ISMA Australia » Wanita & Keluarga

Dua kelahiran beribu erti
Melbourne, 31 Januari – ISMA Australia baru-baru ini menyambut kelahiran bayi-bayi kepada dua pasangan aktivis ISMA di Victoria. Kelahiran dua bayi ini lebih memberi erti kerana merupakan bayi pertama kedua-dua pasangan. Sebagai kelahiran sulung, ternyata kehadiran bayi-bayi ini memberi beribu erti buat  ibu bapa baru yang menjadi pendokong dakwah dan tarbiyah Australia.

Fatih, permata hati keluarga

Dr Nazri, Dr Lina dan Fatih

Pasangan pertama yang baru dikurniakan cahaya mata pertama ini adalah Dr Nazri Ab Kahar dan Dr Syarifah Lina Mastura Syed Hamdan (Bendahari ISMA Victoria) di atas kelahiran seorang mujahid yang diberi nama Muhammad Fatih pada 27 Disember 2011 lalu. Anak sulung kepada pasangan ini dilahirkan di Royal Women Hospital, Melbourne dengan berat 3.2kg.

Manakala pasangan kedua yang menerima cahaya mata pertama adalah Dr Mohd Afzal Alias (Bendahari ISMA Australia) dan pasangannya Dr Norbaiyah Bakrim (Ketua Wanita ISMA Australia). Tahniah diucapkan di atas kelahiran bayi lelaki pada Hari Australia iaitu 26 Januari 2012. Bayi tersebut seberat 2.95kg ketika dilahirkan di Royal Women Hospital, Melbourne. Bayi yang comel ini dinamakan Ameerul Muttaqeen bin Mohd Afzal.

Dr Afzal, Dr Norbaiyah dan cahaya mata

Ameerul Muttaqeen

Seluruh warga ISMA Australia turut berasa gembira dan mendoakan yang terbaik buat kedua-dua pasangan ini. Semoga Ameerul Muttaqeen dan Muhammad Fatih akan menjadi penyeri rumahtangga yang telah dibina dan menjadi anak yang soleh serta bermanfaat buat ummah insyaAllah

Doa dari warga ISMA buat pasangan yang bertuah ini:

Baarokallohulaka fiil mauhuubilaka, wa syakartal waahiba, wa balagho asyuddahu, wa ruziqta birrohu.Semoga Allah memberikan keberkahan untuk dirimu atas (karunia) yg diberikan kepadamu.

Semoga engkau mensyukuri Yang Maha Memberi hingga sang anak menjadi dewasa dan menjadi anak yang berbakti. - MediaISMA

Share

ISMA memperjuangkan agenda kebajikan pelajar Malaysia berkeluarga
CLAYTON – Baru-baru ini, ketua ISMA Australia cawangan Victoria Dr Mohamad Faiz Yaman bersama isteri Dr Marlina Ab Rahman yang juga Ketua Biro Wanita & Keluarga ISMA Australia cawangan Victoria telah mewakili ISMA Australia untuk menziarahi keluarga Encik Mohd Rosmizi Abd Rahman dan isterinya Puan Sharifah Ab Rahim atas kelahiran cahaya mata ketiga mereka yang diberi nama Muhammad Aasif.

Pada 26 November lalu, Encik Mohd Rosmizi terpaksa menyambut kelahiran bayinya di dalam kereta di tempat letak kereta Sandringham Hospital disebabkan kedudukan hospital yang jauh dari rumah. Isterinya pula terpaksa menahan sakit dan melahirkan dalam keadaan yang sungguh tidak selesa. Kejadian ini telah sedikit memberi kesan trauma kepada keluarga mereka.

Peristiwa ini telah menjadi kemuncak kepada isu pelajar antarabangsa dan penduduk bukan tetap di Australia yang terhalang daripada mendapat khidmat obstetrik di beberapa hospital awam disebabkan polisi hospital yang tidak menerima pesakit tanpa “Medicare” iaitu kad yang dimiliki oleh rakyat Australia dan penduduk tetap di sini bagi mendapat khidmat kesihatan secara percuma.  Sandringham Hospital yang terletak 22km dari rumah mereka merupakan satu-satunya hospital yang telah menerima Puan Sharifah sebagai pesakit setelah lebih 5 hospital menolak mereka daripada mendapat khidmat kesihatan obstetrik. Polisi ini merupakan suatu peraturan baru yang tidak konsisten mahupun jelas criteria dan implementasinya di beberapa hospital awam di Victoria.

Sedutan daripada akhbar The Australian pada 30 November 2011.

“THE wife of an international PhD student gave birth in her car after at least five Melbourne public hospitals refused to admit her for obstetrics services.

The incident on Friday night resulted from what overseas students say are discriminatory policies that systematically deny them health services available to Australian citizens.

Rosmizi Rahman, 31, said he delivered his son Aasif in the carpark of the emergency department at Sandringham Hospital after a 22km dash across southeast Melbourne. The Monash University student said he ran red lights with his wife Sharifah Rahim in labour, bypassing three public hospitals that had previously denied services to the couple. He made it to Sandringham, which had agreed to admit Ms Rahim as a discounted private patient, but she gave birth before staff arrived. She and her son are recovering at home.

The incident follows revelations that Royal Brisbane and Women’s Hospital has banned obstetrics and gynecology care for international students, including those with medical insurance.”

Dalam pertemuan mereka, Encik Mohd Rosmizi dah isterinya telah meluahkan perasaan sedih mereka atas kejadian ini dan berharap ia tidak akan berlaku pada sahabt-sahabat yang lain. Beliau sebelum ini telah beberapa bulan berusaha membuat petisyen dan meminta bantuan beberapa pihak untuk merungkaikan isu ini tetapi masih belum ada hasilnya.

Dr Faiz dan isterinya juga antara mereka yang telah menghadapi masalah yang sama, meskipun sudah 8 tahun menetap di Australia dan bekerja di situ, mereka tetap dianggap sebagai “penduduk sementara” atau “pelawat” hanya kerana masih belum mempunyai status “Permanent Resident (PR)” dan tidak mempunyai “Medicare”. Oleh itu hospital terdekat dengan rumah mereka iaitu Monash Medical Centre (MMC) di mana anak pertama mereka dilahirkan 2 tahun lepas kini turut menafikan hak mereka  untuk mendapatkan khidmat obstetrik sebagai “pesakit awam”. Mereka hanya boleh diterima sebagai “pesakit swasta” dan perlu melalui pakar perbidanan swasta di mana kosnya mencecah sekurang-kurangnya AUD 5,000 hingga 6,000 dolar merangkumi khidmat sebelum dan selepas melahirkan. Kos yang tinggi ini adalah kerana pihak insurans kesihatan (yang wajib diambil oleh semua penduduk bukan tetap) tidak membayar sepenuhnya kos yang dikenakan.

Sehubungan itu di kesempatan sesi ziarah tersebut, beberapa cadangan untuk menyelesaikan masalah ini dan membawanya ke pihak berkuasa telah dibincangkan. Antaranya adalah menggunakan saluran televisyen dan internet. Isu ini bukan hanya mengesani komuniti Malaysia bahkan pelajar-pelajar antarabangsa dari negara lain turut dihalang daripada mendapat hak mereka untuk mendapat khidmat kesihatan yang sepatutnya melainkan mereka sanggup mengeluarkan jumlah wang yang banyak sebagai “pesakit swasta”. Dr Faiz juga turut menyatakan sokongan penuh ISMA Australia terhadap usaha menyelesaikan masalah ini, dan ISMA Australia bersedia memberikan bantuan dalam hal in jika diperlukan.

Dr Marlina, Puan Sharifah dan anak-anak

Dr Faiz dan Encik Rosmizi

Pada akhir ziarah tersebut, Dr Faiz dan isterinya telah menyampaikan hadiah dari ISMA Australia sempena kelahiran bayi mereka. Encik Mohd Rosmizi akhirnya mengucapkan terima kasih atas ziarah tersebut dan sokongan ISMA Australia terhadap isu ini. Beliau juga berharap komuniti Malaysia di Victoria dapat bersama memperjuangkan usaha untuk memperoleh kembali hak mereka.

