ISMA Australia » admin.f

Perjuangan ISMA & Aman Palestin untuk bebaskan Baitul Maqdis
Nilai, 17 Julai – “Perjuangan ISMA dan Aman Palestin dalam isu Palestin bukan semata-mata berkaitan sentimen kemanusiaan atau persaudaraan, tetapi adalah perjuangan untuk membebaskan Baitul Maqdis yang merupakan simbol aqidah umat Islam”, tegas Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.

“Selagi mana Baitul Maqdis belum lepas daripada cengkaman Zionis Israel, selagi itu kita tidak akan berhenti berjuang dan mengumpul tenaga untuk membebaskannya”.

Presiden ISMA dan Pengerusi Eksekutif Aman Palestin itu berkata demikian di hadapan kira-kira 3,000 orang yang hadir di Konsert Demimu Al-Aqsa yang diadakan di Stadium Tertutup Nilai di sini.

Konsert ini dianjurkan secara bersama oleh ISMA Cawangan Seremban, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Negeri Sembilan, Aman Palestin Berhad, Kelab Remaja ISMA (KRIM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Ustaz Abdullah Zaik juga meluahkan perasaan gembira beliau atas sambutan memberangsangkan daripada orang ramai terhadap Konsert Demimu Al-Aqsa ini.

“Dalam masa empat tahun kebelakangan ini, sokongan masyarakat terhadap isu Palestin amat membanggakan. Jika dahulu program seperti ini mungkin sukar untuk dijayakan, tetapi kini hampir setiap surau dan masjid, hinggalah ke stadium dan PWTC sudah mendengar laungan tentang Palestin”.

“Walaupun jarak yang jauh serta bahasa dan budaya yang berbeza, tetapi kita yakin apa yang dilakukan ini akan memberi semangat kepada umat Palestin untuk terus berjuang”.

Menurut beliau lagi, konsert yang diadakan ini amat kena pada masanya sebagai peringatan kepada semua bahawa dalam kesibukan masyarakat dunia terhadap Gaza, Israel kini sedang rakus menghancurkan rumah-rumah di sekitar Baitul Maqdis dalam rangka mencapai cita-cita mereka untuk merobohkan Masjid Al-Aqsa.

Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Abdullah Zaik menyatakan bahawa Aman Palestin telah berjaya menghantar bantuan kemanusiaan bernilai lebih RM800,000 dalam tempoh dua bulan ini.

Beliau sendiri baru sahaja kembali daripada mengetuai satu misi kemanusiaan Aman Palestin yang telah berjaya menghantar bantuan ke Gaza melalui jalan darat di sempadan Rafah. Misi yang kedua akan dilancarkan dalam masa seminggu ini.

Oleh: Mohd Firdaus Sabturani,

Ketua Pengarang,

Media ISMA

Sihatkan tubuh badan melalui senam mingguan anjuran ISMA-SA
Enfield, 24 Julai – Program riadhah mingguan, Senam Ahad anjuran Biro Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan sekali lagi berjaya dianjurkan pada hari ini. Dengan tema dan cabaran bermain futsal, ramai hadirin yang rata-rata penggemar sukan futsal hadir seawal 9.00 pagi lagi di Enfield Community Centre ini.

Pertandingan futsal ini diadakan secara santai ini di mana tiada peraturan tetap mahupun pasukan tertentu diwujudkan. Program ini berakhir pada jam 12.00 tengahari dengan semua hadirin amat berpuas hati dengan penganjuran dan gelanggang yang digunakan.

Program seumpama ini yang dinamakan ‘Senam Ahad Brothers’ diadakan sekali dalam setiap dua minggu. Siri pertama, kedua dan ketiga yang lalu mencabar hadirin untuk bersenam di pantai, bermain sukan padang dan bermain permainan tradisional.

InsyaAllah, Program Senam Ahad Brothers ini akan kembali dianjurkan minggu depan dengan cabaran yang lain. Cabaran apa? Nantikan!

oleh:

Media ISMA Australia

Cawangan South Australia

Kelebihan puasa Syaaban & malam Nisfu Syaaban
Sempena bulan Syaaban dan malam Nisfu Syaaban, saya nukilkan beberapa hadis dari kitab Sahih Al-Bukhari dan kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty. “Nisfu” bermakna separuh atau 14hb. Kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim adalah rujukan paling utama dalam Islam selepas Al-Quran.

Abdullah b Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah ra. dia berkata (bermaksud), “Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).

Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah ra meriwayatkan kepadanya dengan berkata, “Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi saw berpuasa bulan Syaaban semuanya - lafaz Al-Bukhari]. Nabi saw bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu – pent)”. Aisyah ra menyambung,“Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” (Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).

Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah ra.  berkata (bahawa) kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur”. (Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari).

Abdullah bin Maslamah menyampaikaan kepada aku dari Malik, dari Ibnu Syihab, dari Abi Salamah dan ayahku Abdullah Al-Agharry, dari Abu Hurairah ra sesungguhnya Rasulullah saw bersabda (bermaksud) “Tuhanku tabaaraka wa taala turun ke langit dunia setiap malam bila tinggal 1/3 akhir malam dan berfirman: Mana orang yang berdoa kepada aku, untuk Aku memperkenankan doanya ? Mana orang yang meminta kepada Aku, untuk Aku berikan kepadanya ? Mana orang yang memohon keampunan Ku, untuk Aku mengampuninya ? (Hadis Sahih No. 1145 riwayat Imam Al-Bukhari).

Di dalam Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari di atas, tidak disebut secara khusus puasa sunat hari Nisfu Syaaban ie. 14 atau 15hb Syaaban, namun disebut secara khusus berpuasa sunat pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan yang mana termasuklah didalamnya hari pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban). Di dalam hadis Sahih Al-Bukhari diatas juga tidak disebut secara khusus berqiamullail malam Nisfu Syaaban, tetapi disebut berqiamullail disetiap malam, dan yang mana ini termasuklah malam pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban).

Adapun berqiamullail pada malam Nisfu Syaaban dan berpuasa pada siang harinya, dengan secara khusus menyebut kalimat “Nisfu Syaaban”, status hadis-hadisnya (sahih, hasan sahih, hasan, dhaif, maudhuk dll) adalah menjadi perbincangan akademik para ulamak hadis. Jika tidak mencapai ke tahap Sahih, ia tidak boleh dijadikan hujah Syarak, namun jika dipadankan dengan Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari diatas, ia boleh dijadikan panduan untuk Fadhail A’mal (Fadhilat-fadhilat Amal Ibadah) dalam Islam. “Tiada halangan dibuat penyiasatan ilmiah yang bersih dalam masalah khilaf dalam suasana kasih sayang di jalan Allah dan bekerjasama kearah mencapai perkara yang sebenar, tanpa usaha tersebut membawa kepada perdebatan yang tercela dan taksub” (Imam Hasan Al-Banna).

Akhirnya nanti, secara amalinya, bangun malam (qiamullail) dan berpuasa 14hb Syaaban adalah ibadah yang Syar’iyy, merupakan salah satu taqarrub ilallah (mendekatkan diri kepada Allah) dan bukan bid’ah.

Berikut adalah sebahagian hadis-hadis berkenaan Nisfu Syaaban dari kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty:

Dari Usamah b Zaid ra berkata, “Aku bertanya, ya Rasulullah. Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam bulan-bulan lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Syaaban”. Rasulullah bersabda, “Ia adalah bulan yang manusia lalai terhadapnya, diantara Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Tuhan sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat sedang aku berpuasa” (riwayat An-Nasaie).

Dari At-Tarmizi dengan sanad-sanadnya dari Anas ra. dia berkata, “Nabi saw ditanya apakah bulan selepas Ramadan yang terafdhal berpuasa”. Nabi saw menjawab bermaksud, “Bulan Syaaban kerana untuk mengagungkan Ramadan”. Nabi saw ditanya lagi, “Sedekah apakah yang terafdhal?”. Nabi saw menjawab, “Sedekah dibulan Ramadan”. Kata At-Tarmizi, hadis ini hadis Hasan Sahih.

Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud, “Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.

Dari Al-Baihaqy dengan sanad-sanadnya dari Aisyah ra. bahawa Nabi saw bersabda bermaksud, “Jibril telah mendatangi aku dan berkata: Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu Allah membebaskan hamba-hamba dari siksaan Api Neraka seramai bilangan kambing Bani Kalb (merentasi satu tempat) selama sebulan. pada malam itu Allah tidak menoleh kepada orang yang melakukan syirik, pengadu domba (kaki batu api), pemutus silaturrahim, penderhaka kepada kedua ibu bapa dan orang yang ketagih arak”. Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak.

Akhir kata, Allahumma a’inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik (Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati, mensyukuri dan beribadah kepadaMu). Ameen ya rabbal alameen.

Ustaz Halim INIJALANKU  www.inijalanku.wordpress.com

Pra-syarat kemenangan
وَمَا جَعَلَهُ اللّهُ إِلاَّ بُشْرَى لَكُمْ وَلِتَطْمَئِنَّ قُلُوبُكُم بِهِ وَمَا النَّصْرُ إِلاَّ مِنْ عِندِ اللّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ

(Ali-Imran: 126) “Dan Allah tidak menjadikan pemberian bala bantuan itu melainkan sebagai khabar gembira bagi (kemenangan)mu, dan agar tenteram hatimu kerananya. Dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Ayat ini merupakan komentar Allah kepada umat Islam selepas peperangan Uhud dan merupakan penegasan semula kepada orang-orang beriman selepas Allah memberi komentar yang sama selepas peperangan Badar sebagaimana yang terdapat di dalam surah al-Anfal..

