Pertandingan Karya & Media Kreatif kembali lagi!

By on July 25, 2011

Pertandingan Karya & Media Kreatif kembali lagi!! Jangan lepaskan peluang ini untuk menggilap dan menonjolkan bakat anda dalam berkarya.

Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah AUD325 menanti anda!

Berikut merupakan terma dan syarat pertandingan.

Tema: Semarakkan Jiwa Kemerdekaan

Tempoh: 1 Ogos – 31 Ogos 2011

Syarat-Syarat Pertandingan

1.       Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berada di Australia dan berlangsung daripada 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2011.

2.       Penyertaan adalah percuma

3.       Penyertaan adalah secara individu atau berkumpulan (3orang sahaja)

4.       Tema adalah Kemerdekaan dan Perjuangan

5.       Tiada had maximum penyertaan

6.       3 kategori yang di pertandingkan.

Kategori 1 : KARYA KREATIF

Kategori terdiri daripada Pantun, Sajak, Seloka, Syair dan juga Cerpen (tidak melebihi 3000 patah perkataan).

Kategori 2 : MEDIA KREATIF (Video)

Kategori terdiri daripada Film/video pendek ( 5-7 minit)

Kategori 3: MEDIA KREATIF (Poster)

Kategori terdiri daripada Poster (size A3), dan Wallpaper ( 800×600)

Kategori 4: Karya Kreatif (Komik)

Komik bersaiz A4 & tidak melebihi 10 muka surat.

7.       Karya-karya tidak menyentuh isu-isu sensitive dan menggunakan bahasa Malaysia yang sopan.

8.       Karya Kreatif adalah karya asli peserta dan sekiranya didapati berlaku sebarang penipuan dan plagiat, penyertaan akan dibatalkan dan hadiah akan ditarik balik.

9.       Pemarkahan diberikan kepada ketepatan dan kesesuaian dengan tema pertandingan dan keaslian karya.

10.     Pihak penganjur mempunyai hak untuk menerbitkan, menayangkan dan mencetak hasil karya kreatif peserta.

11.     Hasil karya/media akan dipamerkan dalam website Isma Australia

12.     Keputusan pengadil adalah muktamad

13.     Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Ogos 2011.

Penyertaan KARYA KREATIF hendaklah dihantar kepada anis.mohdalias@gmail.com

Pernyertaan MEDIA KREATIF hendaklah dihantar kepada nazriabkahar@gmail.com

14.     Pemenang akan diumumkan melalui website Isma Australiadan penyampaian hadiah adalah pada Rumah Terbuka Isma sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri

18.     Hadiah akan di hantar melalui pos bagi pemenang luar kawasan Victoria.

19.     Setiap pemenang untuk setiap kategori hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.

20.     Sebarang pertanyaan boleh di emelkan kepada anis.mohdalias@gmail.com atau nazriabkahar@gmail.com





Share

About Penerangan ISMA Australia

  • Pembaca Pagi

    teringat daku akan sajak yang sangat menyentuh kalbu. Pesan adik setulus pejuang. Kudos to Mr ariff Izzuddin.

  • ahmad22

    Eh, kenapa tak ada announcement pun siapa pemenangnya? dah bulan september ni.

    • admin

      Assalamualaikum wrm wbt

      Disebabkan lanjutan tarikh penyertaan, tarikh baru utk pengumuman keputusan adalah pada 16 September.

      Pihak penganjur memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi.

      • AHMAD22

        owh, terima kasih. hari ni dah 17 september.

        • Mohd Fikri Razali

          Maafkan saya saudara Ahmad22. Saya bertanggungjawab atas kelewatan tersebut.

  • admin

    Assalamualaikum wbt
    Pengumuman pertandingan telah pun dikeluarkan. Sila rujuk berita utama. Tahniah kepada para pemenang.

  • Pembaca Pagi

    Ahmad22 menang x?