Dr Marlina Ab Rahman

Ketua Biro Wanita & Keluarga

ISMA Australia Cawangan Victoria

Share

Cerpen: Melakar Warna Cinta
Jam 3 petang nanti dia harus bertolak menghadiri perkhemahan tarbiyah selama 2 hari. Masih berbaki 2 jam. Ismah telah disuruh bersiap untuk bersama-sama membawa Hamzah yang sedang sakit dan asyik meragam ke klinik.

“Abang, Ismah dah habis kemaskan pakaian dan barang-barang abang untuk ke muaskar”

“Terima kasih, Ismah,” lega hatinya.

Mujur Ismah telah menghabiskan mengemas begnya yang telah separuh jalan dilakukannya malam tadi. Makin bertambah senang dia menjalankan tanggungjawab terhadap isteri dan anaknya yang juga kini menjadi tanggungjawab dakwah, kerana Ismah dah Hamzah juga mencintai dakwah sepertinya.

“Terima kasih, abang, sebab teman Ismah bawa Hamzah jumpa doktor dan belikan ubat Hamzah”

“Sama-sama. Inikan tanggungjawab abang,” ucap Zaid.

Dia tahu. Biarpun Ismah berkali-kali menyatakan dia mampu menguruskan segalanya, biarlah nanti ada jawapan yang mampu dijawab tatkala Allah bertanyakan perihal kepertanggungjawabannya pada keluarganya. Kalaupun terlalu sibuk, masa yang ada akan cuba diisi sekualiti mungkin bersama keluarganya.

Terbayang dia pada Rasulullah yang menjadi utusan Allah.

Insan sehebat itu yang dijanjikan Allah padanya Syurga, sempat juga berlumba lari dengan isterinya dalam perjalanan pulang sebuah misi dakwah, sekali-sekala menjahit pakaiannya juga bermain dengan cucu-cucu baginda. Padanlah baginda menjadi qudwah hasanah buat para ummatnya, sehingga kini.

Hebatnya baginda dalam usaha menyampaikan risalah bukan calang-calang.

Hebat baginda bersama keluarga dan isteri di rumah juga tak tertanding.

Insan hebat yang jauh lebih tinggi ujian dan cubaan dalam perjalanan dakwahnya, berbanding aku yang usahanya tak seberapa ini.. ahh. malunya aku pada Rasulullah!

“Tapi, abang kena janji dengan Ismah. Atas dasar cinta kita kepada Allah dan dakwah.. abang kena fokus pada muaskar sepenuhnya. Ismah dan Hamzah biar Allah yang jaga. Lagipun, Ismah tahu siapa yang nak dicari kalau Ismah nak mintak tolong nanti. Ismah kan boleh memandu? Kalau abang ada pun, tak semestinya Hamzah boleh sihat. Allah yang menyihatkan”

Tersenyum dia mendengar nasihat isterinya. Ini bukan kali pertama Ismah memperingatkannya begitu. Kadangkala, kalau hendak ke tempat kerja pun, Ismah selalu mengingatkannya, “Abang kena janji dengan Ismah untuk fokus pada kerja yang abang buat. Jangan mengelamun teringatkan Ismah dan kerja-kerja di rumah.”

Ada benarnya nasihat itu, seringkali sifat kewanitaan Ismah yang masih utuh terpahat dalam diri sering mengusik bayangan mindanya.Semoga kita layak memiliki Syurga, Ismah.. Syurga untuk kita berehat dan bersenang lenang nanti..

Zaid bersyukur kerana memiliki Ismah yang turut mencintai dakwah. Dakwah tidak pernah menjadi beban, malah satu kebanggaan dan komitment hebat buat dirinya dan isteri. Hari demi hari, bagaikan hari baru yang penuh dengan pengajaran dan pelajaran baru. Hari demi hari, bagai digembur-gembur cinta pada dakwah. Sesegar kali pertama, ketika awal-awal mengenali manisnya jalan dakwah dalam kepayahan menempuhnya. Alhamdulillah..

Benarlah, segalanya bermula pada niatnya. Kehebatan di akhirnya bermula dengan betulnya langkah pada awalnya..

Ingatannya nakal mengimbau perihal 2 tahun lalu, saat dia dan Ismah pertama kalinya dibiarkan berdua setelah selesai urusan akad yang menobatkan status suami isteri buat keduanya.

Dilihatnya Ismah acuh tak acuh tatkala dia mengambil tempat duduk di sebelah Ismah. Malam pertama penuh debaran. Zaid tahu, bukan mudah saat merubah kedudukan seorang lelaki yang dalam satu saat telah halal untuk berbuat apa sahaja terhadap dirinya. Sedangkan dia pun berdebar, apatah lagi Ismah. Namun, dalam debar ini, dia harus menyampaikan sesuatu yang cukup penting pada Ismah.

“Ismah.. abang harap Ismah faham kedudukan Ismah. Ismah isteri kedua abang..”

Ismah menatap mata suaminya dalam-dalam. Cuba menghurai maksud yang tersirat.

“Ismah isteri kedua abang, setelah dakwah yang telah lebih awal dijadikan isteri pertama abang”

Ismah telah terawal mengagak. Istilah ‘isteri kedua’ yang sering digunapakai oleh para ikhwah dalam menghurai betapa ‘berbezanya’ makna sebuah pernikahan yang berlandaskan matlamat dakwah.

Ismah diam.

“Kenapa? Ismah tak bersetuju ke?”

“Tak”

“Bukankah dakwahlah matlamat asal perkenalan kita? Kenapa sekarang bukan?”

“Ismah tak boleh terima dakwah sebagai madu Ismah,” Ismah menjawab tegas.

Bagai direntap-rentap dada Zaid mendengar pengakuan isterinya. Tersalah pilih isterikah aku? Terdiam Zaid. Dia hanya menanti bicara lanjut Ismah yang diharapkan dapat menjelas celaru yang mula hendak melangkah masuk dalam jiwanya yang benar-benar mencintai dakwah.

“Ismah juga mencintai dakwah sepertimana abang mencintainya…”

“Malah mungkin Ismah lebih-lebih lagi”, Ismah diam mengumpul kata.

“Allah sahaja yang tahu betapa mendalamnya cinta Ismah pada dakwah. Ismah juga dari dulu lagi telah meletakkan dakwah dalam tempat teristimewa dalam kehidupan Ismah. Kalau seperti abang yang mengahwini dakwah dan menjadikan dakwah sebagai isteri pertama abang, Ismah pula telah bersuamikan dakwah. Kalau Ismah bersuamikan dakwah, mungkin Ismah tak akan mengahwini abang, kerana Ismah tak dibenarkan berkahwin empat seperti abang..”

Zaid menatap Ismah, seorang yang diketahuinya bukan calang-calang itu..

“Kalau ikatan kita dengan dakwah diandaikan seperti sebuah perkahwinan, begitulah kedudukannya. Bagi pihak Ismah, Ismah harus memilih antara dua; bersuamikan dakwah, atau bersuamikan abang. Kalau Ismah memilih abang sebagai suami, maka tak akan layaklah lagi dakwah dalam kehidupan Ismah”

“Ismah juga dengan fitrah wanita ini, pasti akan cemburu andai abang beristerikan seorang lagi walaupun Ismah meredhai. Ismah akan mencemburui dakwah yang sekian lama Ismah juga pernah cintai”

“Itu ke yang abang nak?” soal Ismah pada suaminya yang tekun mendengar.

Zaid menggeleng.

“Abang masih inginkan Ismah yang abang kenali dulu. Hebat dalam tarbiyah dan dakwah. Juga dengan Ismah yang abang baru kenali beberapa jam ini, yang cukup sempurna ciri kewanitaannya,” jelas Zaid.

“Kalau begitu, Ismah nak mintak abang meletakkan dakwah sebagai murabbi keluarga kita,” Ismah meminta lembut. Lembut, tetapi cukup kuat menggetarkan jiwa juang Zaid. Ternyata kata-kata Ismah datang dari sudut hatinya yang amat mencintai dakwah ilallah.

