Mengangkat Panji Islam melalui Media

By on October 8, 2016

14581477_10209676248036920_5356928606290942842_n

Allah letak setiap dari hambanya yang dipilih untuk agamaNya mengikut kekuatan dan kelebihan masing-masing. Kalau kita lihat pada zaman Rasulullah, betapa baginda sangat menekankan tentang identiti. Baginda menyuruh kita berbeza dan mempunyai identiti tersendiri, sebagai contoh baginda mengalakkan orang islam menyimpan jambang, puasa hari berbeza dengan yahudi dan bila kita lihat ketika peperangan, betapa pentingnya panji Islam kerana ia melambang identiti bagi muslim. Panji islam tidak boleh jatuh dan harus sentiasa ditegakkan walaupun apa jua yang berlaku.Para Sahabat berkorban diri semata-mata untuk memastikan panji Islam terus tegak berdiri.

Hasil dari Tarbiyah, kami memahami kekuatan Islam bukan hanya dari segi rohani dan fizikal tetapi ia juga merangkumi segala aspek termasuklah identiti Islam itu sendiri. Seperti mana kita lihat syarikat-syarikat besar seperti Apple, Audi, Bmw, Nike, Google sangat mementingkan identiti mereka, tetapi kenapa bila berkaitan dengan identiti Islam kita tak berusaha untuk menaikkannya?

Alhamdulillah, di saat orang memandang lekeh terhadap kerja-kerja agama, kami dengan penuh izzah memegang panji dan menegakkan identiti Islam melalui Media. Kerana Islam itu cantik, dan Allah suka kepada kecantikan. Dengan izin dan kekuatan dariNya, kami berusaha untuk tunjukkan kecantikan dan keindahan Islam.

Semoga terus kekal di jalan ini, walaupun apa jua yang terjadi.

Muhammad Faiz Syahiran Bin Noor Ismail
Ketua Biro Media dan Dakwah ISMA Australia 16/17

Share

About Penerangan ISMA Australia