ISMA Australia » ISMA NSW

Sisters Gathering: Buyutunna Fi Ramadhan 1431H ISMA-NSW
ISMA Australia cawangan NSW akan  menganjurkan sesi perkongsian bersempena bulan Ramadhan yang bakal tiba  tidak lama lagi. Butiran lanjut tertera di bawah:

Sisters Gathering: ‘Buyutunna Fi Ramadhan’

Tarikh : Ahad – 1 Ogos 2010

Tempat : Redfern Community Centre

(berhampiran stesen keretapi Redfern)

Masa : 10.00 pg

Warga mahasiswi di sekitar Sydney dengan  sukacitanya dijemput untuk menjayakan program ini. Sebarang persoalan  boleh dikemukakan kepada mana-mana wakil siswi ISMA NSW.

*Makanan tengah hari disediakan

*Perempuan sahaja

Open House Pegawai JPA – En Imran
Wakil ISMA New South Wales bersama dengan En Imran

Suara keriuhan puluhan pelajar sudah dapat didengari biarpun berada di lokasi parkir kereta pada 11 Julai 2010.  Kelihatan beberapa jejaka mengambil angin di kawasan laman hijau yang  tidak berpagar itu. Larian sang anak kecil kelihatan semakin galak  apabila dikejar sekawan rakan sebayanya, mungkin sedang khusyuk bermain  “Police Sentry”. Hadir kami di muka pintu mahligai tersebut telah  disambut oleh tuan rumah sendiri, bersahaja dan mesra.

“Ini ke Encik Imran?”, soal salah seorang pelajar tahun pertama.

“Ye saya, jemput lah masuk. Terima kasih lah datang. Makan lah ya,  jangan malu-malu”, balas Pegawai Penasihat & Latihan JPA itu dengan  penuh ramah.

Susasana di rumah En Imran

Kelihatan hampir 20 orang pelajar Malaysia sedang menikmati juadah  enak tengahari itu di ruang tamu berkenaan. Kelibat nasi briyani,  pudding roti, kuih-muih tradisional dan karipap panas adalah antara menu  yang mencuri perhatian sebahagian daripada kami sedari ketika kami di  muka pintu.

“Karipap pusing. Wah! Lama nya tak makan”

“Kuih hijau putih pun ada, apa entah nama dia. Sedapnya nampak! Rasa macam nak tapau je.”

Suasana di rumah En Imran

Sememangnya juadah berkenaan sangat menyelerakan. Majlis yang bermula  dari jam 12 hingga 3 petang itu ternyata sangat meriah. Pelajar dari  pelbagai kaum dan peringkat pengajian memenuhi segenap sofa dan  permaidani ruang tamu berkenaan. Meriah. Ternyata berkesan “House  Warming” yang dianjurkan Encik Imran Kamili pada cuti musim sejuk tahun  ini, yang sememangnya mampu menjana perpaduan antara pelajar-pelajar  Malaysia di Sydney. Suasana ceria hari ahad bersamaan tanggal 11 Julai  2010 diserikan lagi dengan majlis fotografi antara pegawai PPL Australia  bersama pelajar-pelajar Malaysia di Sydney.

ISMA Australia cawangan NSW ingin mengucapkan salam “selamat datang”  ke bumi kangaroo dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pegawai  PPL JPA Australia yang baru, Encik Imran Kamali Ahmad Nadzirin atas  kesudian menganjurkan majlis “House Warming” berkenaan. Semoga pertemuan  tempoh hari bukan lah yang terakhir. Semoga kita bertemu lagi!

Oleh,

Mohd Fauzi Bashir

ISMA Australia

Cawangan New South Wales

WT’10 Sydney – A Winter To Remember
Pautan hati seramai 27 orang pada 28 Jun 2010 telah  menerangi jalan  percutian pelajar Malaysia di Sydney ke Melbourne dan Canberra sempena  musim sejuk. ‘A Winter to Remember’ tema diberi. Mengharapkan satu  kenangan nan utuh bak akar yang semakin tumbuh ke lubuk bumi. Begitu lah  yang diharapkan sepanjang program ini. Ukhwah yang terjalin 9 hari itu  diharapkan bisa menyelinap masuk ke setiap denyut nadi.

Program bermula dengan mengumpulkan semua peserta di tempat letak kereta Cope st  Redfern bersama 5 buah kereta sewa. Seharian berada di atas jalan  sepanjang perjalanan, sungguh memenatkan terutamanya buat  pemandu-pemandu. Namun atas paksi timbang rasa dan kasih sayang, semarak  keletihan itu dimatikan oleh ikatan ukhwah antara peserta.

