ISMA Australia » Berita ISMA

Perjuangan ISMA & Aman Palestin untuk bebaskan Baitul Maqdis
Nilai, 17 Julai – “Perjuangan ISMA dan Aman Palestin dalam isu Palestin bukan semata-mata berkaitan sentimen kemanusiaan atau persaudaraan, tetapi adalah perjuangan untuk membebaskan Baitul Maqdis yang merupakan simbol aqidah umat Islam”, tegas Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.

“Selagi mana Baitul Maqdis belum lepas daripada cengkaman Zionis Israel, selagi itu kita tidak akan berhenti berjuang dan mengumpul tenaga untuk membebaskannya”.

Presiden ISMA dan Pengerusi Eksekutif Aman Palestin itu berkata demikian di hadapan kira-kira 3,000 orang yang hadir di Konsert Demimu Al-Aqsa yang diadakan di Stadium Tertutup Nilai di sini.

Konsert ini dianjurkan secara bersama oleh ISMA Cawangan Seremban, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Negeri Sembilan, Aman Palestin Berhad, Kelab Remaja ISMA (KRIM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Ustaz Abdullah Zaik juga meluahkan perasaan gembira beliau atas sambutan memberangsangkan daripada orang ramai terhadap Konsert Demimu Al-Aqsa ini.

“Dalam masa empat tahun kebelakangan ini, sokongan masyarakat terhadap isu Palestin amat membanggakan. Jika dahulu program seperti ini mungkin sukar untuk dijayakan, tetapi kini hampir setiap surau dan masjid, hinggalah ke stadium dan PWTC sudah mendengar laungan tentang Palestin”.

“Walaupun jarak yang jauh serta bahasa dan budaya yang berbeza, tetapi kita yakin apa yang dilakukan ini akan memberi semangat kepada umat Palestin untuk terus berjuang”.

Menurut beliau lagi, konsert yang diadakan ini amat kena pada masanya sebagai peringatan kepada semua bahawa dalam kesibukan masyarakat dunia terhadap Gaza, Israel kini sedang rakus menghancurkan rumah-rumah di sekitar Baitul Maqdis dalam rangka mencapai cita-cita mereka untuk merobohkan Masjid Al-Aqsa.

Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Abdullah Zaik menyatakan bahawa Aman Palestin telah berjaya menghantar bantuan kemanusiaan bernilai lebih RM800,000 dalam tempoh dua bulan ini.

Beliau sendiri baru sahaja kembali daripada mengetuai satu misi kemanusiaan Aman Palestin yang telah berjaya menghantar bantuan ke Gaza melalui jalan darat di sempadan Rafah. Misi yang kedua akan dilancarkan dalam masa seminggu ini.

Oleh: Mohd Firdaus Sabturani,

Ketua Pengarang,

Media ISMA

Bantuan kemanusiaan Aman Palestin selamat tiba di Gaza
Bantuan kemanusiaan daripada Aman Palestin yang bernilai kira-kira USD100,000 dilaporkan telah selamat tiba di Gaza melalui sempadan Rafah pada pagi Ahad yang lepas, menurut perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh Ikhwanweb.

Walau bagaimanapun, delegasi konvoi kemanusiaan Aman Palestin yang diketuai oleh Pengerusi Eksekutifnya yang juga Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman belum memperolehi kebenaran untuk menyeberangi sempadan Gaza-Mesir berikutan masalah komunikasi.

Ketibaan bantuan kemanusiaan yang merangkumi keperluan-keperluan asas dan ubat-ubatan tersebut diharap sedikit sebanyak dapat mengurangkan keperitan yang dialami oleh penduduk Palestin khususnya di Gaza.

Berikut merupakan laporan penuh yang dikeluarkan oleh Ikhwanweb:

Malaysian aid convoy arrives in Gaza Strip

Relief aid and medicines from the Aman Palestine Institute in Malaysia with an estimated worth of $100,000US arrived in Gaza on Sunday morning via the Egyptian Rafah crossing.

The relief aid was accompanied by a delegation including 12 Malaysian notable personalities, consisting of representatives of Malaysian NGOs and television journalists, who were not granted permission to pass the crossing as a result of failure of coordination, according to the Egyptian crossing administration.

Head of the Aman Palestine Institute in Malaysia, Abdullah Zeek, who is still waiting on clearance from the Egyptian government to enter the Gaza Strip, stated that the aid is reassurance to the Palestinian people that they are not isolated from the Islamic world, adding that the Malaysian people have a strong interest in the Palestinian cause and provide ongoing support for the people under siege in the Gaza Strip.

