Kelebihan puasa Syaaban & malam Nisfu Syaaban

Sempena bulan Syaaban dan malam Nisfu Syaaban, saya nukilkan beberapa hadis dari kitab Sahih Al-Bukhari dan kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty. “Nisfu” bermakna separuh atau 14hb. Kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim adalah rujukan paling utama dalam Islam selepas Al-Quran.

Pra-syarat kemenangan

Daripada dua peristiwa besar dalam sejarah umat Islam ini; kemenangan dalam peperangan Badar dan kekalahan dalam peperangan Uhud, Allah ingin memberi kefahamaman kepada seluruh umat Islam di sepanjang jalan perjuangan mengenai faktor-faktor kemenangan dan pra-syaratnya.

CurHat – Jagalah Stamina Imanmu

Oh, adakah saya sudah dijangkiti penyakit futur?

Awas, jika anda mempunyai symptoms di bawah, anda mungkin sudah dijangkiti penyakit futur.

Kempen Ayuh Solat Sempena Israk Mikraj 1431H

Ramai orang bercakap tentang kualiti dan menginginkan sesuatu yang terbaik. Dan tahap kualiti itu pula berbeza-beza mengikut kemampuan dan pemahaman seseorang. Ada orang yang merasakan rumah teres dua tingkatnya yang sudah diubahsuai adalah yang terbaik, sedangkan ada pemilik banglo yang belum merasai kediaman yang terbaik dan berkualiti, kerana merasakan dia mampu memiliki sebuah villa.

Semangat nafas panjang

Ramai pihak sudah mula celik dan cakna dengan isu Palestin ekoran tindakan Israel menyerang konvoi kapal yang membawa bekalan makanan dan perubatan ke Gaza. Kita semua gembira dan seronok melihat perkembangan seperti ini apabila semua umat di dunia mahu ambil pusing tentang isu nombor satu umat Islam masakini. Cuma kita tidak pasti adakah mood ini akan berpanjangan atau tidak. Sebab demam Piala Dunia  sudah dirasai bahangnya. Takut-takut media dan tumpuan dialihkan dari Gaza ke Afrika Selatan. Harapnya perjuangan kita ini tidak bermusim.

Diari KS – Jiddiyah

Dalam kegelapan malam, kakiku melangkah kearah Pelham Musolla, Melbourne pada malam selasa 11 May 2010. Berdebar hatiku memikirkan  berapa ramaikah yang akan menghadiri kuliah selasa kali ini. Alhamdulillah Allah teguhkan hati ku dengan mengingatkan aku, Dia yang Memilih jiwa-jiwa bersih mana yang Dia ingin untuk bersama-sama dalam majlis ilmu malam ini.

Nak seribu daya, tak mahu seribu dalih…

Jawapan Azanku?

Adi tersenyum. Alhamdulillah, Bob memang seorang yang baik. Cuma dia mungkin terlupa tentang satu perkara ini. Jadi, Adi rasa bertanggungjawab untuk mengingatkan. Moga-moga Allah meredhai tindakannya ini.

Cerita Bayi Ini

Sebentar tadi aku baru menghirup udara dunia

Sebentar tadi juga aku baru membina impian untuk melihat langit biru di atas sana

Tetapi kini ibu dan ayah tergamak mencampakkan aku, menyembah ke tanah.

Sanggupkah kalian merosakkan masa depanku kerana mementingkan kehidupan kamu?

Persiapan membentuk pelapis duat

Apakah persiapan dan peranan kita sebagai ibu bapa dalam membentuk anak-anak amanah Allah untuk menjadi generasi pelapis duat? Wahai ibu bapa, sedarlah bahawa anak-anak buah hati kita sedang berhadapan dengan pelbagai ancaman dari segenap sudut, baik di alam nyata mahupun di alam maya. Janganlah sekali-kali kerana kesibukan duniawi dan sikap lepas tangan para ibu bapa membuatkan pentarbiyahan anak-anak kita terabai

Hari Kemerdekaan VS ANZAC Day

Berapa ramaikah di kalangan kita yang tahu tentang Anzac Day? Tahukah kita kepentingannya kepada rakyat Australia? Bukankah ia sambutan hari kebangsaan bagi rakyat Australia? Apakah bezanya dengan sambutan kemerdekaan atau hari kebangsaan kita dengan Anzac Day?

Negativisme Pergaulan Bebas

Ini adalah salah satu daripada penyakit ummat yang semakin membarah. Kita tidak sekadar dihentak dan dipijak-pijak dari luar, tetapi kita juga sedang tenggelam dalam kemelut sosialisasi tanpa batas. Apakah yang menjadi punca gejala-gejala ini? Meskipun ada yang akan mengatakan bahawa itu ialah kesilapan didikan dan pilihan individu tersebut, kita tidak mampu menafikan berlakunya kecacatan dalam masyarakat dan gejala-gejala di atas ialah akibat daripada pergaulan yang tidak berlandaskan syara’

Mahkota Akhlak

Akhlak merupakan pendorong bagi menjauhi perkara-perkara yang buruk. Ia juga menjadi penghalang daripada mengurangkan hak-hak mereka yang berhak. Dengan akhlak kita akan merasa tercelanya perkara-perkara yang hina. Akhlak ini akan lahir dalam diri seorang insan apabila dia mengetahui bahawa Allah s.w.t sentiasa memerhatikannya. Sesungguhnya akhlak malu itu merupakan mahkota kepada akhlak.

1 April 2010: Sensitifkah Umat Islam di Negara Ini?

Tarikh 1 April 2010 mungkin tidak memberi apa-apa makna atau signifikansi kepada kebanyakan penduduk di negara ini, khususnya umat Islam. Kalau ada pun, mungkin yang terlintas di fikiran ialah sambutan April Fool, satu lagi budaya picisan yang diimport dari barat seiring dengan agenda serangan pemikiran ke atas umat Islam.

Subhat dan Syahwat

Allah menempatkan Adam dan Hawa di dalam syurga yang penuh nikmat. Namun dalam kenikmatan tersebut Allah arahkan mereka supaya jangan menghampiri sebatang pokok. Iblis menimbulkan was-was kepada Adam, kononnya larangan tersebut dibuat supaya mereka berdua tidak kekal dalam syurga. Terdorong dengan keinginan untuk memakan buah dari pohon larangan dan terpedaya dengan sangkaan akan dikeluarkan dari syurga, maka merekapun menghampiri pohon tersebut. Ringkas cerita, mereka dikeluarkan dari syurga.

Biarlah Seperti Buah Getah

Bagaikan seorang pelukis abstrak, Leonardo Da Vinci, melukis atau menghasilkan karya agung Mona Lisa, ia mengetahui segala hakikat tentang Mona Lisa itu. Begitu juga Allah, ia mengetahui hakikat hidup di dunia ini. Namun apa perbezaannya?

Next Page »