ISMA Australia » Wanita & Keluarga

Promosi KONWANIS 2010
KONWANIS 2010

Tarikh : 24/7/2010

Masa : 8.00 pagi – 10.30 malam

Tempat : Negeri Sembilan

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web KONWANIS:

http://konwanis.ismaweb.net

Persiapan membentuk pelapis duat
Persiapan membentuk pelapis duat

Persiapan membentuk anak-anak di umur sekolah rendah untuk menjadi pelapis duat di masa akan datang.

Senario 1

Sewaktu melihat berita di kaca TV mengenai serangan kejam Israel yang tidak berperikemanusiaan ke atas penduduk Palestin, terkeluar dari mulut si ibu;

“Sedihnya hati Umi melihat penderitaan rakyat Palestin, setiap hari dizalimi Yahudi Laknatullah.”

Tiba-tiba mencelah Mujahid yang berusia 6 tahun, “Bila kita nak pergi ke Palestin Umi?”

Terkejut Umi mendengar soalan yang diajukan, lalu bertanya, “Bukankah mereka sedang berperang? Along tak takut mati ke?”

Jawab si anak, “Along pun nak mati syahid juga, Umi. Takkan anak-anak di Palestin je yang boleh mati syahid. Along pun nak masuk syurga juga seperti mereka….”

Terkedu si ibu mendengar jawapan along yang penuh kesungguhan dan keikhlasan itu.

Senario 2

Sedang keluarga Encik Amran berehat-rehat sambil menonton program realiti hiburan di kaca TV petang Sabtu itu, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kedatangan kedua ibu-bapanya dari kampung.

Encik Amran dan isterinya Puan Laili bersalaman dengan mereka dan mempersilakan keduanya masuk. Puan Laili memanggil ketiga-tiga orang anaknya yang berusia di antara 3-12 tahun untuk bersalaman dengan datuk dan nenek itu. Anak yang bongsu, Farah berlari-lari datang memeluk kedua orang tua itu, tetapi kedua-dua abangnya masih tidak berganjak dari peti televisyen.

“Kejap lagi Along dan Angah tu datanglah bersalam dengan mak dan ayah. Mereka berdua tu memang tidak boleh ‘miss’ program kegemaran mereka. Jika sedang menonton televisyen jangan diharap nak minta tolong apa-apa” jelas Puan Laili.

“Budak-budak zaman sekarang biasalah begitu….” jawab neneknya ringkas.

“Si Farah ni, nampak saja kecil mak. Tapi semua tarian dan lagu-lagu yang ditonton di TV tu boleh ditirunya, memang nampak sangat bakat dia,” tambah Puan Laili merujuk pada anak bongsunya.

Datuk dan nenek hanya berpandangan di antara satu sama lain tanpa berkata sepatah jua pun….

Persoalannya di sini ialah: Apakah persiapan dan peranan kita sebagai ibu bapa dalam membentuk anak-anak amanah Allah untuk menjadi generasi pelapis duat? Marilah kita para murabbi terutama ibu bapa memahami realiti (waqi’) kehidupan kita hari ini dengan penuh kesedaran, agar segala tindakan yang diambil adalah betul dan tepat.

Allah berfirman dalam Surah At-Tahrim, ayat 6:

“Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya terdiri dari manusia dan batu…”

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Kewajipan orang tua terhadap anaknya ialah memberikan nama yang baik, memperelokkan akhlaknya, mengajar kepadanya membaca dan menulis, mengajar ilmu berenang……” (riwayat al-Hakim)

Sabda Baginda lagi:

“Tiap-tiap anak itu dilahirkan mengikut fitrahnya, maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikan sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi…..” (Bukhari & Muslim)

Menurut Imam Al-Ghazali:

“Anak-anak merupakan nikmat kurniaan Allah s.w.t. kepada orang tuanya. Hati mereka suci ibarat sebutir permata yang boleh dibentuk mengikut sesuka hati pengukirnya. Anak-anak merupakan amanah Allah kepada orang tuanya dan mereka wajib mendidiknya dengan sempurna.”

Ciri-ciri Pendidik

Untuk menerapkan nilai-nilai Islam kepada kanak-kanak sehingga akhirnya mereka berupaya memikul tanggung jawab sebagai pelapis duat, memerlukan penyusunan yang teliti, kesungguhan dan kemampuan mengedalikannya. Para murabbi, yakni orang yang terlibat dalam pendidikan anak-anak ini seperti ibu bapa atau guru-guru hendaklah terlebih dahulu memahami beberapa konsep dan matlamat Pendidikan Islam (Tarbiyatul Islamiyah) itu sendiri. Mereka juga perlu memiliki ciri-ciri yang tertentu untuk memudahkan diri mereka memikul tanggungjawab yang berat dan mencabar ini. Di antara sifat-sifat yang harus dimiliki oleh seseorang pendidik adalah:

1.	Memiliki ilmu pengetahuan (termasuk ilmu keibu-bapaan) yang sahih

2.	Sentiasa bertaqwa kepada Allah

3.	Memahami tabiat anak-anak

4.	Merasa bertanggung jawab

5.	Ikhlas

6.	Sabar

7.	Komited (bersungguh-sungguh)

8.	Istiqamah

Firman Allah (Al-Anfal: 27):

“Hai orang-oarang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang diberikan kepada kamu.”

Matlamat Pendidikan Islam

Matlamat Pendidikan Islam ialah untuk melahirkan generasi manusia salih yang berpegang teguh dengan Islam dan mampu melaksanakan tanggungjawab amar makruf dan nahi mungkar.

Firman Allah (At-Taubah: 112):

“Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang melawat, yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’aruf dan mencegah berbuat mungkar, dan yang memelihara hukum-hukum Allah…”

Di antara matlamat umum yang ingin dicapai dalam pendidikan kanak-kanak adalah:

1. Memberi kesedaran dan kefahaman tentang tugas kanak-kanak di dunia ini.

2. Menanam bibit-bibit kecintaan kepada Islam dan merasa bahawa diri mereka adalah milik Islam.

3. Mendidik dan membentuk sehingga mencapai keperibadian yang seimbang.

4. Membimbing dan mempersiapkan kanak-kanak dengan beberapa kemahiran yang membolehkan mereka memberi sumbangan untuk masyarakat sekeliling.

Pendidikan kanak-kanak ini juga akan melalui beberapa tahap atau peringkat. Tiap-tiap peringkat ini mempunyai matlamat dan tujuan tertentu yang ingin dicapai. Para pendidik mestilah bekerja sedaya upaya untuk mencapai matlamat di setiap tahap supaya apabila tiba masanya,  mudahlah kanak-kanak itu ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi tanpa menemui sebarang kesulitan. Melentur buluh hendaklah di waktu rebungnya. Tidak dapat dinafikan bahawa mendidik anak-anak sebelum mereka menjadi rosak, adalah lebih baik daripada memperbaiki anak-anak yang telah rosak akhlaknya.

Ibnul Al-Jauzi berkata:

“Pembentukan anak yang utama adalah pada waktu kecilnya, maka apabila seorang anak dibiarkan melakukan sesuatu yang kurang baik dan kemudian menjadi kebiasaannya, maka akan sukarlah memperbetulkannya apabila telah dewasa.”

Aspek-aspek Pentarbiyahan Yang Harus Diberi Penekanan

Untuk melahirkan anak-anak yang berjiwa ‘teguh’ terhadap Islam, berkeperibadian seimbang, berilmu pengetahuan dan bertaqwa, maka mereka seharusnya menerima pendidikan yang menyeluruh dan seimbang. Justeru itu bahan-bahan pendidikan yang disediakan oleh para murabbi hendaklah menyentuh semua aspek yang diperlukan bagi mencapai kesempurnaan hidup manusia.

1. Pendidikan Kerohanian

a) Penerapan iman dan aqidah Islam

b) Pendidikan akhlak yang mulia

2. Pendidikan Kesihatan Jasmani

a) Menjaga kebersihan

b) Melindungi tubuh dari penyakit

c) Memelihara makanan dan minuman

d) Menjauhkan diri dari memuaskan nafsu syahwat dengan cara haram

3. Pendidikan Aqal

a) Mempelajari ilmu pengetahuan untuk mendekatkan diri kepada Allah

4. Pendidikan Untuk Mencapai Kemerdekaan Jiwa

a) Mendidik kanak-kanak berdikari dan memiliki harga diri

5. Pendidikan Pergaulan Dengan Masyarakat.

a) Mendidik tentang hak-hak masyarakat

- hak-hak ibu bapa

- hak-hak kaum kerabat

- hak-hak jiran tetangga

- hak-hak guru

- hak-hak orang yang lebih tua

b) Mendidik dengan adab-adab

- adab ketika makan dan minum

- adab ketika bersalam

- adab meminta izin

- adab dalam majlis

- adab ketika berbicara

- adab ketika bergurau

- adab memberi tahniah

- adab menziarahi orang sakit

- adab memberi takziah

- adab ketika bersin dan menguap

6. Pendidikan Pergaulan Antara Jantina

a) adab meminta izin

b) adab memandang antara lelaki dan perempuan

c) pemisahan antara lelaki dan perempuan

d) mendidik hukum-hukum atau ketentuan-ketentuan di peringkat awal remaja dan seterusnya

