ISMA Australia » Bicara Pimpinan

Tanjong Pagar tanahair Islam
Tanjong Pagar, di tengah-tengah bandaraya Singapura. Ia bukan isu stesen, pembangunan atau korporat, akan tetapi ia adalah isu tanah, kedaulatan dan maruah agama dan umat.

Dalam perjuangan umat sepanjang sejarah kemanusiaan, penambahan atau pengurangan tanah atau wilayah jajahan adalah salah satu petujuk (indicator) akan turun naiknya kekuatan dan ketamadunan umat tersebut. Memerintah bumi merupakan salah satu kemuncak kejayaan sesebuah umat dan merupakan anugerah Allah yang paling besar apabila Dia hendak mengagungkan mereka.

FirmanNya bermaksud, “Kami hendak menganugerahkan kepada mereka yang tertindas di muka bumi dan Kami hendak menjadikan mereka pemerintah, dan Kami hendak menjadikan mereka yang mewarisi (wilayah  dan negara)”.

Sabda Rasulullah saw kepada Buhaira bin Firas, seorang kafir, yang meminta digilirkan kuasa pemerintahan kepadanya selepas Rasulullah saw, bermaksud, “Sesungguhnya bumi ini milik Allah. Dia akan mewariskannya kepada siapa yang Dia kehendakki. Kesudahannya nanti adalah untuk orang-orang yang beriman”.

Papan tanda “Selamat Datang ke Malaysia” di tanah Tanjong Pagar menunjukkan di sana masih ada tanahair Islam yang mesti dipertahankan.

Tanjong Pagar adalah sekeping tanah Malaysia yang terletak di tengah-tengah bandaraya Singapura. Ia merupakan tanah warisan pemerintahan Islam turun temurun sejak datangnya Islam ke Kepulauan Tanah Melayu. Apabila Tanjong Pagar pernah diperintah oleh Islam di bawah sistem Islam walau sebentar, apatah lagi berabad-abad lamanya, ia merupakan salah satu dari tanahair Islam yang mesti dipertahankan oleh umat Islam selamanya. Namun pada 24 Mei 2010 yang lalu, tanah Islam yang dicagar dan sepatutnya bertahan selama 999 tahun di bawah tadbir umat Islam Malaysia kini telah dipersetujui bersama akan berakhir pada 1 Julai 2011, lebih 900 tahun lebih awal dari tarikh yang sepatutnya.

Pulau Batu Putih, Johor.

Oleh itu isu mempertahankan tanah atau wilayah adalah terlebih dahulu merupakan isu kedaulatan dan maruah, sebelum isunya berkait dengan pembangunan dan dunia koporat. Di atas asas inilah, kita meratapi jatuhnya salah satu tanahair Islam, Pulau Batu Putih ke tangan Singapura pada 23 Mei 2008 yang lalu walaupun ia hanya merupakan sebuah kumpulan batu kecil di tengah lautan berhampiran negeri Johor yang tidak mempunyai nilai pembangunan dan korporat yang setanding dengan pulau dan tanah yang lain.

Najib (PM Malaysia) dan Lee Hsien Loong (PM Singapore).

Jika seorang Islam murtad, meskipun beliau dari orang kebanyakan sahaja, hanya seorang diri beliau tidak akan memberi kesan ketara kepada kekuatan dan ekonomi umat Islam secara kesuluruhan, akan tetapi kemurtadannya memberi kesan dan menconteng maruah di muka umat Islam itu sendiri. Hakikatnya isu Tanjong Pagar, sepeti mana isu Pulau Batu Putih, Andalus, Palestin dan tanahair-tanahair Islam yang lain adalah merupkan isu kedaulatan dan maruah yang difardhukan oleh Islam untuk kita mempertahankannya yang akan dipersoalkan oleh generasi Islam akan datang dan disoal oleh Allah swt di Hari Kiamat.

