Minda Pimpinan — June 20, 2012 at 5:17 pm

Ada apa dengan Winter?

by
Alhamdulillah musim cuti winter kembali lagi.
Selalunya waktu cuti, pelajar-pelajar merancang untuk berjalan kesana- sini. Lebih-lebih lagi tambang untuk ke tempat lain sekarang mudah didapati dengan murah dan di hujung jari.
Ada juga tak kurangnya, tidak merancang percutian/holiday dengan baik, maka ‘orang lain’ telah membuat perancangan untuk mereka.
Jadi marilah kita semua merancang waktu cuti kita ini dengan baik supaya ianya di isi dengan baik dan tidak hanya berlalu begitu sahaja. Caption di bawah ini, adalah beberapa cadangan tentang aktiviti yang boleh dilakukan semasa musim cuti.
Bagi saya sendiri, musim cuti adalah musim yang ditunggu. Lebih-lebih lagi musim winter. Rasanya sudah lama saya berwinter disini, tahun 2012 ini adalah tahun yang ke9.
Ini menolak tahun yang pertama pulang ke Malaysia kerana seperti biasa tahun pertama, sifat homesick yang kuat menyebabkan sanggup menghabiskan duit sendiri serta duit ibu bapa semata untuk pulang hanya untuk sebulan!
Rupanya saya rugi, setelah mendengar cerita dari rakan-rakan, banyak perkara yang baik yang telah saya terlepas.
Pada tahun kedua, saya telah berazam dan alhamdulillah berjaya menyertai beberapa program winter dan merasai kemanisannya.
Mesti ramai yang bertanya, kenapa perlu keluar dari tempat yang selesa hanya untuk menyertai program di tempat yang sejuk, tidak selesa, terpaksa tidur dalam sleeping bag, makan dalam dulang dan sebagainya. Bukankah baru habisnya exam peluang untuk enjoy, tidur dan lepaskan stress.
Mungkin juga orang ramai tidak suka atau teringin untuk pergi berjalan/berjaulah sebab lebih mudah, cepat dan murah untuk pergi  dengan menaiki kapal terbang tetapi kemanisan yang akan didapati melalui perjalanan tersebut sangat indah tidak mampu diucapkan dengan kata-kata. Ukhuwwah yang terjalin diantara sahabat yang berjaulah demi untuk mencapai cintaNya lebih indah dari pemandangan semasa perjalanan.
Saya masih ingat lagi, dengan galakan dan dorongan kakak-kakak, saya telah mengumpul duit sejak dari awal tahun supaya saya boleh menyertai winter program pada tahun kedua.
Bermulanya dengan winter trip dimana saya bersama sahabat-sahabat menyertai road trip bermula dari  Brisbane kemudian turun ke Sydney dan Canberra. Bayangkan dari Melbourne ke Brisbane nun jauh di utara sana bukannya dekat, perjalanan sahaja mengambil masa sehingga sehari. Makanan yang dibawa semuanya dimasak sendiri. Stove, periuk belanga, bahan mentah semuanya dibawa. Banyak tempat yang dilawati. Banyak perkara yang dipelajari. Tidur dalam keadaan yang sejuk, duduk dalam van walaupun tidak selesa dalam masa yang lama.
Makan bersama, tidur bersama, belajar untuk mendahulukan orang lain, berkorban, menolong tanpa disuruh. Itulah nikmat ukhuwwah. Seringkala diperkatakan cara untuk mengenali dan rapat dengan seseorang adalah dengan berjalan dengannya selama 3 hari, tidur dan makan bersama. Jadi inilah masa yang terbaik untuk kenali seseorang.
Saya terus berusaha untuk mengikuti winter trip malah pada tahun 2010  ketika saya sedang mengandung 8 bulan, saya bersama suami saya, anak saya Musab Alfaqih berumur setahun lebih. Walaupun bunyinya menyusahkan dengan keadaan tidak selesa dan sejuk tapi saya rasa kemanisan yang saya dapat lebih banyak dari kesusahan.
Tidak lupa juga dengan program winter gathering, banyak yang saya telah belajar, dari sejarah islam bermula dari Nabi Adam sampailah kepada kejatuhan khalifah pada tahun 1924 sehinggalah keadaan umat islam sekarang. Belajar bukan sekadar belajar, seperti pada zaman kita sekolah-sekolah dahulu, tetapi belajar dan menambah ilmu untuk beramal dengan mengetahui dan memainkan peranan sebagai seorang muslim untuk membangunkan kembali tamadun islam.
Kemudian dapat berjumpa dengan sisters-sisters lain dari state yang berbeza. Disamping berkongsi pengalaman ukhuwah turut dieratkan.
Selalunya, program winter ditutup dengan snow trip. Memang mudah untuk pergi bersama beberapa orang sahaja, tetapi kemanisan bermain snow beramai-ramai, ber’toboggan’, solat jemaah di atas salji yang sejuk memang tidak boleh dilupakan.
Wallahua’lam, ini adalah kenangan-kenangan manis winter saya semasa disini, setiap tahun saya teringin untuk mengikuti program-program ini walaupun sudah ada 2 cahaya mata. Jika orang bertanya kepada saya ada apa dengan winter saya, alhamdulillah ini adalah perkara yang saya boleh ceritakan pada mereka. Anda pula bagaimana?
Jangan lupa untuk sertai program-program winter kami supaya ada sesuatu yang indah tentang winter ada.
Oleh :
Dr. Muna Hamiza Asiff
Ketua Wanita ISMA Australia 2012
Share

Leave a Reply

— required *

— required *