Ibu Bapa Stail Mana

Dr. Diana Baumrind memperkenalkan empat jenis stail keibubapaan (parenting styles) yang boleh kita jadikan rujukan atau menambah pemahaman apabila mendidik anak-anak. Tidak perlu untuk kita pergi jauh mendalam memahami stail-stail ini, kerana memahami konsepnya sahaja mencukupi untuk kita menilai stail dan metod kita. Stail-stail yang berbeza ini berkemungkinan menjadi salah satu faktor kenapa anak-anak tadi menjadi seseorang seperti sekian-sekian. Seperti yang telah ditulis, menjadi salah satu faktor tidak menjadikan stail keibubapaan ini punca kepada kenapa anak-anak tidak menjadi dan sebagainya. Ada pelbagai faktor, dan stail ini hanya salah satu.

Salah Faham tentang Senibina

Mengapa ambil masa yang begitu lama (5 hingga 7 tahun, hampir sama tempoh dengan pelajar perubatan) untuk bergelar arkitek? Banyak lagi perkara yang perlu ada pada seseorang itu sebelum layak digelar arkitek, bukan sekadar melukis. Bahkan, orang yang pandai melukis pun tidak semestinya berjaya menghabiskan tempoh pengajian selama 3 tahun!

Sumbangan Mangsa Kebakaran

Satu kejadian kebakaran di Pulai Chondong, Machang, Kelantan telah meranapkan 20 buah rumah kedai serta 2 buah rumah kediaman  hanya dalam masa sejam pada 20 Februari 2010 yang lalu. Antara mangsa yang turut terlibat dalam kejadian tersebut merupakan ahli keluarga salah seorang penuntut di Monash University, Clayton. Sehubungan dengan itu, ISMA Australia memohon warga Malaysia di Australia untuk sama-sama menghulurkan bantuan  demi meringankan bebanan keluarga beliau yang telah kehilangan  tempat tinggal & mata pencarian.

Ucapan Takziah buat Saudari Fahimah

Adelaide, 22 Feb- Sebilangan besar pelajar-pelajar perempuan di Adelaide menghadiri majlis bacaan yasin di South Terrace, Adelaide semalam di atas pemergian ayahanda kepada seorang pelajar perubatan tahun ke-4 University of Adelaide, saudari Fahimah bt Hambari. Ayahanda kepada saudari Fahimah, arwah Hambari Hj Noor telah pulang ke rahmatullah pada jam 10.45am (waktu Malaysia), 21 Februari yang lalu.

Manusia Yang Berhubung Dengan Kesilapan

Manusia ini satu perkara menariknya adalah kita dicipta dengan mempunyai ‘radar’ sendiri yang mengesan ketidakselesaan apabila bertemu dengan seseorang yang menghantar mesej negatif. Tak perlu mengucapkan dengan kata-kata, riak muka telah memberitahu segala-galanya.

6 Tips Mudah Jaga Kesihatan

Kali ini, kami akan berkongsi dengan anda bagaimana memelihara tubuh badan yang sihat tanpa memerlukan kerja berat ataupun masa yang banyak daripada anda. Seperti yang kita maklum, sebagai seorang pelajar, kita tidak akan terlepas daripada bebanan kerja university ataupun kerja-kerja rumah. Maka masa menjadi begitu berharga pada kita.

Selamat Datang Pelajar Baru ke Australia!

Selamat Datang! Welcome! Ahlan wa sahlan! ISMA-Australia mengucapkan kepada ratusan pelajar yang baru tiba di Australia bagi meneruskan pengajian masing-masing samada di Western Australia, South Australia, Victoria, Tasmania, ACT, New South Wales mahupun di Queensland.

Di sebalik “Ketika Cinta Bertasbih”

(Ketika Cinta Bertasbih 2) menceritakan pengembaraan Ustaz Kheirul Azzam mencari calon isteri. Berhadapan dengan ibunya yang sangat cerewet memilih calon menantu, mesti cantik, solehah, berpendidikan tinggi dan paling penting berjilbab (tudung labuh). Hampir kesemua yang cuba dilamar oleh Ustaz Azzam adalah melalui orang tengah yang ia thiqah dengan kemampuan dan pengalaman mereka dalam menilai peribadi manusia.

Understanding Cough

Cough (Latin: tussis) is a body reflex to eliminate foreign matters, sputum or irritants from your airway passage in the body. Hence, it is for the body a protective mechanism, however annoying it sometime may be.

Masyarakat Akan Tahu Jika Anda Menyampaikan

Tugas kita hanya membuat perancangan, melaksanakannya dan berserah kepada Allah bagi menjayakan setiap usaha kita. Jika nisbah kejayaan kita 1:10 bermakna kita perlu berdakwah kepada 10 orang agar kita berjaya memasukkan seorang mad`u ke dalam proses-proses tarbiyyah.

Summer Health Tips

It’s the second month of summer in Australia where temperatures can reach a sweltering 40 degrees! Here are some tips for preventing heat-related illnesses.

Kenapa Perbankan Islam?

Secara jauh dari mata kasar, produk-produk perbankan Islam kelihatan seolah-olah sama dengan perbankan konvensional. Malah dalam banyak keadaan, kos perbankan Islam adalah lebih mahal dan pinjaman daripada bank-bank Islam adalah lebih sukar untuk diperolehi. Tetapi jika diteliti struktur produk-produk perbankan Islam tersebut, ia adalah sebenarnya lebih berhati-hati, teliti dan adil untuk semua pihak.

Yang dikejar dapat, yang dikendong selamat. Khas buatmu, Ayah dan Ibu

“Kejayaan dalam pelajaran adalah satu perkara. Namun kejayaan dalam berbakti kepada ibu bapa dan masyarakat adalah suatu perkara yang lain pula”. Kata-kata dari Ustaz Halim ini membuat aku berfikir panjang. Benar! Sekali lagi ku berharap agar yang dikejar (pelajaran) dapat, yang dikendong (ibu bapa dan masyarakat) selamat. Selagi ia tidak menyalahi syarak, maka kita patut berbakti dan mematuhi mereka. InsyaAllah.

Peranan Penting Pengamal Media Bentuk Pandangan Umum

Pada zaman kini, media memainkan peranan yang sangat penting dalam pertarungan antara pelbagai ideologi dan aliran yang bertentangan. Perang media disasarkan kepada membentuk pendapat awam dalam satu-satu isu yang seterusnya akan melahirkan tindakan-tindakan yang selari dengan kefahaman yang mereka terima melalui media.

Bukan Sekadar Wanita

Siapa sangka tangan lembut seorang wanita mampu menggoncang dunia? Siapa sangka wanita yang disangka lemah mampu merubah masyarakat? Siapa kata wanita tidak boleh berdakwah?

Next Page »