MISIKU, Tercapai di Winter Gathering 2011

By on July 13, 2011

Para Peserta WG'11

10 JULAI 2011, Kyneton: Mantapkan Iman, Sahihkan Ibadah dan Kukuhkan Ukhuwwah (MISIKU) menjadi tema Winter Gathering 2011 (WG11) yang bertempat di Campaspe Downs Country Resort, kira-kira 90km dari pusat bandar Melbourne. WG11 yang dianjurkan oleh ISMA Australia membuka tirai pada 8 Julai lalu dihadiri seramai 150 orang peserta dari seluruh Australia. Para peserta yang tiba kira-kira jam 11 pagi nyata teruja dan gembira dengan suasana persekitaran Campaspe Downs yang cantik dan kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan Campaspe Downs juga baik. ISMA Australia turut berasa bertuah kerana WG11 ini diserikan lagi dengan kehadiran Exco Dakwah ISMA Pusat, Ustaz Abdul Halim Abdullah dan isteri, Ustazah Fariza Ibrahim, serta Naib Presiden 2, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni.

Peserta Bersedia untuk Perlumbaan Kayak

Kerajaan Abasiyyah bersama monumen mereka dalam slot Simulasi ISK

Pelbagai aktiviti menarik dan berguna telah disediakan sepanjang 3 hari 2 malam WG11 dianjurkan. Kesejukan musim dingin yang dirasai tidak melemahkan semangat peserta untuk beraktiviti luar seperti Flying Fox dan Kayak pada sebelah petang hari pertama WG11. Pada sebelah malam pula, para peserta disajikan dengan slot pembentangan bertajuk Bukan Insan Biasa yang dikupas oleh Ustaz Abdul Halim Abdullah. Pembentangan ini telah memberi satu perspektif yang baru kepada peserta dalam melihat kepentingan ijazah yang dikejar selama ini, iaitu kepentingan ijazah demi menyampaikan risalah iaitu islam. Ijazah yang diperolehi tidak sepatutnya diterjemahkan sebagai wang ringgit tetapi sebagai alat untuk membimbing masyarakat ke arah islam yang sempurna.

Peserta Khusyuk Mendengar Pembentangan "Bukan Insan Biasa"

Hari kedua WG11 pula mengupas tajuk Survival Muslim di Malaysia. Dewasa ini, pelbagai ancaman dan serangan pemikiran telah dilakukan oleh kuasa-kuasa asing untuk merosakkan umat islam supaya mereka lebih jauh daripada paksi islam yang sebenar. Ustaz Abdul Halim Abdullah telah mendedahkan 4 formula yang perlu ada pada setiap umat jika mereka mahu terus bertahan di sesebuah negara. Antaranya, umat mesti berkemahuan kuat yang tidak diresapi oleh sebarang bentuk kelemahan. Umat juga mesti mengetahui, yakin dan menghormati prinsip, yang akan memelihara umat daripada tersilap, menyeleweng, bertolak ansur dan tertipu dengan prinsip-prinsip lain. Ustaz Abdul Halim juga ada menegaskan bahawa prinsip tidak akan berubah tetapi strategi yang berubah. Di sebelah malam pula, para peserta lelaki mempersembahkan lakonan berdasarkan kefahaman mereka daripada slot pembentangan yang telah dilalui manakala peserta wanita mempersembahkan lakonan bertajuk Ibu Partiwi di dewan yang berlainan. Drama Ibu Partiwi memaparkan masalah-masalah sosial yang berlaku di kalangan masyarakat, bertujuan untuk menyedarkan peserta akan tanggungjawab yang mereka pikul iaitu menyampaikan islam kerana hanya islam yang boleh merawat masalah-masalah ini sehingga ke akar umbi.

