Cerpen: Layang-layang (Bahagian 1)

By on February 8, 2017

Layang-layang yang dia berikan kepadaku terbang tinggi. Aku suka. Bagaikan kanak-kanak tadika. Bagi aku, tidak ada kegembiraan lain yang mampu melebihi perasaan gembira yang aku alami sekarang. Akulah orang yang paling bahagia di dunia pada masa itu.

“Mad, sakan kau main layang-layang tu hahaha,” ujar Am.

“Ye la. Mana tak nya, aku suka kau sanggup bagi aku main,” balasku. Layang-layang tu memang menjadi kesayangan Am. Seni pembuatannya hebat. Cantik. Takkan siapa akan boleh menandinginya.

“Mad, meh duduk kejap. Aku nak cakap something la,” sambung Am tiba-tiba. Aku perhatikan dia. Dia masih tersenyum lembut terhadapku. Aku berkerut-kerut memikirkan apa agaknya yang ingin dia sampaikan.

“Haaaa! Maybe dia nak bagi aku layang-layang dia hehe,” bisikku dalam hati. Terus aku tersenyum lebar.

“Nape Am? Kau nak main pulak ke?” tanyaku. Nada aku penuh dengan tanda tanya.

“Aku nak cakap sikit. Tapi kau kene dengan elok-elok la apa aku nak cakap ni, okay?” jawab Am. Senyum manisnya masih terlekat dibibir.

“Ish kau cakap je. Aku dengarlah,” semakin aku tak sabar nak dengar. Berbisik-bisik hati aku mengharapkan betul dia nak bagi layang-layang dia kepadaku. Makin lebar aku tersengeh. Aku pandang Am penuh dengan harapan.

“Aku kene pergi dulu. Bukan pergi balik rumah tapi hahaha,”gurau Am. “Tapi aku kene pergi jauh. Jauh dari kau. Aku kene pergi. Dan aku tak mampu nak elak dari tinggalkan kau,” kata Am. Suaranya sangat perlahan. Bagaikan dia berbisik kepadaku.

“Kau apa?” aku cuba memproses kata-kata Am tadi. Otak aku bagaikan terhenti. Aku cuba fikir lagi apa maksud Am. Lalu kupandang mukanya. Senyumnya masih ada tapi tak semanis biasa. Dadaku bagaikan dihimpit Tembok Besar China. Masih memandang Am, aku terkelip. Tiba-tiba pandanganku kabur. Sekali lagi kukelip. Masih kabur. Kali kedua, makin kabur penglihatanku.
“Mad, aku tak ada pilihan,” bisik Am lagi.

Aku masih cuba memikirkan apa yang dimaksudkan Am.

“Am. Pergi. Takde pilihan. Pergi,” terbisik-bisik hati aku untuk akal fikirkan. Secara spontan, aku terkenangkan kehidupanku bersama Am. Dulu aku budak hingusan jalanan. Dulu aku sendiri jijik melihatkan keadaan diri aku. Aku sendiri benci diri aku. Diriku terpalit penuh dengan dosa-dosa keji.

Ramai orang cuba untuk menolong aku. Tapi semuanya aku tak suka. Mereka terlalu memaksa. Aku tahu mereka nak membantu aku berubah tapi kalau asyik marah-marah, siapa suka. Makin aku jatuh, tenggelam dan terbenam ke dasar lautan maksiat.

Sedang aku menyelam di dasar lautan kemaksiatan, tiba-tiba ada satu figura menghampiriku lalu menarikku ke atas. Hampir sekian lamanya, aku baru dapat merasa nikmat bernafas. Dan dengan pertama kalinya dalam hidupku, aku mampu menghidup udara yang baru. Bukan lagi nafas yang mempunyai kotoran. Nafas itu nafas baru. Nafas pembakar semangat. Nafas kejayaan. Nafas amal Islami yang seterusnya mencorakkan nadi dakwah dan tarbiyyah aku. Dan semua itu kerana seorang manusia.

Manusia yang bakal meninggalkan aku. Akan pergi jauh. Am.

“…..Mad….tak ada…..maaf….”sayup-sayup aku terdengar suara Am.

“Aku minta maaf Mad. Aku tak nak tinggalkan kau, percayalah cakap aku,” telingaku menangkap kata-kata Am. Aku tertunduk. Makin berkaca pemandanganku. Layang-layang ditangan aku genggam erat. Bagaikan tiada esok, aku menangis semahu-mahunya.

Kudakap Am erat. Menangis dan tersedu.

“Aku tak nak, Am. Aku tak boleh,” rayuku. Mengharapkan didengarinya. “Aku tak bersedia lagi,” sambungku.

“Mad, kau ingat tak aku pernah ajar kau buat layang-layang dulu? Time tu, kau suka sangat layang-layang aku. Kau sanggup buat apa je time tu so that aku bagi kau pinjam layang-layang aku. Kau ingat?” soal Am tiba-tiba. Dia pegang erat kedua-dua bahu aku.
Tak mampu berkata-kata dalam sendu dan tangis, aku mengangguk.

“And ingat time kita buat layang-layang sama-sama after nak dekat tiga bulan aku ajar kau? Gigih kau buat, sampaikan aku terluka jari kene pisau. Ingat?” soalnya lagi. Aku mengangguk. Berguguran air mataku jatuh ke layang-layang Am.

“Macam mana aku gigih dah ajar kau buat layang-layang, macam tu juga aku dah gigih ajar kau apa erti hidup sebenarnya, Mad. Aku dah tunjuk kat kau apa tujuan hidup sebenarnya. Aku dah bagi kau inspirasi untuk mencari agenda kehidupan. Ingat dalam usrah banyak kita bincang? Aku yakin kau mampu buat layang-layang lagi cantik dari aku. Aku yakin kau dah bersedia, Mad. Aku tahu kau hebat,” pujuk Am.

Aku menangis. Dan terus menangis.

Bersambung…..

Nik F Haikal
University of Melbourne

Share

About Penerangan ISMA Australia