For his part, Omar Siam, Executive Director of the Bureau of Aman Palestine in Gaza, confirmed that the aid arrived in Gaza, noting that it will be distributed to the needy and to medical institutions in the Strip.

Source: Ikhwanweb

ISMA-Mesir temui delegasi AMAN Palestin dan ISMA ke Gaza
Kaherah, 1 Julai - Pengerusi ISMA-Mesir, Saudara Shuhaib Ar-rumy Selamat bersama wakil media ISMA-Mesir semalam berpeluang menemui delegasi ISMA dan Aman Palestin yang sekarang berada di Kaherah, dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Rombongan delegasi semalam mengadakan lawatan ke kilang ubat yang akan membekalkan ubat-ubatan ke Gaza. Wakil syarikat berkenaan ketika ditemui melahirkan sokongan dan rasa gembiranya dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia dalam krisis kemanusiaan di Gaza.

Selain itu, beliau turut optimis bantuan yang dibawa akan selamat sampai ke Gaza memandangkan pihak berkuasa Mesir sekarang membuka pintu sempadan di Rafah selepas peristiwa berdarah serangan ke atas Flotilla Gaza.

Pihak delegasi kemudiannya berkesempatan mengadakan kunjungan ke Kedutaan Besar Malaysia Kaherah di Mohandasein, Mesir. Satu pertemuan ringkas bersama Kuasa Usaha Sementara (KUS) Kedutaan Besar Malaysia Kaherah, En Shaiful Anuar Mohamad turut diadakan.

Dalam pertemuan tersebut, ketua delegasi, Ustaz Abdullah Zaik memberikan penerangan ringkas mengenai jadual perjalanan misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza kepada En Shaiful.

Bantuan yang bernilai kira-kira USD 100,000.00 ini merupakan sumbangan ikhlas daripada rakyat negara ini yang bersimpati dengan penderitaan penduduk Gaza yang berterusan ditindas oleh rejim Zionis Israel.

Selain ahli-ahli ISMA, konvoi kemanusiaan ini juga disertai oleh para petugas dan sukarelawan Aman Palestin, pihak media termasuk TV3 dan BERNAMA serta individu perseorangan.

Delegasi Aman Palestin dan kini berada di sempadan Rafah dan dijangka akan kembali ke tanahair pada 5 Julai 2010.

Sumber: Laman ISMA-Mesir

Delegasi ISMA sertai konvoi kemanusiaan Aman Palestin ke Gaza
Bandar Baru Bangi, 27 Jun – Sebagai sebahagian daripada inisiatif Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dalam perjuangan membantu umat Islam di Palestin, beberapa orang delegasi ISMA telah menyertai konvoi kemanusiaan Aman Palestin ke Gaza. Misi utama konvoi kemanusiaan ini ialah untuk menyampaikan bantuan daripada rakyat Malaysia kepada penduduk Palestin di Gaza.

Rombongan yang terdiri daripada 12 orang sukarelawan itu diketuai oleh Pengerusi Eksekutif Aman Palestin yang juga merupakan Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman. Ahli-ahli ISMA lain yang turut terlibat ialah Haji Abdul Rahman bin Mat Dali (Timbalan Presiden) dan Encik Zaim bin Shaari (AJK Pusat).

Selain ahli-ahli ISMA, konvoi kemanusiaan ini juga disertai oleh para petugas dan sukarelawan Aman Palestin, pihak media termasuk TV3 dan BERNAMA serta individu perseorangan.

Rombongan ini telah berlepas ke Kaherah, Mesir malam semalam dan akan cuba memasuki Gaza melalui sempadan Rafah untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin berupa keperluan-keperluan asas.

Bantuan yang bernilai kira-kira USD 100,000.00 ini merupakan sumbangan ikhlas daripada rakyat negara ini yang bersimpati dengan penderitaan penduduk Gaza yang berterusan ditindas oleh rejim Zionis Israel.

Justeru itu, diharapkan lebih ramai rakyat Malaysia yang tampil untuk menghulurkan sumbangan kepada rakyat Palestin. Bantuan kepada Aman Palestin boleh disalurkan melalui cek atas nama Aman Palestin Berhad atau terus masukkan ke akaun Bank Islam (12029010047880) atau Maybank (562263010787).

Delegasi konvoi kemanusiaan Aman Palestin ini dijangka akan kembali ke tanahair pada 5 Julai 2010.