7. Kemahiran Mempersiapkan Dengan Kemahiran Yang Diredhai Allah

Untuk menjamin kejayaan proses pembentukan anak-anak di umur sekolah rendah ini sebagai pelapis duat, para ibu bapa perlu memberi penekanan dan melaksanakan beberapa perinsip, di antaranya ialah:

1. Memberi pendedahan awal kepada anak-anak terhadap aktiviti-aktiviti dakwah ibu bapa

2. Melibatkan anak-anak dengan kerja-kerja amal kebajikan terutama oleh masyarakat setempat.

3. Memastikan usrah keluarga berjalan lancar dan memberi kesan pada setiap ahli keluarga.

4. Menyediakan biah yang solehah, samada di rumah, di sekolah dan di mana saja tempat yang dikunjungi anak-anak

5. Mengambil tahu dan memantau kenalan dan kawan-kawan anak-anak

Penutup

Wahai ibu bapa, sedarlah bahawa anak-anak buah hati kita sedang berhadapan dengan pelbagai ancaman dari segenap sudut, baik di alam nyata mahupun di alam maya. Janganlah sekali-kali kerana kesibukan duniawi dan sikap lepas tangan para ibu bapa membuatkan pentarbiyahan anak-anak kita terabai, sehingga hidup mereka tidak berhaluan, terumbang-ambing seperti kapal yang dilambung ombak. Anak-anak akan hidup melarat tanpa pimpinan dan pegangan dan akhirnya terjebak ke dalam seribu satu macam kemungkaran.

Firman Allah s.w.t. (Al-Furqan: 74 ):

“Dan orang-orang yang berkata: Ya Tuhan kami, kurniakan kepada kami isteri-isteri kami, dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)….”

Dalam ayat di atas, Allah s.w.t.menerangkan bahawa orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang memohon kepada Allah supaya mengeluarkan zuriat dari sulbi mereka sebagai anak cucu yang solih, taat kepada Allah, beribadah hanya kepadaNya dan tidak mensyirikkanNya. Dengan melakukan segala amalan itu barulah mereka menjadi penyenang hati di dunia dan akhirat. (Tafsir Ibnu Kathir)

Imam Hassan Al-Basri bila ditanya tentang ayat ini, beliau berkata, “Allah melihat kepada seseorang hamba muslim itu apabila isterinya, saudaranya, anak-anaknya, teman-temannya taat kepada Allah. Tidak! Demi Allah, tidak ada yang lebih menyenangkan hati bagi seseorang hamba yang mukmin itu melainkan ia melihat anak-anaknya, cucunya, saudaranya, teman-temannya semua taat kepada Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Sesungguhnya Allah akan bertanya (meminta pertanggungjawab) kepada sesiapa yang diberi tanggungjawab, samada ia melaksanakannya atau mengabaikannya, sehingga Dia akan meminta seorang lelaki itu bertanggungjawab ke atas ahli keluarganya.” (Riwayat Ibnu Hibban)

Wallahu’alam.

Sumber: Blog Wanita ISMA Pahang

Negativisme Pergaulan Bebas
Kes 1

Saya telah membaca sebuah kiriman kepada majalah Reader’s Digest dalam salah satu isunya yang terbaharu (2010). Ada seorang remaja berumur 14 tahun merungut dan mempersoal mengapa ibunya membenarkan dia mempunyai teman wanita dan dalam masa yang sama hanya dirinya seorang yang tidak mempunyai teman wanita di kalangan rakan-rakannya.

Yang sedap dipandang, tak semestinya manis.Mungkin masam.

Kes 2

Beberapa hari lepas saya terbaca tajuk akhbar Harian Metro tentang seorang gadis berumur 24 tahun yang gaji pekerjaannya selama tempoh beberapa tahun dirampas oleh teman lelakinya. Beberapa tahun sehinggalah beberapa hari lepas, perbuatan lelaki tersebut akhirnya akan meletakkan dirinya di belakang batang-batang besi penjara.

Muqaddimah

Saya merasakan bahawa hampir setiap hari, kisah-kisah seperti ini akan menghiasi dada akhbar mahupun paparan mana-mana majalah. Ini adalah salah satu daripada penyakit ummat yang semakin membarah. Kita tidak sekadar dihentak dan dipijak-pijak dari luar, tetapi kita juga sedang tenggelam dalam kemelut sosialisasi tanpa batas. Apakah yang menjadi punca gejala-gejala ini? Meskipun ada yang akan mengatakan bahawa itu ialah kesilapan didikan dan pilihan individu tersebut, kita tidak mampu menafikan berlakunya kecacatan dalam masyarakat dan gejala-gejala di atas ialah akibat daripada pergaulan yang tidak berlandaskan syara’.

Ibu-bapa penggalak maksiat

Lihatlah kepada kotak dan pola pemikiran masyarakat zaman sekarang, kita mula mengambil kiblat pemikiran masyarakat yang berada di luar konteks dan kebudayaan masyarakat kita. Ada daripada ibu-bapa yang menjadi hairan dan pelik mengapa anak-anaknya masih belum berpunya atau mempunyai teman sehingga si anak dipaksa-paksa mencari seseorang. Ataupun ada ibu-bapa yang mencarikan pasangan untuk anak-anak mereka pula dan memaksa anaknya untuk keluar ‘blind date’ dengan lelaki atau perempuan tersebut.

Ibu bapa wajib menjadi role-model yang terbaik buat anak-anak (gambar hiasan)

Di situasi yang lain, ibu-bapa seolah-olah menganggap ia adalah satu fenomena yang biasa untuk anak-anak tadi berteman, sehinggakan pasangan mereka ini dialu-alukan datang ke rumah, lebih teruk lagi sehingga ke tahap membenarkan seorang lelaki ajnabiy (asing) tidur bermalam di rumah mereka yang mana mereka tidak mempunyai pertalian secara halal langsung. Apabila ibu-bapa yang sepatutnya membimbing dan mendidik anak-anak tidak mampu memainkan peranan mereka sebagai qudwah (role-model) yang baik, maka kepincangan dan ketoprokan seperti inilah yang akan dihadapi oleh anak-anak kita. Sehinggakan pada satu tahap apabila anak-anak berzina diambil secara sambil lewa, dan dia tidak melihat perbuatan itu sebagai suatu perbuatan maksiat.

Perkembangan sosio budaya barat dan Islam

Mereka akan bertanya, mengapa kita terlampau kecoh tentang isu-isu ini sedangkan masyarakat di barat tidak seperti kita? Jawabnya mudah, kita tidak hidup di negara barat, tetapi kita hidup di sebuah negara di Timur yang konteks sosio budaya tidak seperti apa yang diamalkan di mana-mana negara barat. Konteks pembangunan sosio budaya barat bukan diasaskan di atas satu batu asas yang kukuh di mana ia tidak mampu untuk memimpin dan memandu ummat manusia kepada kebaikan dan terus kekal relevan.

Pembangunan sosio budaya barat dibangunkan atas falsafah dan teori manusia dan hakikatnya ialah manusia itu mempunyai kelemahan. Sesuatu yang lemah tidak akan mampu untuk menyempurnakan kelemahan yang ada pada sesuatu yang sedia lemah. Lihat kepada falsafah kapitalisme, ia tidak mampu untuk mengekalkan keharmonian masyarakat dan mengimbangi pendapatan penduduknya serta memberikan keselesaan, kerana ia berasaskan peluang serta kebebasan mutlak. Kita akan melihat masyarakat yang kaya akan terus dan tetap kaya sedang yang miskin akan terus terbelenggu dengan masalah yang sama. Ini mengundang masyarakat yang membawa watak ‘underdog’ untuk bertindak melakukan apa yang terdaya mereka demi meneruskan kehidupan, sekalipun ia adalah merompak. Bagaimana dengan mereka yang tidak mempunyai rumah? Ada yang memilih untuk melacurkan diri demi meneruskan kehidupan, sehingga adanya profesion pelacur yang profesional. Dan seterusnya, yang kita lihat ini semuanya adalah hasil daripada falsafah pemikiran manusia yang terhad dan cetek.

Perkembangan sosio budaya barat dan Islam

Mereka akan bertanya, mengapa kita terlampau kecoh tentang isu-isu ini sedangkan masyarakat di barat tidak seperti kita? Jawabnya mudah, kita tidak hidup di negara barat, tetapi kita hidup di sebuah negara di Timur yang konteks sosio budaya tidak seperti apa yang diamalkan di mana-mana negara barat. Konteks pembangunan sosio budaya barat bukan diasaskan di atas satu batu asas yang kukuh di mana ia tidak mampu untuk memimpin dan memandu ummat manusia kepada kebaikan dan terus kekal relevan.

Pembangunan sosio budaya barat dibangunkan atas falsafah dan teori manusia dan hakikatnya ialah manusia itu mempunyai kelemahan. Sesuatu yang lemah tidak akan mampu untuk menyempurnakan kelemahan yang ada pada sesuatu yang sedia lemah. Lihat kepada falsafah kapitalisme, ia tidak mampu untuk mengekalkan keharmonian masyarakat dan mengimbangi pendapatan penduduknya serta memberikan keselesaan, kerana ia berasaskan peluang serta kebebasan mutlak. Kita akan melihat masyarakat yang kaya akan terus dan tetap kaya sedang yang miskin akan terus terbelenggu dengan masalah yang sama. Ini mengundang masyarakat yang membawa watak ‘underdog’ untuk bertindak melakukan apa yang terdaya mereka demi meneruskan kehidupan, sekalipun ia adalah merompak. Bagaimana dengan mereka yang tidak mempunyai rumah? Ada yang memilih untuk melacurkan diri demi meneruskan kehidupan, sehingga adanya profesion pelacur yang profesional. Dan seterusnya, yang kita lihat ini semuanya adalah hasil daripada falsafah pemikiran manusia yang terhad dan cetek.

