Ada Apa dengan Farmasi?
Sekali sebulan, kami dari BIJAK-ISMA akan kongsikan sebuah artikel berkenaan sesuatu perkara menarik yang dipelajari oleh para pelajar di bumi Australia ini. Untuk membaca artikel-artikel lain di dalam siri ini, sila klik di sini. Antara artikel yang telah diterbitkan ialah “Kenali Hakikat Tumbuhan Semula Jadi di Australia” dan “Keruntuhan West Gate Bridge”.
___________________________________________________________________________________
Farmasi adalah bidang yang penulis minati sejak dari bangku sekolah. Walaupun tidak begitu mendalam, penulis berharap perkongsian ini dapat memberi sedikit input tentang farmasi, Monash Parkville serta peranan ahli farmasi.
Faculty of Pharmacy & Pharmaceutical Science, Monash University (dahulu dikenali sebagai Victorian College of Pharmacy)
Sekadar meneliti struktur pengajian di kampus penulis (Monash University, Parkville), penulis memaparkan bersama peta pengajian pelajar tahun pertama sesi 2009 Monash University.
4 aliran pembelajaran yang digabungkan dalam kurikulum ini ialah Enabling knowledge base, Drug Delivery, Intergrated Therapeutics, and Pharmacy Practice.
Areas of study, Bachelor of Pharmacy, Monash University
Bagi Enabling knowledge base, antara subtopik yang ditekankan ialah Physical, Organic dan Medicinal Chemistry, Physiology, Biochemistry, Molecular Biology, dan Immunology.
Bagi Drug Delivery pula, kami didedahkan dengan cara-cara memformulasi ubat, Pharmacokinetics (apa yang terjadi kepada ubat apabila berada di dalam badan). dan kepelbagaian bentuk dos dalam perubatan.
Bagi Integrated Therapeutics, pelajar didedahkan dengan pelbagai penyakit utama dan farmakologi ubat-ubatan yang digunakan untuk merawatnya serta amalan merawat pesakit.
Dan akhir sekali, bagi Pharmacy Practice, antara topik yang dibincangkan adalah peranan ahli farmasi dan juga penjagaan kesihatan dalam masyarakat. Untuk tujuan ini. pelajar akan menjalani Professional Experience Placement pada Tahun 3 atau/ dan Tahun 4 di farmasi hospital, farmasi komuniti dan farmasi pedalaman mengikut masa dan tempat yang telah ditetapkan1.
Peranan Ahli Farmasi
Pernahkan anda mendengar perkataan Legal Drug Dealer? Ini adalah antara perkataan yang tertera pada pakaian rakan-rakan sekampus penulis. Memang benar. Pemberian dadah yang dikelaskan sebagai ubat-ubatan adalah sinonim dengan tugas seorang ahli farmasi selaras dengan peningkatan sistem penjagaan kesihatan masa kini. Ahli farmasi juga dilihat semakin relevan untuk memantau penggunaannya dan memastikan ubat-ubatan itu digunakan secara selamat serta memberikan hasil yang positif terhadap pesakit.
Selain itu, perkara yang sering ditekankan oleh pensyarah kami ialah ahli farmasi merupakan sebahagian daripada pasukan penjagaan kesihatan (healthcare team) yang turut dianggotai oleh doktor, jururawat dan sebagainya. Seorang ahli farmasi dalam pasukan ini berperanan memastikan doktor memberi preskripsi ubat yang betul dan pesakit juga menerima preskripsi yang betul.
Ahli farmasi turut memberi kaunseling kepada pesakit tentang cara yang betul untuk mengambil ubat berkenaan. Pendek kata, ahli farmasi membantu untuk memastikan keberkesanan sesebuah sistem penjagaan kesihatan, iaitu terapi ubat secara khususnya dan memberikan hasil yang positif kepada pesakit.