Oleh: Mohd Firdaus Sabturani,

Ketua Pengarang,

Media ISMA Pusat

Promosi KONWANIS 2010
KONWANIS 2010

Tarikh : 24/7/2010

Masa : 8.00 pagi – 10.30 malam

Tempat : Negeri Sembilan

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web KONWANIS:

http://konwanis.ismaweb.net

ISMA tekad bangunkan semula jatidiri dan keperibadian umat khususnya Melayu
Port Dickson, 11 Jun – “Intipati utama fikrah ISMA ialah membangunkan semula jatidiri dan keperibadian umat khususnya bangsa Melayu berasaskan Islam sehingga menjadi umat yang kuat, bersatu padu dan memiliki risalah,” tegas Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.

“Perkara ini menuntut kepada usaha berterusan bagi membangkitkan kesedaran siasi di kalangan orang Melayu supaya mereka merasai tanggungjawab menegakkan Islam di Malaysia dan memimpin dunia Islam serta membangunkan sikap mengutamakan kepentingan umum mengatasi kepentingan peribadi.”

Presiden ISMA itu juga menjelaskan bahawa fikrah ISMA yang dikemukakan memberi fokus kepada kedudukan strategik bangsa Melayu dalam konteks dakwah dan siasah di negara ini, sedangkan dari segi maudhuk dakwah tidak pernah berubah iaitu risalah Islam. Hal ini amat relevan dengan perkembangan kontemporari dan merupakan jawapan kepada persoalan semasa daripada perspektif manhaj taghyir.

Menurut beliau lagi, ISMA mengusulkan strategi angka dalam mengekalkan ‘kuasa wewenang’ agar sentiasa berada di tangan Melayu muslim, yang merupakan pra-syarat penting kepada penegakan Islam di negara dan rantau ini.

Ustaz Abdullah Zaik berkata demikian semasa menyampaikan kertas kerja bertajuk ‘Fikrah ISMA’ di Perhimpunan Pimpinan ISMA Nasional (PIMPIN) 2010 yang berlangsung di Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 10-13 Jun yang lepas.

Bertemakan ‘Agenda Digarap, Amanah Dipikul’, perhimpunan ini dihadiri oleh kira-kira 170 orang peserta yang terdiri daripada kalangan pimpinan ISMA di peringkat pusat, negeri dan cawangan serta golongan pelapis pimpinan.

Bertitik tolak daripada fikrah tersebut, ISMA mengemukakan agenda perjuangannya iaitu untuk mengeluarkan umat Islam khususnya bangsa Melayu di negara ini daripada keadaan musayyasah (dituntun oleh agenda politik orang lain) kepada umat yang memiliki kekuatan dan mempunyai risalah sehingga terbentuknya siyadah kamilah (ketuanan mutlak).

Oleh: Mohd Firdaus Sabturani

Ketua Pengarang,

Media ISMA Pusat

ISMA Kecam Serangan Komando Israel Terhadap Konvoi Kapal Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza
ISMA Kecam Serangan Komando Israel Terhadap Konvoi Kapal Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza

ISMA mengecam sekeras-kerasnya serangan ganas tentera komando Israel ke atas konvoi kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza. Sehingga hari ini, seramai 19 orang aktivis dilaporkan telah terbunuh dan ramai lagi yang mengalami kecederaan.

Alasan yang dikemukakan oleh rejim Zionis Israel bahawa rombongan kapal tersebut disyaki membawa bekalan senjata untuk penduduk Palestin sama sekali tidak berasas. Konvoi yang membawa aktivis-aktivis kemanusiaan dari seluruh dunia itu telah terang-terang menyatakan bahawa misi mereka adalah untuk menghantar makanan dan keperluan asas lain untuk penduduk Palestin.

Serangan yang tidak berperikemanusiaan ke atas aktivis-aktivis tidak bersenjata itu jelas menggambarkan wajah sebenar rejim Zionis Israel terhadap Palestin dan masyarakat dunia yang cintakan keamanan, serta kebiadapan mereka yang enggan mematuhi desakan antarabangsa supaya menghentikan kekejaman yang dilakukan ke atas penduduk Palestin.

ISMA menyeru semua pihak agar bangkit menunjukkan bantahan dan kecaman mereka dengan kuat terhadap jenayah keganasan rejim Zionis itu. Semua umat Islam di seluruh dunia perlu bangkit menunjukkan rasa marah dan kesal terhadap nasib yang menimpa rombongan kemanusiaan yang berusaha untuk membantu saudara-saudara mereka yang menghadapi sekatan kejam Zionis sejak beberapa tahun lalu.