Mereka yang kurang memahami Fiqh Islam akan mengatakan bahawa umat Palestin di Gaza berjuang mempertahankan Masjid Al-Aqsa. Mereka tersilap. Tiada Masjid Al-Aqsa di Gaza, Palestin. Masjid Al-Aqsa terletak di Tebing Barat, Palestin. Akan tetapi hakikatnya, umat Islam Palestin mengorbankan ribuan syuhadak dan jutaan yang sanggup berlapar dikepung di setiap sempadannya semata-mata kerana mempertahankan tanahair Islam dari dijajah dan maruah agama Islam dari dicemari.

Sejarah manusia menunjukkan mana-mana umat yang leka dan lalai, tidak ada daya juang dan kesanggupan untuk berkorban, akan diliputi kehinaan dan akan kehilangan wilayah dan tanah jajahan mereka sedikit demi sedikit. “Allah tidak akan merubah nasib mereka melainkan mereka merubah apa yang ada di dalam diri mereka sendiri” (Al-Quran). Sebaliknya jika mereka berubah, mencintai dan berusaha ke arah kehebatan dan keagungan, Allah swt mengurniakan mereka tanah-tanah jajahan yang baru. (Foto: Konsert Search & Wings di KL yang dihadiri 20,000 penonton Melayu Islam Malaysia pada 1 Mei 2010. Tiga minggu selepas itu mereka kehilangan Tanjong Pagar, sekiranya mereka menyedari…).

Isu mempertahankan tanah, maruah dan kedaulatan bukan semata-mata menyangkut pemerintah dan kerajaan, akan tetapi ia juga adalah neraca dalam menilai sesebuah umat. Pemerintah tidak lain melainkan cermin kepada umatnya sendiri. Kerajaan yang lalai adalah lahir dari umat yang lalai dan megambil kesempatan dari kelalaian mereka. “Firaun memperbodohkana kaumnya lalu mereka mentaatinya. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik” (Al-Quran).

“Sesungguhnya membina umat-umat, mendidik masyarakat, berusaha mencapai cita-cita dan memenangkan prinsip-prinsip menuntut dari umat yang berusaha ke arah itu atau dari kumpulan yang menyeru ke arah tersebut sekurang-kurangnya memiliki kekuatan jiwa yang hebat yang dapat dilihat dalam beberapa aspek: Kemahuan yang kuat yang tidak dihinggapi penyakit lemah, kesetiaan yang teguh yang tidak dikotori oleh sikap kompromi atau pengkhianatan, pengorbanan yang besar yang tidak dihalang oleh sikap tamak atau bakhil, mengenali, meyakini dan menghormati prinsip yang memeliharanya dari kesilapan, penyelewengan, bertolak ansur atau tertipu oleh pihak lain” [Imam Hasan Al-Banna: Risalah Ke Arah Mana Kita Mengajak Manusia].

Adalah tidak terlewat bagi umat Islam untuk bangkit dan sedar dari lamunan mereka yang panjang. Allah swt tidak menciptakan mereka lalu membiarkan mereka tanpa pedoman. Sebaliknya Allah swt menurunkan Al-Kitab sebagai panduan, mendatangkan Ar-Rasul sebagai ikutan dan mengurniakan mereka pelbagai nikmat dan kelebihan untuk mereka berlumba-lumba dalam berjuang…

Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah,

Naib Presiden I,

Ikatan Muslimin Malaysia

Blog: Ini Jalanku

Bolehkah mereka dipercayai lagi?
“Mustahil bagi DAP berkompromi dalam hal ini. Kami tidak boleh kompromi agar negara berubah menjadi negara Islam (jika PR mengambil alih kerajaan pada masa depan),” kata Karpal.

“Ia sebuah negara sekular. Saya percaya Allahyarham Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri pertama) pernah menyebut sebelum ini mengenai Malaysia,” kata ahli politik veteran ini kepada The Malaysian Insider.