Beberapa destinasi menjadi tempat persinggahan sebelum kami  menjejakkan kaki di bumi Melbourne. ‘Twelve Apostles’ menjadi tarikan  pertama buat para peserta. Keindahan alam dan keunikan ciptaan Tuhan  terserlah sepanjang Great Ocean Road ini. Saudara Azrul Nizam Md Yusof  menganjak paradigma para peserta akan tuahnya kita sebagai seorang islam  bersama ceritanya yang berkonsepkan Tauhid Ar-Rububiyyah dan  Al-Uluhiyyah. Perjalanan diteruskan ke Sovereign hill, Ballarat.  Pejamkan mata dan bayangkan diri anda pada era 1850-an di kawasan  perlombongan emas.Inilah yang dikatakan oleh Saudara Fauzi, untuk  menggambarkan suasana di perkampungan ala koboi itu. Cara hidup mereka  sememangnya menghidupkan watak-watak yang melambangkan masyarakat pada  era itu, tapi malangnya masa tidak mengizinkan kami untuk melihat  sendiri apabila kegelapan malam menjadi halangan dipersimpangan.

Alhamdulillah, kedatangan kami dijemput dengan riahnya oleh warga  Manallack dan Barkly. Disinilah tempat perlindungan sepanjang keberadaan  kami di Melbourne. Program ini juga disertai oleh 3 org pelajar  Adelaide dan 4 org pelajar Melbourne. Hal ini cukup membuktikan betapa  indahnya ukhwah yang dibina. Menghimpunkan segenap lapisan  saudara-saudara Islam di bumi kangaroo. Pelbagai aktiviti bermanfaat  telah dilakukan untuk mengisi masa percutian ini. Perlawanan  persahabatan bola tampar antara pelajar Sydney dan Melbourne, Semangat  membara Ski trip, Kesejukan tak terhingga di Philip Island, dunia coklat  di Chocolate Factory dan keceriaan bersama di Amazing Thing, tidak  ketinggalan lawatan ke Monash University dan Melbourne University.

Ski trip merupakan satu-satunya aktiviti yang dinanti-nantikan  terutamanya oleh peserta baru. Memandangkan ini adalah pengalaman  pertama buat mereka, peserta-peserta mengambil kesempatan untuk  bergambar di ruang salji dan mengambil peluang bermain ski, snowboard  dan juga toboggan. Tidak dilupakan juga pada ‘Winter Gathering’ yang  dijemput khas dari ISMA Victoria. Biarpun cuaca tidak berpihak pada  kami, namun program yang bersifatkan tarbiyah diri ini berjalan dengan  lancar. Penampilan khas Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah bersama slotnya  Jendela Dunia dan The Ideal Muslim membuka mata setiap individu betapa  lemahnya umat Islam sekarang. Lantas mencerminkan peranan dan  tanggungjawap kami sebagai individu muslim yang impikan ‘Ustaziatul  Alam’ yang kuat seperti zaman kegemilangan Islam pada sejarah silam.  Makan? Sesungguhnya Melbourne mempunyai banyak jamuan halal yang murah  dan sedap. Antaranya Es-teler, block M, Dairy Bell, Tasty Sub dan  sebagainya.

Pusat Pentadbiran Australia menjadi destinasi terakhir setelah  meninggalkan Kota Melbourne. Melihat pada ciri-ciri yang ada di  Canberra, kami mula terbayangkan Putrajaya. Kami berkunjung ke  Parliament House, Australian War Memorial, National Museum dan  Australian Nasional University. Kami disajikan ilmu akan Anzac Day yang  disambut pada 25 April setiap tahun oleh Saudara Mohd Fauzi bin Bashir.  Rentekan kisah sebenar yang menjadi lambang kebanggaan rakyat Australia  mengisahkan perjuangan  tentera Anzac dipergunakan oleh British dan  sekutunya untuk membantu Allied Forces menawan Istanbul di Turki sebagai  rangka mereka mengalahkan Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah. Seperti  biasa, peserta tidak henti mengambil kesempatan untuk bergambar.  Parliament House yang terletak di tengah-tengah Bandar Canberra  memperluaskan pandangan mata lebih-lebih lagi apabila ia terletak di  atas bukit. Karya nukilan moderasi pelukis Australia juga terpapar di  setiap sudut national Gallery of Australia.

Perjalanan pulang diteruskan pada malam hari. Persinggahan sementara  di Auburn memberi peluang peserta untuk rasakan kenikmatan makanan  disitu. Semua peserta selamat tiba di Sydney pada jam 10 malam. Modus  Operandi yang dirancangkan oleh pengarah program, Mohd Faiq Naquiddin  bin Md Pazin tercapai apabila setiap peserta memberi maklumbalas yang  positif. Mengeratkan silaturrahim antara para peserta yang  telah  terjalin sekian lama, memperbanyakkan kenalan baru di bumi Australia,  moral dan nilai murni juga terserlah sepanjang program ini berlangsung.  Demikianlah antara pencapaian setiap peserta sepanjang menyertai program  ini. Diharapkan juga 10 Muwasafat Tarbiyah dapat diterapkan dalam diri  setiap peserta. Disinilah harga dan nilai sebuah persahabatan hangat  dirasa bersama.

