Ayuh Ke JML “Autumn Gathering” Adelaide 2010!

Program Tahunan “Autumn Gathering” kini kembali untuk tahun 2010! ISMA Australia dengan berbesar hati menjemput anda semua menyertai program yang bakal menjanjikan pelbagai aktiviti dan memberi kenangan manis, insyaAllah! Ayuh penuhi masa cuti musim luruh anda dengan “Autumn Gathering” 2010!

Sekitar Seminar Langkah Bermula 2010

Program Seminar Langkah Bermula (SLB) 2010 bertempat di Bradford Lodge pada 6 Mac yang lalu. Program ini dihadiri Pegawai Jabatan Penuntut Luar Negara di Sydney, Dr. Nasir Abu Hassan dan dianjurkan oleh ISMA Australia (SA), MASCA SA dan MyPSA SA.

Welcoming BBQ ISMA-SA Meriah

Adelaide, 28 Feb – Lebih 100 pelajar dan keluarga Malaysia di Adelaide menghadiri ‘Welcoming BBQ’ di Marshmallow Park anjuran ISMA Australia dengan kerjasama MyPSA (Malaysian Postgraduate Student Association) bagi menyambut kedatangan pelajar-pelajar baru ke Adelaide baru-baru ini.

Jualan ‘Garage Sale’ ISMA Meriah

Seluruh masyarakat Adelaide, khususnya para pelajar baru telah membanjiri rumah di Meredith Street, Broadview, bagi mendapatkan barang-barang keperluan di Garage Sale anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan South Australia. Garage Sale ini dianjurkan oleh Biro Kebajikan dan Akademik ISMA-SA bagi membantu para pelajar bagi membolehkan mereka mendapatkan barangan terpakai bagi kegunaan rumah mereka yang baru, dengan harga yang amat berpatutan. Hasil kutipan dari projek ini juga bertujuan untuk disalurkan kepada rumah-rumah para pelajar lama yang telah bermurah hati memberi kemudahan penginapan sementara kepada para pelajar yang baru tiba.

Seminar Langkah Bermula Sabtu Ini

Penuntut-penuntut baru universiti di Adelaide dijemput hadir ke program tahunan Seminar Langkah Bermula Sabtu ini di Bradford Lodge.

Ayuh ke Welcoming BBQ Adelaide 2010

Biro Sukan, Rekereasi & Kebudayaan ISMA Australia (SA) dengan kerjasama MyPSA (SA) mengajak anda semua, khususnya penuntut-penuntut baru Adelaide hadir ke Welcoming BBQ Ahad ini bertempat di Marshmallow Park (kawasan South Terrace – Glen Osmond Road. Ayuh kita jumpa di sana!

Ucapan Takziah buat Saudari Fahimah

Adelaide, 22 Feb- Sebilangan besar pelajar-pelajar perempuan di Adelaide menghadiri majlis bacaan yasin di South Terrace, Adelaide semalam di atas pemergian ayahanda kepada seorang pelajar perubatan tahun ke-4 University of Adelaide, saudari Fahimah bt Hambari. Ayahanda kepada saudari Fahimah, arwah Hambari Hj Noor telah pulang ke rahmatullah pada jam 10.45am (waktu Malaysia), 21 Februari yang lalu.

Jom! Victor Harbor Beri Kejutan

Victor Harbor, 22 Feb – Seramai 50 orang penuntut-penuntut lelaki baru beserta para senior berpeluang mengikuti Jom! Victor Harbor hari ini. Program jalan-jalan ini merangkumi perjalanan dari Adelaide ke Victor Harbor sejauh 78 kilometer menggunakan 10 buah kereta dan van.

Jom ke Victor Harbor! Istimewa Buat Penuntut Baru Adelaide

ISMA Australia (South Australia) melalui Biro Sukan, Rekreasi & Kebudayaan mengajak semua penuntut baru di Adelaide menyertai JOM! VICTOR HARBOR. Untuk Brothers sahaja tau!

Penyelarasan Gerak Kerja MISSA Di Bawah ISMA Australia

Berkuatkuasa secara rasminya bermula  8 Februari 2010, Malaysian Islamic Society of South Austalia (MISSA) menjadi “Rakan ISMA Australia (South Australia)”. Berikutan itu, segala gerak kerja MISSA akan diselarikan dengan gerak kerja ISMA South Australia.

Ucapan Tahniah Buat Pasangan-Pasangan Pengantin Baru

ISMA Australia ingin mengucapkan tahniah buat pasangan Wan Muhd Riduan Wan Jaffar dan Nik Shahrina Nik Ahmad Ariff serta pasangan Ahmad Muslim Ahmad Roslan dan Nur Izzati Othman kerana telah melangkah ke alam baitul muslim pada 27 Disember 2009 dan 9 Januari 2010.

Adelaide Dilanda Gelombang Panas

Adelaide, 9 Jan. – Suhu di Adelaide telah pun mencecah 40 darjah selsius hari ini, dan dijangka akan lebih tinggi pada hari Ahad dan Isnin.
Ramalan Kaji Cuaca menyatakan bahawa suhu tidak mungkin turun kepada 25 darjah selsius menjelang tengah malam, dan tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa suhu harian akan berkurang sehingga hari Selasa.
Persatuan Palang [...]

Perkhemahan ‘Survival’ Semulajadi, Satu Kelainan

Salt Creek, 2 Jan. – Perkhemahan ‘Survival’ anjuran ISMA Australia (SA) telah diadakan di 42 Miles Point, Coorong National Park. Perkhemahan ini diadakan selama 2 hari 1 malam bermula semalam, dan disertai 12 orang peserta. Objektif umum perkhemahan ini diadakan adalah untuk mengisi masa terluang musim panas melalui aktiviti bermanfaat berunsurkan alam sekitar, di samping [...]

Survival Camp Jumaat Ini? Jom Sertai!

Khusus untuk mereka yang masih berada di Adelaide kala musim panas ini, ISMA Australia cawangan South Australia mengajak anda beraktiviti lasak, “Survival Camp” pada 1 Januari ini. Program 2 hari satu malam ini khas untuk brothers sahaja, bertempat di Coorong National Park.
Awas! Penyertaan terhad! Butiran lanjut seperti dalam poster di bawah.

“Survival Camp” merupakan salah satu [...]

Rayuan Derma Untuk Pengubahsuaian Masjid Abu Bakr

Masjid Abu Bakr atau lebih dikenali dengan Wandana Mosque yang terletak di Gilles Plains, South Australia akan mengalami proses penambahbaikan. Mengikut pelan pembinaan kompleks masjid berkenaan yang disiarkan kepada umum, masjid yang baharu kelak akan mempunyai kemudahan tempat letak kereta yang lebih luas, di samping infrastruktur dalaman masjid serta tempat mengambil wudhuk yang lebih teratur [...]

Next Page »