وَمَا جَعَلَهُ اللّهُ إِلاَّ بُشْرَى وَلِتَطْمَئِنَّ بِهِ قُلُوبُكُمْ وَمَا النَّصْرُ إِلاَّ مِنْ عِندِ اللّهِ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

(8:10) “Dan Allah tidak menjadikannya (mengirim bala bantuan itu), melainkan sebagai khabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram kerananya. Dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Daripada dua peristiwa besar dalam sejarah umat Islam ini; kemenangan dalam peperangan Badar dan kekalahan dalam peperangan Uhud, Allah ingin memberi kefahamaman kepada seluruh umat Islam di sepanjang jalan perjuangan mengenai faktor-faktor kemenangan dan pra-syaratnya.

Tanpanya Allah tidak akan kurniakan kemenangan untuk pejuang-pejuang Islam. Kerana bumi ini hanya akan diwariskan kepada hamba-hambaNya yang bertakwa.

Dalam peristiwa peperangan Badar, umat Islam tidak memilih untuk berperang sebaliknya hanya keluar untuk menyekat kafilah perdagangan yang dibawa oleh Abu Sufyan tetapi Allah menghendaki sebaliknya. Ketika tidak ada pilihan, ketika tidak ada persediaan sebab fizikal yang cukup, umat Islam tidak ada pilihan lain selain menyerah seluruh pengharapan kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Bijaksana. Hati umat Islam seluruhnya pasrah dengan kehendak Allah lalu dengan hati yang bulat, ikhlas, penuh pengharapan kepada Allah mereka berjuang dengan mengharapkan untuk mendapat pahala sebagai syuhada.

Pengutusan para malaikat menyertai mereka hanyalah untuk menenangkan hati orang-orang yang beriman dan kemenangan yang mereka perolehi kerana Allah ingin mengurniakan kepada mereka kemenangan tersebut. Namun kemenangan itu bukan dengan mereka berpeluk tubuh tetapi setelah mereka memberi dan berusaha dengan apa yang mereka miliki beserta penyerahan total kepada Allah subhanahu wa taala.

Peperangan Uhud pula sebaliknya, umat Islam telah mengetahuinya, sudah dilakukan mesyuarat, segala kelengkapan peperangan disiapkan, strategi peperangan disusun, jumlah tentera lebih ramai daripada dalam peperangan Badar dan umat Islam keluar ke medan jihad dengan penuh semangat tetapi Allah tidak inginkan mereka beroleh kemenangan sebagaimana kemenangan dalam peperangan Badar kerana tidak cukup syarat-syarat kemenangan.

Antara syarat-syarat kemenangan yang dipertegaskan oleh Allah dalam Al-Quran ialah:

1. Tetap hati dan membanyakkan mengingati Allah.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِذَا لَقِيتُمْ فِئَةً فَاثْبُتُواْ وَاذْكُرُواْ اللّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلَحُونَ

(8:45) “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.”

2. Mentaati Allah dan RasulNya, tidak wujud sikap berbantah-bantah sesama orang yang beriman dan bersabar.

وَأَطِيعُواْ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَلاَ تَنَازَعُواْ فَتَفْشَلُواْ وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُواْ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

(8:46) “Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”

3. Tidak memiliki sifat sombong, angkuh, riya’ dan menghalang manusia dari jalan Allah.

وَلاَ تَكُونُواْ كَالَّذِينَ خَرَجُواْ مِن دِيَارِهِم بَطَرًا وَرِئَاء النَّاسِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللّهِ وَاللّهُ بِمَا يَعْمَلُونَ مُحِيطٌ

(8:47) “Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari kampungnya dengan rasa angkuh dan dengan maksud riya’ kepada manusia serta menghalangi (orang) dari jalan Allah. Dan (ilmu) Allah meliputi apa yang mereka kerjakan.”