“A Winter To Remember”

Oleh,

Nordin Mohamed Kalis

Media ISMA NSW

Seminar From Zero To Hero Buka Minda Pelajar
“Dalam dunia ni, banyak benda yg kita TAHU, tapi sebenarnya, banyak  lagi benda yang kita TAK TAHU. tapi sebab kita dah TAHU apa benda yang  kita TAHU, kadang-kadang kita decide untuk TAK NAK TAHU ape benda yg  kita TAK TAHU, sebab kita takut apa benda yang kita TAK TAHU itu, bila  kita TAHU akan mengubah apa yang kita sudah TAHU”

Tersentak. Terkedu. Terasa.

Ya, mungkin aku pernah tergolong dalam golongan seperti di atas, yang  selalu merasakan diri ini sudah cukup matang, dan sudah boleh hidup  sendiri. Hal yang sama mungkin dirasai oleh sebahagian besar hadirin  yang lain, apabila memikirkan tentang diri sendiri. Mungkin.

“Life is all about perception”. Sekali lagi aku tertampar! Banyak  kali diri ini tertipu dengan propaganda orang lain. Sesuatu itu  sebenarnya indah, tetapi mata hati ini kerapkali menaksirkannya sebagai  sesuatu yang bosan dan tidak perlu.

Berikut adalah antara bait-bait yang terngiang-ngiang di benak  fikiran aku, selepas sahaja menghadiri seminar “FROM ZERO TO HERO” yang  berlangsung pada 25 April 2010 di Redfern Community Centre, Sydney.  Seminar yang bermula seawal 10.30 pagi ini mendapat sambutan yang sangat  menggalakkan kerana telah dihadiri oleh sekitar 35 orang mahasiswa dan  35 orang mahasiswi. Suatu angka yang sangat di luar jangkaan.

Cuaca pagi yang agak sejuk itu seolah-olah telah dihangatkan oleh  sesi perkongsian yang telah disampaikan oleh saudara Dr. Rozanizam bin  Zakaria. Dengan pengalamannya sebagai seorang doktor perubatan di salah  sebuah hospital di Adelaide, Dr. Rozanizam telah membawa semua hadirin  untuk bersama-sama memikirkan tentang diri sendiri, sesuatu yang sangat  jarang dilakukan oleh kebanyakan dari kita. Seminar motivasi ini juga  turut menyingkap betapa kita sebenarnya adalah  seorang “jagoan” atau  HERO yang langsung tidak  kita sedari selama ini. Sesi motivasi yang  berlangsung selama 4 jam ini turut melemparkan beberapa persoalan  terhadap para pendengar seperti “Apakah yang kita (sebagai HERO) perlu  lakukan untuk mengubah orang-orang lain (masyarakat) dari jenis ZERO  menjadi HERO?”. Ianya ternyata berkesan! Dari riak wajah pendengar,  ramai yang mula memikirkan status diri masing-masing, mungkin bertanya  pada diri sendiri, apakah dia HERO dalam keluarga atau masyarakat yang  dia diami.

Slot kedua seminar FZTH tampak lebih menarik, apabila para pendengar  disajikan dengan tayangan video realiti umat masa kini. Ramai yang  mengetap bibir. Tidak kurang juga yang “terbakar” atas apa yang berlaku  terhadap umat Islam, lebih-lebih lagi di Malaysia.

Teruk! Memalukan!

Jauh dari pegangan Islam!

Biarpun tanpa penerangan yang panjang lebar oleh si penyampai,  beberapa video realiti umat yang dipertontonkan sudah cukup untuk  mengoncangkan bahu-bahu para peserta untuk berubah. Sesi kedua ini  kemudiannya digulung dengan begitu baik oleh Dr. Rozanizam, apabila  beliau menggariskan beberapa perkara penting yang perlu kita pertahankan  selamanya, selagi hayat dikandung badan, yang selari dengan sirah  nabawiyah nabi SAW. Antara perkara yang disebutkan ialah Aqidah dan  Syariat, dua perkara pokok yang menjamin kejayaan umat Islam di dunia  dan di akhirat. Singkapan sirah tentang Nabi Ibrahim AS dan  penyelewengan yang berlaku di zaman selepas itu seperti tawaf di  sekeliling kaabah dalam keadaan bogel sudah cukup menjadi bukti bahawa  Aqidah dan Syariat adalah pokok pangkal keberjayaan umat manusia.

Seminar yang dipengerusikan oleh saudara Azrul Nizam Yusof ini, akhirnya sampai ke garisan penamat pada jam 2.15 petang. Di  kesempatan ini, ISMA-NSW ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang  tidak terhingga kepada Yang Berbahagia, Dr. Rozanizam Zakaria di atas  kesudian beliau untuk berkongsi pengalaman. Sekalung penghargaan juga  diucapkan kepada semua mahasiswa/i yang hadir di atas kesudian tuan/puan  untuk menjayakan majlis ilmiah seperti ini. Harus diingat, kesedaran  sahaja tidak mampu menjadikan anda HERO yang sebenar, tetapi ia  memerlukan anda untuk bergerak dan menjalankan peranan anda. Bak kata  Faisal Tehrani dalam karyanya,  “Hidayah Allah itu umpama cahaya, tak  menyapa kamar yang tidak dibuka jendelanya”.

