Refleksi Adam dan Hawa

By on January 27, 2017

Kebiasaanya pada waktu-waktu begini, media sosial saya tentunya akan dipenuhi jemputan kenduri dan pernikahan sahabat-sahabat handai terutamanya yang sudah tamat belajar. Alhamdulillah, tampak senang sekali majlisnya, meriah sekali susun atur kendurinya sehinggakan menimbulkan usik-usiakan dalam kalangan mereka yang masih belum berpunya.

 

Namun, sering kali juga meniti di bibir-bibir pasangan muda ini, akan lengkapnya hidup mereka kini, umpamanya perkahwinan itu sekadar senarai tindakan yang harus dipangkah sebaik sahaja menginjak usia 25 tahun. Sesungguhnya, perkahwinan itu bukanlah suatu destinasi, bahkan perkahwinan itu adalah permulaan pengembaraan yang menguji iman dan amal para duat.

 

Bilamana Allah turunkan ayat 187, Al Baqarah, “They (your wives) are your garment and you are a garment for them”, secara tidak langsung ayat ini memateri hubungan suami isteri yang merujuk kepada betapa suami isteri itu lebih daripada memenuhi hubungan fizikal semata-mata. Dan Alhamdulillah, dalam kuliah wanita tempoh hari, penceramah kami memberikan sedikit gambaran dan muhasabah ringkas akan kehidupan selepas perkahwinan yang dilalui kebanyakan wanita muslim di Australia.

 

 

Adam

 

“Sister, what if we want to do liposuction to get rid of our cellulite after giving birth?” luah seorang muslimah dari hujung dewan.

 

“It’s still haram, sister. Cellulite is not a sign of deformation, same goes with aging. It’s a natural process,” tegas penceramah jemputan, Dr Sarah Hassan.

 

“But my husband hates it. It’s to pleasure him,” luah muslimah itu lagi.

 

“Well, it’s his fault to begin with. Both of you agree to have kids in the first place,” terang Dr Sarah Hassan lagi.

 

Seorang muslimah menyahut daripada tengah dewan, “It’s true sister. Thank you for bringing up such issue. I am a convert, and I am embarrassed to say that, these men of faith, are not men at all. They expected the women to be all pretty and ready for them all the time. They acted as if we are there, just to pleasure them. So ladies, mothers and sisters, do teach your sons how to treat a woman, we need to change this mentality. This lifestyle is not what our deen want from us,”

 

Perbincangan dihangatkan lagi dengan luahan daripada seorang muslimah lain, “True to that. These men, they don’t want to change their lifestyle even after marriage. They still hanging out with the boys till the wee hours, they went to work, have meetings till late nights, and then, they remembered, they have this halal woman on stand by for him. And that is. We are just a halal woman that they seek out when they need sexual pleasure,”

 

Luahan demi luahan diiringi dengan tepukan gemuruh daripada hadirin yang hadir. Saya terus hanyut dalam lautan kegusaran. Luahan- luahan ini bukan benda baru lagi buat saya, dek kerana penglibatan aktif saya dalam organisasi muslim di sini. Pernah saya berbual-bual dengan rakan sekerja saya mengenai perkahwinan, dan malangnya penglibatannya dalam organisasi ini membunuh kepercayaannya terhadap lelaki muslim.

 

“It’s not that I don’t want to get married. It’s just so scary. Everyday single mothers will come in, reporting on their abusive, alcoholic husbands who beat them up on daily basis. Most of our clients are single mothers with small children. While the men were free to roam the earth after leaving the marriage, the women were left behind with small kids, and to some extreme heavily pregnant with no support. Tell me, how do I get over this, when I heard these traumatizing incidents on daily basis?” luah rakan sekerja saya.

 

Saya duduk termenung. Subahanallah, begitu teruk masalah ummat ini. Saya selalu mengharapkan situasi di Australia khususnya di Melbourne tidak sekritikal situasi muslim di Malaysia. Sungguh, tanggapan saya meleset sama sekali. Pelik bin ajaib, bagaimana wanita yang dimuliakan dan diangkat di dalam Islam sanggup diperlakukan sebegitu rupa oleh lelaki yang mengucap dua kalimah syahadah? Susah untuk saya menghadamnya.

 

Hawa

 

“We will now stop our discussion for Magrib. Any sisters that can lead the prayers?’

 

Senyap.

 

“Come on sisters. Anyone went to our tartil classes?”

 

Dewan yang gamat dengan tepukan sebentar tadi menjadi sunyi sepi.

 

“Sisters, anyone memorize the Quran and can lead the prayers?”

 

Kelihatan seorang  gadis berniqab kelabu mengangkat tangannya.

 

Hanya seorang.

 

“Alhamdulillah, let’s get going in shaa Allah,”

 

Sekali lagi saya termenung. Cuba menghadam dan menganalisa situasi yang baru sahaja terjadi. Mungkin sekali sesetengah daripada mereka uzur, ataupun sesetengah yang lain, segan mengangkat tangan untuk mengimani solat berjemaah. Mungkin mereka takut berjangkit penyakit hati dek kerana riak, ataupun segelintir mereka memang mahu memberi peluang kepada si gadis berniqab kelabu menjadi imam.