Bidadari mana yang Engkau hantarkan padaku ini, Ya Allah… Zaid bermain kata dalam hatinya. Sungguh dia tak menyangka mudah benar hatinya jatuh cinta pada mujahidah yang baru dikenalkan padanya saat dirinya telah bersedia untuk berumahtangga beberapa bulan lalu yang kini telah berada di depan mata.

“Murabbi yang akan sentiasa menalakan kehidupan kita ke arah menuju Allah. Malah murabbi ini akan menjadi kecintaan anak-anak kita juga cucu-cicit kita nanti.”

“Dakwah bukan milik abang seorang”

“Ismah mengimpikan dakwah ini mengalir, kadang sederas air sungai, kadang setenang air tasik, kadang sesesak pukulan ombak laut..  tapi tetap bergerak, menjadi sesuatu yang diusahakan, dicintai dan dibanggakan.. bukan abang seorang, tapi buat Ismah dan anak-anak kita.. sehinggalah ke generasi seterusnya.”

“Dakwah takkan menjadi kecintaan abang seorang, kecintaan abang yang mampu membuat Ismah dan anak-anak cemburu, tetapi kecintaan abang, Ismah dan anak-anak.. yang membuatkan kita saling berusaha ke atasnya, kerana cintanya kita kepada dakwah ilallah.”

“Dakwah takkan membuatkan kita merasa tinggal meninggalkan, kerana hakikatnya nanti kita akan merasakan bahawa kita saling membantu satu sama lain, untuk tetap tegar mencintai dakwah.”

“Dakwah takkan pernah menjadi pesaing cinta kita.. tetapi dakwah adalah cinta kita bersama.”

Zaid tersenyum mengenangkan petah bicara isterinya. Dikiranya sebuah bai’ah indah seorang mujahidah dakwah yang tak rela mencagarkan usaha dakwahnya dengan alasan perkahwinan. Sebuah bai’ah indah yang ternyata berjaya menidakkan emosi-emosi yang sering dikaitkan dengan wanita.

“Ismah dah berjanji dengan Allah untuk terus tsabat..kini kita juga telah berjanji untuk bersama atas jalan ini dengan ikatan pernikahan.. Ismah harap perkahwinan tak membuatkan kecintaan Ismah dan abang pada dakwah berkurang.. malah makin bertambah.. Ismah juga tidak mahu dakwah nanti menjadi penyebab kepincangan bait muslim yang kita idam-idamkan, tetapi dakwahlah yang memacu kehebatannya..” Zaid mengangguk-angguk dengan senyuman.

Kagum. Bersetuju. Tak sabar menempuh masa dengan neraca baru. Neraca yang meletakkan isterinya juga sebagai pencinta dakwah sepertinya. Neraca yang akan membuatnya melihat Ismah dan anak-anaknya benar-benar sebahtera dengannya untuk dikemudi ke Syurga.

Ternyata, Ismah seorang mujahidah hebat.

Teorinya dalam meletakkan dakwah sebagai satu kecintaan bersama, bukan sebagai ‘pesaing cinta’ benar-benar menyelesaikan banyak pertembungan perasaan yang sering melanda bait muslim rakan-rakannya yang lain. Namun,sehebat bai’ah mereka pada Allah, bai’ah untuk tsabat dengan jalan dakwah, juga mithaqan ghaliza yang tertancap saat akad nikah, hebat jua jalan yang terbentang, penuh ranjau dan duri untuk ditempuhi dengan sabar, dengan penuh cinta.

Alhamdulillah.. moga dakwah ini terus mengalir.. bukan hanya dalam aliran darah diri sendiri, tetapi kepada isteri, juga zuriat-zuriat yang bakal dihadiahkan Allah. Semoga impaknya tersebar keseluruh alam. Amin..  Moga kita semua terus tsabat dalam mencintai jalan dakwah yang mencabar ini..

Hasil Nukilan:

Siti Balqis Syed Mohamad Noor

Eksekutif Penerangan

WanitaISMA.net

Share

Ingin Menjadi Yusuf
Hari itu saya memulakan tugas di Unit Pembendahan dengan penuh rasa berdebar. Sebelum ini saya berada di Unit Kecemasan dan telah berasa sangat selesa dengan suasana bekerja di situ; kepelbagaian kes, kebebasan cara bekerja, waktu bekerja yang fleksibel serta registrar dan consultant yang sangat membantu dan suka mengajar. Tabie kerja-kerja di wad pula akan menuntut saya untuk lebih menjadi setiausaha yang cekap daripada menjadi doktor yang baik. Kebanyakan keputusan akan dibuat oleh registrar, tugas saya hanyalah melaksanakan perancangan yang telah dibuat. Saya juga akan berhadapan dengan rutin dan kes yang hampir sama setiap masa. Juga bekerja mengikut waktu bekerja biasa, 7 pagi hingga 5 petang dan 5 hari seminggu; bermakna tiada lagi waktu santai dipertengahan minggu bekerja untuk saya.

Saya ditempatkan di Unit 2 yang dikenali juga dengan colorectal unit. Kebanyakan kes adalah melibatkan pesakit yang menghidapi kanser usus. Alhamdulillah hari itu jumlah pesakit di unit kami hanyalah 6 orang. Kebanyakannya adalah pesakit yang telah menjalani pembedahan usus untuk mengeluarkan kanser. Tiba di bilik pesakit terakhir, registrar saya, Simon, menerangkan keadaan pesakit. Mrs AC, berusia 85 tahun sudah 8 hari di hospital selepas menjalani pembedahan Low Anterior Resection untuk mid rectal cancer. Beliau agak lambat pulih kerana masalah kesihatan lain. Sambil menerangkan tugasan yang perlu saya lakukan untuk mempercepatkan proses pelepasan (discharge), kami memasuki bilik untuk menemui beliau.

Hati saya sedikit tersentuh apabila melihat wajah beliau yang tersenyum menerima kedatangan kami. Senyuman ikhlas tapi lesu itu mengingatkan saya kepada arwah nenek yang sangat dekat di hati saya yang telah meninggal dunia akhir tahun lepas setelah disahkan menghidapi kanser usus. Iras wajah juga saling tak tumpah (arwah nenek memang ada iras mat saleh sikit). Usai ward round, saya nekad untuk membaca rekod perubatannya yang lama untuk lebih mengetahui tentang beliau selepas habis kerja-kerja ward nanti.

Ternyata jika ingin diluahkan persepsi saya terhadap apa yang beliau hadapi, jika ingin dibandingkan dengan orang lain, beliau bukanlah orang yang bernasib baik dan beruntung buat waktu ini. Beliau telah disahkan menghidap heart failure, hypertension, T2 Diabetes, osteoarthritis, depression dan hanya seminggu sebelum pembedahan beliau diberitahu tentang darah beku di lengan dan paru-paru (Deep Vein Thrombosis dan Pulmonary Embolism). Situasi sosialnya juga menyebabkan saya bertambah kasihan kepadanya. Beliau kehilangan suami 6 bulan yang lalu dan kini tinggal bersama 2 anak lelaki; seorang buta dan seorang lagi terencat akal.

Sambil membayangkan senyuman lesunya pagi tadi saya tertanya-tanya, adakah pernah terlintas suatu ketika dahulu di fikiran beliau kehidupannya nanti akan seperti ini? Masalah kesihatan yang semakin teruk, kemudian kehilangan suami, seterusnya disahkan menghidap cancer, dan kemudian darah beku.. dan apakah yang tinggal untuk beliau apabila kembali dari hospital nanti? Anak-anak yang kurang upaya, ketidakpastian tentang apa yang akan berlaku seterusnya dan mungkin, kenangan-kenangan indah sebelum semua ini bermula.

Sambil melangkah pulang menuju ke kereta petang itu, saya bersyukur kerana hari ini saya telah diingatkan Allah secara tidak langsung tentang hakikat dan hikmah sebuah kehidupan. Bercerita tentang kehidupan tidak dapat tidak, pasti akan mengingatkan saya kepada kisah agung Nabi Yusuf a.s. Suatu kisah yang sangat indah dan mengagumkan. Jika ada antara kita yang mengenal Nabi Yusuf a.s hanyalah kerana rupa parasnya yang kacak, saya sarankan untuk kita mentadabur tafseer surah ke-12 dalam AlQuran, surah Yusuf. Betapa besar mesej yang ingin Allah sampaikan tentang hakikat dan hikmah kehidupan dalam kisah ini.