Kita sudah hampir 53 tahun merdeka, tetapi adakah kita bebas sepenuhnya

Di sisi lain, perkembangan sosio budaya masyarakat di Malaysia bukan bermula selepas kita dijajah oleh British, mahupun selepas kita bebas daripada cengkaman jajahan mereka. Sosio budaya masyarakat kita bermula selepas Islam datang ke Tanah Melayu. Islam datang membebaskan ummat manusia di Tanah Melayu daripada penyembahan berhala dan animisme kepada sembahan Allah SWT secara mutlak. Kemudian, Islam membawa satu tatacara kehidupan yang memandu dan memimpin masyarakat dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Islam memastikan masyarakat terpelihara daripada sebarang ancaman anasir jahiliyyah serta membela kehidupan masyarakat dengan memberikan hak-hak mereka daripada zakat yang dikutip. Islam membenarkan masyarakatnya mencari kekayaan, namun bukan kekayaan yang membuta tuli tanpa memberi hak kepada mereka yang memerlukan dengan mensucikan harta mereka. Kerana itu Islam mengajar kesederhanaan, dalam kekayaan.

Apa yang kita lihat daripada situasi Islam hari ini ialah hasil mainan musuh Allah yang mempertonton dan merendah-rendahkan Islam sebagai agama yang kolot dan jumud. Islam dihimpit kemiskinan kerana mainan tangan-tangan musuh Allah dan kerana kelemahan kita sendiri. Ingatlah pengkhianatan gunting dalam lipatan ketika khilafah Abbasiyah berada di puncaknya di Baghdad, juga jangan lupa pengkhianatan musang berbulu ayam ketika khilafah Uthmaniyyah yang menggadaikan keistimewaan dan kekuasaan Islam.

Kita perlu melihat kembali ketika zaman permulaan dan kegemilangan Islam dahulu. Betapa Islam ini menjadi sesuatu agama yang paling mulia dan agung. Bagaimana Islam diamalkan dengan benar dan betul sehingga mampu menyusun masyarakat yang berbudi dan berperkerti mulia. Sehingga melahirkan masyarakat yang takut akan melakukan maksiat. Sehingga melahirkan masyarakat yang memuliakan nyawa dan hak orang lain. Sehingga melahirkan masyarakat yang berani mempertahankan maruah dan aqidah.

Bahkan kekayaan tidak dinikmati oleh segolongan pihak, bahkan ianya turut dirasai oleh golongan yang memerlukan. Dalam masa yang sama kesederhanaan dalam kekayaan ini mampu melahirkan masyarakat yang harmoni. Amat jarang ketika zaman baginda nabi SAW mentadbir jazirah Arab berlakunya kes-kes zina, tiada kes pembuangan bayi dan seumpamanya. Tiada yang mahu mencuri kerana khuatirkan hukuman Allah di dunia dan juga di akhirat. Dan tiada yang tidak dihakimi secara adil, melainkan telah jelas hal tersebut.

Kehilangan Besar

Para belia hari ini harus tampil soleh, cergas dan positif (gambar hiasan)

Kembali kepada topik kita. Kalau mahu dicarikan faktor dan solusinya, maka terlampau banyak sudah ia dibentang dan diberitahu tetapi teramat ramai pula yang tidak mahu ambil tahu. Masyarakat kita menjadi lali dengan maksiat dan melihatnya sebagai satu fenomena yang biasa kerana kita telah hilang acuan yang membentuk masyarakat, kita telah hilang panduan yang memimpin masyarakat, kita telah hilang qudwah yang menjadi contoh tamsil kehidupan kita. Kita sekarang sudah menjadi sepertimana masyarakat di barat, mencedok identiti yang tidak pasti. Sedang mereka sendiri tidak punya identiti yang jelas, bahkan hanya mencedok daripada fahaman-fahaman ciptaan mereka sendiri.

Islam telah datang membawa sinar harapan untuk membentuk, memimpin dan menjadi contoh kepada ummat. Kita masyarakat Melayu yang amat berkait dengan Islam, bahkan pembentukan dan pembangunan sosio budaya masyarakat Melayu terdahulu bermula dengan Islam sebagai asas, Islam sebagai tiang, dan Islam sebagai atap serta dinding. Ummat Islam berbangga dengan aqidah dan deennya, kerana inilah satu-satunya agama yang memperincikan bagaimana kehidupan ini seharusnya kita tempuhi. Kerana inilah satu-satunya deen (agama) yang diturunkan Allah yang masih terpelihara dan membawa acuan dan neraca langit, di mana Dialah pencipta alam ini dan seluruh isinya dan Dialah semata-mata yang mengetahui selok-belok ciptaan-Nya. Maka hanya kesempurnaan Pencipta sahaja yang mampu untuk memimpin manusia yang lemah.

Ibu bapa ialah duta Islam terbesar selepas para ulama’, umara’, da para du’aat. Anak-anak bukan bahan eksperimen yang kita boleh buat kajian dan pemerhatian seterusnya ubah metodologi pendidikan terhadap mereka seandainya metod sebelumnya tidak berjaya. Kegagalan ibu bapa untuk memberikan didikan terbaik kepada anak-anak akan memberi impak yang besar dan berpanjangan kepada pembangunan kendiri dan pola pemikiran anak-anak. Dalam pengalaman hidup saya yang singkat saya telah banyak bertemu dengan keluarga-keluarga liberal dan saya melihat kesan tersebut terhadap anak-anak tadi. Juga saya pernah bertemu dengan anak-anak yang tidak erti bersolat sedang umur mereka sudah menjengah belasan tahun.

Ketamadunan moral dan akhlak mulia masyarakat kita akan terus merudum dan musnah seiring dengan berkembangnya teknologi dan kemajuan dunia sekiranya hal-hal seperti ini dipandang enteng. Ada yang mengatakan Islam ini mengongkong, tetapi mereka lupa bahawa Islam ini ialah deen yang diturunkan Allah, Pencipta yang mengetahui apa yang terbaik dan apa yang buruk buat ciptaan-Nya, tetapi kebanyakan daripada kita masih cuba untuk menafikan hakikat ini.

Media pembinaselangor.com - Artikel ini adalah tulisan Encik Mohd Azmir bin Mohd Razli, Pelajar Tahun Empat,B.Ed TESOL IPGM Kampus Bahasa Antarabangsa Kuala Lumpur. Encik Azmir juga merupakan seorang aktivis belia yang bergiat aktif bersama PEMBINA. Tulisan-tulisan beliau boleh dinikmati di http://thetalkingpen.blogspot.com

Kerancuan Media Racun Ummat
Ayah saya pernah ditanya, mengapa tidak mahu melanggan Astro? Ayah saya menjawab, ‘Channel yang ada ini pun korang tak bergerak’. Jawapan yang mudah, ringkas dan padat. Siaran yang sedia ada menyebabkan ramai daripada adik-beradik saya tidak mahu meninggalkan peti televisyen barang sekejap, apalagi untuk mengalihkan pandangan. Ketika itu saya masih di bangku sekolah, sudah ada lebih daripada lima siaran televisyen, kini dengan Astro, lima siaran televisyen ini menjadi singgahan semata-mata kerana banyaknya pilihan yang lebih menarik yang lain.

Begitulah betapa banyaknya lambakan pilihan siaran hiburan kita hari ini. Meski kita masih belum mencapai taraf negara maju seperti negara-negara G7, namun siaran televisyen kita mungkin sudah setaraf dengan mereka, atau lebih lagi. Namun saya secara jujurnya boleh mengira berapa banyak daripada siaran ini tadi memberi manfaat. Andaikata ada yang ingin berdebat dengan saya tentang isu ini, saya sanggup membuat statistik siaran yang bermanfaat dengan tidak.

Hiburan yang kita ada hari ini tidak dapat lari daripada khayalan dan keseronokan kehidupan dunia yang fana. Saya rasa tak ramai pun yang faham apa maksud ‘fana’ ini, ramai yang menggunakannya semata-mata kerana bunyinya sedap dan sebab orang lain banyak guna. Tengoklah drama-drama Melayu kita, berapa banyak yang sebenarnya memberi manfaat, dan yang terus membuaikan kita? Dan daripada yang memberi manfaat ini pula, berapa banyak daripada pengisiannya bermanfaat? Sekalipun drama tersebut ada tema kekeluargaan, pasti ada terselit tema-tema maksiat, sosialisasi melampau, dan seumpamanya. Kepada yang akan bertanya kenapa saya perlu kecoh-kecoh, saya bertanyakan semula, apakah itu norma kehidupan masyarakat Melayu? Apakah kita sudah hilang identiti sehinggakan kita perlu mencelup drama ala barat dalam drama kita sehinggakan kita tidak mampu membezakan yang mana satu identiti Melayu dan yang mana satu identiti yang dicelup.

