Ayuh Ke JML “Autumn Gathering” Adelaide 2010!
Program Tahunan “Autumn Gathering” kini kembali untuk tahun 2010! ISMA Australia dengan berbesar hati menjemput anda semua menyertai program yang bakal menjanjikan pelbagai aktiviti dan memberi kenangan manis, insyaAllah! Ayuh penuhi masa cuti musim luruh anda dengan “Autumn Gathering” 2010!
Sekitar Seminar Langkah Bermula 2010
Program Seminar Langkah Bermula (SLB) 2010 bertempat di Bradford Lodge pada 6 Mac yang lalu. Program ini dihadiri Pegawai Jabatan Penuntut Luar Negara di Sydney, Dr. Nasir Abu Hassan dan dianjurkan oleh ISMA Australia (SA), MASCA SA dan MyPSA SA.
Majlis Ulama’ ISMA Dilancarkan Secara Rasmi
Seiring dengan usaha ISMA untuk ‘Membina Generasi Harapan’ berpandukan petunjuk Ilahi, Majlis Ulama’ ISMA (MUIS) telah dilancarkan secara rasminya sempena Multaqa Asatizah ISMA yang telah berlangsung pada 6 Mac 2010 di Kompleks Kejiranan Presinct 16, Putrajaya. MUIS dipengerusikan oleh Dr. Aznan Hasan (Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa) yang turut dijemput untuk memberi pandangan di dalam Persidangan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Seminar Langkah Bermula Sabtu Ini
Penuntut-penuntut baru universiti di Adelaide dijemput hadir ke program tahunan Seminar Langkah Bermula Sabtu ini di Bradford Lodge.
Ayuh ke Welcoming BBQ Adelaide 2010
Biro Sukan, Rekereasi & Kebudayaan ISMA Australia (SA) dengan kerjasama MyPSA (SA) mengajak anda semua, khususnya penuntut-penuntut baru Adelaide hadir ke Welcoming BBQ Ahad ini bertempat di Marshmallow Park (kawasan South Terrace – Glen Osmond Road. Ayuh kita jumpa di sana!
Jom ke Welcoming BBQ Sydney 2010
ISMA New South Wales menjemput semua warga baru 1st Year Students ke Welcoming BBQ 2010.
Manusia Yang Berhubung Dengan Kesilapan
Manusia ini satu perkara menariknya adalah kita dicipta dengan mempunyai ‘radar’ sendiri yang mengesan ketidakselesaan apabila bertemu dengan seseorang yang menghantar mesej negatif. Tak perlu mengucapkan dengan kata-kata, riak muka telah memberitahu segala-galanya.
Jom! Victor Harbor Beri Kejutan
Victor Harbor, 22 Feb – Seramai 50 orang penuntut-penuntut lelaki baru beserta para senior berpeluang mengikuti Jom! Victor Harbor hari ini. Program jalan-jalan ini merangkumi perjalanan dari Adelaide ke Victor Harbor sejauh 78 kilometer menggunakan 10 buah kereta dan van.
Liputan Ketibaan Penuntut-penuntut Baru Australia
Bumi Australia meriah lagi tahun ini dengan kehadiran ratusan penuntut-penuntut baru dari segenap pelusuk Malaysia. Media ISMA Australia berpeluang menjejaki pengalaman manis mereka tatkala mula menjejakkan kaki di bumi kanggaru ini
Jom ke Victor Harbor! Istimewa Buat Penuntut Baru Adelaide
ISMA Australia (South Australia) melalui Biro Sukan, Rekreasi & Kebudayaan mengajak semua penuntut baru di Adelaide menyertai JOM! VICTOR HARBOR. Untuk Brothers sahaja tau!
Baiah Diberi Atau Diminta?
Baiah adalah satu makanisma tradisional yang digunakan dalam semenjak zaman Rasulullah s.a.w lagi. Ia boleh diterjemah dengan maksud janji setia antara dua pihak yang berbaiah. Antara baiah-baiah yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w ialah Baiah Jihad, Baiah Nisa’, Baiah Ridhwan dan sebagainya. Diriwayatkan bahawa para sahabat juga melakukan baiah sesama mereka untuk melakukan sesuatu amalan ketaatan
Qudwah Jama’i, Tanggungjawab Besar ISMA
Menegakkan qudwah jama’i menjadi tanggujawab besar ISMA pada marhalah ke depan ini. Sebagaimana kita semua faham bahawa dakwah terbahagi kepada dua sudut; qauli yang kita istilahkan sebagai bayan atau keterangan dan amali yang kita istilahkan sebagai qudwah.
Masyarakat Akan Tahu Jika Anda Menyampaikan
Tugas kita hanya membuat perancangan, melaksanakannya dan berserah kepada Allah bagi menjayakan setiap usaha kita. Jika nisbah kejayaan kita 1:10 bermakna kita perlu berdakwah kepada 10 orang agar kita berjaya memasukkan seorang mad`u ke dalam proses-proses tarbiyyah.
Penyelarasan Gerak Kerja MISSA Di Bawah ISMA Australia
Berkuatkuasa secara rasminya bermula 8 Februari 2010, Malaysian Islamic Society of South Austalia (MISSA) menjadi “Rakan ISMA Australia (South Australia)”. Berikutan itu, segala gerak kerja MISSA akan diselarikan dengan gerak kerja ISMA South Australia.
Pasca KOBANNA
Saya cuba mencari-cari komen peserta yang hadir dalam Konvensyen Pemikiran al-Banna yang berlangsung pada Sabtu lepas. Ada yang saya dapat melalui SMS, ada yang melalui Fecebook. Ada juga komen lisan dan pelbagai lagi. Ada yang positif dan ada juga yang negatif.
