Aman Palestin Australia

By on April 29, 2013

amanpalestinev2

AMAN PALESTIN AUSTRALIA adalah salah satu cawangan Aman Palestin Berhad di luar negara yang berhasrat untuk melebarkan ruang lingkup amal kebajikan dan kemanusiaan terutama dalam isu Gaza dan Palestin yang berpusat di Malaysia.

Antara objektif yang ingin dicapai adalah;

– mengeketengahkan isu-isu semasa dan maklumat berkenaan dengan Gaza dan Palestin
– menganjurkan program-program amal bagi mengutip dana dan sumbangan dari segenap lapisan masyarakat
– membangkitkan kesedaran dan menjadi barisan hadapan dalam membawa isu Gaza dan Palestin sebagai isu ummat sejagat

Dana dan sumbangan akan disalurkan terus ke Gaza dan Palestin melalui Aman Palestin Berhad Malaysia. Untuk menyumbang secara online boleh berbuat demikian melalui akaun bank berikut;

Nama Akaun: Danial Shaari
BSB: 105 134
No Akaun: 067 248 440
Description: Palestin 2013

Satu team telah ditubuhkan bagi memudahkan gerak kerja promosi dan penganjuran program-program amal dengan melantik beberapa wakil Aman Palestin di Australia dalam setiap negeri iaitu Victoria dan South Australia (buat masa ini). Berikut adalah makluman keahlian team;

Penasihat – Dr. Mohd Ihsanuddin Abas

Ketua Wakil Australia – Danial Ariff Shaari (merangkap wakil di SA)
Wakil South Australia – Nadiah Ishak
Wakil Victoria – Muhammad Nassier Lim, Alia Abdul Halim dan Nurul Fathen Nadia

Sebagai projek pertama, Aman Palestin Australia sudah memulakan kempen mengutip dana bagi tahun 2013 yang akan dijalankan berterusan dan dipromosi secara berkala. Dengan moto “Palestin, Kami Sentiasa Bersamamu”, projek pertama ini bertujuan untuk mengutip dana bagi menjayakan projek-projek 2013 yang telah dirancang oleh Aman Palestin Berhad Malaysia antaranya projek qurban, sektor pendidikan dan kesihatan yang keseluruhannya memerlukan peruntukan sebanyak RM 4 juta. Untuk maklumat lanjut boleh diperolehi melalui laman web berikut;

http://www.amanpalestin.net/salam.php?kategori=projek

Untuk makluman, pada tahun lepas ISMA South Australia melalui beberapa siri promosi kutipan dana dan program amal telah berjaya mengutip sebanyak AUD2800 yang telah pun berjaya disalurkan kepada Palestin melalui Aman Palestin Berhad Malaysia. Untuk tahun ini Aman Palestin Australia mensasarkan kutipan sebanyak AUD10,000 sepanjang tahun ini, in shaa Allah.

Justeru, Aman Palestin Australia mengambil inisiatif bagi mengumpul dana dari kalangan masyarakat Malaysia di Australia dan berharap agar kutipan yang diperolehi dapat membantu meringankan bebanan dan kesusahan yang dihadapi rakyat seaqidah kita di Palestin. Moga dengan usaha kecil ini mampu melahirkan menjana dana membangunkan semula bumi al-Aqsa juga membina masyarakat yang perihatin dan peka dengan isu umat khususnya isu di Palestin.

Share

About Penerangan ISMA Australia