Bagaimana Mendapat H1 Untuk Peperiksaan

good-grades-in-college

  1. Di universiti, kita boleh buat supplementary exam sekiranya kita gagal. Di hari akhirat, jika anda gagal, tiada jalan kembali – perahu tidak boleh diundur.
  2. Di universiti, anda tidak tahu soalan apa yang akan keluar. Di hari akhirat akan hanya ada 3 soalan: Siapakah Rabb kamu? Apakah agama kamu? Siapakah Nabi kamu? Jawapannya hanya boleh dijawab dengan gaya hidup kamu di dunia.
  3. Di university, kita bangun malam untuk mengulangkaji pelajaran. Untuk peperiksaan Ilahi, kita juga mesti bangun malam untuk menunaikan solat.
  4. Di university, kita berdoa untuk keputusan yang terbaik. Kita juga mesti ada attitude yang sama untuk peperiksaan Allah.
  5. Di universiti, jikalau kita mendapat keputusan yang teruk, kesedihan dapat dilihat di muka kita dan kita malu berhadapan dengan orang. Samalah dengan hari akhirat.
  6. Semasa peperiksaan di universiti, kita tidak boleh meminta pertolongan sesiapa pun. Di hari akhirat, kita boleh mendapat bantuan daripada Nabi Muhammad SAW, al Quran dan lain-lain.
  7. Di universiti, tibanya SWOT VAC, kita hapuskan segala perkara yang menganggu konsentrasi untuk fokus kepada perkara yang penting. Bukankah kita boleh mati sekelip mata? Hapuskan segala distractions.
  8. Di universiti, jika kita mendapat keputusan yang cemerlang kita akan meletup dengan kegembiraan. Samalah apabila kita mendapat buku kita dengan tangan kanan di hari akhirat.
  9. Di universiti, sehingga keputusan peperiksaan keluar, kita akan risau tentang keputusannya. Untuk peperiksaan Allah, kita menghadapi hari-hari kita di dunia dengan penuh kerisauan sehinggalah keputusan keluar.

Terjemahan dan ubah suaian daripada artikel Muhammad al Shareef.

Oleh:
Abang Ikhwan Abang Othman
Penolong Bendahari ISMA Australia
Cawangan Victoria

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!