Menyelusuri Badar Kubra

By on August 13, 2012

Adelaide, 11 Ogos 2012 – Biro Pembangunan Insan ISMA-SA julang kalinya mengadakan sebuah rehlah yang bertemakan Perperangan Badar Kubra bersempena berlakunya peristiwa tersebut semasa bulan Ramadhan. Kembara Badar Kubra atau KBK itu berbekalkan objektif untuk menerapkan pelbagai ibrah dari perperangan tersebut telah disertai oleh seramai 20 orang yang masing-masing terdiri dari pelbagai lapisan umur.

Perjalanan bermula dari University of Adelaide selepas solat Asar, dan seterusnya menyelusuri sungai yang terkenal di Adelaide, iaitu River Torrens. Sepanjang perjalanan itu, para peserta telah disajikan dengan pelbagai maklumat serta pengajaran-pengajaran penting daripada Badar Kubra yang dapat dijadikan contoh oleh mereka sebagai seorang pelajar muslim di luar negara.

Kembara itu akhirnya berhenti di salah sebuah rumah di Broadview dan seterusnya diteruskan dengan iftar secara berjama’ie. Semoga segala bentuk ibrah yang dapat dipelajari oleh para peserta akan tersemat di dalam hati dan dijadikan landasan untuk beramal secara bersungguh-sungguh, insyaAllah.

Share

About Penerangan ISMA Australia