Surah ini dimulai dengan suasana yang sangat menarik; Nabi Yusuf bercerita kepada ayahnya tentang mimpinya melihat 12 bintang, bulan dan matahari sujud kepadanya. Kemudian Allah menceritakan bagaimana rancangan jahat saudara-saudaranya, bagaimana baginda dicampak ke dalam perigi, terpisah dengan keluarganya, dijual dengan harga yang rendah untuk dijadikan budak, dimasukkan penjara dan kemudiannya dibebaskan dan dilantik menjadi Penasihat Raja Mesir. Bayangkan sewaktu berada di dalam penjara, pastinya baginda akan banyak berfikir tentang kehidupannya.

Adakah kita berasa baginda pernah membayangkan suatu ketika dahulu kehidupannya akan seperti itu? Sudah pasti tidak! Baginda bahkan merupakan anak kesayangan ayahnya, menjalani kehidupan yang sangat tenteram dan bahagia. Tidak akan pernah terlintas difikirannya akan menghadapi ujian sebegitu hebat sehingga seolah-olah pada suatu ketika seperti tidak nampak akan jalan keluarnya. Tetapi apakah sikap Nabi Yusuf? Bagaimanakah reaksi Nabi Yusuf terhadap ujian-ujian ini? Baginda malah sentiasa berbaik sangka kepada Allah. Tidak mengeluh, redha dan pasrah, terus mentaati perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Sehingga di penghujung cerita, sewaktu bertemu kembali dengan semua ahli keluarganya, apakah yang telah diucapkan baginda?

“…Wahai ayahku inilah takwil mimpiku yang dahulu itu; sesungguhnya Tuhanku telah menjadikannya suatu kenyataan. Dan sesungguhnya Tuhanku telah berbuat baik kepadaku, ketika Dia membebaskan aku dari penjara dan ketika membawa kamu dari dusun padang pasir, setelah setan merosakkan (hubungan) antaraku dan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Lembut terhadap apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” [Yusuf, 12 : 100]

Sehingga ke akhirnya, Nabi Yusuf berbaik sangka kepada Allah. Dan hasil baik sangkanya ini, baginda akhirnya dapat melihat hikmah daripada setiap perkara yang telah berlaku dalam kehidupannya. Baginda akhirnya mengetahui maksud mimpinya yang terdahulu itu. Rupa-rupanya kehidupan yang penuh dengan rintangan dan dugaan itu adalah untuk menyediakannya dan mengangkat darjatnya untuk menjadi nabi dan menteri raja. Bukan sekadar itu, tarbiyah kehidupan yang dialaminya itu juga telah berjaya membentuknya menjadi menteri yang tawadhuk dan bersedia memaafkan. Kesemua saudaranya dimaafkan walaupun baginda mempunyai kuasa untuk menghukum mereka. Subhanallah.

Begitulah. Setiap daripada kita tanpa kita sedari telah ditentukan jalan kehidupan masing-masing yang berbeza. Dalam perjalanan itu, kita akan bertemu dengan rintangan dan cabaran yang mungkin juga berbeza. Semoga kita mampu untuk sentiasa berbaik sangka dengan Allah walau sehebat manapun cabaran itu. Semoga diakhirnya, disaat terakhir kita di dunia ini, ketika terlantar di atas katil kematian, kita mampu melihat hikmah kehidupan yang telah kita lalui itu, seperti Nabi Yusuf yang mampu melihat hikmah di sebalik ranjau kehidupannya dan akhirnya memahami maksud mimpinya yang terdahulu.

Wallahua’lam

oleh Puteh Suri

Seorang doktor perubatan yang giat dengan dengan amal dakwahnya di Australia

Share

Disebalik Pengorbanan Agung
Alhamdulillah, sekali lagi umat Islam seluruh dunia berhari raya Aidil Adha atau dikenali dengan Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban bagi masyarakat Malaysia sangat sinonim dengan kisah Nabi Ibrahim yang diperintahkan Allah untuk mengorbankan anaknya Ismail sebagai bukti ketaatan. Semua maklum, susur galur kisah sirah yang hebat ini tanpa perlu saya huraikan panjang lebar. Tidak dapat dinafikan, hanya dengan keimanan yang tertinggi, mampu membawa kepada pengorbanan yang agung ini. Secara peribadi, saya sangat mengkagumi kisah baitul muslim ( keluarga islam ) ini yang sering menjadi inspirasi saya dalam membina keluarga. Selain Nabi Ibrahim sebagai seorang ayah, Nabi Ismail

sebagai seorang anak, pastinya seorang lagi watak utama yang yang sangat saya hormati ialah Siti Hajar; Ibu kepada Nabi Ismail, Isteri kepada Nabi Ibrahim. Realitinya, tidak akan berlaku pengorbanan agung ini tanpa seorang wanita seteguh Siti Hajar. Beliau telah terlebih dahulu melakukan pengorbanan untuk memungkinkan berlakunya peritiwa besar yang terus menjadi simbol ketaatan seorang Hamba kepada Penciptanya yang kisah mereka diabadikan hingga ke hari ini.

Siti Hajar, wanita yang dikahwini oleh Nabi Ibrahim setelah sekian lama berkahwin dengan Siti Sarah dan tidak dikurniakan anak. Sejurus kelahiran Ismail, turun perintah Allah agar Ibrahim membawa Siti Hajar ke tanah Hijjaz. Ditinggalkan berdua dengan seorang anak yang masih kecil, di tanah gurun yang tandus lagi tidak berpenghuni, Siti Hajar redha dengan ketentuan Allah, mengetahui tindakan Ibrahim adalah atas perintah Allah Taa’la.

Siti Hajar,

Lambang keteguhan wanita muslimah,

Peribadinya wajar dijadikan qudwah.

Lambang ketaaan seorang Hamba kepada Allah,

Kesetiaan seorang isteri kepada suami

Kesabaran seorang Ibu mendidik anak yang Soleh.

Keyakinan seorang Muslimah dalam

berpegang pada prinsip meski hebat diuji.

Adakah mudah membesarkan seorang anak sebagai Ibu Tunggal, dalam masa yang sama berjaya memadamkan perasaan benci seorang anak kepada ayah kerana meninggalkan mereka tanpa perlindungan selain perlindungna Allah? Adakah mudah untuk membuang perasaan sedih dan

kecewa apabila berlaku sesuatu di luar keinginan kita, dan redha sepenuhnya kepada ketentuan Allah serta meletakkan penggantungan hanya kepada Allah?

Share

Serikandi Gaza
Betapa Allah mengasihi hamba-hamba-Nya, sedar mahupun tidak, Dia kurniakan kita kekuatan untuk meneruskan kehidupan dan teguh di jalan-Nya dalam pelbagai bentuk yang tidak kita sangka. Jenguklah ke luar jendela, dan lihatlah beburung yang terbang di atas sana. Kalaupun tidak, tunduklah ke bumi, dan lihat pula semut-semut kecil yang tekun bekerja. Di sana. Di situ dan pada alam ini seluruhnya, ada inspirasi untuk terus bangkit yang Allah beri.

Alam maya juga tidak mahu ditinggalkan, ada titipan yang mahu dikongsikan. Masakan tidak, fikirkanlah tentang ini. Sepasang mata tidak pernah ketemu dengan dia tetapi gambaran tentangnya telah ada di memori kita. Mendalam bicaranya tidak pernah didengar telinga tetapi maksud kata-katanya telah sampai di sebalik tulisan mereka yang sempat bersuanya. Dan saat ini cerita tentang hidupnya telahpun sampai ke penjuru dunia. Cerita tentang seorang wanita kuat dari tanah penuh barakah yang bernama Rasya al-Adluni.

Bersama ar-Rantisi

Mendirikan rumah tangga dengan as-Syahid Dr Abdul Aziz ar-Rantisi, Rasya al-Adlouni dan suaminya dikurniakan enam orang cahaya mata, iaitu empat perempuan dan dua lelaki. Daripada dua orang anak lelakinya, salah seorang bernama Muhammad. Justeru, Rasya dan suami turut dikenali sebagai Ummu Muhammad dan Abu Muhammad.