Akhir kalam, renungilah bait-bait berikut. Moga bermanfaat untuk  semua.

“Thousand miles journey begins with your very first step. For things  to change, you MUST change first!”

Wallahu a’lam

Disediakan oleh,

Mohd Fauzi Bashir

Biro Dakwah ISMA-NSW

[View with PicLens]

Autumn Camp In Memory
“Bila lah nak sampai ni? Dah 2-3 kali tidur-jaga- tidur-jaga tak  sampai-sampai lagi ke tempat tu bang?” kelihatan beberapa  pelajar-pelajar baru seperti  tidak sabar-sabar menanti detik tibanya  rombongan ISMA-NSW  ke tapak perkhemahan musim luruh tahun ini. Seperti  yang digambarkan dalam persoalan tersebut,  satu perkhemahan musim luruh  telah pun dilangsungkan bertempat di Murramarang National Park pada 5-7  April 2010. Lokasi kali ini tampak sedikit berbeza apabila lokasi  sejauh 280km dijadikan pilihan demi menjanjikan suasana yang bebas dari  sebarang kemelut kesibukan bandaraya.

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang empat jam ini dimulakan  seawal jam 10 pagi. Perkhemahan kali ini yang bertemakan ‘you and me’  telah menarik minat seramai 23 orang pelajar untuk sama-sama berkongsi  kegembiraan dan pengalaman sepanjang perkhemahan berlangsung.  Alhamdulillah, cuaca yang baik sepanjang perkhemahan seakan-akan  merestui perkhemahan ini walaupun ramalan cuaca menunjukkan hujan akan  turun pada ketiga-tiga hari tersebut.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk memastikan masa yang  diperuntukkan untuk perkhemahan pada kali ini tidak dibuang begitu  sahaja. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah bola tampar  pantai, bushwalking, blind blanket, war games, barbeque dan melihat  matahari terbit. Aktiviti melihat matahari terbit telah menarik  perhatian apabila kebanyakan peserta telah mengambil peluang untuk  bergambar di tepi laut berlatar belakangkan ombak besar dan juga  matahari tebit. Terdapat juga aktiviti-aktiviti selingan yang dijalankan  oleh peserta seperti memancing dan mandi laut.

Pada hari ketiga, semua peserta telah meninggalkan tapak perkhemahan  seawal 8 pagi untuk bertolak ke satu lagi taman Negara iaitu Jarvis Bay  National park yang terletak diantara Sydney dan Murramarang National  Park. Perjalanan ke tempat tersebut memakan masa lebih kurang 2 jam.  Antara aktiviti yang ditawarkan disana ialah whale watching, menaiki  kayak dan juga snorkling. Kebebasan diberikan kepada peserta untuk  memilih aktiviti yang dikehendaki. Ada yang memilih untuk menaiki kayak  dan ada yang memilih aktiviti snorkling akan tetapi nasib tidak  menyebelahi peserta yang memilih snorkling apabila syrikat yang  menawarkan aktiviti tersebut tutup pada hari tersebut.

Menjelang tengahari, semua peserta memulakan perjalanan pulang. Dalam  perjalanan pulang, peserta telah mengambil peluang untuk bergambar di  Stanwell park, wollonggong, tempat yang tidak asing bagi penduduk  wolonggong yang meminati sukan gliding. Semua peserta tiba di Sydney  pada jam 8 malam.

Dengan maklumbalas yang positif dari para peserta, diharap aktiviti  seperti ini dapat diadakan lagi dari semasa ke semasa. Program seperti  ini bukan sahaja dapat menawarkan pengalaman baru dan keseronokan,  tetapi juga dapat mengeratkan lagi ukhuwwah yang telah sedia terjalin  dikalangan peserta.

Disediakan oleh:

Azrul Nizam Md Yusof

Pengarah Program Autumn Camp 2010

An Autumn to Remember
2 April 2010 –

Sang suria belum menampakkan cahayanya,  namun pagi yang sunyi ini telah dikejutkan dengan suara riuh rendah  peserta jaulah musim luruh anjuran ISMA-NSW yang bertemakan “An autumn  to remember” ini. Seramai 30 orang peserta- 5 orang dari Canberra, 3  orang dari Newcastle dan selebihnya dari Sydney berkumpul seawal 4.30  pagi di Bowral Street sebelum perjalanan ke Central Coast bermula.

Ditemani oleh cuaca yang sejuk dan mata  yang masih mengantuk, kami bertolak ke destinasi pertama, Captain Cook  Lookout untuk menikmati pemandangan indah matahari terbit. Kami  merancang untuk menunaikan solat Subuh di tepi pantai tersebut tetapi  rancangan tersebut tergendala disebabkan oleh kelewatan kami sampai ke  destinasi. Solat Subuh dilaksanakan secara berjemaah di stesen minyak  berhampiran sebelum perjalanan diteruskan.

