Welcoming BBQ ISMA-SA Meriah

Adelaide, 28 Feb – Lebih 100 pelajar dan keluarga Malaysia di Adelaide menghadiri ‘Welcoming BBQ’ di Marshmallow Park anjuran ISMA Australia dengan kerjasama MyPSA (Malaysian Postgraduate Student Association) bagi menyambut kedatangan pelajar-pelajar baru ke Adelaide baru-baru ini.

Ucapan Takziah buat Saudari Fahimah

Adelaide, 22 Feb- Sebilangan besar pelajar-pelajar perempuan di Adelaide menghadiri majlis bacaan yasin di South Terrace, Adelaide semalam di atas pemergian ayahanda kepada seorang pelajar perubatan tahun ke-4 University of Adelaide, saudari Fahimah bt Hambari. Ayahanda kepada saudari Fahimah, arwah Hambari Hj Noor telah pulang ke rahmatullah pada jam 10.45am (waktu Malaysia), 21 Februari yang lalu.

JUMS ‘09 Meriah Di Korea Selatan, Eropah, India

Di kala Australia berhadapan dengan musim panas, lain pula kisahnya di 3 buah negara lain yang sedang mengalami musim sejuk.Berkongsi program yang sama, ISMA Korea, Eropah dan India berjaya menghangatkan musim sejuk mereka dengan Jalinan Ukhuwah Musim Sejuk 2009 (JUMS 09). Disamping program yang sama, ketiga-tiga negara berbeza ini berjaya menarik perhatian apabila JUMS 2009 di setiap negara turut berkongsi tema yang sama, “We Share A Dream”.

Movie Review: Maryam Muqaddasa (Virgin Mary)

Memaparkan kisah kelahiran Nabi Isa oleh Maryam. Kisah visual yang memaparkan penceritaan suasana di zaman tersebut, bermula daripada kisah Keluarga Imran yang dicemuh dengan kelahiran anak perempuan yang diberi nama Maryam.

The Muslim Woman and Her Lord

One of the most prominent distinguishing features of the Muslim woman is her deep faith in Allah and her sincere conviction that whatever happens in this universe, and whatever fate befalls human beings, only happens through the will and decree of Allah; whatever befalls a person could not have been avoided, and whatever does not happen to a person could not have been made to happen. A person has no choice in this life but to strive towards the right path and to do good deeds by whatever means one can, putting all his trust in Allah, submitting to His will, and believing that he is always in need of Allah’s help and support.

Impian Palestin

Impian Palestin merupakan satu penulisan matang seorang gadis kecil berumur 15 tahun dari Itali.Randa Ghazy berjaya memaparkan pergolakan hidup rakyat Palestin kepada dunia dengan hasil penulisannya. Ia mendapat sambutan ramai sehingga diulang cetak sebanyak tiga kali, dan mendapat ratusan komen dari para ahli. Novel ini diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa di banyak negara sehingga menjadi [...]

Selangkah ke Alam Pekerjaan

Bagi yang akan menamatkan pengajian pada tahun ini, tentunya sudah mula mengorak langkah dalam merancang masa depan. Sedikit perkongsian bagi menghadapi alam perkerjaan:

Optimis dan sentiasa berfikiran positif dalam memulakan langkah. Mulakan dengan niat untuk mencari keredhaan Ilahi dan menyumbang kepada kesejahteraan agama, bangsa dan negara.
Sediakan diri dalam menghadapi perubahan dan kemungkinan-kemungkinan yang bakal ditempuhi. Laluan [...]

Keputusan Peperiksaan Diumumkan

Adelaide, 4 Dis. – Musim peperiksaan telah lama berlalu. Saat paling mendebarkan pelajar universiti di Adelaide kini tiba apabila keputusan peperiksaan diumumkan di laman portal universiti masing-masing. Ada yang menerima keputusan satu persatu secara beransur-ansur, ada juga yang telah ditetapkan tarikh pengumuman keputusan.
Telah menjadi lumrah alam/sunnatullah, kegagalan dan kejayaan merupakan ketentuan dari Allah. Semuanya telah [...]