Tidak terhad sekadar itu, ahli farmasi terutama yang berada di sektor farmasi komuniti adalah antara profesional kesihatan yang paling mudah untuk ditemui orang awam dan berpotensi untuk mendidik komuniti tersebut tentang penjagaan kesihatan yang betul2. Jika anda ke farmasi di Australia, cuba perhatikan risalah-risalah kesihatan oleh Pharmaceutical Society of Australia (PSA) yang disediakan di mana-mana sudut farmasi tersebut. Ini antara contoh inisiatif untuk mendidik komuniti tentang kesihatan.
Isu
Penulis masih ingat, antara isu yang dibincangkan di Malaysia adalah dispensing right untuk ahli farmasi yang perlu dipisahkan daripada tugas seorang doktor (penulis berpendapat isu ini masih lagi relevan); Penulis, secara peribadinya, berpendapat bahawa pemisahan hak ini adalah suatu kebaikan buat pesakit.
Berdasarkan pengalaman peribadi di Australia, penulis berpeluang untuk membeli ubat di dalam preskripsi dari mana-mana farmasi dan berpeluang untuk mengurangkan kos. Ini disebabkan oleh beberapa buah farmasi boleh menjual satu jenis ubat generik (e.g Paracetamol) yang sama, menggunakan jenama yang berbeza (e.g Panadol dan Panamax) seterusnya pada harga yang berbeza. Ada kalanya, ubat dari jenama sama juga dijual pada harga yang berbeza di farmasi yang berlainan. Kesimpulannya, persaingan sihat antara farmasi komuniti yang ada menyebabkan mereka cuba untuk memberi perkhidmatan kesihatan (i.e. menjual ubat-ubatan) yang terbaik pada harga yang bersesuaian.
Kedudukan Bidang Farmasi
Aplikasi farmasi sebenarnya adalah agak meluas. Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Dr. Mohamed Izham dari Pusat Racun Negara, USM, sekurang-kurangnya terdapat 5 skop utama yang boleh diceburi dalam bidang farmasi; farmasi hospital, independent pharmacy, chain pharmacy, industri farmaseutikal dan juga akademia3.
Akan tetapi, penulis berminat untuk meninggalkan anda dengan satu persoalan berkaitan industri farmaseutikal. Nama-nama seperti Pfizer dan GlaxoSmithKline adalah antara syarikat farmaseutikal dunia yang utama. Perolehan keuntungan melalui industri ini adalah sesuatu yang amat memberangsangkan.
Jadi, mungkinkah suatu masa nanti umat Islam pula yang menguasai industri ini, seterusnya menjana ekonomi ummah dan memperbaiki taraf hidup ummah?
Rujukan
- Bachelor of Pharmacy, Monash University, Faculty of Pharmacy and Pharmaceutical Science, 2008 http://www.pharm.monash.edu.au/courses/pharmacy/areasofstudy.html
- Pharmaceutical Practice, 3rd ed. A.J Winfield, R.M.E Richards, Churchill Livingstone 2004
- Peranan ahli farmasi dalam kesihatan, Dr. Mohamed Izham
http://www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/kosmik/1997/kosmik9.html



Salaam. maafkan, penulis ingin membetulkan sedikit kesilapan pada satu ayat di atas.
“Ada kalanya, ubat dari generik sama juga dijual pada harga yang berbeza…”
Ayat yang sepatutnya ialah:
“Ada kalanya, ubat dari jenama sama juga dijual pada harga yang berbeza…”
moga bermanfaat. jzkk.
Salaam
Jzk k kepada yang berkongsi. Moga bermanfaat.
Ayuh kawan-kawan, apa lagi, meh lah tambah-tambah perkongsian di web ini.
ouhh begini rupanya…
menarik ruangan ni…tmbh pengetahuan ttg bidang2 pekerjaan n skop kerjaya!
peluang mendalami perspektif sahabat2 lain, good job BIJAK isma!
ni sesuai utk di promote pada adik2 di sekolah menengah yang tgh mencari hala tuju kerja nie..
bulan dec bidang apa pula yerr??
Apa kata bidang perubatan pergigian???
=D