Kami tiba di Avoca Beach pada pukul 9  pagi. Pantai ini mempunyai bentuk muka bumi yang amat menarik kerana  bukan sahaja ia memiliki pasir bersih yang memutih indah, ia juga  mempunyai pinggiran berbatu dan terletak berhampiran dengan sebuah  tasik. Setelah penat bermain bola tampar pantai dan menikmati sarapan  pagi, kami menyelusuri pantai menuju ke pinggiran berbatuan.

Sambil menikmati keindahan ciptaan Yang  Esa, peserta kelihatan begitu ceria dan gembira merakamkan detik-detik  yang indah bersama rakan menggunakan kamera masing-masing. Kemudian  peserta dikumpulkan dan matsurat dibaca bersama-sama.

Sejurus selepas itu, sesi  perkenalan dimulakan dan setiap peserta dikehendaki memperkenalkan diri  dan mencari satu perkataan yang mewakili diri masing-masing. Peserta  juga dikehendaki mengingati nama rakan yang baru mereka kenali beserta  dengan trademark masing-masing kerana mereka akan ditanya semula pada  sesi penutup nanti. Pelbagai perkataan yang menjadi trademark peserta  yang begitu mencuitkan hati keluar, sebagai contohnya Jawa, ‘Alien’,  ‘Shock’, ‘Thesis’, tempe, basah, Siam dan ‘Opera’. Sesi taaruf kali ini  begitu riuh dan meriah dengan gelak tawa peserta dengan gelagat  masing-masing.

Kemudian peserta-peserta dikongsikan  dengan kisah Ratu Balqis (Queen of Saba’) oleh saudari Zarifah. Cerita  yang begitu menarik ini disampaikan dengan santai dan bersahaja dan  berjaya membuatkan peserta tertarik untuk mengikuti contoh teladan yang  baik si Ratu Balqis.

Setelah selesai sesi perkongsian, kami  bergerak menuju Avoca Lake yang terletak berhampiran dengan Avoca beach.  Tasik ini bukan sahaja menjadi habitat tumbuhan-tumbuhan air dan  obor-obor, ia juga merupakan tempat persinggahan pelbagai jenis burung.  Di sini pelbagai aktiviti air yang menarik boleh dilakukan oleh peserta.  Para peserta mengambil peluang ini untuk ber’main’ air seperti  berkayak, menaiki pedal boats dan surf ski’s. Terdapat juga segelintir  peserta pergi ke laut berhampiran untuk berenang beramai-ramai.

Setelah puas bermain dan berenang, kami menikmati makan tengah hari  di bawah pohon yang rendang berhampiran tasik Avoca. Sambil makan, kami  menikmati pemandangan indah ciptaan Allah SWT ditemani oleh angin  sepoi-sepoi bahasa yang meniup di sekitar tasik.

Kemudian kami bergerak ke destinasi  seterusnya, The Entrance untuk melihat persembahan ‘Pelican feeding’.  Kami terlewat tiba disebabkan oleh kesesakan trafik. Namun peserta  bernasib baik kerana masih berkesempatan melihat ‘Pelican feeding show’  walaupun hanya tinggal beberapa minit sahaja sebelum persembahan  berakhir.

Peserta kemudiannya mengambil peluang  membeli jagung bakar di kedai berhampiran. Sambil menikmati jagung  bakar, kami berbual dan berkongsi cerita di samping menikmati  pemandangan cantik kawasan ini. Di hadapan kami, laut terbentang luas  dan kelihatan sekumpulan burung pelican dan seagull berenang-renang  merentasi lautan.

Lewat petang, kami berangkat ke  destinasi terakhir pada jaulah kali ini – Newcastle. Dalam perjalanan,  kami berhenti seketika di tepi tasik, berwudhu’ dengan air tasik dan  bersolat jama’ bersama-sama. Suasana matahari terbenam dinikmati  bersama-sama sebelum perjalanan diteruskan. Sampai sahaja di Newcastle,  peserta dibahagikan kepada tiga buah rumah di sana. Masing-masing yang  kepenatan setelah seharian berjalan mengambil peluang untuk berehat,  membersihkan diri dan tidur sepuas-puasnya bagi mengumpul tenaga untuk  beraktiviti pada hari esoknya.

3 April 2010 –

Pagi-pagi lagi para peserta telah  berkumpul di perkarangan rumah Kimian Avenue. Para peserta kelihatan  begitu bersemangat untuk meneruskan perjalanan pada hari ini setelah  mendapat rehat yang cukup semalaman. Destinasi pertama hari ini ialah  Boat Harbour yang terkenal dengan pemandangan laut yang cantik. Bayu  laut bertiup menyamankan suasana seakan meraikan kehadiran kami.

Di sini satu lagi cerita dikongsikan  bersama peserta – cerita tentang pemuda-pemuda al-Kahfi. “Pemandangan  berbatu-batu ini mengingatkan saya pada kisah ini…” Begitulah saudari  Afiqah memulakan bicaranya. Biar batu-batu ini menjadi saksi perkongsian  hati kami bersama peserta jaulah musim luruh tahun ini.

