat menguruskan alam perkahwinan tu seperti orang lain (faktor jarak. masa)

    sila beri pendapat

  • Pembaca_pagi

    rasanya, pendapat saya, kena jaga hati jugak tu, kalau nk buat long distance relationship (kalau belum kahwin)

    kalau dah kawin, kena pandai plan la kot sesama sendiri..

    saya x kawin lagi..hikhik

  • Ihsan Abas

    Kalau long-distance relationship dan belum plan untuk berkahwin, jumpalah parents dan ikat tanda dahulu, tapi ingat ia bukan tiket untuk pergaulan bebas walau apa cara sekalipun. Tahan diri dan nafsu dengan puasa, itu pesan Nabi kita. Lebih baik lagi tingkatkan pembaikan diri dan persediaan menghadapi perkahwinan agar bila tiba masanya kita sudah bersedia!!

  • pemabca di saat bersiap-siap ke tempat kerja di malaysia

    depan sekali hanis, diiukuti amirul

    kedua-dua sahabat saya jgak

  • Pembaca_pagi

    segalanya bermula dengan niat..