Saya tidak menafikan bahawa media/hiburan adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada keruntuhan akhlak masyarakat. Alasan yang diberi ialah, kita menceritakan realiti masyarakat hari ini. Soalannya, dari mana datangnya realiti ini? Siapa yang membawanya? Kalau hari-hari drama kita asyik menceritakan tentang gadis Melayu yang terlibat dalam percintaan, cinta tiga segi, pisau cukur, seksi, dan sebagainya, adakah masyarakat tidak akan meniru? Lihatlah apabila seorang artis mula bertudung, gempar satu Malaysia dia bertudung, terus tudung tersebut dinamakan sempena namanya, dan ‘bergelimpangan’lah jasad-jasad yang memakai tudung ala artis tersebut. Tipikal bukan?

Apabila Amerika muncul dengan rancangan realiti American Idol, kita juga hendak ada Malaysian Idol, bukan satu sebutlah berapa banyak lagi yang telah kita berkiblatkan barat. Apa motif syarikat penyiaran di sebalik rancangan-rancangan seperti ini? UNTUNG! Ya, untung semata-mata. Adakah mereka menginginkan yang terbaik untuk manfaat masyarakat? TIDAK! Konsep siaran televisyen, kalau ingin cepat untung dan maju, ialah; up-to-date dengan jenis hiburan dan siarkan apa yang orang ramai suka. Dalam erti kata yang lebih mudah, siarkan atau paparkan rancangan yang pasti membawa untung!

Dadah, bermula dengan cuba-cuba, bila dah suka, hendak lagi sampai ketagih. Begitulah dengan hiburan di Malaysia ini. Kalau dirasakan pasarannya belum ada, dicuba dahulu dengan satu siaran, apabila ‘rating’ meletup, berlambaklah hiburan jenis itu akan disiarkan pada siaran televisyen tersebut, sehinggakan syarikat televisyen lain yang dapat merasakan kehangatan sambutan drama-drama luar ini, turut meniru taktik yang sama untuk menaikkan ‘rating’. Kita menjadi terhegeh-hegeh dengan drama luar negara, sedangkan di luar negara tak banyak pun drama kita yang disiarkan.

Lihat juga corak-corak siaran drama/panggung wayang di Malaysia. Contoh, bermula dengan ‘Puntianak Harum Sundal Malam’, bermula siri dramanya. Kemudian, seorang produser lain pula mengikut jejak langkah yang sama, tetapi memberikan lebih ‘power’, seterusnya, drama-drama hantu mula membanjiri siaran-siaran televisyen kita. Kemudian, drama itu akan ada watak ustaz yang akan menyelamatkan seisi kampung, tipikal. Selepas hantu ini, hantu ini, kemudian hantu ini, mana tidaknya, Malaysiakan banyak hantu, tidak cukup dengan hantu syaitan, manusia hantu pun kita banyak.

Begitulah juga dengan corak cerita yang lain. Tidak ada yang mampu mencabar minda apabila menontonnya. Anak-anak pun terdidik takut dengan hantu, tambah-tambah disergah oleh ibu-bapa yang percaya bahawa hantu mampu mendisiplinkan anak-anaknya. Adakah itu sahaja yang Islam ini praktikal? Adakah untuk menghalau hantu sahaja Islam ini gah dan kuat? Padahal Islam itu Allah turun dan amanahkan kepada manusia supaya mereka mampu memimpin manusia lainnya, kemudian mentadbir alam ini. Betapa luasnya Islam ini dengan praktikalitinya, mengapa dengan hantu syaitan sahaja yang gah? Kenapa tidak dipaparkan Islam ini mampu mengubah sosialisasi melampau remaja kita?

Televisyen hari ini ialah pengganti terbaik ibu-bapa dan ia membawa manfaat yang besar buat mereka. Apabila si ibu ingin berbuat kerja lain dan tidak mahu diganggu sedang anak menginginkan perhatian, dia akan nyalakan televisyen dan berkata kepada anaknya, ‘ha, tengok tv tu diam-diam!’

Iya, mudah betul untuk menjaga anak-anak sekarang, tak hairanlah kalau sikapnya tidak lari daripada apa yang dipapar di televisyen.

Apa yang saya ingin sampaikan ialah drama-drama ini mampu untuk kita gunakan bagi menyampai mesej-mesej Islam. Kisah seperti Qamar Bani Hasyim adalah contoh terbaik, subhanAllah, walaupun saya baharu sekali menonton, terasa manfaatnya yang besar. Juga satu rancangan realiti di timur tengah, yang pernah membawa satu tajuk ‘Lau Kana Bainana’ yang bermaksud ‘Kalau Rasulullah bersama-sama dengan Kita’. Rasulullah riwayatkan bahawasanya sesiapa yang memulakan kebaikan dan orang lain mengikutnya, dia akan mendapat pahala sama seperti orang yang mengikutnya, tanpa dikurangkan sedikitpun, begitu juga sebaliknya. TANPA DIKURANGKAN SEDIKITPUN.

Kita tidak perlu meniru masyarakat barat yang mereka sendiri tidak punya identiti yang asli, sedang kita perlu bangga, bahawa masyarakat Melayu kaya dengan adat dan identitinya. Apalagi bila kita ini masyarakat yang bertunjangkan aqidah Islamiyah. Gunakan kreativiti kita untuk manfaat masyarakat yang lebih besar, yakni membawa masyarakat kembali kepada Islam sebenar.

Oleh: Mohd Azmir bin Mohd Razli,

ISMA Shah Alam-Klang

Blog: Kalam Yang Berbicara

Peranan Wanita Dalam Isu-isu Pemakanan Keluarga
Di alaf yang serba moden ini, industri makanan tidak ketinggalan mengalami revolusinya yang tersendiri. Setiap hari, kita dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan komersial yang bukan sahaja menarik dan sedap dipandang malah tentunya enak dimakan.

Persoalan pertama, sejauh manakah jaminan kehalalan makanan yang dilambakkan di pasaran hari ini?

“Sesungguhnya yang haram itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Namun di antara keduanya ada perkara-perkara yang syubhah (yakni samar-samar antara halal dan haram), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia (samada halal atau haram)” (Petikan hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Persoalan kedua, adakah makanan tersebut selamat dimakan dan tidak memudaratkan kesihatan?

Umat Islam secara khusus diperintah supaya memakan hanya yang halal.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 168 bermaksud:

“Wahai manusia, makanlah daripada apa yang kami berikan di muka bumi ini yang halal lagi bermutu dan jangan sekali-kali kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh yang nyata.”

Jelas, kepentingan makanan yang halal telah disebut oleh Allah dalam Al-Quran lebih 1400 tahun yang lampau menjelaskan betapa pentingnya konsep pemakanan halal yang sempurna. Malah, mengikut maksud ayat 88, Surah Al-Maidah, Allah menegaskan:

“Dan makanlah dari apa yang telah diberikan Allah kepadamu sebagai rezeki yang halal dan baik dan bertawakkallah kepada Allah yang kamu beriman kepadaNya.”

Mafhum ayat menjelaskan cara pemilihan makanan dan minuman itu membuktikan nilai iman seseorang.

Persoalan-persoalan sebegini tidak boleh dipandang remeh oleh umat Islam. Ini kerana sama ada kita sedar ataupun tidak, semakin banyak pendedahan dan pembongkaran yang dibuat tentang makanan yang dijual secara berleluasa sebenarnya mengandungi bahan-bahan dan sumber-sumber yang tidak halal untuk dimakan atau memudaratkan kesihatan dan toksik pada tubuh sekiranya diambil dalam tempoh masa yang panjang.

Rujuk buku ‘Makanan Berbahaya’ oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang 2002.

Terbaru dalam negara kita, pendedahan eksklusif yang dibuat oleh majalah Al-Islam keluaran Februari 2010 agak membimbangkan. Rupa-rupanya jika diselidiki banyak produk makanan yang menggunakan label halal palsu terdapat dalam pasaran kita. Ada antara syarikat atau kilang-kilang ini menggunakan logo halal JAKIM secara tidak sah dengan cara membeli daripada syarikat-syarikat lain. Sila semak status halal barang-barang dapur anda melalui laman web JAKIM atau melalui SMS.

Caranya, taip Halal (kodbar), hantarkan ke 32728. Anda juga boleh membuat semakan melalui internet menerusi laman web JAKIM.

Di negeri Pahang sebagaimana yang dilaporkan dalam akhbar Sinar Harian pada 5 Februari 2010 bahawa tiada satupun kedai berkonsepkan kopitiam yang mendapat sijil halal samada dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP). Sekiranya mereka mendakwa ada sijil halal maka ianya dikeluarkan oleh badan swasta yang tidak diiktiraf oleh pihak berwajib.

Panduan Am

Sebagai panduan am untuk para pembaca, semua makanan boleh dikategorikan halal selagi tidak mempunyai kaitan dengan daging babi, anjing dan keturunannya, arak dan alkohol, darah, binatang karnivor yang makan daging, binatang halal yang disembelih tidak memenuhi hukum syarak, sesuatu yang datang daripada manusia seperti uri, mengandungi bahan yang memudaratkan dan beracun.