4. Ikhlas dan tidak mengharapkan dunia sedikitpun dalam perjuangan.

وَلَقَدْ صَدَقَكُمُ اللّهُ وَعْدَهُ إِذْ تَحُسُّونَهُم بِإِذْنِهِ حَتَّى إِذَا فَشِلْتُمْ وَتَنَازَعْتُمْ فِي الأَمْرِ وَعَصَيْتُم مِّن بَعْدِ مَا أَرَاكُم مَّا تُحِبُّونَ مِنكُم مَّن يُرِيدُ الدُّنْيَا وَمِنكُم مَّن يُرِيدُ الآخِرَةَ ثُمَّ صَرَفَكُمْ عَنْهُمْ لِيَبْتَلِيَكُمْ وَلَقَدْ عَفَا عَنكُمْ وَاللّهُ ذُو فَضْلٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ

(3:152) “Dan sesungguhnya Allah telah memenuhi janji-Nya kepada kamu, ketika kamu membunuh mereka dengan izin-Nya sampai pada saat kamu lemah dan berselisih dalam urusan itu dan menderhakai perintah (Rasul) sesudah Allah memperlihatkan kepadamu apa yang kamu sukai. Di antaramu ada orang yang menghendaki dunia dan di antara kamu ada orang yang menghendaki akhirat. Kemudian Allah memalingkan kamu dari mereka untuk menguji kamu; dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu. Dan Allah mempunyai kurnia (yang dilimpahkan) atas orang-orang yang beriman.”

5. Tiada perasaan `ujub.

لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللّهُ فِي مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنكُمْ شَيْئًا وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُم مُّدْبِرِينَ

(9:25) “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mukminin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu di waktu kamu menjadi congkak karena banyaknya jumlahmu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikit pun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai.”

Sebagai manusia kita ditaklifkan untuk membuat perancangan dan berusaha mewujudkan sebab-sebab kemenangan dalam diri para pejuang sebagaimana yang diajarkan oleh Allah kepada kita seterusnya kita perlu serahkan kepada Allah dan mengharapkan Allah mengurniakan kepada kita kemenangan di dunia atau kita mendapat ganjaran keampunanNya di negeri akhirat.

Tidak ada jalan pintas untuk melahirkan pra-syarat kemenangan dalam anggota jamaah Islam yang berjuang melainkan melalui pentarbiyahan yang tersusun, berobjektif dan berterusan.

Oleh: Ustaz Annuar Salleh,

Yang Dipertua ISMA DHL

Blog: Renungan2u

Malam Bersamamu Palestin II fokus peranan kita dalam isu Palestin
Adelaide,  12 Julai – Majlis Malam Bersamamu Palestin II telah dianjurkan di sini, dan menampilkan Ustaz Abdul Halim bin Abdullah, Naib Presiden I Ikatan Muslimin Malaysia. Program bermula pada jam 7.30 malam dan berakhir jam 11.00 malam, bertempat di Eclipse Room, Adelaide University.

Program ini dianjurkan oleh ISMA Australia cawangan South Australia, melalui Biro Pembangunan Sumber Insan. Turut menganjurkan program ini ialah Aman Palestin Berhad, dengan kerjasama Malaysian Student Council of Australia (MASCA South Australia) dan Kelab UMNO Luar Negara South Australia.

Dalam slot khas bersama Ustaz Abdul Halim, beliau menegaskan pentingnya tarbiyyah dalam usaha memantapkan jiwa dan menyediakan umat Islam yang berkualiti melalui ukhuwah dan keimanan, sebagai usaha untuk menyatukan umat Islam dan melawan segala agenda musuh.

Turut diadakan dalam program ini adalah pameran-pameran tentang tokoh-tokoh Palestin, sejarah negara Palestin, kronologi Perang Israel Gaza, Aman Palestin dan sejarah pergerakan HAMAS dan FATAH. Poster-poster istimewa berkenaan Palestin yang dhasilkan sendiri pelajar-pelajar di sini turut dipamerkan.

Seusai slot bersama Ustaz Abdul Halim, satu klip video khas lakonan pelajar-pelajar di sini yang memaparkan “Apa Peranan Sebenar Kita” dalam menangani isu Palestin ditayangkan dan mendapat respons yang sangat baik daripada semua hadirin. Lakonan yang berbentuk spontan dan bersahaja tetapi berisi amat menyentuh hati hadirin kerana apa yang ditonjolkan amat relevan untuk dipraktikkan. kata beliau lagi, umat Islam kini jatuh kerana jiwa yang kecil dalam memperjuangkan agama Allah. Maka Palestin hanya boleh diselamatkan oleh umat yang besar jiwanya dan bersih akhlaknya.

Program ini diakhiri dengan bacaan qunut nazilah, diketuai Dr. Wan Muhd Ridhuan Wan jaffar. Sekali lagi hati para hadirin tersentuh dengan satu demi satu bacaan doa diaminkan bersama-sama, dengan penuh ikhlas mengharapkan Palestin sentiasa dalam lindungan Allah dan Zionis dihancurkan seteruk-teruknya.