Tempoh kira-kira 3 dekad berumah tangga dengan as-Syahid adalah suatu nikmat. Memetik terjemahan temu bual yang dibuat oleh pihak Ikhwan Online bersama Rasya, “Kehidupan Dr. Abd Aziz keseluruhannya adalah kenangan.” sudah cukup untuk menggambarkan akan dalamnya kasih dan sayang terhadap Abu Muhammad meskipun kira-kira tiga tahun sudah beliau syahid.

Tanggungjawab yang diamanahkan kepada Abu Muhammad bukan sahaja terpikul di bahu Abu Muhammad, malah beratnya turut sama dirasa oleh Ummu Muhammad. Sebelum bergiat aktif dalam bidang politik, kesibukan Abu Muhammad berulang-alik dari hospital ke klinik dan wad kecemasan tidak menjadi alasan untuk Ummu Muhammad menghukumnya. Bahkan tiap kali Abu Muhammad pulang, akan dipastikan kepulangannya itu adalah suatu yang membahagiakan. Tiada kata cemuh, tiada leteran yang menyakitkan.

Tetapi kenangannya bersama Abu Muhammad bukan sekadar itu. Daripada seorang ahli perubatan, Abu Muhammad mula bergiat aktif sebagai seorang ahli politik HAMAS. Seperti mana mereka yang telah dirakam oleh sejarah, rentetan hidup seorang pejuang sepertinya penuh dugaan yang mungkin ada kalanya tidak pernah terlintas di fikiran. Ditahan, diburu, dibuang daerah dan cuba dibunuh berkali-kali. Pendek kata, hidup yang dilalui mereka sekeluarga semakin tidak mudah.

“Saya mengambil tanggungjawab mentarbiah anak-anak.”

Bagi mereka yang telah berumah tangga dan punya cahaya mata, pasti dapat merasakan kepayahan untuk menjaga makan minum apatah lagi mendidik seorang anak. Maka bayangkanlah pula keadaan Ummu Muhammad. Anak-anaknya bukan dua, tiga, tetapi enam semuanya. Nyawa suami ibarat telur di hujung tanduk, dan situasi yang tidak menentu tidak memungkinkan Abu Muhammad untuk sentiasa bersamanya sepanjang waktu. Bukan sekadar itu, Ummu Muhammad tidak seperti kebanyakan kita yang hidup di tengah-tengah limpahan nikmat harta dan keamanan. Hidupnya jauh berbeza sama sekali.

Namun dalam keadaan serba kekurangan inilah Ummu Muhammad teguh menggalas beban dan membantu Abu Muhammad dalam tanggungjawab membesarkan dan mendidik anak-anak. Malah pemergian Abu Muhammad yang syahid tanggal 17 April 2004 akibat serangan peluru berpandu Apache dari rejim Zionis, tidak melemahkan Ummu Muhammad, malah menambah keyakinannya untuk terus berjuang pada jalan sama yang dilalui arwah suami.

“Kami berdoa agar kami menjadi sebaik-baik pengganti kepada sebaik-baik manusia yang telah pergi.”

Rahsia kekuatan

Terlalu banyak pelajaran yang boleh dikongsi daripada kisah isteri as-Syahid Dr Abdul Aziz ar-Rantisi ini. Kesabarannya. Kesetiaannya. Ketegasannya. Kekuatannya. Bahkan pelbagai lagi.

Namun, menelusuri kisahnya kita pasti akan menemukan rahsia kekuatan yang menjadikan dia tidak berganjak dari perjuangan hidupnya. Tidakkah kita tertanya-tanya bagaimana di zaman ini ada insan seperti Ummu Muhammad? Bagaimana di zaman ini ada jelmaan Khadijah at-Taharah, yang hingga akhir hayatnya terus teguh di belakang suaminya?

“Peranan saya ketika hidupnya adalah peranan seorang wanita muslim yang memahami risalahnya dengan baik; risalah Islam dan risalah dari Kitab Allah dan Sunnah RasulNya. Risalah inilah yang menjadikan saya berdiri teguh di belakang Dr. Abd Aziz.”

Nah, inilah jawapannya! Risalah yang jelas. Risalah yang menjadi tunjang hidupnya. Jika pucuk ditebas musuh, akarnya tidak mati dan pohon akan tegar tumbuh kembali. Banyak orang boleh berjuang kerana didorong oleh sesuatu tidak kira wang, yakin diri atau mahu dipuji. Namun, hidup didasari oleh sesuatu yang benar hakikatnya dan yang bersih daripada maksud duniawi itulah yang akan menjadi benteng menahan segala ujian.

Tulisan ini tidak akan mampu membukukan jasa mereka kepada umat Islam, namun harapannya agar yang membaca, terutama kaum Hawa, dapat mengambil pengajaran daripada contoh kesabaran dan kekuatan yang Allah tunjukkan melalui diri rakyat Palestin ini.

Memahami dan meyakini risalah Islaminilah rahsia kekuatan yang menjadi tulang belakang perjuangannya. Tetapi sudah tentu kisah Rasya al-Adlouni ini yang dibawakancumalah sekelumit daripada lipatan kisah wanita Palestin yang berjuang dengan segala kudratnya. Iman yang teguh menjadikan mereka insan yang kuat dan inspirasi kepada yang mengenali dan mendampinginya.

Kalau mereka bisa berjuang di tengah-tengah penindasan, penganiayaan, pengeboman dan segala macam bentuk penghinaan untuk membebaskan Palestin tercinta, apakah belum tiba masanya untuk wanita di Malaysia juga belajar daripada mereka? Belum tibakah masa untuk kita pula memahami, meyakini, dan hidup dengan risalah Islam ini dalam usaha membebaskan masyarakat yang masih di’jajah’ ini?

Sejak kecil ibu ulang bicara,

Biar tertanam di dalam jiwa;

Pemuda itu harapan bangsa,

Dan engkaulah pemudi tiang Negara.

Untuk lebih mendalami kisah serikandi ini, boleh layari

‘Kegagahan’ Wanita Gaza !

Satu tribute untuk as-Syahid Dr Abdul Aziz Rantisi

Dr. Abd Aziz Ar-Rantisi dalam Kenangan

Disediakan oleh,

Aqilah Muhammad

Biro Wanita dan Keluarga ISMA Victoria

Share

Ramadhan Seorang Wanita
Istimewanya Ramadhan seorang wanita, dalam hidupnya akan ada beberapa fasa yang berbeza dan setiap darinya unik dan istimewa. Bagi diri saya sendiri yang telah melepasi beberapa fasa dalam hidup, ingin saya berkongsi bagaimana seorang wanita boleh memanfaatkan setiap fasa hidupnya, meskipun berbeza-beza cabarannya.

Fasa Bujang

Masa bujang ini boleh dikatakan ‘era’ paling rancak dan aktif bagi seorang wanita. Bermula sebelum Ramadhan, dia boleh merancang bersama ahli rumahnya untuk menjemput sahabat handai iftar di rumah, juga dalam menyediakan juadah-juadah yang enak berbagai warna dan jenis. Rumah pula boleh dihiasi dengan poster-poster Ramadhan dan hiasan-hiasan indah sempena menyambut bulan yang mulia.

Sekali sekala, dia bertarawih dengan ahli-ahli rumah, kemudiannya dapat berkongsi sedikit tazkirah, bertadarus atau sekadar memberi semangat sesama sendiri untuk berlumba-lumba menambah pahala. Tarawih di masjid, sudah pasti! Kalau boleh setiap malam nak pergi, dan kalau larat nak buat sampai 20 rakaat. Pulang ke rumah makan moreh pula. Masa yang agak kurang menarik adalah masa ‘cuti’, sebab orang lain semua puasa, terpaksa makan curi-curi, atau cari ‘geng’ untuk makan dalam bilik. Tapi pada masa yang sama, dia boleh merasa masakan, bertuahlah ahli rumah dia sebab lauk hari tu tak tawar seperti kebiasaannya. Yang pasti, terlalu banyak peluang menambah pahala dan membuat amalan kebaikan.