Dalam merealisasikan perlaksanaan pemilihan makanan yang halal dalam kehidupan berumahtangga, maka siapakah yang lebih menonjol peranannya jika bukan seorang isteri atau ibu. Meskipun kita mungkin memandang enteng akan isu ini, namun apa yang lebih dibimbangkan adalah kesannya kepada diri dan keluarga dalam membina masyarakat. Sebagai wanita, kita berperanan besar untuk memastikan pengambilan makanan daripada sumber yang halal dan baik oleh ahli keluarga kerana wanitalah yang biasanya dipertanggungjawabkan untuk mengawal dan menjaga hal ehwal pemakanan keluarga.

Apa yang boleh dilakukan dalam memastikan pengambilan makanan yang halal lagi baik di kala industri makanan berkembang dengan pesat di seluruh dunia?

Pertama, wanita perlu menguasai dan memanfaatkan kemudahan teknologi dan internet yang kini semakin mudah untuk didapati berbanding 10 atau 20 tahun yang lalu. Segala maklumat yang diperlukan tentang sumber makanan tertentu – yang sudah tentu tidak akan didedahkan oleh pengilang atau pengeluar makanan – kini hanya di hujung jari. Walaupun tidak dinafikan bukan semua maklumat tersebut adalah benar dan perlu ditapis untuk memastikan kesahihannya, tetapi kita juga tidak dapat menafikan peranan maklumat daripada sumber internet yang mendedahkan fakta dan kebenaran yang tidak pernah kita ketahui atau sedari.

Tentu ramai yang pernah menerima beberapa email tentang produk-produk tertentu yang mengandungi lemak khinzir dan juga bahan-bahan kimia lain yang tidak selamat untuk dimakan. Yang lebih merisaukan adalah bahan-bahan yang dikategorikan haram untuk dimakan oleh umat Islam seperti lemak khinzir dilabelkan dalam bentuk kod. Jadi bagi mereka yang tidak tahu dan faham tentang kod-kod makanan pasti tidak mengambil endah tentang maksud kod-kod tersebut. Di sinilah kita boleh nampak keperluan menguasai teknologi dan internet supaya kita dapat mengikuti perkembangan dan penemuan semasa tentang produk-produk makanan yang mungkin tidak didedahkan di akhbar dan televisyen.

Penguasaan teknologi juga membolehkan kita untuk menyebarluaskan kepada orang Islam yang lain tentang fakta-fakta sebenar yang diperoleh mengenai sesuatu sumber bahan atau produk serta kewajipan dan kepentingan memilih makanan yang halal dan baik. Sebenarnya kesedaran tentang perkara ini masih belum wujud secara total di kalangan umat Islam. Rata-rata hanya mengambil kira faktor harga yang murah, rasa yang sedap, atau mungkin juga memilih makanan yang sering diiklankan di televisyen, sementara isu halal langsung ditolak ke tepi ataupun hanya dipandang sebelah mata. Padahal, makanan yang halal dan baik menjadi antara punca kepada pembinaan jiwa dan rohani yang bersih. Jika diteliti keadaan masyarakat pada hari ini, mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan antara punca berlakunya masalah sosial adalah kerana pengabaian terhadap kebersihan makanan yang diambil dari sudut syara’.

Daripada Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah itu baik, Dia tidak menerima melainkan yang baik. Sesungguhnya Allah memerintahkan orang-orang dengan apa yang diperintahkanNya kepada semua rasul dengan firmanNya (seperti yang tersebut di dalam hadis yang bermaksud): Wahai sekalian rasul, makanlah dari makanan yang baik dan beramallah dengan amalan yang soleh. FirmanNya lagi: Wahai sekalian orang yang beriman, makanlah makanan yang baik yang telah Kami beri rezeki kepada kamu. Kemudian baginda menyebut seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut masai rambutnya dan berdebu mukanya menghulur kedua-dua tangannya ke langit (berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Padahal makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram dan (mulutnya) disuapkan dengan yang haram. Maka bagaimanakah akan diperkenankan doanya.”

Peranan Muslimah

Seiring dengan perkembangan industri makanan, pelbagai syarikat dan kilang pengeluar produk makanan juga tumbuh melata seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Mereka termasuklah kalangan usahawan bumiputera Islam yang sensitif dengan keperluan umat Islam untuk mendapatkan dan menggunakan produk makanan yang halal dan baik, halalan thoyyiban. Mereka berusaha menghasilkan produk makanan alternatif kepada umat Islam yang tidak kalah kualitinya berbanding produk-produk komersial yang dijual di pasaran. Contoh terdekat produk-produk muslim yang sedang meningkat maju hari ini yang dikeluarkan oleh syarikat 100% bumiputera Islamseperti HPA dan Halagel. Jadi, seharusnya kita sebagai golongan yang paling berpengaruh dalam mengawal keperluan pemakanan keluarga turut serta menyokong dengan membeli dan menggunakan produk-produk keluaran muslim yang lebih diyakini status halalnya. Kita bukan sahaja dapat menyediakan makanan yang halal dan baik untuk keluarga tetapi juga secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan penguasaan umat Islam dalam bidang keusahawanan dan ekonomi.

Periksa Dapur Anda

Cuba puan-puan ke dapur sebentar, menjenguk bahan apa yang kita gunakan untuk memasak? Ada logo halal tak? Jika ada, adakah ia disahkan oleh JAKIM? Cuba kita ingat-ingat kembali dari mana kita dapatkan sumber makanan tersebut? Dalam memastikan bahan-bahan asas masakan yang dibeli terjamin halal, bersih dan baik, tidak salah kiranya sambil membeli kita meninjau keadaan sekeliling kedai, bagaimana kebersihannya, pekerja-pekerjanya adakah menutup aurat, berpakaian kemas, terurus atau berteraburkah susun aturnya.

Selesai menyediakan bahan asas yang halal untuk dimasak, sudah tentu puan-puan akan memikirkan menu yang akan dimasak. Mungkin persoalan makanan berkhasiat adalah persoalan remeh bagi ibu-ibu yang tidak bekerja kerana mereka mempunyai waktu yang cukup untuk ke pasar dan memasak sendiri menu keluarga masing-masing. Namun, persoalan makanan berkhasiat merupakan isu yang tidak selesai bagi ibu-ibu yang bekerja. Agak mustahilkan bagi ibu-ibu yang bekerjaya ini untuk pulang pada tengah hari semata-mata untuk menyediakan makan tengah hari untuk suami dan anak-anak? Akibatnya, anak-anak diberi wang saku yang agak banyak agar mereka dapat membeli sendiri makanan tengah hari atau mungkin makan malam sekali.

Natijahnya, ramai di kalangan anak-anak ini menjadi pelanggan tetap makanan segera seperti KFC, McDonald, Pizza Hut dan yang seangkatan dengannya di mana kesan negatif jangka panjangnya memang diketahui ramai. Walaupun mudah didapati dan dikatakan enak, makanan segera sebegini memang diiktiraf oleh pengamal perubatan sebagai penyumbang kepada gejala obesiti di kalangan kanak-kanak dan seterusnya mengakibatkan penyakit salur darah tersumbat (atherosclerosis), masalah koronari dan akhirnya masalah jantung. Jika penyakit itu tidak datang cepat, lambat laun akan kena juga. Sebagai penyelesaian bagi ibu-ibu yang bekerja ini, adalah lebih baik memantau di mana anak-anak mendapatkan makanan mereka, atau lebih baik jika ibu bapa boleh meluangkan sedikit masa untuk makan bersama-sama anak-anak jika tidak sempat menyediakan bekalan makanan untuk mereka.

Selain itu, para ibu seharusnya lebih kreatif dalam mendepani cabaran pelbagai aneka makanan yang lebih menarik di luar rumah. Anak-anak adalah golongan yang mudah terpengaruh dengan persekitaran mereka, dan pemakanan adalah antara cabang yang mempunyai pengaruh besar dalam kehidupan anak-anak. Mereka sering sahaja meminta supaya dibelikan makanan-makanan yang diiklankan di televisyen yang menarik perhatian mereka tanpa mempedulikan halal dan baik atau tidak makanan tersebut. Sebagai tonggak utama keluarga dalam mendidik anak-anak, golongan ibu bukan sahaja berperanan mendidik mereka supaya sentiasa menitikberatkan pengambilan makanan yang halal dan baik; tetapi pada masa yang sama berusaha menyediakan resepi atau menu sendiri yang lebih kurang sama rupa dan rasanya dengan yang terdapat di pasaran komersial. Inilah kreatif yang dimaksudkan. Kreatif dalam mencipta resipi sendiri yang dapat memuaskan hati, bermutu dan halal untuk dimakan.

Penutup

Ringkasnya, wanita sebenarnya mempunyai autoriti dan peranan yang besar dalam mengawal selia pengambilan dan pemilihan makanan yang halal, bersih dan baik dalam sesebuah institusi keluarga. Namun begitu, masih ramai yang kurang mempunyai kesedaran tentang hakikat ini lantas membiarkan sahaja isu pemakanan halal ini tanpa ada rasa tanggungjawab untuk menanganinya.

