‘Walau di Manapun Kita Berada, Jangan Lebur Prinsip Kita’

By on October 25, 2016

14702266_10209852086952783_3650896294511873861_n

Final assignment kali ni kena hasilkan short digital story, pelajar bebas untuk pilih tajuk yang mereka suka. Saya pilih untuk sampaikan message keadaan umat sekarang yang ditindas dan masukkan solusi dari masalah ini iaitu sedikit konsep 7 maratib amal dan segala apa kefahaman yang saya dapat dari Tarbiyah. Setelah submit final assignment, Lecturer kagum dengan kerja saya dan dia offer paid project dan akan contact saya selepas ini. Alhamdulillah sangat happy, bukan happy sebab dapat project tapi sebab kerja kita di recognise.

Kejayaan ini membuktikan untuk berjaya kita tak perlu leburkan prinsip kita, kita tak perlu leburkan pegangan agama kita, kita perlu yakin dengan diri kita. malah saya bangga dapat tunjukkan the beauty of Islam and convey the message at the same time kepada lecturer dan semua student. Saya seoarang sahaja pelajar Muslim dalam course saya, dan saya masukkan scene solat, doa, dan tunjuk segala imej dan message islam dalam video saya, dengan ini saya berharap ia boleh jadi salah satu medium dakwah.

Kebanggaan saya bukan pada hasil kerja saya, tetapi kebanggaan saya kepada apa yang di bawa Islam itu sendiri dan bagaimana Islam membawa solusi kepada segala masalah dalam dunia ini. Dalam masa yang sama saya bangga saya mewakili Islam kepada mereka, ia tanggungjawab yang besar, saya tunjukkan budaya kerja baik kepada mereka. Storyboard, script, production timeline tersusun rapi.

Alhamdulillah semua ini takkan dicapai sekiranya tak diizinkan Allah, ia anugerah yang diberi dan juga ujian sekiranya saya tidak gunakan kelebihan ini untuk membantu agamaNya. Kerana hakikatnya anugerah ini boleh ditarik bila-bila masa sahaja.

Semoga terus thabat.

Muhammad Faiz Syahiran Bin Noor Ismail
Ketua Biro Dakwah dan Media, JKP ISMA Australia 16/17
University of Adelaide, South Australia

Share

About Penerangan ISMA Australia