Perutusan takziah buat Dr Rameez dan keluarga

By on November 15, 2011
14 Nov – Dukacita dimaklumkan bahawa Puan Zakiah Num Abdullah yang merupakan ibu kepada Konsul General di Melbourne, Dr Rameez Yahaya telah meninggal dunia pada hari ini di Malaysia. Allahyarhamah mengalami kecederaan akibat rompakan yang berlaku awal hari ini. Takziah diucapkan kepada Dr Rameez dan keluarga.
Pihak ISMA-Australia mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. ISMA Australia turut mendoakan semoga Allah memberikan kesabaran dan kekuatan kepada Dr Rameez serta ahli keluarga agar terus tabah dalam menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” – Surah Ali-Imran
Share

About Penerangan ISMA Australia