Akhir kata, pihak penganjur mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir, dan mengharapkan agar isu Palestin bukanlah isu yang bermusim seperti bola sepak Piala Dunia, tetapi merupakan isu yang sentiasa hidup dan perlu diambil peduli setiap individu yang mengaku dirinya muslim, serta mengambil apa jua peranan yang patut dilaksanakan dalam menangani isu umat ini.

oleh:

Media ISMA Australia

Cawangan South Australia

Bantuan kemanusiaan Aman Palestin selamat tiba di Gaza
Bantuan kemanusiaan daripada Aman Palestin yang bernilai kira-kira USD100,000 dilaporkan telah selamat tiba di Gaza melalui sempadan Rafah pada pagi Ahad yang lepas, menurut perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh Ikhwanweb.

Walau bagaimanapun, delegasi konvoi kemanusiaan Aman Palestin yang diketuai oleh Pengerusi Eksekutifnya yang juga Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman belum memperolehi kebenaran untuk menyeberangi sempadan Gaza-Mesir berikutan masalah komunikasi.

Ketibaan bantuan kemanusiaan yang merangkumi keperluan-keperluan asas dan ubat-ubatan tersebut diharap sedikit sebanyak dapat mengurangkan keperitan yang dialami oleh penduduk Palestin khususnya di Gaza.

Berikut merupakan laporan penuh yang dikeluarkan oleh Ikhwanweb:

Malaysian aid convoy arrives in Gaza Strip

Relief aid and medicines from the Aman Palestine Institute in Malaysia with an estimated worth of $100,000US arrived in Gaza on Sunday morning via the Egyptian Rafah crossing.

The relief aid was accompanied by a delegation including 12 Malaysian notable personalities, consisting of representatives of Malaysian NGOs and television journalists, who were not granted permission to pass the crossing as a result of failure of coordination, according to the Egyptian crossing administration.

Head of the Aman Palestine Institute in Malaysia, Abdullah Zeek, who is still waiting on clearance from the Egyptian government to enter the Gaza Strip, stated that the aid is reassurance to the Palestinian people that they are not isolated from the Islamic world, adding that the Malaysian people have a strong interest in the Palestinian cause and provide ongoing support for the people under siege in the Gaza Strip.

For his part, Omar Siam, Executive Director of the Bureau of Aman Palestine in Gaza, confirmed that the aid arrived in Gaza, noting that it will be distributed to the needy and to medical institutions in the Strip.

Source: Ikhwanweb

Tanjong Pagar tanahair Islam
Tanjong Pagar, di tengah-tengah bandaraya Singapura. Ia bukan isu stesen, pembangunan atau korporat, akan tetapi ia adalah isu tanah, kedaulatan dan maruah agama dan umat.

Dalam perjuangan umat sepanjang sejarah kemanusiaan, penambahan atau pengurangan tanah atau wilayah jajahan adalah salah satu petujuk (indicator) akan turun naiknya kekuatan dan ketamadunan umat tersebut. Memerintah bumi merupakan salah satu kemuncak kejayaan sesebuah umat dan merupakan anugerah Allah yang paling besar apabila Dia hendak mengagungkan mereka.

FirmanNya bermaksud, “Kami hendak menganugerahkan kepada mereka yang tertindas di muka bumi dan Kami hendak menjadikan mereka pemerintah, dan Kami hendak menjadikan mereka yang mewarisi (wilayah  dan negara)”.

Sabda Rasulullah saw kepada Buhaira bin Firas, seorang kafir, yang meminta digilirkan kuasa pemerintahan kepadanya selepas Rasulullah saw, bermaksud, “Sesungguhnya bumi ini milik Allah. Dia akan mewariskannya kepada siapa yang Dia kehendakki. Kesudahannya nanti adalah untuk orang-orang yang beriman”.

Papan tanda “Selamat Datang ke Malaysia” di tanah Tanjong Pagar menunjukkan di sana masih ada tanahair Islam yang mesti dipertahankan.

Tanjong Pagar adalah sekeping tanah Malaysia yang terletak di tengah-tengah bandaraya Singapura. Ia merupakan tanah warisan pemerintahan Islam turun temurun sejak datangnya Islam ke Kepulauan Tanah Melayu. Apabila Tanjong Pagar pernah diperintah oleh Islam di bawah sistem Islam walau sebentar, apatah lagi berabad-abad lamanya, ia merupakan salah satu dari tanahair Islam yang mesti dipertahankan oleh umat Islam selamanya. Namun pada 24 Mei 2010 yang lalu, tanah Islam yang dicagar dan sepatutnya bertahan selama 999 tahun di bawah tadbir umat Islam Malaysia kini telah dipersetujui bersama akan berakhir pada 1 Julai 2011, lebih 900 tahun lebih awal dari tarikh yang sepatutnya.