Karpal menyalahkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mengubah realiti sebuah negara sekular menerusi kenyataan-kenyataan politiknya yang dibuat oleh beliau pada masa-masa lalu, yang telah “mengelirukan orang ramai” berkenaan identiti Malaysia.

“Perlembagaan menyediakan peruntukan mengenai perkara ini. Tiada peruntukan dalam perlembagaan yang mengatakan Malaysia sebuah negara Islam.

“Agama rasmi Malaysia ialah Islam tetapi tidak bermakna ia sebuah negara Islam,” kata beliau lagi.

Karpal kelihatan terkejut apabila disebutkan bahawa PAS dalam ceramah-ceramahnya memaklumkan bahawa DAP sudah menerima konsep negara Islam secara perlahan-lahan dan menghormati pendirian PAS dalam hal itu.

“Pada 1988, Mahkamah Agung telah memutuskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular,” katanya. “Pada 1990, ketika satu ceramah di Sungai Pinang, akhbar-akhbar memetik saya mengatakan (bina) ‘negara Islam dengan melangkah mayat saya’,” katanya.

Jelas sekali bahawa mereka ingin merampas tampuk pemerintahan negara bukan untuk memartabatkan agama seperti kata beliau.

“Kita pernah menjalin pakatan pada masa lalu tetapi kita gagal. Apa yang membezakan sekarang ialah kami bersatu dalam mengetepikan musuh bersama iaitu Barisan Nasional. Buat masa sekarang, yang paling utama ialah mengambil alih Putrajaya daripada BN,” katanya.

Apa akan berlaku selepas PR mengambil alih kerajaan persekutuan nanti?

Karpal mengakui bahawa beliau belum dapat melihat bagaimana PAS atau DAP boleh berkompromi dalam isu ini.

“Akan tiba masa nanti apabila kita perlu menghadapi hakikat ini. Bagaimana kita akan berkompromi? Jika DAP berkompromi, ia bermakna ia menerima Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan jika PAS berkompromi, bermakna ia menerima negara sekular dan ini akan bertentangan dengan prinsip mereka sendiri.”

“Apa yang menyatukan Pakatan ialah PKR. Tanpa PKR ia akan kelihatan seperti yang sama sebelum ini,” kata Karpal.

Pemimpin-pemimpin DAP masih meletakkan harapan bahawa PAS akan mengubah pendiriannya dalam isu negara Islam. “Pemimpin-pemimpin PAS yang liberal, progresif merupakan kunci dalam mencapai persefahaman ke arah kompromi yang baik,” katanya lagi.

Kenyataan ini benar-benar telah mencabar umat islam di negara yang tercinta ini. Keberanian mereka dalam menyatakan hak dan pandangan mereka semakin hari semakin lantang dan diulang secara jelas dan terang. Saya amat yakin ini bukan hanya kenyataan individu tetapi adalah pendirian parti dan juga mereka yang sentiasa melaungkan kebebasan bersuara, kebebasan beragama, kebebasan berpolitik, kebebasan wanita dan bermacam kebebasan lagi. Semua ini mereka selindung dalam istilah “Human Rights”. Tidak dinafikan sebahagian dari seruan mereka itu ada kebenarannya terutama yang melibatkan undang-undang ISA dan yang seumpamanya tetapi yang ramai umat islam tidak sedar ialah mereka juga menuntut hak sama rata dalam beragama. Ertinya jika orang Islam boleh berdakwah kepada orang kafir maka mereka juga boleh berdakwah kepada orang Islam.

Saya tidak nampak ini isu politik atau isu untuk mendapat dokongan majoriti rakyat tetapi ini adalah isu kemuliaan agama Islam yang jelas diperkecilkan oleh mereka. Apapun alasan yang diberikan ia jelas merupakan satu tamparan hebat kepada pejuang Islam. Mereka bukan saja mencabar malah men”dictate”kan kepada kita. Ini satu suasana yang sangat membimbangkan apabila pihak musuh Islam berani meletakkan syarat dalam negara yang majoritinya adalah umat Islam.

