Tahniah VMPGA!

By on June 25, 2012
MELBOURNE, 26 Jun – ISMA Australia Cawangan Victoria mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan pimpinan baru Victoria Malaysian Postgraduates Association (VMPGA) terutamanya kepada Presiden VMPGA, Ustaz Borhan Che Daud yang dilantik pada mesyuarat agung VMPGA kali ke 6 (sesi 2012/2013) baru-baru ini.

Dalam ucapan Ustaz Borhan selepas pelantikan, beliau menekankan keprihatinan dalam menjaga kebajikan ahli keluarga pelajar yang berada di sini khususnya mereka yang telah berkeluarga. Ini kerana masalah-masalah yang telah atau bakal dihadapi oleh anak-anak setelah beberapa tahun berada di luar negara adalah kehilangan jati diri dan berkurangnya ciri-ciri kemelayuan. Ramai di kalangan anak-anak terutamanya yang sudah tidak fasih berbahasa melayu, tidak tahu mengaji, tidak tahu menulis jawi dan cetek pelajaran agama.
ISMA Victoria sebagai satu badan yang turut mengambil berat tentang isu ini juga pernah mengambil inisiatif mengadakan program kerjasama bersama VMPGA di bawah pimpinan En Shamsul Nizam Kachi Mohideen pada awal tahun 2012. Seminar kekeluargaan Obor Kasih ini menampilkan Prof Dr Sidek Baba sebagai penceramah jemputan.
Berikut adalah barisan kepemimpinan VMPGA sesi 2012/2013 :
Presiden:                            Burhan Che Daud 
Naib Presiden:                    Syed Ashrene Syed Omar 
Naib Presiden II:                  Suhana Md Salleh
Setiausaha:                         Mohd Fauzi Kamarudin
Bendahari:                          Nor Farradila Abdul Aziz 
Biro Pembangunan Akademik dan Rangkaian Pendidikan:
1. Nor Suhaily Abu 
2. Ahmad Nasyran
Biro Kebajikan dan Sosial:
1. Borhanudin Mohd Yusof @ Mohamed
2. Mohd Ridzuan
Biro Penerangan:
1. Mohd Hafiz Zulfakar
ISMA Victoria berharap semoga kerjasama-kerjasama seperti ini dapat diadakan pada masa hadapan.
 Tahniah sekali lagi buat VMPGA tulus dari ISMA Victoria!
-Media ISMA Vic
Share

About Penerangan ISMA Australia