Sabda Rasulullah SAW,

“ Siapa yang melaksanakan kewajiban, seperti melaksanakan 70 kewajiban di bulan lain” (HR Al-Uqaili, Ibnu Huzaimah, Al-Baihaqi, Al-Khatib dan Al-Asbahani)

Fasa Berkahwin

Masa berkahwin pula tak jauh bezanya, Cuma kini dia perlu merancang aktiviti Ramadhan bersama suaminya. Ramadhan pertama semestinya ingin berbuka puasa bersama suami dengan juadah yang istimewa. Sekali-sekala ada jemputan iftar daripada sahabat-sahabat, tapi kalau tidak mesti berbuka di rumah. Kalau dulu, boleh bergilir memasak, tapi kini perlulah merancang nak masak apa setiap hari. Bazaar Ramadhan pula takde di ‘overseas’ ni, kenalah belajar buat kuih-muih Melayu idaman suaminya. Sahur pula, kejutkan suami untuk bersahur bersama, kemudian dapat qiyamullail bersama dikesempatan itu. Bila subuh, boleh ikut suami ke masjid untuk solat berjemaah. Di fasa ini, mungkin dah kurang peluang merasai berpuasa dan beribadah dengan sahabat-sahabat, tapi amalan seorang isteri itu, berkali ganda ganjarannya jika diniatkan ikhlas kerana Allah.

Fasa Mengandung

Bila sudah mengandung, seorang wanita pastinya gembira tidak terkira. Namun begitu, di fasa ini tiba masa yang sedikit mencabar dalam hidup seorang wanita. Membawa seorang anak yang membesar di dalam uterusnya bukanlah suatu yang mudah. Di peringkat awal, muntah-muntah, loya dan kepenatan yang teramat menjadikan dia sering lesu dan tidak bermaya. Selera makan juga tidak menentu.

Bila tiba bulan yg mulia, hatinya teringin berpuasa seperti sahabat-sahabatnya, namun tidak tahu adakah dia mampu dalam keadaannya yang tidak seperti dahulu. Apabila tiba peringkat terakhir kandungan pula, perut sudah memboyot, kaki membengkak dan sakit belakang kerana membawa bayi yang sudah besar.  Tatkala orang lain dapat mengerjakan solat tarawih hingga 20 rakaat, dia hanya mampu melaksanakan 8 rakaat, itupun terpaksa solat duduk dan termengah-mengah. Ada masanya dia hanya solat tarawih bersendirian di rumah oleh kerana kesihatan yang tidak mengizinkan.

Oleh kerana itulah, Islam sudah ada menggariskan bahawa wanita hamil dan menyusu dibenarkan untuk berbuka puasa dan menggantinya di kemudian hari.

Dalam satu riwayat dari Anas bin Malik al-Ka’bi, dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta’ala menggugurkan (meringankan) setengah hari beban solat ke atas orang yang bermusafir, menggugurkan (memberi rukhsah) ke atas wanita yang hamil dan menyusukan anak akan kewajiban berpuasa.”(HR at-Tirmidzi , an-Nasa’i , Abu Dawud, Ibnu Majah. Sanadnya hasan sebagaimana pernyataan at-Tirmidzi)

Indahnya Islam, Allah yang maha Esa dan Maha Mengetahui keadaan seorang ibu di saat dia mengandung dan menyusui anak sudah siap menetapkan hukum syariat bagi mereka dalam hal ini.

Fasa Bergelar Ibu

Bila sudah dikurniakan anak, lain pula ceritanya. Di waktu bayi masih kecil, dia perlu menyusui  anak. Keperluan nutrisi dan air yang diperlukan oleh badannya meningkat. Dalam membesarkan seorang anak kecil melalui penyusuan, tenaga yang dikeluarkan oleh ibunya lebih tinggi dari  biasa menyebabkan si ibu lebih mudah keletihan dan mengalami dehidrasi. Oleh kerana itulah, Islam memberikan rukhsah bagi ibu-ibu yang menyusu untuk tidak berpuasa seperti dalam hadith di atas.

Di saat orang lain dapat menjalani ibadah berpuasa, dia terpaksa meninggalkan puasa. Sudah berkali-kali dicuba berpuasa, tetapi si bayi kecil menangis kelaparan sepanjang hari. Maka doktor menasihatkannya untuk tidak berpuasa. Pengalaman ini mungkin berbeza bagi setiap wanita, ada yang mampu berpuasa penuh, ada yang berpuasa selang sehari, dan ada juga yang tidak mampu berpuasa langsung. Tapi yang pasti Islam sudah memberi keringanan bagi mereka.

Semasa tarawih di masjid pula, susah untuk dia khusyuk oleh kerana bayi yang seringkali menangis semasa solat berlangsung. Bagi yang mempunyai anak kecil pula, hati tidak tenang kerana melihat anak yang berlari ke sana ke mari, takut mengganggu jemaah pula.

Begitulah cabaran seorang ibu dalam melaksanakan ibadah. Namun begitu, tidak bermakna pahala mereka berkurang dengan adanya kesukaran-kesukaran ini. Dengan menjaga dan membesarkan anak itu sendiri dengan penuh kasih sayang, pastinya banyak pahala dan kebaikan yg dikurniakan Allah buatnya disebabkan kesabaran dan mujahadah si ibu. Waktu rehat, makan  minum dan tidur malamnya tidak menentu, kerana itulah tugas seorang ibu, kasih sayangnya tidak terbatas. Begitu juga apabila dia memasak dan melayani suaminya, di situ juga adanya ganjaran yang berganda-ganda diperolehnya jika dilakukan ikhlas kerana Allah.

Terdapat satu hadis yang menjamin pahala untuk para isteri, iaitu seorang wanita yang melayan suami dengan baik pahalanya menyamai jihad, solat jamaah, solat jumaat dan mengiringi jenazah. Dan redhanya suami kepada mereka merupakan pintu untuk mereka masuk syurga.

Peluang-peluang ini tidak diperoleh bagi mereka yang belum berkahwin ataupun bergelar ibu, maka sudah pastilah Ramadhannya begitu istimewa meskipun berbeza!

Fasa-fasa seterusnya…

Meskipun saya belum lagi melalui fasa-fasa yang seterusnya, pastinya hari-hari kemudiannya tetap istimewa bagi seorang wanita. Dalam mendidik anak-anak yang pelbagai ragam, melayani suami dengan pelbagai permintaannya, penglibatan dalam aktiviti masyarakat dan pada masa yang sama ada juga yang bekerja dan tidak lari daripada kepenatan dan ‘stress’ di tempat kerja. Sekilas pandang, hidup seorang wanita ini begitu mencabar, namun disitulah peluangnya untuk bermujahadah dan merebut pahala yang berganda-ganda, dengan satu syarat, iaitu dengan memastikan niatnya sentiasa ikhlas kerana Allah SWT.

Oleh itu, jangan bersedih wahai saudara-saudara wanitaku, rebutlah peluang untuk beramal, walau di fasa mana sekalipun. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun sebelumnya, inshaAllah!

Marlina Ab Rahman @ Ummu Aseeyah

Ketua Biro Wanita

ISMA Australia (Victoria)

Doktor Pelatih di Frankston Hospital

Share

Kerana kau seorang ibu
Gambar oleh  islam44

“Who should I give my love to,my respect and my honour to?

“ Who should I pay good mind toafter Allah…… and Rasullulah….”

“Comes your mother….”

Ibu….perkataan yang mempunyai “aura” tersendiri. Perkataan yang mempunyai seribu makna dan tidak dapat dipisahkan dari kotak memori setiap insan. Apatah lagi menjadi seorang ibu yang solehah lagi hebat adalah srikandi sebuah rumahtangga Islam…

Lahir sebagai wanita adalah anugerah hebat dari Allah. Apatah lagi berpeluang menjadi seorang ibu. Sememangnya wanita tidak segagah lelaki tetapi wanita mempunyai kehebatan tersendiri. Di sebalik kehebatan seorang lelaki sudah pasti ada seorang wanita yang lebih hebat di belakangnya….yang mengandungkannya dengan penuh dugaan, yang bertarung nyawa melahirkannya, bersusah-payah membesarkannya, mendidik dan mengajarnya hingga menjadi sebegitu hebat. Apakah rahsia kehebatan seorang ibu?