Pada pukul 10 pagi, para peserta  berangkat ke Sandune, Port Stephen.   Walaupun disinari cahaya terik  mentari, para peserta kelihatan begitu teruja untuk memulakan aktiviti  wajib ’sandboarding’. Selain itu, terdapat juga beberapa peserta yang  mengambil peluang untuk menunggang unta di sekitar padang pasir di tepi  pantai tersebut. Walaupun bukan berada di gurun sebenar, namun pasir  pantai yang menimbun di sini menyebabkan kawasan ini kelihatan seperti  gurun pasir yang luas.

Setelah penat beraktiviti, kami  menjamu selera dengan masakan tengah hari yang enak. Sebelum berangkat  pulang, sesi penutup dilaksanakan demi meraikan para peserta jaulah.

Beberapa orang peserta telah dipilih  untuk memperkenalkan peserta baru yang dikenalinya di sini beserta  dengan trademark masing-masing. Kemudian ucapan penutup telah diberikan  oleh pengarah program, saudari Shuhada. Wakil ISMA-NSW, saudari Hani  turut dijemput untuk memberi sepatah dua kata. Cenderahati  diberikan  kepada para peserta sebagai tanda kenangan manis sepanjang perjalanan,  bersesuaian dengan tema jaulah – ‘An autumn to remember.’

Mana-mana pengembaraan dan perjalanan  akan menjadi begitu indah untuk dikenang bukan hanya kerana  tempat-tempat yang dituju itu cantik, unik dan menarik; tetapi manisnya  ia berlipat kali ganda apabila ditemani oleh sahabat-sahabat yang  dikasihi.

Diharapkan perjalanan kali ini dapat  memberi manfaat kepada para peserta dan penganjur. Ia bukan sekadar  penambah koleksi gambar yang sedia ada, malahan dengan pengembaraan kali  ini peserta diharapkan berjaya mendapatkan ilmu baru, pengalaman baru  serta rakan baru, insyaAllah.

Pihak penganjur ISMA-NSW merasa  bersyukur di atas kelancaran program jaulah kali ini. Walaupun terdapat  beberapa masalah teknikal yang melanda, ia langsung tidak mencacatkan  perjalanan manis peserta dan objektif untuk merapatkan ukhuwah dirasakan  telah tercapai. Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih kepada  semua pihak yang terlibat dan mendoakan semoga ikatan hati kita akan  kekal sampai ke syurga, insyaAllah. Semoga kita akan bertemu lagi di  program-program menarik yang akan datang, dibawakan khas oleh ISMA-NSW.

Disediakan oleh,

Siti Nor Shuhada,

Aktivis ISMA-NSW

Not Too Bad (NTB) Juara Autumn Cup 2010
Sabtu, 10 April 2010 yang lalu, ISMA New South Wales telah  menganjurkan Autumn Cup 2010 bertempat di The National  Centre of Indigenous Excellence, Redfern yang bertemakan “Play  As A Muslim”. Program kali ini disertai oleh 4 pasukan iaitu seramai  38  orang pelajar .

Tujuan  ia dianjurkan adalah untuk merapatkan lagi hubungan sesama  pelajar (ukhuwah)  di New South Wales terutamanya di sekitar  Sydney  disamping menonjolkan kesempurnaan Islam yang merangkumi semua aspek  termasuk juga aktiviti sukan.

Sukan bola tamapr dan futsal padang telah dianjurkan pada kali ini.  Setiap pasukan perlu terlibat dalam kedua – dua permainan untuk mendapat  gelaran juara keseluruhan. Autumn Cup kali ini dimeriahkan lg dengan  kahadiran dua orang anak pegawai Petronas yang turut serta dalam sukan  yang dianjurkan.

Penjaring Gol Terbanyak

Pasukan  “Not Too Bad” (NTB) telah muncul sebagai juara keseluruhan setelah  memenangi semua perlawanan. Manakala pasukan Kuda Belang muncul sebagai  naib juara diikuti dengan pasukan “Red Ants” sebagai tempai ketiga.

Semoga jalinan ukhuwah yang telah terbina dalam kejohanan ini dapat  diteruskan setelah berakhirnya Autumn Cup 2010.

Disediakan oleh

Mohd Faiq Naquiddin Md Pazin

Pengarah Program Autumn Cup 2010

Trip Brothers NSW to Featherdale Wildlife Park
Sydney, 20 Mac – Pada tanggal Sabtu yang lalu, ISMA-NSW Brothers  telah berjaya menganjurkan program ISMA Wildlife Tour yang bertemakan  ‘Animals are part of us’ di Featherdale Wildlife Park, Blacktown NSW.  Program yang disertai seramai 36 orang peserta yang kebanyakannya  terdiri daripada pelajar tahun pertama University of New South Wales dan  University of Sydney termasuk 9 orang wakil ISMA NSW itu bermula seawal  jam 7.30 pagi. Program dimulakan dengan ketibaan para peserta di tempat  menunggu yang telah ditetapkan lebih awal, Redfern.

