Manusia Yang Berhubung Dengan Kesilapan

Manusia ini satu perkara menariknya adalah kita dicipta dengan mempunyai ‘radar’ sendiri yang mengesan ketidakselesaan apabila bertemu dengan seseorang yang menghantar mesej negatif. Tak perlu mengucapkan dengan kata-kata, riak muka telah memberitahu segala-galanya.

6 Tips Mudah Jaga Kesihatan

Kali ini, kami akan berkongsi dengan anda bagaimana memelihara tubuh badan yang sihat tanpa memerlukan kerja berat ataupun masa yang banyak daripada anda. Seperti yang kita maklum, sebagai seorang pelajar, kita tidak akan terlepas daripada bebanan kerja university ataupun kerja-kerja rumah. Maka masa menjadi begitu berharga pada kita.

Di sebalik “Ketika Cinta Bertasbih”

(Ketika Cinta Bertasbih 2) menceritakan pengembaraan Ustaz Kheirul Azzam mencari calon isteri. Berhadapan dengan ibunya yang sangat cerewet memilih calon menantu, mesti cantik, solehah, berpendidikan tinggi dan paling penting berjilbab (tudung labuh). Hampir kesemua yang cuba dilamar oleh Ustaz Azzam adalah melalui orang tengah yang ia thiqah dengan kemampuan dan pengalaman mereka dalam menilai peribadi manusia.

Sejenak Bersama Syeikh Yusuf Qardhawi

Kami sempat ‘terbang’ ke Masjid Shah Alam untuk sesi bersama Syeikh Yusuf Qardhawi. Pengalaman yang sungguh hebat dan indah. Lantunan suara beliau dengan penuh semangat dan bertenaga, walaupun fizikal beliau tidak begitu sihat, suasana sebegini sangat menginsafkan.

Memanfaatkan Cuti Anda!

Penggal akhir tahun telah melabuhkan tirainya dan kini cuti musim panas pula telah menjelang tiba. Suasana ini dirasai oleh setiap penuntut di universiti-universiti serata Australia umumnya, dan juga pelajar dari Malaysia yang berkelana menimba ilmu di bumi kangaroo ini secara khususnya.

Bagaimanakah Noktah Akhir Kita di bumi Australia ini?

Saban tahun saya menyambut rakan-rakan pelajar baru datang ke bumi kanggaru untuk melanjutkan pelajaran. Saban tahun juga saya meraikan rakan-rakan saya graduate selepas bertahun-tahun belajar di bumi kanggaru ini. Saban tahun juga saya melihat perubahan-perubahan yang berlaku kepada rakan-rakan saya ini sepanjang mereka berada di bumi bertuah ini.
Bagi setiap yang datang ke Australia, semasa mula-mula [...]

Selangkah ke Alam Pekerjaan

Bagi yang akan menamatkan pengajian pada tahun ini, tentunya sudah mula mengorak langkah dalam merancang masa depan. Sedikit perkongsian bagi menghadapi alam perkerjaan:

Optimis dan sentiasa berfikiran positif dalam memulakan langkah. Mulakan dengan niat untuk mencari keredhaan Ilahi dan menyumbang kepada kesejahteraan agama, bangsa dan negara.
Sediakan diri dalam menghadapi perubahan dan kemungkinan-kemungkinan yang bakal ditempuhi. Laluan [...]

Sepagi Bersama Seorang Budhist Adelaide

“Kamu bersolat lima kali sehari, bukan?” Gadis Cambodia itu lancar berbahasa Inggeris. “Ya, saya solat lima kali sehari” kututup buku yang menjadi agenda utama pertemuan santai pagi itu. “Apa yang kamu buat ketika bersolat? Ada colok seperti kami?” Tanyanya, cukup innocent. Aku tersenyum, lantas menyatakan dengan bangga, “kami menurut perintah Tuhan dengan solat pada tiap-tiap waktu khusus seperti yang diarahkan. Ambil wudhuk dan solat, ketika itu hanya ada saya dan Tuhan”

Jom Puasa 6!

Kewujudan puasa 6 hari di bulan Syawal adalah satu kesinambungan amalan berpuasa di bulan Ramadan bagi melatih diri supaya berterusan atau beristiqamah dalam beribadah kepadaNya.

Risiko Makan Banyak di Musim Raya

…apabila hari raya individu yang makan terlalu banyak boleh mengakibatkan kadar metabolik mereka semakin tidak stabil…

Diet Ramadan, Sederhana Tetapi Seimbang

Selain membawa satu babak baru dalam kehidupan kita tahun ini, Ramadan turut membawa bersamanya beberapa perubahan termasuklah waktu kerja dan sekolah serta gaya hidup umat Islam, umumnya. Paling ketara, pola pemakanan kita secara automatiknya akan turut berubah, dari tiga kali hidangan utama sehari menjadi dua sahaja. Menahan lapar dan dahaga serta hawa nafsu selama lebih 12 jam dalam tempoh sebulan yang akan datang, memang bukan satu hal yang enteng.

Sihat Cergas – Antara Tuntutan Biologi Dan Hakiki

Bila ada soalan yang bertanyakan tentang pemakanan sihat, pemakanan seimbang, cara betul bersenam, pantang larang bersenam, kaedah senaman yang sesuai mengikut usia, faktor-faktor yang menyebabkan penyakit-penyakit maut, persoalan tentang stress dan lain-lain, sebenarnya ini adalah masalah RANTING dari kontek sebenar untuk sihat-cergas. Bagi menghuraikan topik pemakanan sahaja, memerlukan penghuraian yang panjang, begitu juga dengan tajuk-tajuk [...]