5 Sebab anda perlu ke Y.O.U Camp 2017?

By on April 5, 2017

Program Youth of Ummah (YOU) Camp bakal berlangsung lagi kurang 2 minggu dari sekarang. Ada beberapa orang yang bertanya kepadaku – “kenapa perlu sangat pergi program ni?” – maka hari ini aku terpanggil untuk menjawab soalan yang telah berkali-kali diajukan.

1. Kesedaran
Program YOUCamp yang aku baru join tahun lepas sangat membina kesedaran aku tentang permasalahan ummat. Banyak perkara yang aku tak pernah tahu, seperti sekularisme, liberalisma, pluralisma dan lain-lain segala angkatan –isme yang wujud (ISMA tak masuk dalam angkatan kesesatan ni k). Kalau aku tak pergi program ni last year, aku takkan tahu bahaya dan ancaman di Malaysia yang telah lama wujud. Aku takkan tahu bagaimana Islam di Malaysia (terutamanya) sangat tenat dan penat diperangi oleh musuh-musuh.

2. Solusi
Haa bab ni memang wajib ada la kan. Program YOUCamp yang aku pergi last year takde la hanya mengorek segala permasalahan ummat. Kalau asyik bincang masalah je memang tak ke mana la kita. So, banyak sangat solusi yang diperbincangkan last year. Daripada sekecil-kecil usaha sebagai seorang individu sehinggalah sebesar-besar usaha sebagai satu kesatuan ummat, banyak solusi permasalahan yang aku dapat. Korang nak tau apa semua solusi-solusi tu? Meh datang YOUCamp this year.

3. Kesatuan Ummah
Topik ni banyak kali disentuh dalam program ni. Kenapa perlu bersatu, macam mana nak bersatu, kalau tak bersatu apa jadi dan banyak la lagi. Guane nak bersatu ni, dalam YOUCamp ni, last year ada la aktiviti-aktiviti yang sangat menarik untuk membina kesatuan kitorang yang datang tu. Kalau last year, ada bola, then ada aktiviti dalam kumpulan, ada lakonan dan mende ntah lagi yang aku lupa. Tapi serius best. Tak rugi join.

4. Bahan yang MANTAP
Kalau korang nak tau, pengisian dalam YOUCamp ni bukan yang biasa-biasa je tau. Bukan yang ciplak, bukan yang celup-celup daripada internet secara semberono dan bukan juga yang kosong tanpa tujuan. Segala bahan pengisian yang diberikan meliputi segenap aspek permasalahan terkini, penuh dengan isi dan menarik untuk di bawa ke dalam perbincangan ilmiah dan membantu menghubungkan sel-sel otak.

5. Tetamu Jemputan HEBAT
Tahun lepas, Alhamdulillah program YOUCamp dimurnikan dengan kehadiran Abang Alwi Adam, seorang individu yang sangat hebat. Nak stalk dia, boleh tengok FB hehe. Last year Abg Alwi sempat lagi share kt kitorg semua how to save up your money and use it wisely. Sangat menarik. Nak tau guane? Beli la buku Abg Alwi ‘DIY 360 Mengurus Wang’ tu. THIS YEAR?? Haaa tetamu jemputan this year pun hebat gak. SAPE? Ustaz Adnin Roslan CEO Tarbiah Sentap weyh! Kalau nak tau, Team Tarbiah Sentap gunakan tarbiah bil hikmah dalam cara penyampaian mereka. Nak rasa kesentapan perubahan, kehebatan penyampaian Ustaz Adnin dan Team Tarbiah Sentap? Datang plis.

Haa yang membebel-bebel kat atas ni hanyalah sedikit daripada banyak lagi nikmat-nikmat yang korang akan dapat kalau datang YOUCamp. Makanan sedap (ada Chef hotel masakkan tau!), tempat menarik, ramai orang-orang hebat kita boleh jumpa (walaupun aku tak hebat, tapi kita jumpa-jumpa k) dan banyak la lagi. Plus, tahun ni buat dekat Melbourne. Bandar yang sangat menarik untuk kita semua explore! Tak caye? Tanye Melbournites.

Korang nak merasakan sendiri keseronokan program YOUCamp ni? JOM DAFTAR sebelum tarikh tutup! Link – https://goo.gl/forms/P9yx25bIkDNDQcx32

Dipetik dari laman Facebook Nik F Haikal

Nik F Haikal
University of Melbourne

Share

About Penerangan ISMA Australia