SAFIA 2016: Aidilfitri Bukan Alasan untuk Bemudahan dalam Ikhtilat

By on July 25, 2016

Melbourne, 23 Julai – Sambutan aidilfitri di perantauan kali ini diserikan dengan Sambutan Aidilfitri ISMA (VIC), yang meraikan ahli-ahli ISMA VIC, badan-badan organisasi setempat dan hadirin yang bersama-sama ISMA Vic dalam meraikan hari kebesaran ini mengikut tuntutan syariat. Sambutan kali ini turut bertujuan untuk merapatkan hubungan sillaturrahim dan ukhwah antara para tetamu sambil berkenal-kenalan dengan sahabat-sahabat yang baru tiba untuk menuntut di universiti di Victoria.

“Sesungguhnya, sambutan aidilfitri ini sudah sinonoim dengan perkumpulan sanak saudara, kaum kerabat, dan apabila kita hidup di perantauan ini, semailah rasa cinta dan sayang terhadap sahabat-sahabat kita di sini kerana merekalah kaum kerabat, keluarga besar kita di sini,” kata Saudara Zulhairi Mamat, Ketua Jawatankuasa Negeri ISMA (VIC) dalam sesi tazkirahnya semasa SAFIA 2016.

Tekannya lagi di dalam rakaman video Tazkirah ISMA VIC, “Sambutan hari kebesaran ini tidak seharusnya menjadi alasan untuk kita bermudah-mudahan dalam penjagaan ikhtilat kerana sesungguhnya Islam itu sudah menggariskan adab-adab dalam bermajlis bagi menjaga maruah dan fitrah kita, sama ada lelaki mahupun perempuan,”

Sesungguhnya  Islam itu meraikan persaudaran seaqidah sebagaimana hadith,

“Perumpamaan orang Islam yang saling mengasihi dan mencintai satu sama lain adalah ibarat satu tubuh,

Jika salah satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh tubuh akan ikut merasa sakit dan tidak bisa tidur ” (Hadith Bukhari)

Walau bagaimanapun, hal ini tidah menghalalkan pencampuran lelaki dan perempuan tanpa sekatan dan bertepuk tampar dalam majlis keraian, lebih-lebih lagi majlis yang meraikan hari kebesaran ummat Islam. Sesungguhnya, ISMA Victoria menyeru kepada masyarakat muslim, khususnya di Australia, untuk tidak mengamalkan Islam secara berjuzu’ dan selektif kerana sesungguhnya, yakinlah bahwa Islam itu agama yang syumul lagi praktikal.

SAFIA 2016 yang berlangsung di Drill Hall, MCH building pada 23 Julai ini diserikan dengan kehadiran tetamu mencecah 100 orang yang terdiri daripada pelajar, wakil badan organisasi seperti MASCA dan EHSAN dan juga para professional yang bekerja di sekitar kawasan Victoria. Selain daripada aktiviti jamuan makan, SAFIA 2016 turut menghiburkan para tetamu dengan persembahan sajak dan kuiz KAHOOT yang berlangsung sepanjang program.

Share

About Penerangan ISMA Australia