Ski Trip (ST’10) Sisters Melbourne – Platform Jalinan Ukhuwwah

Para peserta kali ini datang dari pelbagai tempat dan latar belakang dan ski trip ini telah menjadi satu platform untuk menjalinkan ukhuwwah selain dapat merasai pengalaman yang mungkin tidak akan dapat ditemui di tanah air kita.

Ski Trip (ST’10) Brothers Melbourne – Sehari di Mt Baw Baw

Keadaan di Mount Baw Baw sangat baik dengan ketebalan salji sebanyak 18 cm serta cuaca cerah yang membolehkan para pengunjung untuk menunjuk kebolehan masing-masing tanpa sebarang gangguan. Para peserta menyewa terlebih dahulu peralatan untuk bermain seperti kasut, seluar, dan ‘toboggan’.

Sihatkan tubuh badan melalui senam mingguan anjuran ISMA-SA

Enfield, 24 Julai – Program riadhah mingguan, Senam Ahad anjuran Biro Sukan, Rekreasi dan Kebudayaan sekali lagi berjaya dianjurkan pada hari ini. Dengan tema dan cabaran bermain futsal, ramai hadirin yang rata-rata penggemar sukan futsal hadir seawal 9.00 pagi lagi di Enfield Community Centre ini.

Walimah Naim-Ainun & Imran-Iman

Brunswick, 25 Julai – Walimah bagi meraikan pasangan Naim Faiz Ahmad Imran-Ainunnadiah Darus dan Wan Muhammad Imran Wan Zamri-Syaheedatul Iman Din Suhaimi, telah berlangsung dengan sangat meriah dengan menerima tetamu seramai 250 orang.

Open House Pegawai JPA – En Imran

Suara keriuhan puluhan pelajar sudah dapat didengari biarpun berada di lokasi parkir kereta pada 11 Julai 2010.  Kelihatan beberapa jejaka mengambil angin di kawasan laman hijau yang  tidak berpagar itu. Larian sang anak kecil kelihatan semakin galak  apabila dikejar sekawan rakan sebayanya, mungkin sedang khusyuk bermain  “Police Sentry”. Hadir kami di muka pintu mahligai tersebut telah  disambut oleh tuan rumah sendiri, bersahaja dan mesra.

WT’10 Sydney – A Winter To Remember

Pautan hati seramai 27 orang pada 28 Jun 2010 telah  menerangi jalan percutian pelajar Malaysia di Sydney ke Melbourne dan Canberra sempena musim sejuk. ‘A Winter to Remember’ tema diberi. Mengharapkan satu kenangan nan utuh bak akar yang semakin tumbuh ke lubuk bumi. Begitu lah yang diharapkan sepanjang program ini. Ukhwah yang terjalin 9 hari itu diharapkan bisa menyelinap masuk ke setiap denyut nadi.

WT’10 Melbourne – Winter Hidayah Awesome Trip!

Deretan van-van 12-seater berwarna putih dan sebuah Toyota Klugger di Sydney Road menandakan berakhirnya Winter Trip 2010 (WT10) Melbourne pada tahun ini. Satu-persatu kenderaan tersebut berpecah mengikut haluan masing-masing untuk menghantar peserta balik ke rumah. Di setiap jiwa yang kepenatan itu, tersemai kenangan jaulah yang tidak ternilai.

WG10 – Warna-warni Winter Gathering 2010

Acara tahunan ini telah dianjurkan di Catherine’s Creek Camp, Allambee pada 2 hingga 4 April yang lalu. Seramai 169 peserta telahpun mengambil bahagian yang terdiri daripada para pelajar dari Victoria, New South Wales dan juga Brisbane.

Malam Bersamamu Palestin II fokus peranan kita dalam isu Palestin

Adelaide,  12 Julai – Majlis Malam Bersamamu Palestin II telah dianjurkan di sini, dan menampilkan Ustaz Abdul Halim bin Abdullah, Naib Presiden I Ikatan Muslimin Malaysia. Program bermula pada jam 7.30 malam dan berakhir jam 11.00 malam, bertempat di Eclipse Room, Adelaide University.

Seminar From Zero To Hero Buka Minda Pelajar

Cuaca pagi yang agak sejuk itu seolah-olah telah dihangatkan oleh sesi perkongsian yang telah disampaikan oleh saudara Dr. Rozanizam bin Zakaria. Seminar motivasi ini juga turut menyingkap betapa kita sebenarnya adalah  seorang “jagoan” atau HERO yang langsung tidak kita sedari selama ini.

Autumn Camp In Memory

Satu perkhemahan musim luruh telah pun dilangsungkan bertempat di Murramarang National Park pada 5-7 April 2010. Lokasi kali ini tampak sedikit berbeza apabila lokasi sejauh 280km dijadikan pilihan demi menjanjikan suasana yang bebas dari sebarang kemelut kesibukan bandaraya.

An Autumn to Remember

Sang suria belum menampakkan cahayanya, namun pagi yang sunyi ini telah dikejutkan dengan suara riuh rendah peserta jaulah musim luruh anjuran ISMA-NSW yang bertemakan “An autumn to remember” ini. Seramai 30 orang peserta- 5 orang dari Canberra, 3 orang dari Newcastle dan selebihnya dari Sydney berkumpul seawal 4.30 pagi di Bowral Street sebelum perjalanan ke Central Coast bermula.

Jalinan Musim Luruh 2010 gegar Longwood Camp, Adelaide

Adelaide, 6 April – “Menarik! Bermanfaat! Lain daripada yang lain!” Inilah antara luahan para peserta yang dapat didengari setelah berakhirnya program Jalinan Musim Luruh (JML) 2010 yang telah diadakan pada 3-5 April yang lalu.  ISMA South Australia pada tahun ini sekali lagi telah berjaya menganjurkan Jalinan Musim Luruh (JML) atau lebih dikenali dengan nama Autumn Gathering yang bertempat di Longwood Camp, Adelaide Hills.

Not Too Bad (NTB) Juara Autumn Cup 2010

Sabtu, 10 April 2010 yang lalu, ISMA New South Wales telah  menganjurkan Autumn Cup 2010 bertempat di The National Centre of Indigenous Excellence, Redfern yang bertemakan “Play  As A Muslim”. Program kali ini disertai oleh 4 pasukan iaitu seramai  38  orang pelajar.

“Melbond for Sisters” promotes Islamic sports-wo-manship

With the theme “Play as a Muslim”, everyone showed tremendous levels of sportsmanship (or should I say sportswomanship) in competing for the two sought-after titles: Netball champion and Baling Selipar champion (yeah.. wherever we go, we should never forget our roots).

Next Page »