Explorace Melbourne (sisters only)

Ever watched those reality shows featuring people travelling all around competing with one another, and wishing you were part of the excitement? Well girls, here’s your chance!  Explorace Melbourne has returned, so grab this opportunity to explore Melbourne while having fun!  (or else you’ll have to wait for a whole year).

Kuliah Selasa (KS) kini kembali!!!

Kuliah Selasa kini kembali di Melbourne-city!!!
Kuliah Selasa (KS) Musim ke-4
Untuk brothers dan sisters
Tempat : Little Pelham st Musolla
Masa : 7.00 pm ( tertakluk pada takwim solat )
Tema : Bangkitlah!
Kupasan dari buku karangan Amru Khalid yang bertajuk Bangkitlah
Marilah bersama-sama melaksanakan amanah yang diberikan Allah dalam menjaga masa, jagalah masa kita dengan memperuntukkan sebahagian darinya untuk agama [...]

Langkah Bermula buat Pelajar Baru Sesi 2010

Langkah Bermula buat mahasiswa dan mahasiswi sesi 2010 telah berjaya dilangsungkan Ahad lalu di Dewan Seminar Physiotherapy, University of Melbourne. Program yang dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Australia cawangan Victoria ini telah mencatat kehadiran seramai lebih dari 100 orang dari beberapa pusat pengajian tinggi seperti University of Melbourne, Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Monash University dan lain-lain lagi.

Langkah Permulaan utk Pelajar Melbourne pada 28hb Feb!

“Langkah Bermula” merupakan program yang berbentuk perkongsian pengalaman dan ilmu untuk melengkapkan lagi pelajar-pelajar baru dengan informasi-informasi praktikal dan relevan yang diharapkan dapat membantu mereka sepanjang fasa awal menyesuaikan diri dengan persekitaran baru ini. Turut sama menjayakan program ini ialah penaja-penaja seperti MARA dan JPA. Jangan ketinggalan!

Imbasan “Jom Jalan-jalan Cari Pengalaman”

Pada 20-22 Januari 2010 yang lalu, seramai 7 orang pelajar lelaki dan 15 orang pelajar perempuan telah menyertai trip “Jom Jalan-jalan Cari Pengalaman”. Konvoi yang terdiri daripada lima buah kereta telah memulakan perjalanan dari Negeri Sembilan.

Perkhemahan Musim Panas 2010 di Great Otway Walk, Victoria

Melbourne, 8 Dis – Seramai15 orang peserta telah berjaya menamatkan ekspedisi Great Ocean Walk sepanjang 32.5 kilometer. Ekspedisi ini berlangsung selama 3 hari bermula daripada 8 Disember 2009 sehingga 10 Disember 2009. Ekspedisi ini bermatlamat membentuk individu muslim yang lasak dan cekal serta kuat tubuh badan, di samping mengeratkan sillaturrahim dan ukhuwah antara peserta.

Selamat Datang Dayang Asma’

Bumi Melbourne telah menerima kedatangan seorang bayi bernama Dayang Asma’ binti Abang Ikhwan yang dilahirkan di hospital besar The Women’s.  Beliau merupakan anak pertama kepada pasangan ahli ISMA Australia – Victoria iaitu Abang ikhwan Abang Othman dan Nurul Akmar Ramli.

Perubahan Peraturan Vic Road

Bermula 9 November ini, VicRoads atau jabatan yang menguruskan hal ehwal penggunaan jalan raya dan pemanduan di Victoria telah mengumumkan perubahan peraturan pemanduan jalan raya. Ini termasuklah penggunaan telefon tangan, penggunaan penyiar visual dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, sila ikuti makluman di bawah.

Rumah Terbuka ISMA-VIC meriah

Melbourne, 21hb September – Cossar Hall, Monash Parkville hari ini menjadi lokasi pilihan bagi Rumah Terbuka ISMA-Australia cawangan Victoria. Seramai 300 hadirin membanjiri majlis yang bermula jam 6 petang sehingga jam 9 malam.

Sumbangan kepada Human Appeal International mencecah AUD 2120

Promosi Rumah Terbuka ISMA Australia

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawasanya anda dijemput untuk menghadiri Rumah Terbuka ISMA Australia, sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi.
Kami amat mengalu-alukan kedatangan anda, dan kami menggalakkan anda utk ajak lagi rakan2 lain utk memeriahkan lagi sambutan hari raya.
Berikut adalah butiran mengenai rumah terbuka nanti:

Iftar Perdana ISMA Satukan Melayu Malaysia di Victoria

ISMA Australia Cawangan Victoria melalui Biro Kebajikan dan Akademik ISMA Australia telah menganjurkan Majlis Iftar Perdana. Majlis iftar ini telah berlangsung secara serentak di dua tempat yang berasingan.

Promosi Iftar Perdana ISMA-VIC

Dijemput semua hadir untuk meriahkan majlis iftar (berbuka puasa) anjuran ISMA Australia cawangan Victoria.
Lokasi:
Pelham St Musolla (Brothers), Bouverie St Prayer Space (Sisters)
Tarikh:
13 Sept 2009 (semua diminta berkumpul di Pelham St Musolla dahulu sekitar jam 5.45pm
Tentatif:
6.10: Berbuka ringan di Pelham St (Brothers & Sisters)
6.30: Solat Maghrib bersama
6.45: Sisters bergerak ke Bouverie St utk jamuan berbuka, Brothers [...]

Postgraduate Expo di Monash University

For a brighter future, take this opportunity to talk one-on-one with Monash staff about your postgraduate options.
Representatives from all faculties will be available to discuss courses, entrance requirements and costs.

Solat Hajat dan Sesi Perkongsian Persediaan untuk Peperiksaan

Biro Kebajikan dan Akademik ISMA Australia dan Biro Akademik FAMSY-MSD bekerjasama menganjurkan program Solat Hajat dan juga Sesi Perkongsian Persediaan untuk Peperiksaan.

Next Page »