Kesemua 36 orang peserta selamat tiba pada jam 8.30 pagi. Setelah   taklimat ringkas mengenai perjalanan oleh Saudara Mohd Fauzi Bashir,  kami mula mengorak langkah menuju ke Stesen Redfern. Perjalanan menaiki  keretapi yang memakan masa hampir 1 jam itu langsung  tidak terasa  melelahkan bahkan suasana yang meriah dengan gelak tawa para peserta  menghiasi perjalanan. Ada peserta yang mengambil peluang untuk beramah  mesra sesama mereka semasa di dalam perjalanan. Ada yang bercerita  pengalaman mereka ketika di zaman persekolahan, ada yang berkongsi  mengenai pelajaran dan akademi di university dan tidak ketinggalan juga  para senior yang acapkali berjenaka, menambah lagi ceria suasana  perjalanan.

Tepat jam 10 pagi, para peserta tiba di Stesen Blacktown sebelum  menaiki bas untuk ke Featherdale Wildlife Park seperti yang telah  dijadualkan. Setibanya di destinasi yang dituju, para peserta pun turun  dari bas dan berkumpul untuk menjamu sedikit snek ringan sebagai alas  perut. Setelah mengalas perut, para peserta yang kelihatannya tidak  mampu lagi menahan sabar untuk melihat binatang-binatang eksotik yang   menghuni bumi Down Under ini mula mengatur langkah untuk membeli tiket  masuk ke taman tersebut. Setelah memperolehi tiket masing-masing, maka  kami pun memulakan aktiviti meneroka dan bermesra dengan  binatang-binatang maskot Australia seperti Wallabies, Kangaroo, Koala,  Tasmanian Devil, dan Emu.

Tidak puas dengan hanya berlari mengejar Wallabies, para peserta juga  turut mengambil peluang untuk merakam kenangan di dalam kamera  masing-masing bersama dengan haiwan-haiwan itu tadi. Terdapat pelbagai  ragam peserta yang dapat disaksikan di mana hampir kesemuanya seperti  tidak percaya bahawa mereka sebenarnya telah pun menyentuh maskot  Australia yakni kangaroo dan koala dengan tangan mereka sendiri! Telatah  Tasmanian devil yang berlari tanpa henti turut menggamit rasa lucu dan  kagum di kalangan para peserta. Keletah si ‘Little Penguin’ turut  menghangatkan lagi suasana. Aksi mendebarkan oleh Emu yang cuba mematuk  kon yang berisi makanan haiwan tersebut menambah rasa cemas di kalangan  para peserta yang cuba membeir makan kepadanya.

Selain daripada itu, para peserta dapat berkenalan dengan pelbagai  jenis haiwan dari Australia yang tidak begitu terkenal seperti echidna,  wombat, dingo, possum, Quokka, Australian Pelican, pademelon, Spotted  Tail Quoll, Bilby dan banyak lagi. Kebanyakan haiwan ini dibiarkan bebas  berkeliaran dan menjadikan tempat ini kelihatan begitu menarik dan  mesra alam. Aktiviti menjelajah alam itu berakhir kira-kira jam 12 tgh  hari di mana para peserta berkumpul di kawasan rekreasi yang disediakan  oleh pihak Featherdale Wlidlife Park itu sendiri. Setelah melepas penat  dan lelah di situ, para peserta mula mengeluarkan makanan tengah hari  yang telah disediakan sebelum bertolak lagi. Setelah itu, para peserta  singgah ke kedai cenderahati dan membeli sedikit oleh-oleh buat kenangan  sepanjang berada di situ. Seusai urusan membelek dan membeli oleh-oleh  tersebut, kami berkumpul di hadapan pintu masuk Featherdale Wildlife  Park untuk sesi bergambar beramai-ramai.

Sekitar jam 1 tengah hari dan seusai sahaja sesi penggambaran, para  peserta menunggu bas untuk ke Stesen Blacktown sebelum berangkat pulang  ke bandar Sydney menaiki keretapi.  Dalam perjalanan, kebanyakan peserta  tertidur dek kepenatan seharian berjalan, ada juga yang giat bersembang   dan menyatakan betapa gembira dan tidak ternilainya pengalaman yang  dapat mereka kutip dari program rehlah tersebut. Ada juga dikalangan  mereka yang menyatakan keinginan mereka untuk turut sama dalam semua  program yang dianjurkan oleh pihak ISMA-NSW pada masa akan datang.

Pihak ISMA NSW berasa berpuas hati kerana telah berjaya mencapai  objektif program walaupun terdapat kekurangan dan akan cuba untuk  memperbaiki atur cara program agar ianya lebih baik dan menarik pada  masa akan datang. Semoga berjumpa lagi di program-program anjuran  ISMA-NSW pada masa akan datang. Nantikan!

Disediakan oleh,

Muhamad Nur Farhan Muhamad Fadzil,

Aktivis Pemuda ISMA-NSW.

Pelancaran Kempen Gaya Hidup Sihat! [ISMA-NSW]
Isn’t our health is part of us?

And because of a healthy body will give us a healthy mind, we need to have a healthy and balance lifestyle. It consists of a healthy diet and having a regular exercise. It is recommended for everyone – what more it is a part of ISLAM~

Ever heard about this hadith..?

