Majlis Ulama’ ISMA Dilancarkan Secara Rasmi

Seiring dengan usaha ISMA untuk ‘Membina Generasi Harapan’ berpandukan petunjuk Ilahi, Majlis Ulama’ ISMA (MUIS) telah dilancarkan secara rasminya sempena Multaqa Asatizah ISMA yang telah berlangsung pada 6 Mac 2010 di Kompleks Kejiranan Presinct 16, Putrajaya. MUIS dipengerusikan oleh Dr. Aznan Hasan (Pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa) yang turut dijemput untuk memberi pandangan di dalam Persidangan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Liputan Ketibaan Penuntut-penuntut Baru Australia

Bumi Australia meriah lagi tahun ini dengan kehadiran ratusan penuntut-penuntut baru dari segenap pelusuk Malaysia. Media ISMA Australia berpeluang menjejaki pengalaman manis mereka tatkala mula menjejakkan kaki di bumi kanggaru ini

ISMA Seru Melayu Bersatu Bangunkan Keperibadian Bangsa

Bangi, 30 Januari Orang Melayu diseru supaya bersatu di atas agenda membangunkan semula keperibadian bangsa yang hebat sebagai umat yang memiliki dan mendokong risalah Islam. Justeru itu Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman mengemukakan cadangan agar kelompok islamis dan nasionalis berdamai serta bersatu di atas agenda pembinaan bangsa tersebut.

Program Semai Mesra 2010 Melabuhkan Tirai

Program Semai Mesra kali ini telah diadakan pada kali yang kesepuluh dan menyaksikan bilangan peserta paling ramai sepanjang sejarah berlangsungnya program ini. Secara umumnya, objektif program telah berjaya dicapai dimana peserta mendapat pendedahan yang meluas mengenai kehidupan yang akan mereka tempuhi apabila tiba di bumi yang asing bagi mereka. Selok-belok dan ilmu yang diperlukan untuk menghadapi cabaran ketika di luar negara telah digarap secukupnya sepanjang program.

JUMS ‘09 Meriah Di Korea Selatan, Eropah, India

Di kala Australia berhadapan dengan musim panas, lain pula kisahnya di 3 buah negara lain yang sedang mengalami musim sejuk.Berkongsi program yang sama, ISMA Korea, Eropah dan India berjaya menghangatkan musim sejuk mereka dengan Jalinan Ukhuwah Musim Sejuk 2009 (JUMS 09). Disamping program yang sama, ketiga-tiga negara berbeza ini berjaya menarik perhatian apabila JUMS 2009 di setiap negara turut berkongsi tema yang sama, “We Share A Dream”.

ISMA Bersama Gabungan NGO Bantah Manipulasi Kalimah Allah

Kampung Baru, 8 Jan – Bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik menggunakan kalimah Allah, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) bersama gabungan NGO-NGO Islam yang lain telah mengadakan perhimpunan di beberapa lokasi di seluruh negara. Di Kuala Lumpur, satu perhimpunan umum yang didokong oleh 50 NGO telah dianjurkan di Masjid Jamek Kampung Baru yang akhirnya melahirkan Deklarasi Keharmonian Hubungan Antara Agama Masjid Jamek Kampung Baru. Perhimpunan Perpaduan Ummah ini telah dihadiri oleh kira-kira 300 orang jemaah solat Jumaat.

ISMA Australia, MIIAS, IRISA, FAMSY SA, ISSUA Erat Silaturrahim

Ferryden Park, 20 Dis - Satu pertemuan istimewa antara ISMA Australia dengan MIIAS, IRISA, FAMSY SA dan ISSUA telah diadakan di kediaman Pengerusi ISMA Australia di sini, petang semalam.

ISMA Teruskan Misi Dakwah Dan Kebajikan di Acheh

Seperti Hari Raya Aidil Adha pada tahun-tahun yang sebelumnya, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) meneruskan misi dakwah dan kebajikan merentas sempadan dengan menghantar delegasi untuk menziarahi Pondok Anak Yatim Ar-Raudhah di Kota Lhokseumawe, Acheh dan melakukan ibadah korban di sana. Rombongan ISMA terdiri daripada tujuh orang ahli yang diketuai oleh Ustaz Wan Hisham bin Wan Embong [...]

Siri MABIT ISMA DHL Bina Jiwa Belia

Bandar Baru Bangi, 20 Nov. – Siri Malam Bina Iman dan Taqwa (MABIT) anjuran ISMA Daerah Hulu Langat (DHL) diteruskan lagi dengan tema MABIT kali ini berkisar tentang keperluan mengenali nafsu dan mujahadah menentangnya. Program MABIT ini telah dihadiri oleh lebih 20 orang belia daripada pelbagai IPT di sekitar daerah Hulu Langat dan Sepang.

ISMA-NZ Lakar Sejarah

ISMA New Zealand baru-baru ini melakar satu sejarah apabila pertama kali mengadakan lawatan rasmi ke pejabat kedutaan Malaysia di Wellington. Turut sama dalam lawatan ini adalah Setiausaha Agung Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Tuan Haji Aminuddin Yahya yang terbang dari Malaysia untuk menyertai lawatan muhibbah ini selain bertemu dengan wakil-wakil ISMA di New Zealand.

Mahasiswa Di Luar Negara Diseru Fahami Sejarah Dan Suasana Tanahair

Kaherah, 25 Okt. - Naib Presiden II ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni menyeru para mahasiswa di luar negara agar mempunyai gambaran dan kefahaman yang jelas tentang hakikat sejarah serta suasana yang berlaku di Malaysia. Hal ini penting supaya mereka dapat memiliki cita-cita yang besar untuk agama Islam apabila kembali ke tanahair kelak dan sedar akan [...]

ISMA Komited Untuk Terus Bersama Masyarakat

Port Dickson, 18 November - Naib Presiden II ISMA, Ustaz Abdul Halim Abdullah menegaskan bahawa ahli-ahli ISMA yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kepakaran bercita-cita dan sentiasa bersedia untuk memberi khidmat kebajikan kepada masyarakat. Visi ini melangkaui sempadan Malaysia, seperti Palestin di mana ISMA merupakan organisasi nombor satu yang menangani agenda ini di Negeri Sembilan.

Sumbangan Australia Kepada Palestin

Bandar Baru Bangi, 22 September – Dr Mohamad Zaki bin Ibrahim selaku Pengerusi ISMA Australia telah menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin.

ISMA Mesir Anjurkan Bakti Siswa & Takbir Raya

Kaherah, 19 September – Pada 29 Ramadhan 1430, iaitu hari terakhir Ramadhan pada tahun ini, Ikatan Muslimin Malaysia Mesir (ISMA-Mesir), telah menganjurkan program Bakti Siswa. Program gotong royong di perkarangan Kompleks Rumah Negeri Hayyu Asyir ini, telah disertai oleh lebih 45 orang peserta. Turut serta dalam program kebajikan kali ini adalah 6 orang pelajar jurusan perubatan di Mangalore, India yang baru sehari tiba di Mesir dengan tujuan bercuti di sini.

Roadshow Palestin Meriah di Wellington

Kelburn, 29 Ogos – Roadshow Palestin “ Ayuh Bantu Palestin” yang merupakan anjuran bersama ISMA NEW ZEALAND, WMSO, UMNO Wellington dan Aman Palestin Malaysia telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan hebat daripada warga Wellington.

Next Page »