ISMA ni extreme sangatlah…

By on October 11, 2013

“ISMA ni extreme sangat lah  dalam isu ikhtilat! “

“Takkan kena asingkan brothers dan sisters sampai macam tu sekali?”

“Tak bestlah macam ni kalau tiada aktiviti yang campur lelaki dan perempuan.. “

wg6

 

Begitulah antara keluhan yang sering diajukan oleh adik-adik kepada ahli-ahli ISMA mengenai ke”esktrem”an kami mengenai isu ikhtilat. Ke”ekstrem”an yang dimaksudkan oleh adik-adik itu mungkin hasil daripada pemerhatian mereka sepanjang penglibatan dalam program-program anjuran ISMA Australia. Lalu, timbul kehairanan di pemikiran mereka apabila melihat dalam kalangan ahli-ahli ISMA ni,  antara lelaki dan perempuan kami tidak bertegur sapa, apatah lagi  bergurau senda, malah komunikasi antara kami amat minimum sekali. Hairan!

 599538_388728067842919_1753673872_n

Sebagai contoh, dalam program Winter Gathering 2013 anjuran ISMA  Australia cawangan Victoria baru-baru ini, peserta lelaki dan perempuan hanya duduk bersama dalam program berbentuk kuliah atau pembentangan sahaja (peserta lelaki di bahagian hadapan dewan manakala peserta perempuan di bahagian belakang dewan).Adapun aktiviti-aktiviti lain seperti riadhah, bengkel dan LDK, semuanya dijalankan secara berasingan antara lelaki dan perempuan.

 

Adik-adik sekalian,

Sebenarnya, apa yang kami yang lakukan ini bukanlah suatu perkara yang ekstrem. Sebaliknya, kami hanya laksanakan tuntutan asas dalam ikhtilat. Dalam masa yang sama, kami ingin memberi kefahaman kepada adik-adik mengenai pelaksanaan ikhtilat secara praktikal.

 

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran;

 

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka… “  (Surah An-Nur: 30)

Sudah jelas di sini bahawa Allah memerintahkan hamba-NYA yang beriman untuk menundukkan pandangan. Jika kita kaji dengan lebih mendalam tentang aspek ini, kita akan dapati bahawa kita bukan sahaja dilarang untuk melihat aurat bukan mahram,  bahkan bahagian bukan aurat pun turut dilarang.

Rasulullah SAW pernah bersabda;

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepada Ali radliyallahu ‘anhu,
“Wahai Ali janganlah engkau mengikuti pandangan (pertama yang tidak sengaja) dengan pandangan (berikutnya), karena bagi engkau pandangan yang pertama dan tidak boleh bagimu pandangan yang terakhir (pandangan yang kedua)” (HR Abu Dawud dan At-Tirmidzi, dihasankan oleh Syaikh Al-Albani)

Selain menjaga pandangan, kita juga dituntut untuk menjaga batas-batas pergaulan. Berjumpa, bercakap, dan berbincang hendaklah dilakukan berdasarkan keperluan dan objektif yang jelas serta mengikut syariat Islam. Islam melarang lelaki dan perempuan berdua-duaan di tempat tertutup, perbincangan yang diselangi dengan gurauan, gelak tawa, kata-kata manis, dan juga nada suara yang manja hendaklah sedaya upaya dielakkan. Semua ini bertujuan untuk mencegah daripada kita terjebak ke jurang kemaksiatan dan juga menjaga maruah diri terutamanya bagi wanita.

Maka atas kefahaman inilah, kami (ahli-ahli ISMA) beramal dalam kehidupan kami. Walaupun kami bergerak dalam satu organisasi yang ditunjangi ukhuwwah, kami  berusaha sebaik mungkin untuk memastikan tiada ruang percampuran antara kami sama ada di dalam program umum, program khusus mahupun mesyuarat.

555931_389634117752314_1198787991_n

 

Sememangnya pada masa kini, arus permodenan menyebabkan nilai-nilai Islam semakin kurang diamalkan manakala nilai-nilai dari Barat pula menjadi ikutan. Oleh sebab itulah, pemuda dan pemudi yang menjaga ikhtilat akan dipandang pelik dan dilabel ‘jumud’.  Namun kenapa perlu bersedih? Bukankah Islam itu datang dalam keadaan asing dan akan kembali menjadi asing? Maka beruntunglah jika kita memilih untuk menjadi “asing”.

Wallahu ‘Alam

 

Muhammad Farid Nazmi Md Lazim

Timbalan Ketua ISMA Vic

 

 

Share

About Penerangan ISMA Australia

  • Athirah Taha

    mmg benar ISMA ekstrem bab ni! dan inilah antara faktor yg menjadikan saya sangat salute dengan ISMA. bukan cuma ISMAOZ je..malah kat mana-mana pun cawangannya pasti fikrahnya sama tentang bab ikhtilat ni.

    yang ekstrem itu rare..
    yang rare itulah yang istimewa. 🙂

  • Pingback: ISMAWeb()

  • Pingback: ISMAWeb()

  • Danial

    lagi ekstrem dgn Islam actually lagi la bagus. Kalau betul2 extreme dgn Islam tak adalah kes2 bom civilians, pukul bini or bunuh sana sini. Lagi extrem, lagi seseorang itu tahu apa yang halal dan apa yang dibenarkan