Bagaimana Memupuk Minat Anak-anak untuk Membaca?

By on January 13, 2017

Saya dan isteri amat jarang memberikan peluang kepada anak-anak bermain dengan phone, tablets, komputer di rumah, atau di mana-mana sahaja. Kami lebih suka membiarkan anak-anak bermain sesama mereka, bermain dengan alat mainan atau membaca.

Kalau bermain sesama mereka, Suhayl suka menjadi penjaga kedai (shopkeeper) dan menjual barang-barang mainan kepada adiknya, Kauthar.

Kalau bermain alat mainan/toys, Suhayl suka membina castle/fort menggunakan mainan blocks. Atau dia suka membuat kapal terbang dengan blocks-nya. Kauthar pula suka melukis.

Selain itu mereka suka membaca. Isteri saya kerap membawa mereka ke perpustakaan awam berdekatan untuk meminjam buku-buku disana. Ianya percuma sahaja. Suhayl sudah boleh membaca. Kauthar masih belum boleh membaca, hanya mampu berimaginasi dengan ilustrasi gambar. Tapi ini sudah cukup untuk membina minatnya untuk terus membaca di kemudian hari.

Bagaimana nak memupuk minat anak-anak untuk membaca:
1) Hindarkan memberi mereka bermain dengan “gajet” seperti smart phones, tablets, iPad, laptops, PS, xbox dan sebagainya. Semua ini adalah sangat addictive (ketagihan) kepada anak-anak. Seteleah beberapa kali mencuba, mereka akan inginkan lagi, dan lagi, dan lagi, dan lagi.
Bukan sahaja ini akan menimbulkan masalah addiction kepada gajet dalam kalangan anak-anak, tapi mereka juga akan hilang kapasiti untuk berimaginasi, hilang social skills, tidak mahu berinteraksi sesama manusia (kawan, ibubapa, atuk nenek etc).

Ibu bapa mesti bersikap tegas dalam hal ini. Jangan sesekali download/install games untuk anak-anak dalam phone, tablets atau komputer. Ibu bapa pun janganlah bazir masa juga main games dalam phone atau tablet. Gunakan masa anda itu untuk berinteraksi dengan anak-anak. Mesti ditegaskan kepada anak-anak yang phone atau tablets mak ayah adalah “barangan larangan” buat mereka hatta untuk disentuh sekalipun. Phone dan tablets ni bukan sahaja ada games & apps sahaja, internet & video-video didalam Youtube pun boleh merosakkan pembesaran anak-anak. Prevention is better than cure. Anak-anak kadang-kadang tidak faham semua ancaman minda daripada alam maya ni, ibubapa yang faham, lebih baik mencegah sebelum terpaksa memperbaiki dikemudian hari.

2) Biar anak-anak yang pilih buku apa yang dia nak baca. Ibubapa jangan terlalu rigid dengan pilihan anak-anak (selagi mana tidak berlanggaran dengan tatasusila dan adab kesopanan kita).
Anak lelaki mungkin nak baca buku pasal kereta atau bangunan. Anak perempuan mungkin nak baca buku pasal princess atau animals. Ini penting. Membaca datang daripada minat. Mungkin selepas adanya minat untuk membaca, ibubapa boleh alurkan kepada bahan bacaan yang lebih bermanfaat.

3) Bedtime stories. Lazimkan guna buku-buku bacaan mereka sebagai bedtime stories. Ini akan lebih menambah minat.

4) Wujudkan mini library di rumah dan tempat membaca. Mungkin boleh diletakkan meja dan kerusi disini atau apa sahaja yang dirasakan sesuai. Kalau ada ruang kosong di dalam bilik, boleh dijadikan sebagai mini library. Kalau tak ada, mungkin boleh jadikan satu sudut rumah sebagai sudut membaca.

5) Contoh tauladan. Ibubapa juga kena lazimkan budaya membaca dalam rumah. Jangan hanya asyik dengan phone dan komputer sahaja bila di rumah. Selain daripada masa berinteraksi bersama anak-anak, gunakan masa lain untuk membaca buku-buku ilmiah sebagainya. Banyak buku yang boleh dibaca dan untuk menimba pengalaman daripada orang lain melalui bahan bacaan sebegini.

Waallahu’alam. Sekian.

Share

About Penerangan ISMA Australia