Di mana izzahnya pejuang Islam? Adakah mereka ini boleh kita bawa berbincang? Bolehkah mereka dipercayai?

Saya sangat hairan, dalam keadaan mereka begitu tegas dengan pendirian terhadap Islam, masih ada lagi umat Islam yang “thiqah” dengan mereka. Tidak kurang juga ada yang kagum dengan “keikhlasan” mereka ini sehingga sanggup berkompromi dalam banyak perkara.

Aminuddin Yahaya,

Setiausaha Agung,

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Blog: Suara Dari Gunung

Kisah Piala Dunia 2006
Piala Dunia nama yang sinonim dengan perlawanan bolasepak antarabangsa, diadakan 4 tahun sekali. Ia pertandingan paling popular sehingga ia mengambil nama “Piala Dunia” atau “World Cup” tanpa menyebut nama jenis sukan tersebut berbanding sukan-sukan lain. Jika siaran secara langsung disiarkan di awal pagi seperti jam 3 atau 4 pagi, pastinya ramai manusia di merata dunia termasuk di Malaysia yang akan berjaga malam untuk menyaksikannya apatah lagi jika ia pertandingan akhir atau separuh akhir. Itu bagi manusia biasa terutama kaum lelaki. Adapun kepada ahli sukan lebih-lebih lagi pemain bola di semua peringkat samada negeri, daerah, sekolah mahupun peringkat kampung, sudah tentu mereka lebih setia mengikuti perlawanan-perlawanan bolasepak utama, lebih-lebih lagi Piala Dunia atau “World Cup”.

Saya masih ingat ketika saya diundang ke United Kingdom pada musim Piala Dunia 1998 atau 2002 (kurang ingat) untuk menyampaikan ceramah di satu perkhemahan musim panas, pihak penganjur terpaksa menyediakan sama kemudahan TV di tempat program kerana perlawanan akhir akan berlangsung semasa hari-hari program berjalan. Ini untuk menarik minat peserta-peserta baru atau sekurang-kurangnya perlawanan akhir tersebut tidak menjadi penghalang bagi mereka untuk menyertai Perkhemahan Musim Panas Islamik yang lebih memberi manfaat kepada mereka. Di masa yang sama juga saya mendapat tahu perlawanan akhir Piala Dunia yang jatuhnya pada pagi Ahad menyebabkan banyak gereja menangguhkan sembahyang mingguannya dari kebiasaannya diadakan di waktu pagi ke waktu petang!

Saya terlibat bermain bola sejak di bangku sekolah rendah ketika di sekolah mahupun di kampung. Ketika di peringkat sekolah menengah, saya bermain bolasepak mewakili Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan, Pahang pada tahun 1981 atau 1982. Di antara perlawanan yang saya masih ingat ialah perlawanan bolasepak di antara MRSM Kuantan melawan Sekolah Menengah Sains (SMS) Pahang (kini Sekolah Sultan Ahmad Shah kalau tak silap), Jalan Gambang, Kuantan, Pahang, yang berkahir dengan kekalahan di pihak kami. Di tahun-tahun 1981-1982, saya juga di antara pemain yang mewakili MRSM Kuantan dalam pertandingan sepak takraw dan tennis. Walaupun sudah terlibat dalam amal dakwah ketika itu, di samping akan menghadapi peperiksaan SPM 1982, saya masih mendapati masa dan ruang untuk berlatih dan mewakili Maktab dalam acara-acara sukan tersebut. Masa masih banyak ketika di usia tersebut.