Kebiadapan Zionis yang sewenang-wenangnya membunuh aktivis yang langsung tidak berkemampuan melawan mereka perlu dibalas dengan tindakan sewajarnya. Seharusnya insiden terbaru ini membuka mata badan-badan dunia terhadap gelagat ganas dan tidak bertamadun rejim Zionis.

Justeru itu, ISMA menyeru Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk campur tangan dan bertindak segera bagi menamatkan serangan ganas ini, membebaskan aktivis-aktivis yang ditawan dan membenarkan rombongan kapal tersebut sampai ke Gaza.

ISMA turut menyeru agar kerajaan Malaysia dapat memberi perhatian serius terhadap perkembangan yang berlaku memandangkan terdapat beberapa orang rakyat Malaysia yang berada dalam rombongan kapal tersebut.

ISMA merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga aktivis yang menjadi mangsa kekejaman serangan ini.

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman,

Presiden,

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

ISMA Condemns the Brutal Attack of the Gaza Humanitarian Ship by Israel Naval Commando

Malaysian Muslim Solidarity (ISMA) strongly condemns the brutal attack by Israel naval commando on the humanitarian convoy of ships that carry aids for the Palestinian people. As of today, it was reported that 19 people have been killed and a huge number of activists were wounded.

The reason given by the Israel commando that the convoy might have carry weapon for the Palestinians was totally unfounded. The convoy which represent activists from various NGOs and human rights organizations around the world had openly declared their peace mission that brings only food and other basic supplies for the Palestinians.

The barbaric attack on the unarmed activists only reflect Israel’s inhuman attitude towards the Palestinians and other peace loving community and disrespect of international call to stop aggression on the Palestinian people.

In view of this latest crime of violence, ISMA urges everyone to show their opposition and strong condemnation of the Zionist regime. All Muslims around the world must voice out their anger and regret on the fate that befell the humanitarian activists that strive to help their brothers who have been suffering from the Zionist aggression for the past few years.

The barbaric act by the Zionist regime who indiscriminately killed the activists who could not afford to fight must be recompensed with the appropriate action. This latest incident should open the eyes of the international community to the violent and uncivilized behavior of the Zionist regime.

Thus, ISMA urges the Secretary-General of United Nation to intervene and call to an end of this bloody attack immediately, release the captured activist and allow the convoy to reach the Gaza shore.

ISMA also urges the Malaysian government to give serious attention to this recent development as there are some Malaysian citizens in the humanitarian convoy.

ISMA extends our utmost condolences to all family members of activists who are victims of this violent attack.

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman,

President,

Malaysian Muslim Solidarity (ISMA)

ISMA kesal tindakan kerajaan lulus lesen pertaruhan Piala Dunia
Bandar Baru Bangi, 14 Mei – “Kerajaan telah melakukan kesilapan yang serius apabila dengan rasmi  melakukan pencabulan terhadap nilai dan prinsip yang menjadi dasar negara dan pegangan masyarakatnya sendiri dengan meluluskan pemberian lesen pertaruhan perlawanan bolasepak Piala Dunia 2010 kepada Kumpulan Berjaya,” demikian tegas Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman.

Sambil menyifatkan tindakan tersebut sebagai berani tidak bertempat, beliau seterusnya menambah “Tindakan ini seolah-olah sengaja mencabar sensitiviti umat Islam dan memijak kehormatan hukum Islam.”

Ustaz Abdullah Zaik seterusnya mempersoalkan, “Apakah bezanya judi yang dihalalkan oleh kerajaan dengan judi yang diharamkan oleh kerajaan? Tidakkah semuanya akan membawa kemudharatan kepada kesejahteraan hidup masyarakat?”

“ISMA dengan ini merakamkan rasa kesal yang tidak terhingga kerana harapan dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat telah diabaikan dengan begitu sahaja,” tambahnya lagi.

Berikut adalah kenyataan penuh daripada ISMA:

ISMA BERANGGAPAN KERAJAAN TELAH MELAKUKAN KESILAPAN SERIUS DENGAN MELULUSKAN LESEN PERTARUHAN SEMPENA PIALA DUNIA

Tindakan kerajaan meneruskan keputusan memberikan lesen judi kepada Kumpulan BERJAYA milik Vincent Tan merupakan satu sikap berani yang tidak bertempat. Walaupun ia dibantah oleh banyak pihak, kerajaan belum menunjukkan tanda akan menarik balik keputusan itu.