Sumber: Blog Wanita ISMA Pahang

Ibu Bapa Stail Mana
Sudah lebih dua dekad saya hidup di muka bumi Allah ini. Dalam tempoh saya mematangkan diri saya bertemu dengan bermacam jenis anak-anak (atau adik-adik) dari pelbagai latar belakang. Hakikatnya, kita inginkan segalanya yang berlaku kepada kita hanya yang baik-baik sahaja, tidak yang buruk. Mungkin kerana kendali yang belum kuat dan teguh, ramai yang hanya bersama dalam lingkungan selamat. Namun, Alhamdulillah, Allah berikan saya peluang untuk berada bukan dalam lingkungan saya sahaja, tetapi lebih jauh dari itu.

Muqaddimah

Salah satu daripada tabiat tipikal guru-guru sekolah ialah melabel pelajar-pelajarnya. Bermacam-macam gelaran sampai ke telinga saya daripada mulut guru-guru ini, sehinggakan anak-anak murid mengikut sama memanggil dengan nama yang sama. Bagi saya itu satu perbuatan yang salah, kerana impak yang kita tidak nampak boleh berlaku kepada pelajar-pelajar ini ialah kepada psikologi mereka. Gelaran-gelaran tadi boleh menyebabkan pelajar tadi berasa inferioriti kompleks atau mula hilang keyakinan diri. Impak paling teruk ialah apabila mereka benar-benar menjadi seperti gelaran yang mereka panggil tersebut. Benar-benar jahat, benar-benar bahaya.

Di sebalik itu semua, ada beberapa hal yang kita perlu faham. Gelaran tersebut diberi atas simptom-simptom yang jelas pada mata kasar kita, lalu tanpa pendirian yang waras dan penaakulan yang mantap, kita terus melabel pelajar tersebut sebagai sekian-sekian. Mungkin kita perlu lihat lebih jauh lagi dalam memahami isu ini, seperti bertanya ‘mengapa mereka jadi begini?’ tidak dinafikan, kadang-kadang ianya berpunca daripada keluarga dan persekitaran ianya dibesarkan. Lebih spesifik, bagaimana ibu bapanya membesarkan anak-anak tersebut.

Stail keibubapaan

Dr. Diana Baumrind memperkenalkan empat jenis stail keibubapaan (parenting styles) yang boleh kita jadikan rujukan atau menambah pemahaman apabila mendidik anak-anak. Tidak perlu untuk kita pergi jauh mendalam memahami stail-stail ini, kerana memahami konsepnya sahaja mencukupi untuk kita menilai stail dan metod kita. Stail-stail yang berbeza ini berkemungkinan menjadi salah satu faktor kenapa anak-anak tadi menjadi seseorang seperti sekian-sekian. Seperti yang telah ditulis, menjadi salah satu faktor tidak menjadikan stail keibubapaan ini punca kepada kenapa anak-anak tidak menjadi dan sebagainya. Ada pelbagai faktor, dan stail ini hanya salah satu.

Authoritarian

Saya tidak dapat terjemahan yang paling sesuai dengan perkataan di atas, tetapi stail authoritarian ini ialah stail yang menekankan disiplin yang tinggi dan ketat daripada anak-anak. Anak-anak perlu mematuhi setiap undang-undang dan peraturan ibu-bapa. Apabila sesuatu keputusan dibuat, pandangan anak-anak ini tidak diminta, dan mereka hanya perlu patuh. Akibatnya anak-anak ini akan membenih sifat dan sikap memberontak. Mungkin dari kecil ianya tidak terlihat kerana dia tidak mampu melawan, namun apabila dia menjengah usia di mana dia mampu untuk membuat keputusan dan dia mempunyai sokongan rakan-rakan, dia mampu bertindak di luar jangkaan. Kanak-kanak ini juga akan gagal untuk bersosial (dalam erti membuat kawan) kerana tidak mampu untuk mengekspresikan diri, memberikan pendapat, dan lain-lain.

Permissive

Kadang-kadang kebebasan itu bagus, namun kebebasan tanpa had menjadikan manusia lupa batasan. Beginilah ibu-bapa yang memilih stail berikut, mereka mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak sehingga sanggup menunaikan apa sahaja permintaan anak-anak. Menyayangi anak itu perlu, tetapi sayang anak tangan-tangankan, apabila caranya tidak betul, maka anak akan jadi manja dan akan bertindak mengikut emosi yang tidak terhala dan terkawal. Kanak-kanak seperti ini mampu bersosial namun mempunyai sikap bangga diri yang melampau sehingga mahukan orang lain mengikut kehendak dan telunjuknya. Dia juga tidak akan bertanggungjawab di atas kesilapan yang dilakukan, malah akan mencari orang lain untuk disalahkan. Emosi dan amarah juga tidak terkawal, kerana merasakan dia mampu memiliki apa sahaja, maka dia juga mampu melepaskan apa sahaja, termasuklah kepada ibu-bapa sendiri.

Negligent

Jenis ibu-bapa yang tidak ambil kisah atau ambil tahu perkembangan anak-anaknya. Perjalanan kehidupan anak-anak tidak diambil tahu, samada sihat, sakit, cemerlang dalam pelajaran ataupun gagal. Berkemungkinan ibu-bapa seperti ini ialah ibu-bapa yang kahwin di usia muda tanpa pekerjaan yang tetap dan mampu untuk menyara keluarga nukleus. Anak-anak diserahkan kepada orang lain untuk dijaga dan seumpamanya. Mereka ini apabila dewasa akan menghadapi tekanan emosi terhadap ibu-bapa mereka yang tidak mengambil peduli. Berkemungkinan tidak akan ambil tahu langsung mengenai ibu-bapa tadi. Sekiranya anak-anak tadi tidak mendapat sokongan daripada ahli keluarga terdekat atau saudara-mara, maka ia boleh mempengaruhi tindak-tanduk dan perilakunya. Boleh jadi dia akan membuat sesuatu yang drastik untuk mendapat perhatian daripada orang lain, kadang-kadang disalah tafsir, walaupun dia cuma mengemis untuk secebis kasih.

Authoritative

Stail yang paling ideal daripada tiga stail asas di atas. Ibu-bapa memberikan kasih sayang seada dan semampunya kepada anak-anak tanpa berlebih-lebih. Memberi anak-anak kebebasan untuk membuat pilihan, namun terhad kepada ruang-ruang dan tahap tertentu. Mereka juga memberi ruang untuk anak-anak berbincang, bertanya pendapat, dan membuat pilihan melalui konsultasi sesama mereka. Ibu-bapa yang optimis dengan anak mereka, memberi sokongan padu serta motivasi kepada anak-anak mereka atas pilihan dan komitmen yang mereka buat, hasil perbincangan dan konsultasi. Anak-anak juga sedar dan faham akan peraturan yang ditetapkan, juga hukuman yang akan diberi bagi setiap kesalahan. Anak-anak ini mampu menjadi seorang yang bertanggungjawab apabila memikul amanah, juga seorang yang optimis dengan peluang-peluang yang ada di hadapan. Mereka mampu untuk bersosial dengan baik dan memberi pendapat yang wajar dengan topik perbincangan.

Campur-campur

Ada daripada ibu-bapa yang mengamalkan campuran daripada stail-stail di atas yang mana kebanyakannya akan membawa kemudaratan yang lebih dahsyat kepada anak-anak seperti stail permissive ditambah dengan negligent, hasilnya ialah anak-anak yang kadar sosialisasinya melampaui batas, ciri-ciri ini selalunya digambarkan oleh drama Melayu sebagai anak-anak orang kaya yang ibu-bapanya terlampau obses dengan kerja.

Authoritarian dan negligent menjadikan anak-anak yang tidak mampu untuk berfikir untuk diri sendiri. Dalam masa dia perlu patuh kepada peraturan-peraturan keluarganya, dia juga tidak dihiraukan oleh kedua orang tua. Ini akan mengakibatkan anak-anak tadi lebih stress dan emosinya terganggu.

Stail Islami

stail yang paling ideal iaitu authoritative ialah yang paling hampir cirinya dengan nilai keluarga Islam. Cuma di situ tidak jelas penerapan nilai-nilai Islamnya. Maka ianya perlu dimurnikan dengan beberapa tambahan seperti, ibu-bapa mementingkan mengenal Islam dahulu daripada hal-hal lain yang tidak penting (boleh rujuk artikel saya sebelum ini). Seperti yang telah saya terangkan di dalam artikel sebelum ini, pendidikan anak-anak tidak berlu diajar secara terang di peringkat awal, cukup dengan kita membiasakan anak-anak dengan persekitaran Islami. Apabila anak-anak sudah mampu untuk bercakap dan bergaul, ketika itu kita boleh perlahan-lahan untuk mengajarkan nilai-nilai tadi secara terus dan terang supaya dia memahami tanggungjawabnya.

Pengecualian

Disebalik contoh-contoh yang dibawa diatas, tidak dinafikan bukan semua anak-anak akan menjadi sedemikian teruk. Saya telah bertemu dengan anak-anak yang tidak mendapat perhatian yang cukup tetapi masih mampu untuk membentuk dan membina pekerti diri mulia dengan akhlak Islami. Ini kerana faktor yang mampu merosakkan tadi telah disokong oleh faktor lain yang tidak akan menghampakan anak-anak tadi seperti sokongan daripada saudara-mara. Contoh-contoh tadi diambil secara umum tanpa merujuk kepada sesiapa secara spesifik. Ciri-cirinya diambil daripada bacaan juga hasil pemerhatian saya kepada anak-anak yang saya temui.

Apa stail anda?

