KENYATAAN RASMI: PERINGATAN KESELAMATAN KHUSUS BUAT PELAJAR MALAYSIA DI SYDNEY

By on December 15, 2014

logoismaaustraliabaru

PERINGATAN MESRA KHUSUS BUAT PELAJAR MALAYSIA DI SYDNEY DALAM MENJAGA DAN MENINGKATKAN TAHAP KESELAMATAN DIRI

Berikutan isu pengepungan dan tebusan oleh beberapa individu yang menggelarkan diri mereka Islamis di Lindt Cafe, Martin Place yang terletak di pusat bandar Sydney, pihak JKP ISMA Australia ingin menyeru supaya pelajar Malaysia yang dikasihi sekalian dapat meningkatkan lagi tahap keselamatan diri berpandukan langkah-langkah berikut:

  1. Elakkan daripada mengunjungi pusat bandar Sydney sekiranya tiada sebarang keperluan mendesak.

  1. Elakkan daripada mengadakan perjumpaan secara kerap di tempat awam berhampiran pusat bandar Sydney.

  1. Menghubungi pihak Education Malaysia melalui medium komunikasi yang ada jika menghadapi sebarang masalah.

  1. Elakkan berjalan secara berseorangan terutamanya pelajar perempuan di tempat awam, lokasi terpencil, atau tempat yang kurang pencahayaan.

  1. Membuat laporan polis sekiranya menerima gangguan yang menjejaskan aspek fizikal dan mental.

Sekian. Jazakumullahu khairan kathira.

Share

About Penerangan ISMA Australia