Pulau Batu Putih, Johor.

Oleh itu isu mempertahankan tanah atau wilayah adalah terlebih dahulu merupakan isu kedaulatan dan maruah, sebelum isunya berkait dengan pembangunan dan dunia koporat. Di atas asas inilah, kita meratapi jatuhnya salah satu tanahair Islam, Pulau Batu Putih ke tangan Singapura pada 23 Mei 2008 yang lalu walaupun ia hanya merupakan sebuah kumpulan batu kecil di tengah lautan berhampiran negeri Johor yang tidak mempunyai nilai pembangunan dan korporat yang setanding dengan pulau dan tanah yang lain.

Najib (PM Malaysia) dan Lee Hsien Loong (PM Singapore).

Jika seorang Islam murtad, meskipun beliau dari orang kebanyakan sahaja, hanya seorang diri beliau tidak akan memberi kesan ketara kepada kekuatan dan ekonomi umat Islam secara kesuluruhan, akan tetapi kemurtadannya memberi kesan dan menconteng maruah di muka umat Islam itu sendiri. Hakikatnya isu Tanjong Pagar, sepeti mana isu Pulau Batu Putih, Andalus, Palestin dan tanahair-tanahair Islam yang lain adalah merupkan isu kedaulatan dan maruah yang difardhukan oleh Islam untuk kita mempertahankannya yang akan dipersoalkan oleh generasi Islam akan datang dan disoal oleh Allah swt di Hari Kiamat.

Mereka yang kurang memahami Fiqh Islam akan mengatakan bahawa umat Palestin di Gaza berjuang mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Mereka tersilap. Tiada Masjid Al-Aqsa di Gaza, Palestin. Masjid Al-Aqsa terletak di Tebing Barat, Palestin. Akan tetapi hakikatnya, umat Islam Palestin mengorbankan ribuan syuhadak dan jutaan yang sanggup berlapar dikepung di setiap sempadannya semata-mata kerana mempertahankan tanahair Islam dari dijajah dan maruah agama Islam dari dicemari.

Sejarah manusia menunjukkan mana-mana umat yang leka dan lalai, tidak ada daya juang dan kesanggupan untuk berkorban, akan diliputi kehinaan dan akan kehilangan wilayah dan tanah jajahan mereka sedikit demi sedikit. “Allah tidak akan merubah nasib mereka melainkan mereka merubah apa yang ada di dalam diri mereka sendiri” (Al-Quran). Sebaliknya jika mereka berubah, mencintai dan berusaha ke arah kehebatan dan keagungan, Allah swt mengurniakan mereka tanah-tanah jajahan yang baru. (Foto: Konsert Search & Wings di KL yang dihadiri 20,000 penonton Melayu Islam Malaysia pada 1 Mei 2010. Tiga minggu selepas itu mereka kehilangan Tanjong Pagar, sekiranya mereka menyedari…).

Isu mempertahankan tanah, maruah dan kedaulatan bukan semata-mata menyangkut pemerintah dan kerajaan, akan tetapi ia juga adalah neraca dalam menilai sesebuah umat. Pemerintah tidak lain melainkan cermin kepada umatnya sendiri. Kerajaan yang lalai adalah lahir dari umat yang lalai dan megambil kesempatan dari kelalaian mereka. “Firaun memperbodohkana kaumnya lalu mereka mentaatinya. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik” (Al-Quran).

“Sesungguhnya membina umat-umat, mendidik masyarakat, berusaha mencapai cita-cita dan memenangkan prinsip-prinsip menuntut dari umat yang berusaha ke arah itu atau dari kumpulan yang menyeru ke arah tersebut sekurang-kurangnya memiliki kekuatan jiwa yang hebat yang dapat dilihat dalam beberapa aspek: Kemahuan yang kuat yang tidak dihinggapi penyakit lemah, kesetiaan yang teguh yang tidak dikotori oleh sikap kompromi atau pengkhianatan, pengorbanan yang besar yang tidak dihalang oleh sikap tamak atau bakhil, mengenali, meyakini dan menghormati prinsip yang memeliharanya dari kesilapan, penyelewengan, bertolak ansur atau tertipu oleh pihak lain” [Imam Hasan Al-Banna: Risalah Ke Arah Mana Kita Mengajak Manusia].