Apa sahaja yang anda pilih, teknik dan metod apa sahaja yang anda gunakan untuk mendidik anak-anak, ingatlah bahawa ia akan menjadi salah satu faktor penentu siapa anak anda di masa hadapan. Dan anak-anak bukan bahan ujikaji yang kita boleh tukar-tukar skop dan teknik eksperimen. Anak-anak yang kecil pun punya perasaan dan mampu memberi reaksi terhadap tindakan dan percakapan anda, kalau sekali dia telah terluka, apakah akan ada harapan untuk dipulihkan kembali?

Oleh: Mohd Azmir bin Mohd Razli,

ISMA Shah Alam-Klang

Blog: Kalam Yang Berbicara

Bukan Sekadar Wanita
Umar al-Khattab pernah berkata: “Aku impikan rumah ini dipenuhi dengan ‘rijal-rijal’ seperti Muaz b. Jabal, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Salim hamba Huzaifah untuk aku gunakan mereka untuk menegakkan kalimah Allah”.

Kata-kata hebat yang lahir dari insan yang hebat. Mengimpikan ‘rijal’ lebih dari perhiasan duniawi. Fikrahnya sangat jelas, menyeru kepada pembentukan ‘rijal’ dakwah yang mantap untuk menegakkan panji-panji Islam. Dengan itu, akan tertegaklah kalimah Allah di muka bumi ini.

Bagaimana untuk menghasilkan ‘rijal’ dakwah yang mantap ini? Tentulah memerlukan satu proses tarbiyah yang benar-benar mantap. Merangkumi segala aspek. Ruhi, jasmani, akal, aqidah, akhlaq, dan amalnya. Ia adalah proses untuk membentuk manusia, bukanlah semudah menguli tepung. Ia merupakan satu proses yang memerlukan kesungguhan dan pengorbanan. Ia juga memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Bukan calang-calang orang boleh melakukan ini. Tetapi cuba bayangkan seandainya impian ini jadi kenyataan suatu hari nanti. Nescaya dunia ini akan makmur di bawah naungan Islam. Tentu kita akan rasa sangat gembira. Kerana di situ ada hasil titik peluh kita.

Tangan Yang Lembut Itu

Siapa sangka tangan lembut seorang wanita mampu menggoncang dunia? Siapa sangka wanita yang disangka lemah mampu merubah masyarakat? Siapa kata wanita tidak boleh berdakwah?

Di sinilah hebatnya wanita. Memiliki keistimewaan tersendiri. Dari manakah lahirnya seorang ‘rijal’ kalau bukan dari rahim seorang wanita. Mungkin kadangkala terselit rasa lemah dan rendah diri kerana wanita tidak berpeluang berjuang di medan jihad seperti orang lelaki. Tetapi betapa bertuahnya seorang wanita. Seorang wanita yang luarannya lemah lembut mampu untuk mengandung, melahirkan, membesarkan, mengasuh dan mendidik seorang ‘rijal’. Bukankah itu satu kemuliaan yang Allah kurniakan hanya buat wanita.

Bukan sekadar itu. Wanita juga dimuliakan dengan suaminya. Tetapi bagaimana? Dalam sebuah riwayat dituturkan, bahawasanya Ibnu ‘Abbas berkata:

“Sesungguhnya seorang perempuan telah datang kepada Rasulullah, lalu ia berkata:‘Wahai Rasulullah, saya ini utusan dari kaum perempuan untuk menemuimu. Jihad ini diwajibkan Allah kepada kaum laki-laki. Jika mereka menang, mereka mendapat pahala, dan jika mereka terbunuh, mereka tetap hidup di sisi Tuhan mereka, dan mendapat ganjaran. Sedangkan kami kaum perempuan hanya membantu mereka. Maka, apa bahagian kami dalam hal in?’ Rasulullah Saw menjawab, ‘Sampaikanlah kepada perempuan-perempuan yang kamu temui, bahwa taat kepada suami dan mengakui hak-haknya adalah sama dengan itu (jihad di jalan Allah)’.” (Fiqh Sunnah, Sayyid Sabiq)

Wanita Juga ‘Rijal’

Jika anda wanita, anda juga boleh menjadi rijal. Sejarah telah membuktikan bagaimana peranan Khadijah di sisi Rasulullah. Beliaulah suara pertama dari kaum wanita dalam menguatkan dakwah dan risalah Muhammad saw. Ketika baginda Rasulullah baru menerima wahyu, beliau menguatkan Rasulullah dengan kata-katanya:

“Demi Allah, Tuhan tidak akan mengecewakan engkau sama sekali. Sesungguhnya engkau menghubungkan silaturrahim, menghubungkan keluarga dan mengangkat beban berat, memberi kepada orang yang memerlukan, menerima dan menghormati tetamu, serta menolong orang-orang yang susah.”

Wanita pertama sebagai syuhada adalah Ummu Amr bin Yasir yang bernama Sumayyah. Beliau dan suaminya disiksa, agar mereka keluar dari agama Islam. Tetapi mereka tetap bertahan dan sabar, sehingga dia mati syahid bersama suaminya. Besarnya peranan seorang wanita ketika hijrah Rasulullah, Asma’ bintu Abu Bakr. Dalam keadaan beliau sedang sarat mengandung, merentas padang pasir menghantar makanan buat baginda ar-Rasul. Menahan perit tamparan Abu Jahal, demi mempertahankan agama Allah. Beliau juga merupakan ibu kepada seorang ‘rijal’ yang berjaya melakar nama dalam sejarah Islam, ‘Abdullah Ibnu Zubair.

Jadilah Wanita ‘Rijal’

Seandainya seorang wanita itu mengangkat dirinya dengan Islam, beramal untuk Islam, dia boleh menjadi aset yang sangat penting dalam usaha mengembalikan khilafah di bumi Allah ini. Namun jika wanita itu merendahkan dirinya dengan melakukan kerosakan di bumi ini, dia boleh menjadi punca jatuhnya ummat tersebut.

‘Rijal’ atau tidak seorang wanita itu bergantung pada dirinya sendiri. Samada dia mahu menjadi seorang wanita ‘rijal’ atau sebaliknya. Namun, ia bukanlah satu perkara yang mudah. Memerlukan persiapan yang rapi serta tarbiyah yang teliti.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mempersiapkan diri kita untuk menjadi seorang isteri, ibu, serta wanita yang berhati ‘rijal’ sodiq (benar). Jadilah bukan sekadar wanita.

Oleh:

Asma’ Ahmad Khalid (Ummu Asiah)

Ketua Wanita

ISMA Jordan

The Muslim Woman and Her Lord
The believing woman is alert

One of the most prominent distinguishing features of the Muslim woman is her deep faith in Allah and her sincere conviction that whatever happens in this universe, and whatever fate befalls human beings, only happens through the will and decree of Allah; whatever befalls a person could not have been avoided, and whatever does not happen to a person could not have been made to happen. A person has no choice in this life but to strive towards the right path and to do good deeds by whatever means one can, putting all his trust in Allah, submitting to His will, and believing that he is always in need of Allah’s help and support.

The story of Haajar (Prophet Ibrahim’s wife) offers the Muslim woman the most marvelous example of deep faith in Allah and sincere trust in Him. The Prophet Ibrahim (may peace be upon him) left her at the Ka’bah in Makkah, above the well of Zamzam, at a time when there were no people and no water in the place. Haajar had no one with her except her infant son Ismail. She asked Ibrahim, calmly and with no trace of panic: “Has Allah commanded you to do this, O’ Ibrahim?” Prophet Ibrahum said, “Yes.” Her response reflected her acceptance and optimism: “Then He is not going to abandon us.” Reported by Bukhari in Kitaab al-Anbiya.

Here was an extremely difficult situation: a man left his wife and infant son in a barren land, where there were no plants, no water, and no people, and went back to the distant land  of Palestine. He left nothing with her but a sack of dates and a skin filled with water. Were it not for the deep faith and trust in Allah that filled Haajar’s heart, she would not have been able to cope with such a difficult situation; she would have collapsed straight away, and would not have become the woman whose name is forever remembered day and night by those who perform Hajj and ‘Umrah at the house of Allah, every time they drink the pure water of Zamzam, and run between the mounts of Safa and Marwah, as Haajar did on that most tiring day.

This deep faith and awareness had an amazing effect on the lives of Muslim men and women: it awoke their conscience and reminded them that Allah witnesses and knows every secret, and that He is with a person wherever he may be.

“Narrated ‘Abdullah ibn Zayd ibn Aslam, from his father, from his grandfather, who said: ‘When I was accompanying ‘Umar ibn al-Khattab (may Allah be pleased with him) on his patrol of the Madeenah at night, he felt tired, so he leant against a wall. It was the middle of the night, and (we heard) a woman says to her daughter, ‘O’ my daughter, get up and mix that milk with some water.’ The girl said, ‘O’ Mother, did you not hear the decree of Ameer al-Mu’mineen (chief of the believers – the caliph) today?’ The mother said, ‘What was that?’ The  girl said, ‘He ordered someone to announce in a loud voice that milk should not be mixed with water.’ The mother said, ‘Get up and mix the milk with water, you are in a place where ‘Umar cannot see you.’ The girl told her mother, ‘I cannot obey him in public and disobey him in private.’ ‘Umar heard this, and told me: ‘O’ Aslam, go to that place and see who that girl is, and to whom she was speaking, and whether she has a husband.’ So I went to that place, and I saw that she was unmarried, the other woman was her mother, and neither of them had a husband. I came to ‘Umar and told him what I had found out. He called his sons together, and said to them: ‘Do any of you need a wife, so I can arrange the marriage for you? If I had the desire to get married, I would have been the first one to marry this young woman.’ ‘Abdullah said: ‘I have a wife.’ ‘Abdur-Rahmaan said: ‘I have a wife.’ ‘Asim said: ‘I do not have a wife, so let me marry her.’ So ‘Umar arranged for her to be married to ‘Asim. She gave him a daughter, who grew up to be the mother of ‘Umar ibn ‘abdul-‘Aziz.