“Mu’min yang KUAT lebih baik dan lebih dicintai Allah dari mu’min yang LEMAH… .”

(HR. Muslim, no: 6716)

Therefore,

ISMA-NSW is now launching the Healthy Lifestyle Campaign of the year!

There’re gonna be LOTS of ACTIVITIES and FUN along this year!

LASER WAR-ICE SKATING-NETBALL-BASKET BALL-COASTAL WALK-VOLLEY BALL and lots more!

Keep updating with us!

Do not miss the opportunity to join us! It’s gonna be GREAT!

This event is EXCLUSIVE FOR SISTERS ONLY

proudly brought in by ISMA-NSW

http://ismansw.com/

Trip Sisters NSW to Featherdale Wildlife Park
13 Mac 2010-Cuaca mendung di Sydney beserta ramalan hujan tidak menghalang ISMA NSW sisters daripada meneruskan aktiviti rehlah yang telah pun dirancang lebih awal. Seramai 20 orang peserta perempuan bersama 5 orang wakil ISMA NSW berkumpul di Featherdale Wildlife Park, Doonside pada pagi sabtu yang lalu. Peserta-peserta terdiri daripada pelajar tahun pertama University of Sydney, UNSW, Macquarie University dan University of Newcastle turut bersama-sama memeriahkan aktiviti rehlah kali ini.

Aktiviti ini dijalankan bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim di antara wakil-wakil ISMA NSW dengan peserta-peserta di samping memperkenalkan tempat menarik untuk dikunjungi di Sydney. Featherdale Wildlife Park dipilih bersesuaian dengan tema rehlah: Kita dan alam.

Peserta mula berkumpul di stesen keretapi di Central Sydney dan bertolak ke stesen Blacktown sebelum menaiki bas 725 untuk ke wildlife park. Disebabkan oleh kerja pembaikan landasan sedang dijalankan, peserta dari Macqurie tiba lewat daripada masa yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, kelewatan ini tidak sekali-kali menghalang semua peserta daripada bersama-sama bergembira sepanjang aktiviti jelajah wildlife park ini.

Peserta dikumpulkan dan diberi sedikit taklimat oleh ketua program, Sdr Nur Hidayah Habil. Setelah bayaran tiket dibuat, peserta diberikan ‘Passport Admission & Map’ oleh pihak wildlife park sebagai tiket. Kemudian aktiviti jelajah dimulakan dan peserta bebas untuk bergerak mengikut kumpulan masing-masing. Cuaca yang pada mulanya mendung beransur-ansur cerah, memudahkan aktiviti jelajah dijalankan dengan lancar.

Kegembiraan terserlah di wajah masing-masing terutamanya bagi peserta yang belum pernah melihat dari jarak dekat haiwan-haiwab icon Australia seperti koala, kangaroo, tasmanian devil, wombat, wallabies, emu dan dingo. Peserta berpeluang untuk bergambar sambil memberi makan dan memeluk kangaroo dan wallabies serta bermesra dengan koala.   Selain daripada itu, terdapat pelbagai jenis haiwan lain yang menarik untuk dilihat seperti fruit bat, penguin, echidna,  buaya, haiwan reptilia, serta pelbagai jenis, bentuk rupa dan warna burung. Kebanyakan haiwan ini dibiarkan bebas berkeliaran dan menjadikan tempat ini kelihatan begitu mesra alam.

Aktiviti jelajah berakhir pada pukul 2 petang dan peserta mula berkumpul di luar wildlife park. Terdapat beberapa peserta yang terpaksa pulang awal kerana terdapat urusan tertentu. Namun peserta yang masih tinggal sama-sama bersolat berjemaah Zohor sebelum menikmati makan tengah hari yang disediakan oleh penganjur. Beberapa orang peserta mengakui inilah pertama kali mereka merasai pengalaman solat di tempat terbuka.

Setelah selesai makan, kawasan letak kereta dibersihkan dan sesi penutup pun dimulakan oleh ketua program, diselangi oleh sesi pengisian ringkas oleh Sdr Nurhani. Kesemua peserta begitu tekun mendengar. Setelah itu, peserta diberikan cenderahati bookmark ISMA NSW dan coklat sebagai tanda penghargaan daripada pihak penganjur. Aktiviti berakhir dengan sesi bergambar beramai-ramai di hadapan Featherdale Wildlife Park.

Kesemua peserta kelihatan begitu bersemangat dan gembira dengan aktiviti rehlah kali ini. Malahan ada sebahagian daripada peserta sudah mula bertanyakan tentang program ISMA NSW  yang seterusnya untuk turut sama menyertainya. Pihak ISMA NSW bersyukur kerana objektif program kali ini tercapai walaupun terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki pada masa akan datang.  Penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta yang hadir memeriahkan rehlah Sydney yang pertama pada tahun 2010 ini. InsyaAllah semoga dapat berjumpa lagi dalam pelbagai program menarik anjuran ISMA NSW yang akan datang.

Disediakan oleh,

Nur Hidayah Habil

Aktivis Wanita ISMA-NSW