Pitstop Down Under: Daripada hati paling dalam.

By on January 22, 2017

Alhamdulillah, tsuma alhamdulillah. Setelah hampir setahun bertungkus lumus, mencurah idea, berbincang dan merancang, akhirnya Allah izinkan kelahiran buku yang penuh manfaat ini in shaa allah.

IDEA

Ingat lagi saat-saat, pertama kali melontar idea mengenai buku ini ke pihak ISMA Australia. Niat di hati nak buat buku panduan ringkas pengalaman- pengalaman senior di Australia. Sebagai seorang pelajar, cerita-cerita senior sebenarnya banyak memberi inspirasi buat saya untuk lebih bijak mengatur strategi kehidupan lebih-lebih lagi sebagai seorang pelajar muslimah di Australia.

DUIT

Benda yang paling merisaukan kami adalah daripada segi pengumpulan dana. Kami sangat tegas dalam hal ini, kami tidak mahu walau sekelumit pun wang syubhah disumbangkan lagi-lagilah wang sumbangan haram daripada kedai-kedai menjual arak atau organisasi yang bermaksiat. Maka, kami menyusun pelbagai strategi, contohnya charity dinner, sponsorship ikhwah akhwat Malaysia, dan akhir sekali, penjualan 400 unit buku PDU kepada orang awam. Bukan mudah untuk kami betul-betul memelihara nilai buku ini. Sebagaimana para ulama dahulu yang sangat menjaga nilai buku mereka agar Allah menerima amal mereka dalam keadaan suci, begitu jugalah pandangan saya dalam penghasilan buku ini. Bahkan, untuk mana-mana program pun, jika kita menggunakan duit yang haram, maka ianya akan menjadi darah daging yang haram. Maka, hang jangan sedih pula jika hilang barakah dan rahmat dalam hidup hang, sebab hang yang cari pasai.

Team PDU

Semasa kami dalam proses perbincangan untuk menubuhkan team PDU, kami membuat permilihan yang rapi, maklumlah, kami, pengarah dan penolong pengarah memang tidak mampu sama sekali untuk membayar mahupun menjanjikan apa-apa keuntungan daripada buku ini. 600 unit buku ini diberikan secara percuma kepada mana-mana pelajar yang akan ke Ausralia mahupun New Zealand dan 400 unit lagi dijual bagi membiayai kos penerbitan
buku.

Alhandulillah. Allah memudahkan urusan kami dengan mendatangkan sahabat-sahabat, ikhwah wa akhwat yang sanggup bersengkang mata, mencurah idea untuk PDU tanpa mengharapkan balasan waima sebuah buku percuma PDU pun. Sungguh, bukan mudah buat mereka yang bersama-sama memerah keringat hampir setahun lamanya hanya kerna lillahi taala, memudahkn urusan para pelajar baru ke Australia dan New Zealand.

Pengalaman manis

Dalam tempoh penghasilan buku ini, saya telah ditimpa kemalangan jalan raya. Walaupun saya tidak mendapat apa-apa kecederaan, tetapi kejadian itu sangat menakutkan kerna saya berseorang waktu itu dan saya tidak pernah terlibat dalam mana-mana kemalangan jalan raya sebelum ini. Saya menggigil ketakutan dan menangis semahu-mahunya kerana trauma, sehingga akhirnya saya terlelap di rumah.

Dalam jam 9 malam, kak Anis Amelia Isa menelefon saya, katanya mesyuarat PDU sudah bermula dan ahli-ahli PDU sedang menunggu kedatangan saya (buat pengetahuan semua, kami tidak pernah bermesyuarat walaupun online, tanpa pengawasan daripada orang yang sudah berkahwin. Bukan tak percaya pada diri sendiri, tapi hakikatnya syaitan itu sentiasa mencari ruang dan peluang). Dengan mata yang bengkak, hidung yang sembam, saya pun ambillah tudung dan bukalah laptop untuk mesyuarat online.

Bukan nak berbangga diri, tapi nak cakap kat sini, ada benda dalam hidup, kadang kala lebih penting daripada keperluan diri kita. Pada saya secara personal, buku ini adalah antara saksi syahadah saya, maka manakah yang lebih aula buat saya?

Special thanks

Buat Farahin Zahiridin yang bersungguh berjalan sekitar Brisbane, mencari sponsor sehingga mengejut kan saya kerna komitmennya sebagai bendahari, moga Allah membalas awak dengan sebaik-baik ganjaran seberat setiap titisan peluh dan curahan ideamu buat PDU.

Buat Fairuz Najihah, yang mengejutkan saya dengan kemahiran mengeditnya, lukisan-lukisan unik dan semangatnya dalam menjayakan projek ini, moga Allah mengangkat dosa-dosa lepas awak dan menggantikannya dengan pahala-pahala seberat dosa-dosa semalam.

Buat kak Anis Amelia Isa, yang menghiburkan hati, teman berkongsi idea, pembakar semangat dan bakal ibu kepada generasi Al Fatih, moga Allah kabulkan cita- cita agungmu dan pasakkan hatimu sedalam mungkin, biar sampai tarbiah dan dakwah menjadi darah dagingmu.

Buat para editor, para penulis, ikhwah wa akhwat yang mencurah bakti secara langsung atau tidak, moga Allah ampunkan dosa-dosa kita setiap kali setiap patah perkataan buku ini dibaca. Moga buku ini menjadi antara saksi syahadah kita di akhirat kelak. Ana hanya mampu mendoakan agar antum dan antunna akan terus maju dan laju mengejar syurga ilahi di atas jalan dakwah dan tarbiah ini.

Now, off to my next adventure with ISMA Australia!

*Siapa ada idea best/ gempak/ out of this world? Jom join ISMA Australia, biar kami memberimu sayap menggapai impianmu nan melangit!

Farhana Aqilah Aqiludeen
Penolong Pengarah Projek Buku Pitstop Down Under (PDU)

Share

About Penerangan ISMA Australia