Jangan dilupa, tangan yang menghayun buaian dapat menggoncang dunia….Namun menggoncang dunia yang bagaimana yang kita mahukan?

Sudah pasti mahu menjadi ibu yang dapat mendidik anak-anak hingga menjadi orang yang hebat. Hebat jangan disalahertikan. Ada ibubapa yang merasakan anak yang hebat itu adalah yang dapat menjejakkan kaki ke universiti, yang menjadi seorang doktor, jurutera atau arkitek. Atau yang mempunyai kereta besar , rumah besar?

Bagaimana pula anak-anak yang memiliki segala kemewahan itu tetapi pada masa yang sama anak itu seorang yang buruk akhlaknya, sombong dan bongkak, tidak menjaga solat, tidak menjaga aurat dan batas-batas pergaulan. Yang tidak mengenang jasa ibu bapa, yang sentiasa menyakiti hati ibu bapa, adik beradik, sedara-mara atau sahabat handai. Adakah itu yang masih dikatakan anak yang hebat?

Ibu solehah yang hebat sudah pasti dapat menilai yang mana permata dan yang mana kaca. Ibu yang hebat sudah pasti akan memilih acuan yang terbaik untuk anak-anaknya.  Sudah pasti misinya melahirkan anak-anak yang hebat di sisi Allah dan di kacamata manusia. Anak yang menjadikan dunia tempat untuk mencari keredhaan Allah, yang sentiasa bermanfaat pada setiap manusia di sekelilingnya, yang mempunyai kecerdikan akal, ketinggian akhlak, yang menjadi penenang jiwa dan pengubat hati. Anak yang akan sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya. Bukan mudah untuk melahirkan anak-anak yang sedemikian rupa. Sudah pasti ianya memerlukan pengorbanan dan kemahuan yang tinggi dan rasa tanggungjawab terhadap amanah Allah itu sendiri. Amanah yang kelak akan disoal.

Untuk menjadi srikandi hebat ini, sudah pasti ibu itu sendiri telah melalui detik-detik didikan yang hebat dari ibu bapanya sendiri. Tetapi tidak dinafikan bukan semua orang lahir dari ibu bapa yang mengenal Islam secara syumul, yang mendidik anak-anak dengan cara yang sepatutnya yakin cara yang diajar oleh Islam itu sendiri. Tetapi tidak mustahil ibu yang lahir dari keluarga yang kurang islamik boleh menjadi ibu yang hebat. Yang penting adalah keinginan untuk mencari ilmu dan mengaplikasikan dalam mendidik anak-anak. Bermula dari diri ibu itu sendiri maka lahirlah anak-anak soleh yang menjadi penyejuk mata dan penawar hati.

Ramai ibu-ibu yang sangat jahil tentang cara mendidik anak-anak. Ada yang mengikut apa yang dipelajari dari ibu bapanya sendiri, dari saudara-mara atau dari datuk dan nenek. Tidak kurang juga yang meniru gaya didikan dari barat. Ada yang sekadar cuba jaya (trial and error). Semua ikutan yang membabi-buta ini perlu dimuhasabah kembali.

Walaupun tanggungjawab mendidik anak-anak beratnya terletak pada bapa, ibu juga memainkan peranan yang besar dalam merealisasikan peranan bapa itu sendiri. Ibu adalah manusia yang paling dekat dengan anak. Sejak berada di alam rahim selama 9 bulan 10 hari sehinggalah anak itu dilahirkan ke dunia. Setiap tingkah laku ibu diperhati oleh anak.Ibu menjadi role model pertama, ibu adalah guru pertama yang mendidik anak-anak. Jika baik ibu itu, InsyaAllah baiklah anaknya.

Ibu yang beriman dan bertaqwa akan melahirkan waris-waris yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Baginda saw menegaskan betapa pentingnya wanita yang mempunyai asas agama yang mantap dan amalan-amalan yang kuat yang mampu membentuk dirinya sebagai srikandi mulia dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Agama diambil sebagai kriteria tertinggi berbanding rupa paras, kekayaan dan darjat. Agama inilah yang dapat menjamin kemampuan si ibu untuk mendidik anak-anak.

Ibu yang hebat akan mendidik dirinya terlebih dahulu sebelum mendidik anak-anaknya kerana kita tidak akan mampu untuk memberi sekiranya diri kira sendiri tidak pernah memilikinya. Didiklah dirimu wahai ibu sebelum kamu mendidik anak-anakmu. Bersusah-payahlah membetulkan dirimu terlebih dahulu. Sudah pasti selepas kesusahan, pasti ada kesenangan. Biar kita menangis sekarang, jangan kelak kita menangis dan kesal atas kelalaian kita dalam mendidik anak-anak.

Maka, carilah ilmu pendidikan anak-anak yang betul , yang menepati kehendak Islam supaya dapat melahirkan generasi muda yang menjadi harapan bangsa.

Akhir sekali, sebuah mutiara kata buat semua, If you educate a man, you educate a person, but if you educate a woman, you educate the whole nation.

Dr Ramzalinda Abd Rahman

Biro Wanita dan Keluarga

ISMA South Australia

Share

Bila Baju Melayu Bertemu Baju Kurung
Mari datang beramai-ramai untuk mendengar perkongsian ini!

Sebarang persoalan atau pertanyaan boleh hubungi kami di FB Fanpage ISMA AUSTRALIA.

Share

Peranan Besar Kaum Hawa
Alhamdulillah, terdetik di hati ini untuk menceritakan perihal keistimewaan insan yang dinamakan perempuan. Betapa mulianya insan ini. Tangannya mampu menggoncang dunia biarpun lembut mengayun buaian.

Bukan ingin mengangkat diri ini kerana saya juga seorang perempuan tetapi ingin menyedarkan mereka yang pada saat ini sangat leka dan lalai dalam menilai indahnya penciptaan kaum hawa oleh Allah SWT.

Tidak ada sesuatu perkara itu dicipta tanpa sebab dan asbabnya. Diciptakan setiap makhluk itu punyai tugas dan tanggungjawabnya. Secara umumnya, ya! Memang setiap makhluk yang Allah ciptakan adalah semata-mata untuk beribadat kepadaNya. Firman Allah SWT,

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.” (Surah Adz Dzaariyaat; ayat 56)

Apa yang saya ingin bincangkan secara terperincinya berkisar hanya pada insan yang bernama perempuan. Perempuan diciptakan oleh Allah dengan penuh keistimewaannya. Mereka fitrahnya dihiasi dengan adab yang sopan, tutur kata yang melembutkan jiwa yang mendengarnya, serta tindakan yang lemah lembut mampu mencairkan insan yang diberi nama lelaki.

Namun, dewasa ini kedudukan mereka telah disalah ertikan. Mereka kebanyakannya dianiaya, dipandang lemah, dan digunakan untuk memuaskan nafsu semata. Berulang kembali zaman jahiliah itu sebelum datangnya Islam dahulunya. Kedatangan Islam yang terus menaikkan martabat perempuan itu sendiri.

Di mana kesedaran kita? Mahukah kita kembali ke zaman yang lampau menyaksikan kaum hawa ditindas lagi. Sedangkan sudah jelas Islam itu sendirinya dianuti oleh majoriti bangsa kita sendiri. Tidak malukah bangsa kita, bangsa Melayu yang telah membawa imej yang buruk mewakili agama yang fitrahnya tersangatlah indah pada Allah yang sifatnya Maha Indah

Telah Allah sediakan Al-Quran buat pedoman hidup. Surah An-Nisa’ itu sendiri telah mempamerkan Islam begitu memandang kaum perempuan sebagai insan yang sangat istimewa. Begitu banyak hukum dan kaitannya tentang kaum hawa dalam surah ini. Telusurilah makna disebalik ayat-ayat Allah agar kita sendiri sedar maksud disebalik tiap-tiap ayatNya. Dan firman Allah SWT,

“Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebahagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata. Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”(Surah An-Nisa’; ayat 19)

Dan di sini, Allah telah melarang keras orang-orang yang mempergunakan kaum hawa secara kasar dan tidak bertepatan dengan syariat Islam itu sendiri. Diperlihatkan juga, bagaimana orang-orang yang Allah berikan akal dan fikiran, namun masih menidakkan ayat Allah. Sedar ataupun tidak, perlakuan masyarakat kini terhadap golongan hawa seperti tidak ada asas yang menjadi kekuatan ummah Islam itu sendiri. Mana janji orang Islam untuk menjadikan rujukan utama kita hanya pada Al-Quran dan hadis.

