Baiah Diberi Atau Diminta?

Baiah adalah satu makanisma tradisional yang digunakan dalam semenjak zaman Rasulullah s.a.w lagi. Ia boleh diterjemah dengan maksud janji setia antara dua pihak yang berbaiah.

Antara baiah-baiah yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w ialah Baiah Jihad, Baiah Nisa’, Baiah Ridhwan dan sebagainya. Diriwayatkan bahawa para sahabat juga melakukan baiah sesama mereka untuk melakukan sesuatu amalan ketaatan. Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w berlaku satu lagi baiah yang besar iaitu baiah khalifah. Demikian beberapa contoh baiah yang telah berlaku pada zaman tasyrik (pensyriatan).

Hari ini amalan berbaiah masih lagi diamalkan oleh sesetengah organisasi/jamaah dakwah. Sebagaimana biasa saya tidak bermaksud ingin mengulas tentang tajuk ini dari segi akademiknya, selain meninjau cara amalan yang telah mencetus berbagai kesan buruk kepada pengikut-pengikut organisasi dakwah diserata dunia. Isu ini telah menjadi punca perbalahan antara anggota berbagai jemaah termasuk di Malaysia apabila mereka cuba mengadaptasikan mafhum baiah khalifah dalam amalan organisasi mereka.

Dengan adaptasi tersebut berbaiah dengan pemimpin organisasi seolah-olah berbaiah dengan khalifah yang membawa implikasi sesiapa yang melanggarnya dianggap bughah yang harus diperangi, “halal darah”, maruah dan harta benda mereka.

Sebagaimana ia menjadi masalah dalam satu organisasi ia juga berlaku antara organisasi sehingga kepimpinan satu kumpulan seoalah-olah mencalunkan diri mereka sebagai khalifah muslimin dan sesiapa yang tidak menyertai organisasi mereka juga dianggap sebagai pengkhianat, bughoh, berdosa, keluar dari Islam dan “halal darah” dan maruah mereka.

Oleh kerana kefahaman dari adaptasi yang salah ini telah menjadi punca perbalahan yang panjang antara pengikut-pengikut berbagai organisasi dakwah  yang langsung tidak memberi faedah kepada amal Islami bahkan sebaliknya tambah melemahkannya maka pembetulan perlu dibuat bagi merungkai kekusutan yang yang telah berpanjangan begitu lama itu.

Jesteru kajian semula telah dilakukan oleh berbagai pihak dan didapati bahawa ulamak sepakat dengan satu kesimpulan bahawa baiah organisasi ini bukan baiah khalifah. Kepimpinan mana-mana organisasi dakwah tidak boleh menganggap diri mereka sebagai khalifah muslimin dan bertaamul dengan orang diluar organisasi sebagai bughah yang halal darah, musuh agama  dan seumpamanya.

Mereka juga sepakat bahawa baiah organisasi dakwah boleh di tolak/dibatalkan/ditarik balik pada bila-bila masa apabila orang yang berbaiah tidak lagi yakin dengan kepimpinan organisasi tersebut atau pihak-pihak yang berbaiah secara sekata merasakan bahawa baiah yang dimeterai tidak lagi sesuai untuk di patuhi.

Walaubagaimana pun, pada saya tidak salah bagi mana-mana organisasi ingin mengadaptasi mafhum tersebut selama ianya difahami dalam lingkungan yang betul sebagai satu bentuk istinas.

Isti’nas ialah satu bentuk istinbat (pengambilan hukum) yang lebih rendah dari qiasdimana segala implikasi hukum asal tidak boleh/semestinya diaplly padafuruk(cabang), tetapi sekadar satu bentuk peniruan atau ambil semangat sahaja.

Maksudnya organisasi boleh mendidik anak buah supaya taat kepada pemimpin organisasi seolah-olah mereka taat kepada khalifah (yakni seoalah-olah kepimpinan organisai adalah simbul kepimpinan Islam bagi anak buah organisasi tersebut), dalam keadaan mereka sedar bahawa pemimpin tersebut bukan khalifah muslimin dan mereka faham bahawa kegagalan dalam memenuhi tuntutan baiah tersebut oleh mana-mana individu tidak membawa implikasi seperti keluar dari ketaatan kepada khalifah muslimin.