 

Benar, dalam Islam, kita perlu bersangka baik. Walaupun begitu, izikan saya bermuhasabah sedikit melihat akan situasi ini. Muhasabah ini bukan bermaksud saya lebih baik atau mereka lebih teruk, wallahi, kata-kata saya ini akan dipertanggungjawabkan ke atas saya di padang mahsyar kelak, maka tentunya beban saya lebih berat daripada para pembaca. Justeru, muhasabah ini saya kira sekadar ringkasan tauladan yang kita boleh ambil sebagai pengajaran.

 

Bilamana kerja-kerja muslimah itu diringan-ringankan oleh segelintir pihak, maka lahirnya golongan muslimah yang lemah iman dan amal. ‘Diringan-ringankan’ di sini merujuk kepada tanggungjawab wanita yang hanya berada di ruang lingkup dapur dan perkahwinan semata-mata dan menganggap itu adalah destinasi akhir hidupnya. Maka, bilamana muslimah itu tidak berkahwin lagi, perlukah dia mula menghafal Al Quran, aktif beramar maaruf bernahi mungkar, menajamkan akalnya dengan ilmu-ilmu berfaedah, atau dia harus terus menumpulkan akalnya dengan hiburan mengejar cinta lelaki?

 

Mentaliti ini menghasilkan kenyataan-kenyataan ini yang kian laju meniti bibir muslimah kini,

 

“Wei, susahlah belajar. Kahwin je lah,”

“Senang-senang kahwin je lah,”

“Aku dah bersedia nak kahwin muda ni, memang impian nak kahwin awal,”

 

Ataupun,

 

“Buat apa kahwin, aku boleh buat semua sendiri,”

“Susahlah kahwin ni, kena ikut cakap suami je,”

“Kita couple dulu, cukup duit, ada rumah sebijik, baru kahwin ya,”

 

Dan banyak lagi meniti di bibir muslimah kini. Suatu keadaan ekstrem bilamana muslimah itu berada di dua spektrum yang sangat berbeza (yang mahu berkahwin muda tanpa persiapan dan yang langsung tidak mahu berkahwin kerana menganggap perkahwinan itu suatu kemudaratan buatnya).

 

Hakikatnya dalam Islam, wanita dan lelaki itu punyai ruang lingkup tugas yang berbeza namun melengkapi. Wanita muslimah itu sendiri punyai tanggungkawab yang cukup besar dan berat, bermula daripada dirinya mencapai umur baligh hinggalah ke liang lahad. Dialah pendidik bangsa, yang mendidik generasi akan datang, dan jika muslimah gagal menuntut ilmu, culas menghafal Quran mahupun hadith, gagal memahami dan mengamalkan syariat Islam dalam kehidupan sehari-hari, mana mungkin generasi akan datang mampu membebaskan Masjidil Aqsa. Islam sangat memuliakan wanita dengan menjaganya mereka dengan penuh hormat, namun menjaga bukan bermaksud memenjarakan wanita. Muslimah kini memenjarakan diri mereka dalam kubu alasan ‘Ah, itu kerja lelaki,’ yang menjerut amal dan iman mereka.

 

Siti Khadijah menjadi jutawan di tanah Arab hasil perniagaannya yang subur hingga ke tanah Syam

Siti Aisyah menjadi rujukan ulama atas kebijaksanaan dan kemahiran perubatannya.

Nusaibah menghunus pedang mempertahankan Rasulullah tatkala di medan perang yang didominasi lelaki

Fatimah Az Fihri membina universiti pertama yang mencipta sejarah dalam ketemadunan Islam.

Kesungguhan dan komitmen Ummu Salamah dalam berdakwah sehingga mampu mengislamkan suaminya (yang dia terima sebagai mahar perkahwinan).

 

Dan banyak lagi kisah sahabiah yang mengegarkan ruang lingkup limitasi kubu alasan muslimah kini.

 

Konklusi

 

Hakikatnya, bilamana seorang muslim dan muslimah itu mendirikan masjid, masjid itu seharusnya menguatkan amal dan iman, bukan saling meruntuhkan atau bersifat berat sebelah (hanya iman dan amal sebelah pihak sahaja yang meningkat). Tuntutlah ilmu yang bermanfaat, kerna jika kita tidak punya ilmu, apakah yang kita akan ajarkan pada generasi akan datang? Jangan nanti, anak bangsa kita dibesarkan dengan permainan video, cerita korea, running man, hiburan dan jenaka berbaur seksual dan murahan.

 

Dan akhir sekali, beramallah dengan ilmu yang kita perolehi, agar agama tidak menjadi hiasan murahan di atas kad pengenalan kita kelak. Tidak kisahlah sama ada sudah berumah dan bertangga atau mata dah bercahaya sekalipun, tugas para duat masih banyak untuk merubah corak permikiran ummah.

 

Wallahu’alam.

 

Farhana Aqilah Aqiludeen

Albanian Mosque Women Lecture

25 January 2017

Share

About Penerangan ISMA Australia