Adalah tidak terlewat bagi umat Islam untuk bangkit dan sedar dari lamunan mereka yang panjang. Allah swt tidak menciptakan mereka lalu membiarkan mereka tanpa pedoman. Sebaliknya Allah swt menurunkan Al-Kitab sebagai panduan, mendatangkan Ar-Rasul sebagai ikutan dan mengurniakan mereka pelbagai nikmat dan kelebihan untuk mereka berlumba-lumba dalam berjuang…

Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah,

Naib Presiden I,

Ikatan Muslimin Malaysia

Blog: Ini Jalanku

ISMA-Mesir temui delegasi AMAN Palestin dan ISMA ke Gaza
Kaherah, 1 Julai - Pengerusi ISMA-Mesir, Saudara Shuhaib Ar-rumy Selamat bersama wakil media ISMA-Mesir semalam berpeluang menemui delegasi ISMA dan Aman Palestin yang sekarang berada di Kaherah, dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Rombongan delegasi semalam mengadakan lawatan ke kilang ubat yang akan membekalkan ubat-ubatan ke Gaza. Wakil syarikat berkenaan ketika ditemui melahirkan sokongan dan rasa gembiranya dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia dalam krisis kemanusiaan di Gaza.

Selain itu, beliau turut optimis bantuan yang dibawa akan selamat sampai ke Gaza memandangkan pihak berkuasa Mesir sekarang membuka pintu sempadan di Rafah selepas peristiwa berdarah serangan ke atas Flotilla Gaza.

Pihak delegasi kemudiannya berkesempatan mengadakan kunjungan ke Kedutaan Besar Malaysia Kaherah di Mohandasein, Mesir. Satu pertemuan ringkas bersama Kuasa Usaha Sementara (KUS) Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, En Shaiful Anuar Mohamad turut diadakan.

Dalam pertemuan tersebut, ketua delegasi, Ustaz Abdullah Zaik memberikan penerangan ringkas mengenai jadual perjalanan misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza kepada En Shaiful.

Bantuan yang bernilai kira-kira USD 100,000.00 ini merupakan sumbangan ikhlas daripada rakyat negara ini yang bersimpati dengan penderitaan penduduk Gaza yang berterusan ditindas oleh rejim Zionis Israel.

Selain ahli-ahli ISMA, konvoi kemanusiaan ini juga disertai oleh para petugas dan sukarelawan Aman Palestin, pihak media termasuk TV3 dan BERNAMA serta individu perseorangan.

Delegasi Aman Palestin dan kini berada di sempadan Rafah dan dijangka akan kembali ke tanahair pada 5 Julai 2010.

Sumber: Laman ISMA-Mesir

Bolehkah mereka dipercayai lagi?
“Mustahil bagi DAP berkompromi dalam hal ini. Kami tidak boleh kompromi agar negara berubah menjadi negara Islam (jika PR mengambil alih kerajaan pada masa depan),” kata Karpal.

“Ia sebuah negara sekular. Saya percaya Allahyarham Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri pertama) pernah menyebut sebelum ini mengenai Malaysia,” kata ahli politik veteran ini kepada The Malaysian Insider.

Karpal menyalahkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengubah realiti sebuah negara sekular menerusi kenyataan-kenyataan politiknya yang dibuat oleh beliau pada masa-masa lalu, yang telah “mengelirukan orang ramai” berkenaan identiti Malaysia.

“Perlembagaan menyediakan peruntukan mengenai perkara ini. Tiada peruntukan dalam perlembagaan yang mengatakan Malaysia sebuah negara Islam.

“Agama rasmi Malaysia ialah Islam tetapi tidak bermakna ia sebuah negara Islam,” kata beliau lagi.

Karpal kelihatan terkejut apabila disebutkan bahawa PAS dalam ceramah-ceramahnya memaklumkan bahawa DAP sudah menerima konsep negara Islam secara perlahan-lahan dan menghormati pendirian PAS dalam hal itu.

“Pada 1988, Mahkamah Agung telah memutuskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular,” katanya. “Pada 1990, ketika satu ceramah di Sungai Pinang, akhbar-akhbar memetik saya mengatakan (bina) ‘negara Islam dengan melangkah mayat saya’,” katanya.

Jelas sekali bahawa mereka ingin merampas tampuk pemerintahan negara bukan untuk memartabatkan agama seperti kata beliau.

“Kita pernah menjalin pakatan pada masa lalu tetapi kita gagal. Apa yang membezakan sekarang ialah kami bersatu dalam mengetepikan musuh bersama iaitu Barisan Nasional. Buat masa sekarang, yang paling utama ialah mengambil alih Putrajaya daripada BN,” katanya.

Apa akan berlaku selepas PR mengambil alih kerajaan persekutuan nanti?

Karpal mengakui bahawa beliau belum dapat melihat bagaimana PAS atau DAP boleh berkompromi dalam isu ini.

“Akan tiba masa nanti apabila kita perlu menghadapi hakikat ini. Bagaimana kita akan berkompromi? Jika DAP berkompromi, ia bermakna ia menerima Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan jika PAS berkompromi, bermakna ia menerima negara sekular dan ini akan bertentangan dengan prinsip mereka sendiri.”