This is the deep sense of awareness that Islam had implanted in the heart of this young woman. She was righteous and upright in all her deeds, both in public and in private, because she believed that Allah was with her at all times and saw and heard everything. This is true faith, and these are the effects of that faith, which raised her to the level of ihsaan (excellence). One of the immediate rewards with which Allah honoured her was this blessed marriage, one of whose descendants was the fifth rightly-guided khaleefah, ‘Umar ibn ‘Abdul-‘Aziz.

The aqeedah (faith) of the true Muslim woman is pure and clear, uncontaminated by any stain of ignorance, illusion or superstition. This aqeedah is based on faith in Allah, the One, the Most High, the Eternal, Who is able to do all things, Who is in control of the entire universe, and to Whom all things must return:

“Say: ‘Who is it in Whose hands is the governance of all things – Who protects (all), but is not protected (by any)? (Say) if  you know.’ They will say, ‘(It belongs) to Allah,’ Say: ‘Then how are you deluded?” (Qur’am 23: 88-89)

This is the pure, deep faith which increases the character of the Muslim woman in strength, understanding and maturity, so that she sees life as it really is, which is a place of testing whose results will be seen on the Day which will undoubtedly come:

“Say: ‘It is Allah Who gives you life, then gives you death; then He will gather you together for the Day of Judgement about which there is no doubt’: but most men do not understand.” (Qur’an 45: 26)

No doubt that the true Muslim woman, when she ponders the meaning of these verses, would think about that crucial Day and would turn to her Lord (Allah) in obedience, repentance and gratitude, seeking to do as many righteous deeds as she is able, in preparation for the Hereafter.

Adapted from:

The Ideal Muslimah by Muhammad Ali Al-Hashimi, International Islamic Publishing House 2005, Chapter 1, pg 27-31

Intan Sofia Omar

Biro Wanita dan Keluarga

ISMA Australia (South Australia)

Bayi Dilanggar Keretapi Terselamat
Kejadian 16 Oktober di Melbourne benar-benar mengejutkan dunia. Seorang ibu bersama anaknya yang diletakkan di dalam kereta sorong bayi menjadi saksi terdekat, sebagai pengajaran terbesar buat semua. Ketika mereka sedang menunggu kedatangan kereta api, kereta sorong yang diduduki bayi tersebut menggelungsur laju, lantas terjatuh ke dalam kawasan landasan kereta api. Ibunya yang terkejut, lekas-lekas cuba menyelamatkan keadaan, tetapi ternyata takdir telah menentukan, kedatangan keretapi tepat pada masanya, merempuh kereta sorong bersama bayi tersebut yang berada di tengah-tengah landasan.

<object classid="clsid:d27cdb6e-ae6d-11cf-96b8-444553540000" width="425" height="350" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=6,0,40,0"><param name="src" value="http://www.youtube.com/v/6Shz0v_aI8c" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="425" height="350" src="http://www.youtube.com/v/6Shz0v_aI8c"></embed></object>

Keselamatan

Ibu bapa perlu lebih berhati-hati dalam mengawasi anak-anak masing-masing.Melalui kejadian tersebut, terbukti bahawa keselamatan amat perlu dititikberatkan. Kereta sorong yang dijual, rata-ratanya mempunyai penahan roda untuk menahan roda kereta sorong daripada meluncur tanpa kawalan.

Kidsafe Victoria ada menggariskan ciri-ciri kereta sorong bayi (stroller/pram) yang disyaratkan dalam pemilihan pembelian oleh ibu bapa/ penjaga. Antara-ciri-ciri yang perlu ada adalah, ‘park brake’ yang berfungsi dengan baik, dan ’strap’ yang sesuai yang berfungsi sebagai tali pinggang keledar untuk bayi. (Boleh rujuk laman Kidsafe Victoria untuk butiran lanjut).

Jika di Malaysia, budaya membawa anak-anak dalam kereta sorong bayi kurang ada. Walaubagaimanapun, ibu bapa tetap dinasihatkan supaya tidak terleka dalam mengawasi anak-anak. Hal ini demikian kerana, anak-anak kecil yang sedang berada dalam fasa lincah sememangnya memberikan cabaran yang tinggi buat ibu bapa untuk menjaganya. Landasan kereta api, jalan raya, tasik, sungai dan kolam merupakan antara kawasan-kawasan yang mampu mengundang tragedi sekiranya kita tidak berhati-hati.

Anak merupakan anugerah yang tidak ternilai. Mana mungkin mampu naluri seorang ibu mampu melihat anaknya disakiti, hatta dengan gigitan seekor nyamuk pun. Sebagai bukti, cukuplah dengan melihat video yang dirakam oleh sistem CCTV (sila tonton video di atas) di tempat kejadian tersebut. Ibu kepada bayi tersebut nyaris-nyaris dilanggar kereta api dalam usaha cuba menyelamatkan anaknya.  Justeru, marilah kita bersama-sama mengambil langkah terbaik dalam mengawasi dan mendidik anak-anak.

Antara Kejadian dan Takdir

Dunia rancak membincangkan keajaiban, apabila akhirnya bayi tersebut hanya mengalami kecederaan kecil di kepala, walaupun kereta sorongnya hancur. “Keajaiban atau takdir” menjadi tanda tanya ramai pihak. Hal ini kerana, dengan kudrat lemah seorang bayi kecil yang logiknya tidak mempunyai apa-apa kuasa ajaib, malah kudrat normal yang mampu menyelamatkan dirinya sendiri apabila dilenyek oleh roda-roda besi keretapi tersebut. Namun, kejadian tersebut benar-benar mengetuk pemikiran ramai pihak. Apabila mengetahui bahawa bayi tersebut selamat, logik akal terbukti tidak mampu menandingi kuasa hebat Sang Pencipta.

Dalam membincangkan hal ini, ternyata bahawa fitrah manusia sememangnya mengagumi keajaiban yang berlaku di hadapan mata kita. Walau sehebat mana pun kita merancang, tetapi Allah-lah sebaik-baik perancang,dan sehebat-hebat penentu. Kalau kita katakan bayi tersebut pastinya tidak mampu untuk menyelamatkan diri, Allah-lah lebih berkuasa untuk menentukan perihal keselamatannya.

Begitu juga dengan perancangan manusia dalam pelbagai hal lain. Perancangan yang kita sangkakan baik, ternyata kadangkala hakikatnya bukanlah yang terbaik untuk kita. Hanya Dia yang sebenar-benarnya mengetahui apa yang terbaik untuk kita kerana hanya Dia yang mampu mengatur segala-galanya dengan kuasaNya sebagai pencipta. Walaubagaimanapun, umat Islam digalakkan untuk berusaha gigih dan hebat, sebelum menyerahkan segala-galanya kepada-Nya.

Nota: Siapakah ‘Dia’ yang disebut-sebutkan? Tentulah Allah S.A.W yang Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.

Bayi Bawah Dua Tahun Ditegah Tonton Televisyen
Bayi di bawah usia dua tahun tidak patut menonton televisyen kerana ia boleh menjejaskan perkembangan bahasa mereka dan kemampuan untuk memberi tumpuan, menurut satu garis panduan baru untuk rakyat Australia.

Menurut akhbar The Australian, saranan kerajaan yang dijangka diterbitkan pada minggu depan itu turut menyatakan bahawa kanak-kanak berumur antara dua hingga lima tahun, seharusnya menonton televisyen tidak lebih daripada satu jam sehari.

Draf garis panduan tersebut yang dibentuk untuk pusat jagaan kanak-kanak tetapi turut menyediakan nasihat untuk ibu bapa, bertujuan membantu mengekang epidemik obesiti yang semakin berleluasa yang menyaksikan kanak-kanak negara itu lebih berat daripada yang pernah direkodkan.

“Berdasarkan penyelidikan terbaru, disarankan bahawa bayi berusia kurang dari dua tahun tidak patut menonton televisyen atau menggunakan media elektronik lain seperti cakera video digital (DVD), komputer dan permainan elektronik.

“Masa menonton… boleh mengurangkan jumlah waktu mereka bermain dengan aktif, hubungan sosial dengan orang lain dan peluang untuk perkembangan bahasa.

“Ia mungkin menjejaskan perkembangan pergerakan mata pada julat penuh dan mengurangkan kepanjangan masa di mana mereka boleh memberi tumpuan,” jelas salinan draf garis panduan tersebut yang diperolehi The Australian.

Kerajaan masih belum mengesahkan laporan itu dengan menyatakan bahawa garis panduan berkenaan masih belum dimuktamadkan. – AFP