Ini kerana kerajaan dengan tindakan tersebut, seperti sengaja mencabar sensitiviti umat Islam dan memijak kehormatan hukum Islam. Adalah sangat memalukan perkara seperti ini dilakukan oleh sebuah kerajaan yang majoritinya beragama Islam.

Kerajaan dengan itu telah menguburkan kepercayaan masyarakat Islam terhadap dirinya sebagai  pihak berkuasa yang dipercayai dan diberi mandat untuk mempertahankan agama dan maruah umat Islam.

ISMA merakamkan rasa kesal yang tidak terhingga kerana harapan dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat telah diabaikan dengan begitu sahaja.

Adakah keuntungan besar yang diharapkan oleh kerajaan daripada sumber pendapatan yang haram telah menjadikannya tersasar dari norma sebagai sebuah pemerintah yang berintegriti?

Bagi ISMA ia bukan sekadar haram tetapi yang lebih berbahaya dari itu ialah kerajaan sendiri yang sepatutnya beramanah dalam menjaga dan memelihara kepentingan umum telah sanggup mencariknya dengan pulangan yang tidak seberapa.

Apa bezanya judi yang dihalalkan oleh kerajaan dengan judi yang diharamkan oleh kerajaan? Tidakkah semuanya akan membawa kemudharatan kepada kesejahteraan hidup masyarakat?

ISMA beranggapan kerajaan telah melakukan kesilapan yang serius apabila dengan rasmi  melakukan pencabulan terhadap nilai dan prinsip yang menjadi dasar negara dan pegangan masyarakatnya sendiri.

Yang benar,

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman,

Presiden,

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Forum ‘Gateway to Overseas’ dedah pengalaman belajar di luar negara
Shah Alam, 6 Mei – Pihak Sekretariat Perhubungan Luar Negara ISMA (SEKTAR) dengan kerjasama American Top University Students Association (ATUSA) INTEC telah berjaya menganjurkan forum ‘Gateway to Overseas’. Forum yang julung-julung kalinya diadakan di INTEC ini menampilkan dua orang ahli panel undangan, Ustaz Fauzi Asmuni yang merupakan Naib Presiden II ISMA dan Dr. Nik Nathasha Hani Isahak, aktivis Wanita ISMA.

Forum ini mengambil tempat di Kolej Cemara INTEC dan berlangsung kira-kira 1 jam setengah. Alhamdulillah, program ini telah berjaya dihadiri kira-kira seramai 250 orang pelajar, terdiri daripada pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke pelbagai negara.

Seperti yang dijadualkan, forum bermula jam 9.15 malam dengan pelbagai soalan yang telah diajukan oleh moderator forum yang merangkumi segala persiapan dan pemasalahan yang pelajar-pelajar harus tahu sebelum mereka melangkah ke luar negara. Dr. Nik dan Ustaz Fauzi, selaku bekas pelajar yang pernah menuntut di luar negara telah berjaya menjawab dan menghurai segala persoalan dengan baik dan jelas.

Soalan bertalu-talu ditujukan kepada kedua-dua ahli panel semasa sesi soal jawab. Ini menunjukkan para pelajar amat berminat dan bersungguh untuk mengetahui lebih lanjut tentang segala hal yang bakal mereka tempuhi di luar negara kelak. Dapat dilihat di akhir forum para pelajar berpuas hati dengan jawapan-jawapan ahli panel yang padat dan mudah difahami.

Program ini diakhiri dengan penerangan serba sedikit oleh Ustaz Fauzi Asmuni mengenai program Summer Retreat in Malaysia (SRiM) bagi pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Pihak penganjur juga  mngedarkan pamplet dan menayangkan video mengenai program SRiM tersebut yang akan diadakan 16-18 Julai ini.

Mudah-mudahan program ‘Gateway to Overseas’ ini mampu membuka seribu peluang lagi kepada pihak ISMA untuk mengadakan lagi program seumpama ini di INTEC. Jazakallah diucapkan kepada semua yang terlibat. Hanya Allah swt sebaik-baik pemberi balasan.

