Simulasi perjuangan dalam rehlah masyi sister 2012

By on August 9, 2012
MELBOURNE, 5 Ogos 2012;  “Menyonsong derap perjuangan ar-Rasul SAW” adalah tema yang dipilih buat rehlah masyi sister Victoria pada kali ini dengan harapan peserta dapat menjiwai perjuangan Rasulullah dan para sahabat ketika perang badar yang berlaku beribu tahun dahulu, menurut kata pengarah program saudari Athirah Abas.
Berdasarkan tiga objektif utama iaitu membina ketangkasan peserta sebagai salah satu 10 ciri individu muslim berkualiti: sihat tubuh badan, menghayati secara praktikal cabaran Rasul saw dan sahabat semasa perang badar qubra di bulan ramadhan dan pada masa yang sama merapatkan ukhuwah sesama peserta, program kali ini dirancang dengan pelbagai aktiviti di setiap checkpoint berdasarkan simulasi Badar al-Qubra.
 “Menghayati dan mengambil pengajaran dari kisah sirah adalah satu skill yang perlu kita bina dan rehlah masyi ini dianjurkan untuk tujuan itu, namun apa yang penting adalah niat kerana akhirnya, niat yang akan menentukan apa yang akan kita dapat dari rehlah ini sendiri. Semoga dengan niat yang ikhlas, rehlah ini yang juga merupakan wasilah tarbiyah kita akan memberi manfaat dan dikira sebagai ibadah dibulan Ramadhan yang mulia ini ” , katanya lagi ketika majlis penutup dan resolusi di puncak Point Napean selesai solat zuhur berjemaah.
Seramai 23 peserta telah mengikuti program sepetang yang diadakan di Point Napean National Park, Mornington Peninsula. Keindahan alam yang menyaji mata sepanjang program sedikit sebanyak telah mengurangkan rasa penat peserta dan rata-rata peserta berpendapat bahawa objective rehlah telah tercapai dengan aktiviti yang telah disusun terutamanya War game.
Media-ISMA Victoria
Share

About Penerangan ISMA Australia