Dengan kejelasan ini kepelbagaian organisasi dakwah atau apa-apa permasalahan dalaman antara pihak-pihak dalam organisasi tidak menyebabkan pergaduhan dan perbalahan sesama anggota organisasi dakwah sama ada sesama dalam sebuah organisasi atau antara organisasi.

Ini adalah kerana berbilang organisasi dan kemunculan ramai pemimpin melalui berbagai organisasi tidak menyebabkan mana-mana organisasi atau anggotanya terkeluar dari agama dan harus diperangi. Hubungan antara anggota berbagai organisasi dakwah masih terikat dengan kewajiban wala’ dan ukhuwah. Mereka masih terikat dengan tanggunjawab silaturrahim dan kewajiban mempertahankan maruah dan darah sesama Islam.

Betapa besarnya dosa permusuhan yang telah dilakukan akibat perbezaan dan perselisihan dalam organisasi dakwah. Dalam nak buat baik kita telah melakukan banyak dosa.

Kembali kepada isu tajuk.

Apabila kita memahami bahawa baiah jamaah adalah semata-semata isti’nasdaripada baiah khalifah maka baiah tersebut berfungsi dari satu aspek sahaja iaitu dari segi  memberi keabsahan dalam perlantikan pemimpin organisasi, tetapi ia tidak sampai menjadikan pemimpin organisasi tersebut sebagai khalifah. Oleh itu baiah tersebut menjadikan sesaorang itu pemimpin organisasi yang sah tetapi ia tidak boleh memaksa ketaatan keatas pengikut dengan kekerasan atau kekuatan. Jadi baiah diperlukan oleh pemimpin tetapi tidak boleh dipaksakan kepada pengikut kecuali dengan kerelaan dan kehendak sendiri.

Baiah jamaah bermaksud menyerahkan hak untuk menentukkan keputusan dalam hal ehwal urusan dakwah seperti menentukan visi, misi, perancangan, strategi dan polisi berdasarkan perlembagaan kepada sesaorang pemimpin yang diyakini dan melengkapi syarat yang sesuai dengan tugasnya.

Jika perkara tersebut tidak terpenuhi seperti pemimpin itu lemah,  musayyas (alat politiking), tidak dapat menjalankan tanggungjawab  dakwah yang sepatutnya , masih banyak  medan amal yang tidak ditangani atau apa-apa keadaan dimana peranan kepemimpinan dakwah tidak terlaksana, sedangkan urusan muslimin semakin hari semakin menuju kehancuran, ketamakan kuffar semakin hari semakin rakus, jika terdapat pada masa itu sesaorang yang independent yang memiliki kelayakan dan sokongan, tidak harus baginya mengelak dari tampil untuk mengambil tanggungjawab menyelamatkan agama dan dakwah.

Beliau layak menerima mandat dan sokongan masyarakat tanpa perlu terikat dengan apa-apa tradisi atau tertakluk kepada mana-mana intrumen untuk memberikannya keabsahan kepemimpinan dakwah kepadanya (yakni samada disokong oleh ahli halli wal aqdi atau tidak). Kerana ia melaksanakan tanggunjawab yang wajib untuk menjaga maruah umat dan mempertahankan ketinggian agama Islam.

Ulamak telah sepakat bahawa seorang yang di ceroboh wajib membela diri dan maruah walau terpaksa kobankan diri dan begitu juga sesaorang yang melihat orang yang  dalam kecemasan wajib membantu jika ia mengetahui dirinya memiliki kemanpuan tanpa perlu meminta izin dari penguasa atau sesiapa, maka lebih-lebih lagilah wajibnya sesaorang yang independent jika ia tahu dirinya memiliki kemanpuan untuk menampilkan diri menyelamatkan agama dan maruah umat yang sedang dalam keadaan bahaya.

Oleh itu saya menyarankan agar semua pihak berpegang kepada keluasan unjuran fikah ini. Setiap kumpulan persiapkan diri masing-masing dengan segala kelengkapan untuk membela agama dan menyelamatkan umat tanpa kita menutup ruang persaingan yang sihat atau terperangkap dengan interpetasi silap atau pegangan dari adaptasi yang tidak tepat yang akan menjerumuskan kita dalam perbalahan yang tidak berfaedah serta mematikan ijtihad, daya usaha dan kreativiti sedangkan keadaan begitu mendesak dan memerlukan.


Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman
Presiden
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Blog: Perjalananku

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!