Beliawanis ISMA Australia di Welcoming BBQ, Melbourne

By on March 22, 2017

Alhamdulillah. Tsuma alhamdulillah.

Jazakallah khairan kateera kepada Ehsan VIC dan KUAM atas jemputan untuk membuka booth sempena Welcoming BBQ pada 18 Mac (sabtu). Sememangnya, banyak kenangan manis yang dapat kami rakam sepanjang keberadaan kami di sana.

Bagi menyahut seruan ISMA dalam mengarus perdanakan Islam sebagai cara hidup Muslim, kami, beliawanis VIC, menyuntik elemen dakwah yang sering kali terlepas pandang oleh masyarakat umum. Sesungguhnya, dengan majlis2 keramaian seperti inilah, dakwah kita dalam beramar maaruf dan nahi mungkar dapat kita laksanakan secara efektif.

Beliawanis menyediakan tiga aktiviti berbeza yang tentunya mempunyai tarikan dan objektif yang berlainan.

Klinik Al Fatihah

Segak berpakaian lab coat, tenaga pengajar untuk program Quranic Hour bersama ahli ISMA turun padang dan membuat perkhidmatan talaki surah Al Fatihah secara berdepan. Surah yang dibacakan setiap kali solat Fardu dan Sunat ini sering kali dipandang remeh, namun pada kami, ‘jantung Al Quran’ ini perlunya diperbaiki agar solat kita kerjakan menjadi lebih sempurna.

Hijabify

Dakwah Islam itu tidak jumud dan hanya berkisarkan mahasiswi muslim sahaja, bahkan pada kami, dakwah itu meliputi setiap bangsa, agama malah warganegara. Maka kami mengambil inisiatif untuk mendekati pengunjung berlainan latar belakang dan agama untuk mencuba memakai hijab, niqab dan purdah bagi menampakkan mulianya wanita itu apabila dia menjaga dirinya dengan sempurna.

Kempen Menutup Aurat

Kami mengambil inisiatif untuk menerangkan kepada mahasiswi Muslim dan bukan Muslim akan apa itu aurat dan bagaimana kita seharusnya menutup aurat dengan sempurna. Walaupun ini merupakan perkara kecil kepada segelintir pelajar, hakikatnya, terdapat juga segelintir yang lain yang tidaktahu menahu akan hal ini. Leih teruk lagi, mereka dikecam dan diherdik di laman sesawang.

Moga usaha dakwah kami yang kecil ini diterima Allah.
Moga mahasiswa mahasiswi di Victoria tidak segan silu mengamalkan Islam sebagai cara hidup yang unggul.
Dan moga organisasi pelajar di Victoria seterusnya di Australia, menawarkan aktiviti-aktiviti bermanfaat dan menjaga batasan pergaulan yang memudahkan penyebaran dakwah amar maaruf nahi mungkar di Australia.

Bukankah kita ini duta kecil agama Islam?

Dipetik dari laman Facebook Beliawanis ISMA Australia

Share

About Penerangan ISMA Australia