Aleppo Sudah Punah. Ramai Lagikah Yang Masih Leka?

By on December 16, 2016

Generasi kita menyaksikan torehan demi torehan, rintihan demi rintihan daripada saudara muslim kita. Tak cukup dengan Palestin, datangnya pula isu Rohingya. Dan kini Aleppo, Syria. Angka korban makin bertambah dan klimaks tragedi ini masih belum pasti.

 

SEJARAH ALEPPO

Aleppo adalah antara kota tertua di dunia yang masih berpenghuni semenjak tahun 2000 SM.

Ia mempunyai sejarah ketamadunan yang sangat panjang.

 

Disebabkan kedudukannya yang begitu strategik, dahulu ia pernah menjadi kota dagangan yang pesat antara wilayah Mediteranean dan Timur Jauh. Tidak hairanlah banyak bangsa cuba menaklukinya. Sedikit sejarah ringkas berkenaanya:

 

  • Abad ke-18 SM hingga ke-8 SM, ia menjadi ibukota kerajaan Yamkhad, kemudian berpindah tangan kepada kerajaan Het dan kmudiannya pula bangsa Asyur.
  • Abad ke-4 SM, ia dikuasai oleh Parsi.
  • Abad ke-3 SM, jatuh ketangan bangsa Macedonia.
  • Pada 637M kota itu ditakluki orang Arab.
  • Tahun 962 M, Aleppo dikepung dan dijajah oleh tentara Bizantium. Sayf al-Dawlah, pemimpin Muslim membina kembali pemerintahan baru di Aleppo.
  • Tahun 1260, Bangsa Tatar Mongol ingin menguasai Aleppo. Bangsa Mongol ini kemudiannya diusir oleh Raja Mamluk Mesir. Rakyatnya kemudian menderita dengan serangan wabak penyakit dan diikuti serangan lain pada tahun 1400.
  • Pada tahun 1516, Aleppo menjadi sebahagian dari Daulah Uthmaniyah. Berkembang pesat menjadi kawasan perdagangan ketiga terbesar dibawah kerajaan Uthmaniyah.
  • Abd ke-18 M, Aleppo menjadi lemah disebabkan konflik dagangan dan campur tangan asing. Pada akhir Perang Dunia 1, Perancis dan Inggeris membuat campur tangan dengan membuat sempadan Syria moden yang menjadikan Aleppo sebahagian daripada Syria.

 

DARI MANA DATANGNYA AL-ASSAD

 

Pada tahun 1971, Hafez al-Assad (ayah kepada Bashar al-assad) yang beragama Syi’ah naik menjadi Presiden Syria. Kekejaman yang berlaku hari ini bukanlah baru, ia sudahpun berlaku pada 1979 dimana 2000 rakyat dibunuh. Apa yang menyedihkan lagi adalah peristiwa tersebut berlaku selepas sehari hari Raya Aidul Fitri.

 

Kini sekarang muncul pula anaknya, Bashar yang sering dinampakkan sebagai wajah tenang, tapi penuh kejam.

 

Wajah kota ini telah berubah. Sekarang hanya sebatang kara.  Anda boleh lihat sendiri kota-kota yang tersergam indah, kini hanya tinggal debu dan tanah. Dulu air sungai jernih tapi kini kotor penuh keladak debu, jalan penuh berdarah.

 

Aleppo menjadi dulang percaturan kuasa besar dunia. Menjadi pentas tanyangan cerita suram sedih untuk manusia.

 

Assad, Presiden Syria, bukan tak diberi tekanan langsung untuk menghentikan semua ni. Ada! Tapi seolah-olah tak kisah. Dengan wajah jahat yang tenang melontarkan alasan demi alasan  menampakkan dia sedang berbuat apa yang sepatutnya. Dengan sokongan padu Rusia, sudah tentu memberikan dia rasa kebal.

 

Pernah ada juruberita menemubual Presiden Syria ini. Timbulkan isu berkenaan – banyak negara menyentuh hal Russia dan Iran untuk menekan Asad bagi menghentikan kekejaman ini. Minta untuk digencatkan senjata dan amankan negara.

 

Makna jawapanya sama, “…untuk hapuskan pengganas, jadi dia ‘terpaksa’ berbuat sedemikian.”