Kepanasan Mampu Membunuh?

Kalau dulu, bila mendengar nama Australia, pastinya terbayangkan kesejukan dan bunga-bungaan. Jarang sekali membayangkan kepanasan melampau seperti yang dialami kini. Memang ada terbayangkan bentangan kawasan gurun yang melata di kebanyakan permukaan Australia yang luas ini, tetapi kepanasan tidak dijangka dapat juga dirasai di bandar-bandar seperti Adelaide, Melbourne dan bandar-bandar utama lain di Australia.

Manusia dan Harapan

Sedar atau tidak, manusia secara fitrahnya sememangnya bergerak dalam aturan Allah. Hakikat itu tidak akan berubah, cuma terpulang pada manusia itu sendiri, segar atau tidak imannya dalam merasai hidup berTuhan?

Imbasan Kembara Ilmu VI

Adelaide, 30 Oktober – Program Kembara Ilmu telah melabuhkan tirainya untuk tahun 2009 dengan siri ke-enam yang diadakan Jumaat lepas dengan kerjasama semua organisasi terbesar di South Australia – ISMA, MASCA, MISSA, UMNO, LSS dan ISSUA. Program kali ini diadakan khas buat pelajar-pelajar universiti yang bakal menghadapi peperiksaan akhir tahun sesuai dengan temanya ‘Tenangkan Hati, [...]

Sekitar Ayuh Senamrobik III ISMA-SA

Adelaide, 25 Oktober  – Pada hari Ahad yang lalu berlangsungnya acara senamrobik kali ke-3 anjuran Biro Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan (SuReBud)  ISMA-SA. Senamrobik ini yang diadakan khas untuk warga muslimah di South Australia merupakan yang terakhir untuk tahun 2009 bagi memberi laluan kepada peperiksaan akhir semester yang bakal bermula awal November nanti.
Bertempat di Western Youth [...]

Bayi Dilanggar Keretapi Terselamat

Kejadian 16 Oktober di Melbourne benar-benar mengejutkan dunia. Seorang ibu bersama anaknya yang diletakkan di dalam kereta sorong bayi menjadi saksi terdekat, sebagai pengajaran terbesar buat semua. Ketika mereka sedang menunggu kedatangan kereta api, kereta sorong yang diduduki bayi tersebut menggelungsur laju, lantas terjatuh ke dalam kawasan landasan kereta api. Ibunya yang terkejut, lekas-lekas cuba menyelamatkan keadaan, tetapi ternyata takdir telah menentukan, kedatangan keretapi tepat pada masanya, merempuh kereta sorong bersama bayi tersebut yang berada di tengah-tengah landasan.

Tabung Kemanusiaan Gempa Bumi Padang

Atas dasar kemanusiaan dan kasih sayang, Biro Kebajikan dan Akademik (BIJAK) ISMA-SA akan melancarkan tabung kutipan untuk meringankan beban mangsa-mangsa gempa bumi di Indonesia. Tabung-tabung akan diletakkan di surau UNISA dan The University of Adelaide.

ISMA-SA akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyampaikan sumbangan anda terus kepada mangsa gempa bumi Padang, Indonesia. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua. [...]

Bayi Bawah Dua Tahun Ditegah Tonton Televisyen

Bayi di bawah usia dua tahun tidak patut menonton televisyen kerana ia boleh menjejaskan perkembangan bahasa mereka dan kemampuan untuk memberi tumpuan, menurut satu garis panduan baru untuk rakyat Australia.

Menurut akhbar The Australian, saranan kerajaan yang dijangka diterbitkan pada minggu depan itu turut menyatakan bahawa kanak-kanak berumur antara dua hingga lima tahun, seharusnya menonton televisyen [...]

Next Page »