Kelihatan Kerajaan Turki Uthmaniyah Dengan Aksi dan Monumen Mereka

Selesai persembahan Ibu Partiwi 2011

Hari ketiga WG11 dimulakan dengan slot Siapa Yang Tidak Pernah Menangis? Ia merupakan slot simulasi yang memaparkan sejarah kegemilangan dan kejatuhan umat islam di masa lalu. Para peserta dibahagikan mengikut 4 kerajaan islam utama iaitu Khulafa’ Ar-Rasyidin, Umayyah, Abbasiyyah dan Turki Uthmaniyah. Para peserta juga diberikan tugas untuk mencipta laungan semangat, bendera kerajaan dan monumen yang menjadi kebanggaan kerajaan masing-masing. Ketika simulasi, kronologi peristiwa penting yang berlaku dalam 4 kerajaan islam tersebut dibacakan dan monumen-monumen yang dibina dihancurkan oleh fasilitator. Tidak tertahan sebak dihati peserta apabila melihat monumen yang dibina dengan penuh semangat dikoyak-koyak menjadi cebisan-cebisan yang berselerak. Namun, ramai peserta mengakui slot simulasi ini memberi gambaran yang lebih jelas tentang kegemilangan dan kejatuhan khilafah islam berbanding jika ianya disampaikan melalui pembentangan semata. Slot pembentangan terakhir sebelum WG11 melabuhkan tirai bertajuk Tanggungjawab Pemuda untuk peserta kumpulan pertama dan Salah Faham Terhadap Islam untuk peserta kumpulan kedua (yang telah melalui pembentangan Tanggungjawab Pemuda sebelum ini). Islam dimata dunia pada hari ini sering dikaitan dengan terrorism, penindasan terhadap wanita dan persepsi-persepsi negatif yang lain. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai pemuda untuk mengamalkan islam secara menyeluruh dan seterusnya menyampaikan kecantikan islam yang sebenar kepada masyarakat luar agar salah faham yang wujud dapat diperbetulkan. Selepas sesi penutup diadakan, para peserta pulang ke tempat masing-masing kira-kira jam 3 petang.

ISMA Australia mengucapkan setinggi tahniah kepada semua peserta dan ahli jawatankuasa yang telah memberi komitmen yang tinggi agar WG11 dapat berjalan seperti yang dirancangkan. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Ustaz Abdul Halim Abdullah dan isteri, Ustazah Fariza Ibrahim, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni serta ISMA Pusat yang telah memberikan sokongan dan dorongan yang tidak pernah putus. Diharapkan agar Winter Gathering 2011 meninggalkan kenangan manis di hati para peserta. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan.

Disediakan oleh:
Anis Atikah Mohd Alias
Penolong Pengarah Projek WG11

Share

About Penerangan ISMA Australia

  • Pembaca Pagi

    huhu.. teringat ketika saya muda2 dahulu, didengarkan ceramah drpd ust Halim, sungguh menyegarkan iman. Semoga misiku menjadi misi setiap insan di bumi ini. Betul x saudara admin?

    • admin

      Betul tu Pembaca Pagi, sgt2 myegarkan Iman..,Membuka mata, dan myedarkan kita dgn RISALAH yg dibawa..

      MISIKU kali alhamdulillah tercapai di WG11 ^_^

  • Abu Wafa’

    Tahniah ISMA Australia.

  • Pembaca_pagi

    Kelihatan abe Nik kelihatan macho disitu, menunjukkan kehandalan membina kerajaan turki uthmaniyah. Apa pendapat encik Admin.?

    • admin

      Betul tu PembacaPagi, kita umat islam kena handal dalam setiap aspek yang kita mampu, gambar di atas adalah salah satu buktinya 🙂

  • Pembaca Pagi

    Nampak gaya, encik admin seperti pandai dengan rekabentuk binaan.. ini menimbulkan syak wasangka yang baik kepada saya..
    Kerajaan yang baik datangnya dari rakyat yang baik.. semoga cita2 dan harapan melihat kembali khilafah dimakbulkan oleh Allah azzawajall

    • admin

      ameen, janji Allah pasti dan pasti akan terjadi..insyaAllah