 

“It’s always important in politics to read between the lines, not to be literal. It doesn’t matter what they ask. The translation of their statement is for Russia [to] “please, stop the advancement of the Syrian Army against the terrorists.” That is the meaning of their statement, forget about the rest: “You went too far in defeating the terrorists, that shouldn’t happen. You should tell the Syrians to stop this. We have to keep the terrorists and to save them.””

 

Maka atas sebab untuk hapuskan pengganas, kanak-kanak dibunuh, wanita dicabul, rumah dibom. Dengan jelas menyatakan kepada dunia, mereka lah pengganas sebenarnya.

 

DIMANA KITA?

 

Apabila diperhati dengan teliti, setelah runtuhnya khilafah, maka negara-negara timur tengah makin berpecah belah dan makin mengecil. Kekuatan umat Islam turut menjadi kecil dan lemah ditambah persengketaan dalam negera tersebut. Umat Islam ditindas.

 

Walaupun di mesyuarat UN Security Council baru-baru ini kita lihat US ambassador Samantha Power menherdik rejim Assad dan Rusia dengan berkata: “Are you truly incapable of shame?”

 

Jangan mudah percaya!
Siapa dahulu yang memecahkan negara timur tengah menjadi terbahagi-bahagi kalau bukan BARAT? Bagaimana pula hal mereka dengan isu Iraq?

 

Mereka sama sahaja. Ia terlalu kompleks untuk katakana mereka tidak terlibat. Assad, Rusia dan US hanya ibarat pelakon di pentas wayang. Masing-masing ingin menunjukkan topeng berwajah mulia mereka. Masing-masing dengan kepentingan agenda peribadi dan tangan-tangan belakang.

 

Umat Islam?

Seakan menjadi hidangan di dalam dulang.

Moga Allah kurniakan kita kekuatan.

 

__

 

Bangunlah saudaraku,

Terlalu pedih realiti ini.

Sesak dada,

Sakit hati.

 

Di kiri dunia,

Umat Islam dikengkam si kafir,

Jadi dulang percaturan dan kerakusan,

Nyawa harga bagai debu,

Hidup resah sengsara,

Mati tidak bertanda.

 

Di susuk kanan pula,

Akhiratnya luput,

Dunia pun tercicir,

Budaya jahil jadi panduan,

Kahayalan keterlaluan,

Gaya hidup tidak bertuhan.

 

Bangunlah saudaraku,

Terlalu pedih realiti ini.

Sesak dada,

Sakit hati.

 

Dimana panglima Al-Fateh abad ini?

Sudah matikah semangat Salehudin Al-Ayubi?

 

Tidak cukupkah syurga sebagai imbalan,

Untuk kamu tinggalkan sedikit kesenangan,

Demi memartabatkan Agama Tuhan?

 

Sudah lupakah kita,

Tamadun kita dahulunya hebat,

Memakmur dunia rahmat sejagat.

 

Sudah lupakah kita,

seorang wanita Islam dihina oleh tentera kuffar Rom di Turki,

ribuan bala tentera umat Islam di Baghdad dikerah memerangi.

 

Aleppo, Gaza, Rohingya,

Harini kita hanya penonton setia,

Sebuah kisah sedih episod drama,

Diulang dan diulang,

Entah bila habisnya.

 

Bangunlah saudaraku,

Bagunlah dari tidur yang lama,

Ini ingatan Tuhan kepada KAMU,

Untuk kita kembali kepada agama.

 

Untuk saudara semuslim,

Sudah tiba masanya,

Untuk kita baiki diri,

Khusyukkan solat dan doa,

Mohon bantuan Allah tiba.

 

Untuk yang idamkan syurga tertinggi,

Untuk yang bergelar dai’e agama,

Sudah tiba masanya,

Untuk kita lebih gigih lagi,

Memacu risalah, membina peribadi,

Kemenangan Islam itu haq dan pasti,

Moga kita adalah rantai dan saksi.

 

إِنَّ الأَرْضَ لِلّهِ يُورِثُهَا مَن يَشَاء مِنْ عِبَادِهِ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ

“ Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah; diwariskanNya kepada siapa yang dihendaki dari hamba-hambaNya. dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”

Anuar Azemi
Pengerusi ISMA Australia

Share

About Penerangan ISMA Australia