“Apa yang menyatukan Pakatan ialah PKR. Tanpa PKR ia akan kelihatan seperti yang sama sebelum ini,” kata Karpal.

Pemimpin-pemimpin DAP masih meletakkan harapan bahawa PAS akan mengubah pendiriannya dalam isu negara Islam. “Pemimpin-pemimpin PAS yang liberal, progresif merupakan kunci dalam mencapai persefahaman ke arah kompromi yang baik,” katanya lagi.

Kenyataan ini benar-benar telah mencabar umat islam di negara yang tercinta ini. Keberanian mereka dalam menyatakan hak dan pandangan mereka semakin hari semakin lantang dan diulang secara jelas dan terang. Saya amat yakin ini bukan hanya kenyataan individu tetapi adalah pendirian parti dan juga mereka yang sentiasa melaungkan kebebasan bersuara, kebebasan beragama, kebebasan berpolitik, kebebasan wanita dan bermacam kebebasan lagi. Semua ini mereka selindung dalam istilah “Human Rights”. Tidak dinafikan sebahagian dari seruan mereka itu ada kebenarannya terutama yang melibatkan undang-undang ISA dan yang seumpamanya tetapi yang ramai umat islam tidak sedar ialah mereka juga menuntut hak sama rata dalam beragama. Ertinya jika orang Islam boleh berdakwah kepada orang kafir maka mereka juga boleh berdakwah kepada orang Islam.

Saya tidak nampak ini isu politik atau isu untuk mendapat dokongan majoriti rakyat tetapi ini adalah isu kemuliaan agama Islam yang jelas diperkecilkan oleh mereka. Apapun alasan yang diberikan ia jelas merupakan satu tamparan hebat kepada pejuang Islam. Mereka bukan saja mencabar malah men”dictate”kan kepada kita. Ini satu suasana yang sangat membimbangkan apabila pihak musuh Islam berani meletakkan syarat dalam negara yang majoritinya adalah umat Islam.

Di mana izzahnya pejuang Islam? Adakah mereka ini boleh kita bawa berbincang? Bolehkah mereka dipercayai?

Saya sangat hairan, dalam keadaan mereka begitu tegas dengan pendirian terhadap Islam, masih ada lagi umat Islam yang “thiqah” dengan mereka. Tidak kurang juga ada yang kagum dengan “keikhlasan” mereka ini sehingga sanggup berkompromi dalam banyak perkara.

Aminuddin Yahaya,

Setiausaha Agung,

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Blog: Suara Dari Gunung

Delegasi ISMA sertai konvoi kemanusiaan Aman Palestin ke Gaza
Bandar Baru Bangi, 27 Jun – Sebagai sebahagian daripada inisiatif Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dalam perjuangan membantu umat Islam di Palestin, beberapa orang delegasi ISMA telah menyertai konvoi kemanusiaan Aman Palestin ke Gaza. Misi utama konvoi kemanusiaan ini ialah untuk menyampaikan bantuan daripada rakyat Malaysia kepada penduduk Palestin di Gaza.

Rombongan yang terdiri daripada 12 orang sukarelawan itu diketuai oleh Pengerusi Eksekutif Aman Palestin yang juga merupakan Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman. Ahli-ahli ISMA lain yang turut terlibat ialah Haji Abdul Rahman bin Mat Dali (Timbalan Presiden) dan Encik Zaim bin Shaari (AJK Pusat).

Selain ahli-ahli ISMA, konvoi kemanusiaan ini juga disertai oleh para petugas dan sukarelawan Aman Palestin, pihak media termasuk TV3 dan BERNAMA serta individu perseorangan.

Rombongan ini telah berlepas ke Kaherah, Mesir malam semalam dan akan cuba memasuki Gaza melalui sempadan Rafah untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin berupa keperluan-keperluan asas.

Bantuan yang bernilai kira-kira USD 100,000.00 ini merupakan sumbangan ikhlas daripada rakyat negara ini yang bersimpati dengan penderitaan penduduk Gaza yang berterusan ditindas oleh rejim Zionis Israel.

Justeru itu, diharapkan lebih ramai rakyat Malaysia yang tampil untuk menghulurkan sumbangan kepada rakyat Palestin. Bantuan kepada Aman Palestin boleh disalurkan melalui cek atas nama Aman Palestin Berhad atau terus masukkan ke akaun Bank Islam (12029010047880) atau Maybank (562263010787).

Delegasi konvoi kemanusiaan Aman Palestin ini dijangka akan kembali ke tanahair pada 5 Julai 2010.

Oleh: Mohd Firdaus Sabturani,

Ketua Pengarang,

Media ISMA Pusat