Terbang singgah ke bumi Australia… Selamat datang pelajar-pelajar baru !!!
Terasa segar dan bersemangat melihat pelajar-pelajar baru tiba ke Adelaide. Ia menggamit kenangan saya pada hari saya pertama kali menjejak kaki ke bumi Australia pada 2hb September 1996.
Baiah Diberi Atau Diminta?
Baiah adalah satu makanisma tradisional yang digunakan dalam semenjak zaman Rasulullah s.a.w lagi. Ia boleh diterjemah dengan maksud janji setia antara dua pihak yang berbaiah. Antara baiah-baiah yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w ialah Baiah Jihad, Baiah Nisa’, Baiah Ridhwan dan sebagainya. Diriwayatkan bahawa para sahabat juga melakukan baiah sesama mereka untuk melakukan sesuatu amalan ketaatan
Qudwah Jama’i, Tanggungjawab Besar ISMA
Menegakkan qudwah jama’i menjadi tanggujawab besar ISMA pada marhalah ke depan ini. Sebagaimana kita semua faham bahawa dakwah terbahagi kepada dua sudut; qauli yang kita istilahkan sebagai bayan atau keterangan dan amali yang kita istilahkan sebagai qudwah.
Pasca KOBANNA
Saya cuba mencari-cari komen peserta yang hadir dalam Konvensyen Pemikiran al-Banna yang berlangsung pada Sabtu lepas. Ada yang saya dapat melalui SMS, ada yang melalui Fecebook. Ada juga komen lisan dan pelbagai lagi. Ada yang positif dan ada juga yang negatif.
KOBANNA Berjaya, Terima Kasih Untuk Semua
Saya ingin merakamkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t kerana Konvensyen Pemikiran al-Banna telah berlangsung dengan jayanya. Hampir 3000 peserta telah memenuhi Dewan Seri Sarjana UNITEN.
Kontroversi Penggunaan Kalimah Allah: Apa yang Kita Belajar?
Jiwa-jiwa ummat Islam yang sensitif sekali lagi digegarkan ketika ini dengan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan akhbar Herald- The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penulisan mereka. Pelbagai reaksi timbul samaada yang menerimanya dengan perasaan marah, terkejut, terkilan, keliru dan sebagainya. Namun yang jelas, isu ini sebenarnya telah datang sebagai salah satu tarbiyyah dalam silibus pelajaran ummat Islam hari ini untuk mengenal siapa diri mereka yang sebenarnya.
Perutusan Tahun Baru Pengerusi ISMA Australia
Berikut adalah perutusan sempena tahun baru Hijrah dan Masihi oleh Pengerusi ISMA Australia, Dr Mohamad Zaki bin Ibrahim. Dipetik daripada laman blog beliau, www.drzakiibrahim.blogspot.com.
Perutusan Presiden ISMA Sempena Awal Muharram 1431H
Berikut adalah perutusan sempena Ma’al Hijrah 1431 Hijrah Presiden Ikatan Muslimin Malaysia, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman. Dipetik daripada laman web rasmi Ikatan Muslimin Malaysia, www.ismaweb.net.
Penuhi Cuti Musim Panas Dengan Aktiviti Bermanfaat – Dr Ihsan
Musim peperiksaan sudah lama berlalu, kini kita sudah pun berada di musim cuti musim panas. Pasti ramai dari kalangan kita sudah merancang malah sudah pun pulang ke tanahair tercinta untuk bercuti bersama keluarga. Namun begitu tidak kurang juga yang tinggal di Australia untuk mencari ruang pekerjaan untuk sedikit rezeki di ladang-ladang.
Justeru, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) [...]
Perutusan Sempena Eidul Adha 1430H
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar, Muhammad s.a.w, ahli keluarganya, para sahabatnya, para tabi’in dan muslimin yang mengikuti jejak mereka dengan ihsan.
Tugas Kita Bangkitkan Roh Masyarakat – Ustaz Halim
Mersing, 8 Nov – Naib Presiden I ISMA, Ustaz Abdul Halim bin Abdullah menegaskan bahawa ahli-ahli ISMA memikul tanggungjawab yang besar kepada masyarakat untuk membangkitkan iman dan roh mereka agar kembali kepada penghayatan kehidupan beragama Islam yang syumul. Memetik ungkapan Imam As-Syahid Hasan Al-Banna, beliau juga menyifatkan ISMA sebagai roh baru yang mengalir di dalam [...]
Stres Dan Tekanan di Musim Imtihan
Musim peperiksaan menjelang lagi! Peperiksaan ini bukan yang pertama dan bukan juga yang terakhir untuk kita… pengalaman dan perkenalan kita dengan peperiksaan ini bukannya baru, tetapi setiap kali menghadapi peperiksaan dirasakan seperti satu pengalaman yang baru, peraaan yang baru dan pengharapan yang baru. Inilah hebatnya kesan peperiksaan keatas diri pelajar. Ibarat cinta yang tidak pernah lentur dek masa.
ISMA Seru Umat Islam Bersatu Pertahankan Al-Aqsa
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengikuti perkembangan mutakhir di bumi al-Aqsa dengan penuh prihatin, kebimbangan dan harapan, dengan memanjatkan doa kepada Allah swt semoga pejuang-pejuang Palestin yang mempertaruhkan nyawa mereka dan berada di barisan hadapan bagi mempertahankan tanah suci Islam ketiga itu sentiasa dibekalkan dengan kekuatan dan ketabahan.
Ucapan Presiden ISMA Sempena Eidulfitri 1430H/2009
Berikut adalah ucapan daripada Presiden ISMA bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri 1340 Hijrah.
Sambutan Hari Raya: Dilema Antara Ibadah & Budaya
Saban tahun kita meraikan Hari Raya, namun tahukah kita apakah makna di sebalik sambutan hari raya. Sedarkah kita mengapa Allah mensyariatkan kita berhari raya. Ataupun kita sekadar mengikuti tradisi nenek moyang kita yang menyambut hari raya setiap tahun? Mereka beraya maka kita pun beraya.