Ayuh kita renungkan kembali. Namun, bukan sepenuhnya kita menyalahkan masyarakat yang melakukan penindasan itu. Perlu juga kaum hawa itu sendiri membuka mata yang mereka adalah insan yang Allah jadikan untuk kebaikan bukan keburukan. Mereka sendiri seharusnya sedar amanah itu. Sabda Rasulullah SAW,

“Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.”(Hadis riwayat Muslim, Ahmad, dan An-Nasa’i).

Dalam hadis juga disebutkan istimewanya kaum hawa. Namun, keistimewaan itu dapat dilihat andainya mereka itu perempuan yang solehah. Andai mereka itu sebaliknya, kaum hawa boleh menjadi fitnah yang besar juga kepada kaum adam. Dan sabda Rasulullah SAW,

“Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita.”(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, at-Tirmidzi, An-Nasa’i dan Ibnu Majah).

Janganlah kita jadikan diri kita ini sebagai kaum hawa yang membawa fitnah yang besar buat kaum adam. Menjadi tanggungjawab hawa sendiri untuk menjaga diri demi maruah yang Allah anugerahkan.

Manusia hanya Allah ciptakan dari dua golongan utama iaitu adam dan hawa. Maka, antara kehidupan golongan terbesar ini saling berkaitan. Sejauh mana kita menjadikan hubungan ini hubungan yang dirahmatiNya melalui ad-deen yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis.

Ingin saya ulaskan secara panjang lebar tentang golongan hawa yang sentiasa diwarwarkan menjadi tulang belakang kepada kejayaan kaum adam. Pernah jua kita dengar, disebalik kejayaan seseorang lelaki, pasti ada wanita dibelakangnya yang menjadi sayap kiri kepada kejayaan itu. Tidak kiralah siapa mereka itu, mungkin ibu, isteri, adik-adik mahupun seorang anak

Perempuan solehah dikenal melalui peranannya sebagai ibu, isteri dan jua anak.

IBU

Ibu adalah insan yang menjadi tunjang kepada sebuah keluarga yang bahagia. Corakan dalam sesebuah rumah tangga biasanya dilakukan oleh ibu. Ibu yang melahirkan anak-anak dan menyusui mereka.

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyusunya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibubapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu. (Surah Luqman; ayat 14)

Didikan ilmu dunia mahupun akhirat jua biasa datangnya dari didikan ibu. Kesibukan ayah mencari nafkah menjadikan tanggungjawab ibu itu lebih tertumpu kepada anak-anak mereka. Merekalah yang menyediakan makanan, pakaian dan keselesaan bersama.

Allah jua telah menaikkan martabat ibu lebih tinggi dari ayah. Ibu juga adalah insan yang paling hampIr dengan anak-anak. Anak-anak kebiasaannya lebih selesa untuk bersama dengan ibu dalam meluahankan perasaan kerana jiwa seorang ibu ini tersangatlah sensitif.

Keihklasan ibu dalam menguruskan rumah tangga perlulah dihargai oleh seisi rumah. Tidak pernah dia meminta bayaran untuk semua yang dilakukan kerana kasih dan sayang ibu itu mengatasi segalanya. Mungkin dengan hanya melihat keselesaan anak-anak, kejayaan mereka sudah cukup membayar selautan pengorbanannya. Subhanallah, betapa Engkau menciptakan naluri ibu sungguh hebat.

ISTERI

Selain itu, isteri juga memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah rumah tangga yang sakinah. Telah Allah jadikan makhluk di atas muka bumi ini berpasangan. Seperti jua lelaki, dikurniakan perempuan sebagai pasangan.

Siapa yang menginginkan wanita yang buruk akhlaknya sebagai pendamping diri dalam melayarkan sebuah bahtera agung. Perempuan yang solehah adalah idaman setiap lelaki yang soleh. Allah SWT telah berfirman,

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (Surah An-Nur’; 26)

Itulah janji Allah kepada kita, kaum hawa. Jadilah kita ini penyejuk kepada suami yang soleh, sayap kiri kepada sebuah rumah tangga yang bahagia disusuli dengan iman dan Islam. Lelaki juga akan memilih wanita untuk dikahwininya juga atas dasar agamanya, imannya dan akhlaknya. Sabda Rasulullah s.a.w. :

“Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara ini…kerana kekayaannya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya.. maka pilihlah kerana agamanya kerana akan beruntunglah kedua-dua tanganmu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Andai pemilihan atas dasar kekayaan, pasti suatu hari itu akan lenyap. Andai pada dasar kedudukan, pasti kedudukan itu akan jua digugurkan. Jika pada kecantikan, kecantikan itu jua akan hilang seiring dengan usia yang meningkat.

Isteri bertanggungjawab menjaga kebajikan si suami dengan memberi kebahagiaan kepadanya. Tugas seorang isteri memang juga tidak dinafikan tersangatlah penting kerana isteri juga memikul tanggungjawab seorang ibu.

Dengan kehadiran cahaya mata kurniaan Allah, maka kedua-dua tanggungjawab isteri dan ibu telah digalas olehnya. Isteri adalah teman yang paling hampir dengan suami. Isteri yang solehah adalah penawar racun hati seorang suami.

Isteri juga adalah tempat suami berkongsi masalah dan jua tempat berbincang. Patuhilah suami selagi tidak menyalahi syariat Islam. Carilah redha Allah itu dalam redha suami. Jadilah kita golongan hawa ini sebagai penenang buat adam yang halal bagi kita. Janji Allah itu pasti.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka dia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintu mana yang dia suka (mengikut pilihannya)” (Riwayat Ahmad.)

ANAK

Anak-anak adalah kurniaan besar dari Allah, hadiah kepada sesebuah rumah tangga. Anak-anak juga permata yang berharga kepada ibu dan bapanya. Keserian rumah tangga ditambah lagi dengan kehadiran mereka. Firman Allah SWT,

“Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki.” (Surah Asy Syuura; ayat 49)

Tanggunjawab menjaga anak perempuan merupakan satu amanah besar dari Allah SWT. Anak perempuan perlu diberi lebih kasih sayang kerana mereka punyai hati yang lebih sensitif. Adalah menjadi tanggungjawab ibu dan bapa memelihara kehormatan dan aib mereka terutamanya dari segi aurat, memberi pendidikan agama kepada mereka agar mereka sedar dosa dan pahala terhadap setiap perbuatannya serta menjaga adab mereka.

Didiklah mereka sedari kecil lagi dengan syariat Islam agar kelak hati tenang dengan setiap tingkah lakunya. Ajarilah mereka seperti yang kita kehendaki daripada seorang bakal isteri dan seorang bakal ibu yang solehah. Ceritakanlah kisah keagungan wanita pada zaman Rasulullah s.a.w. agar mereka mengambil iktibar dari setiap perjuangannya.

Hawa, Insan yang tidak asing lagi dalam sejarah Islam. Ketabahan hatinya mampu menyaingi kekuatan seorang lelaki. Insan yang punyai tanggungjawab yang besar dalam Islam. Kembalikanlah era wanita diangkat tinggi oleh Islam pada zaman Rasulullah s.a.w. Hentikanlah penindasan ke atas hawa kerana kami jua insan yang punyai maruah dan cita-cita yang tinggi dalam memartabatkan agama, bangsa, negara dan keluarga.

Sekian,

Nur Akmal binti Ismail

Aktivis ISMA India (Perubatan)

Artikel dipetik dari laman web rasmi Wanita ISMA .

Share