Archive for category: Hebahan

  • Dua kelahiran beribu erti

    Dua kelahiran beribu erti

    Hebahan, Victoria, Wanita & Keluarga January 31, 2012 8:17 pm

    ISMA Australia baru-baru ini menyambut kelahiran bayi-bayi kepada dua pasangan aktivis ISMA di Victoria. Kelahiran dua bayi ini lebih memberi erti kerana merupakan bayi pertama kedua-dua pasangan. Sebagai kelahiran sulung, ternyata kehadiran bayi-bayi ini memberi beribu erti buat ibu bapa baru yang menjadi pendokong dakwah dan tarbiyah Australia.

    Share
     
  • Barisan Pimpinan Baru Peneraju Membangun Umat Beragenda

    Barisan Pimpinan Baru Peneraju Membangun Umat Beragenda

    Hebahan, Media ISMA, Victoria November 28, 2011 1:16 pm

    Melbourne, 28 November – Pemilihan barisan pimpinan ISMA Australia untuk sessi 2012 telahpun berlangsung baru-baru ini. Pemilihan yang dibuat berdasarkan syuro ini menampakkan kehadiran muka-muka baru di samping mengekalkan beberapa ahli lama dari kalangan barisan pimpinan 2011. Gabungan ahli-ahli baru dan lama dalam barisan pimpinan yang baru ini memikul tanggungjawab untuk memantapkan dan memperkasakan gerak kerja ISMA Australia di masa akan datang dalam memastikan pembangunan umat beragenda di kalangan komuniti Melayu Muslim di Australia baik di kalangan pelajar mahupun yang telah bekerja dan berkeluarga – MediaISMA

    Share
     
  • Perutusan takziah buat Dr Rameez dan keluarga

    Perutusan takziah buat Dr Rameez dan keluarga

    Hebahan, Komuniti, Pelbagai, Semasa, Setempat, Tanah Air, Utama, Victoria November 15, 2011 1:24 pm

    14 Nov – Dukacita dimaklumkan bahawa Puan Zakiah Num Abdullah yang merupakan ibu kepada Konsul General di Melbourne, Dr Rameez Yahaya telah meninggal dunia pada hari ini di Malaysia. Allahyarhamah mengalami kecederaan akibat rompakan yang berlaku awal hari ini.

    Share