Autumn Break NSW 2010

“Spare Some Time, Let’s Join Us this coming Autumn Break!!”

Explorace Melbourne (sisters only)

Ever watched those reality shows featuring people travelling all around competing with one another, and wishing you were part of the excitement? Well girls, here’s your chance!  Explorace Melbourne has returned, so grab this opportunity to explore Melbourne while having fun!  (or else you’ll have to wait for a whole year).

Ayuh Ke JML “Autumn Gathering” Adelaide 2010!

Program Tahunan “Autumn Gathering” kini kembali untuk tahun 2010! ISMA Australia dengan berbesar hati menjemput anda semua menyertai program yang bakal menjanjikan pelbagai aktiviti dan memberi kenangan manis, insyaAllah! Ayuh penuhi masa cuti musim luruh anda dengan “Autumn Gathering” 2010!

Sekitar Seminar Langkah Bermula 2010

Program Seminar Langkah Bermula (SLB) 2010 bertempat di Bradford Lodge pada 6 Mac yang lalu. Program ini dihadiri Pegawai Jabatan Penuntut Luar Negara di Sydney, Dr. Nasir Abu Hassan dan dianjurkan oleh ISMA Australia (SA), MASCA SA dan MyPSA SA.

Kuliah Selasa (KS) kini kembali!!!

Kuliah Selasa kini kembali di Melbourne-city!!!
Kuliah Selasa (KS) Musim ke-4
Untuk brothers dan sisters
Tempat : Little Pelham st Musolla
Masa : 7.00 pm ( tertakluk pada takwim solat )
Tema : Bangkitlah!
Kupasan dari buku karangan Amru Khalid yang bertajuk Bangkitlah
Marilah bersama-sama melaksanakan amanah yang diberikan Allah dalam menjaga masa, jagalah masa kita dengan memperuntukkan sebahagian darinya untuk agama [...]

Welcoming BBQ ISMA-SA Meriah

Adelaide, 28 Feb – Lebih 100 pelajar dan keluarga Malaysia di Adelaide menghadiri ‘Welcoming BBQ’ di Marshmallow Park anjuran ISMA Australia dengan kerjasama MyPSA (Malaysian Postgraduate Student Association) bagi menyambut kedatangan pelajar-pelajar baru ke Adelaide baru-baru ini.

Welcoming BBQ ISMA-NSW Meriah

Cuaca redup pada hari Ahad 28 Februari 2010 benar-benar menyebelahi majlis ‘Welcoming BBQ’ anjuran ISMA-NSW yang bertempat di Centennial Park, Sydney. Program asal yang dijadualkan untuk berlangsung di Pantai Maroubra telah ditukar ke Centennial Park atas sebab keselamatan memandangkan amaran Tsunami yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa NSW. Walaupun berlaku perubahan tempat di saat-saat akhir, sambutan yang diterima amat menggalakkan.

Jualan ‘Garage Sale’ ISMA Meriah

Seluruh masyarakat Adelaide, khususnya para pelajar baru telah membanjiri rumah di Meredith Street, Broadview, bagi mendapatkan barang-barang keperluan di Garage Sale anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan South Australia. Garage Sale ini dianjurkan oleh Biro Kebajikan dan Akademik ISMA-SA bagi membantu para pelajar bagi membolehkan mereka mendapatkan barangan terpakai bagi kegunaan rumah mereka yang baru, dengan harga yang amat berpatutan. Hasil kutipan dari projek ini juga bertujuan untuk disalurkan kepada rumah-rumah para pelajar lama yang telah bermurah hati memberi kemudahan penginapan sementara kepada para pelajar yang baru tiba.

Langkah Bermula buat Pelajar Baru Sesi 2010

Langkah Bermula buat mahasiswa dan mahasiswi sesi 2010 telah berjaya dilangsungkan Ahad lalu di Dewan Seminar Physiotherapy, University of Melbourne. Program yang dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Australia cawangan Victoria ini telah mencatat kehadiran seramai lebih dari 100 orang dari beberapa pusat pengajian tinggi seperti University of Melbourne, Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Monash University dan lain-lain lagi.

Seminar Langkah Bermula Sabtu Ini

Penuntut-penuntut baru universiti di Adelaide dijemput hadir ke program tahunan Seminar Langkah Bermula Sabtu ini di Bradford Lodge.

Ayuh ke Welcoming BBQ Adelaide 2010

Biro Sukan, Rekereasi & Kebudayaan ISMA Australia (SA) dengan kerjasama MyPSA (SA) mengajak anda semua, khususnya penuntut-penuntut baru Adelaide hadir ke Welcoming BBQ Ahad ini bertempat di Marshmallow Park (kawasan South Terrace – Glen Osmond Road. Ayuh kita jumpa di sana!

Jom ke Welcoming BBQ Sydney 2010

ISMA New South Wales menjemput semua warga baru 1st Year Students ke Welcoming BBQ 2010.

Ucapan Takziah buat Saudari Fahimah

Adelaide, 22 Feb- Sebilangan besar pelajar-pelajar perempuan di Adelaide menghadiri majlis bacaan yasin di South Terrace, Adelaide semalam di atas pemergian ayahanda kepada seorang pelajar perubatan tahun ke-4 University of Adelaide, saudari Fahimah bt Hambari. Ayahanda kepada saudari Fahimah, arwah Hambari Hj Noor telah pulang ke rahmatullah pada jam 10.45am (waktu Malaysia), 21 Februari yang lalu.

Jom! Victor Harbor Beri Kejutan

Victor Harbor, 22 Feb – Seramai 50 orang penuntut-penuntut lelaki baru beserta para senior berpeluang mengikuti Jom! Victor Harbor hari ini. Program jalan-jalan ini merangkumi perjalanan dari Adelaide ke Victor Harbor sejauh 78 kilometer menggunakan 10 buah kereta dan van.

Jom ke Victor Harbor! Istimewa Buat Penuntut Baru Adelaide

ISMA Australia (South Australia) melalui Biro Sukan, Rekreasi & Kebudayaan mengajak semua penuntut baru di Adelaide menyertai JOM! VICTOR HARBOR. Untuk Brothers sahaja tau!

Next Page »