Oleh: Riduan Muhammad

Sumber: Laman Web ISMA Pusat

Seminar Musim Luruh menyemarakkan nilai-nilai Islam
New Zealand – Sempena kehadiran Ustaz Mus’ab Norkefli, graduan dari Universiti Al-Azhar, Mesir yang juga merupakan wakil Sekretariat Luar Negara ISMA ke bumi New Zealand, pihak ISMA-NZ telah menganjurkan dua seminar utama, iaitu Seminar Asas-Asas Islam dan Seminar Pemikiran Hasan Al-Banna di setiap lokaliti di New Zealand, sejajar dengan aspirasi ISMA untuk membina generasi harapan.

Siri-siri seminar ini telah bermula pada 7 April apabila Seminar Asas-Asas Islam yang pertama dilancarkan di Dunedin. Seminar ini dibahagikan kepada 4 sesi yang menyentuh topik-topik seperti Ulum Syara’, Ulum Hadith, Pengantar Syariat serta Sosial dan Kekeluargaan. Pada 10 April pula, kira-kira 50 orang pelajar telah menghadiri Seminar Pemikiran Hasan Al-Banna yang telah diadakan di Masjid Al-Huda, Dunedin. Antara isu yang menjadi fokus adalah ucaptama Ustaz Abdullah Zaik, Presiden ISMA yang dibentangkan semasa KOBANNA Januari lalu. Para hadirin didedahkan dengan relevansi dan kaitan antara Hasan Al-Banna dengan tanahair Malaysia, juga tentang kepentingan untuk bersatu dalam melakar agenda umat Islam di Malaysia.

Everton Hall, Wellington pula telah menjadi titik bermulanya siri-siri ceramah di Kepulauan Utara. Pada 15 April, Seminar Asas-Asas Islam di Wellington pula memfokuskan tajuk-tajuk Ulum Quran, Ulum Hadith serta Sosial dan Kekeluargaan. Respon yang diberikan oleh peserta amat memberangsangkan dan soalan-soalan yang diajukan kepada ustaz menunjukkan para peserta sangat berminat untuk lebih mendalami topik yang dibentangkan. Seminar Pemikiran Hassan Al-Banna di Wellington pula diadakan pada 17 April dan telah berjaya melahirkan rasa semangat untuk turut sama berusaha dan menyumbang dalam memastikan kesatuan umat Islam. Program ini bertambah serinya apabila diberi penghormatan untuk menerima kunjungan En. Adi Affendi b. Abdul Halim, Setiausaha Kedua (Politik) di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand.

Begitu juga keadaannya di Palmerston North apabila Seminar Pemikiran Hassan Al-Banna telah diadakan pada 24 April 2010. Di akhir seminar ini, para peserta ditinggalkan dengan dua pilihan, samada bangkit bersatu atas agenda sendiri atau terus berpecah dengan melaksanakan agenda orang lain. Pada 25 April pula, Seminar Asas-Asas Islam telah berjaya diadakan di International Community Centre (ICC) Tajuk yang dipilih adalah Pengantar Syariat dan Ulum Quran. Antara kupasan yang menarik semasa seminar ini adalah bahawa syariat Allah itu dibina atas dasar ilmu, dan bukannya hawa nafsu. Rata-rata peserta menerima baik pembentangan dari Ustaz Mus’ab dan menunjukkan minat untuk mendalami ilmu-ilmu Islam.

Di Auckland pula, Seminar Asas-Asas Islam telah berjaya diadakan di iSpace University of Auckland pada 1 Mei 2010. Seminar ini telah berjaya mengumpulkan seramai lebih kurang 30 orang peserta lelaki dan perempuan dengan pembentangan yang berkisarkan topik UIum Quran serta Sosial dan Kekeluargaan. Para peserta telah didedahkan dengan kepentingan keluarga sebagai batu asas kepada masyarakat dan peranan golongan berilmu dalam menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

Dengan berakhirnya seminar di Auckland tersebut, maka selesailah siri-siri seminar pembangunan jiwa di seluruh New Zealand bagi musim luruh 2010. ISMA-NZ ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Ustaz Mus’ab Norkefli di atas kesudian beliau untuk berkongsi ilmu pengetahuan. Pihak penganjur juga merasa bertuah dan bersyukur dengan kelancaran majlis dan sangat berterima kasih di atas sokongan yang diberi oleh semua pihak tidak kira secara langsung atau tidak langsung. ISMA-NZ juga ingin menyatakan komitmen yang jitu dan padu dalam usaha berterusan ke arah pembinaan generasi harapan menerusi program-program seumpama ini di masa akan datang. Justeru itu, marilah bersama kami; ‘Membina Generasi Harapan’.

Sumber: Laman Web ISMA-New Zealand