Berita ISMA, Komuniti, Victoria — February 4, 2012 at 5:31 pm

Budaya Kenduri Pengukuh Ukhuwah

by

Clayton, 4 Feb – Kenduri yang diadakan bersempena pelbagai keraian anjuran South Eastern Family (SEF) telah benar-benar menjadi pengukuh ukhuwah sesama warga South Eastern. Antara yang diraikan adalah Maulidur Rasul, perpindahan Encik Rosmizi dan keluarga ke rumah baru, aqiqah anak kepada beberapa ahli SEF, kedatangan ahli baru ke SEF, kepulangan ahli SEF yang bakal dan telah menamatkan pelajaran serta meraikan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga.

Majlis ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran Dr Rameez (Konsulat), Ustaz Burhan (Penghulu SEF), Dr Ihsanuddin Abas (Pengerusi ISMA Australia) serta seluruh warga keluarga South Eastern. Persiapan untuk kenduri ini telah bermula sejak awal pagi dengan gotong-royong memasak hidangan utama kambing aqiqah.

Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Burhan

Majlis bermula selepas solat Zohor dengan tazkirah yang disampaikan oleh ustaz Burhan. Tazkirah yang disampaikan bersempena Maulidur Rasul diharapkan dapat menyuburkan lagi perasaan kasih dan cinta pada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Tetamu dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah

Jutaan terima kasih diucapkan di atas kesudian tuan rumah yang menyediakan lokasi kenduri, Encik Rosmizi dan Puan Syarifah yang meraikan perpindahan ke rumah baru dan aqiqah anak ketiga mereka. Ucapan tahniah juga kepada seluruh ahli jawatankuasa SEF yang sudah bertungkus lumus untuk menjayakan dan menganjurkan majlis tersebut. Diharapkan acara seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan dengan matlamat mengeratkan lagi ukhuwah sesama ahli komuniti SEF.
-MediaISMA
Share

Leave a Reply

— required *

— required *