Adapun pada hari ini, tanggungjawab terhadap Allah dan dakwah, menjaga dan meningkatkan diri sendiri, memimpin dan membimbing keluarga, mendidik sanak saudara serta menyelamat dan membina masyarakat telah mengisi segenap ruang hidup dan masa saya, sehingga ia juga sering mencuri masa tidur, makan dan rehat. Sering juga masa untuk meningkatkan diri melalui pembacaan dan bertaamul(pengamatan) hilang entah ke mana di celah-celah kesibukan mengharung tanggungjawab dakwah yang berbagai. Tanpa saya sedari acara-acara popular di dunia sudah menjadi asing dari kamus hidup Pendakwah di Jalan Allah ini. Tiada satu acara sukan pun yang tersenarai dalam fikiran. Pernah suatu hari di tahun 1998 ketika di kampung isteri, setelah melihat saya tidak memberi respon yang “natural” ketika berbual-bual, abang ipar saya bertanya kehairanan, “Nama yang kita sebut tadi ‘Siti Nurhaliza’, Halim kenal tak?”. Saya menjawab, “Tak”. Dia menjelaskan, “Siti Nurhaliza ni penyanyi paling terkenal di tanahair ketika ini”.

Setelah 8 jam di udara, pesawat mendarat di Melbourne Airport. Saya cuba berpakaian biasa, bertshirt, supaya tiada masalah soal jawab tentang keganasan (terrorism) di imigresen nanti, apatah lagi pasport saya penuh dengan cop negara Saudi, Mesir, Syria, Lubnan dan Jordan. Seorang pegawai memeriksa beg sambil seorang lagi menanya soalan-soalan termasuk pandangan saya tentang “Jihad”, Usama bin Laden dan sebagainya. “How is it goin’ mite?”. “Not too bad, thanks”, jawab saya. Saya seronok menjawab soalan mereka menggunakan slang Australia yang saya masih ingat ketika hidup 5 tahun di sini dulu. “Okie (okay), that’s it. Have a nice die (day) mite (mate)”, kata beliau mengizinkan saya masuk ke Australia.

Saya yang kononnya berketerampilan “happy go lucky” bersyukur kerana dimudahkan Allah masuk ke bumi Australia, tapi rupanya soalan belum habis lagi. ”By the wie (way), who do you think will win tonite” (kamu agak siapa yang akan menang malam ini), tanya beliau berseloroh. “Who? Win what?”, tanya saya. “Yeah, tonite. Who do you think will win the match tonite?”. Saya mula resah kerana bukan sahaja tak tahu nak jawab apa, bahkan saya tak tahu apa yang berlaku pun malam tu. Rupa-rupanya di saat itu perlawanan akhir Piala Dunia 2006 sedang rancak berjalan secara langsung!! Sepanjang perjalanan dari Melbourne Airport ke rumah teman di metropolitan Melbourne, jalan raya lengang tanpa kenderaan bergerak. Semua orang berada di rumah menyaksikan perlawanan akhir tersebut, sedang saya tidak mengetahuinya langsung!

Walaupun nampaknya keterampilan “happy go lucky” yang cuba saya rancang di Melbourne Airport seperti di atas rupanya masih belum sempurna kerana jejaka ini tak mengikuti pun World Cup yang menjadi kegilaan ramai manusia seluruh dunia, namun saya bersyukur kerana Allah swt masih menjaga diri saya dari kelalaian yang telah menjadi kebiasaan masyarakat dunia. Sehingga ke hari ini, kisah di atas menjadi salah satu modal saya dalam mendidik anak-anak dan sahabat-sahabat akan erti perjuangan dengan sepenuh masa, jiwa dan raga serta penuh fana dan tajarrud dalam Amal Islami.

“Kamulah umat yang terbaik yang pernah dikeluarkan untuk manusia. Kamu menyeru kepada makruf dan kamu mencegah dari kemunkaran dan kamu beriman kepada Allah” (Al-Quran).“Wahai (Nabi) Yahya, ambillah Kitab ini dengan kuat (bersungguh dalam memperjuangkannya)”(Al-Quran).

Kisah di atas bukan ingin membincangkan hukum syarak tentang menonton Piala Dunia atau sebarang perlawanan rasmi sukan-sukan luar negara dan tanahair, akan tetapi ia membentang hakikat mengenai fokus amal harian para duat di jalan Allah, ruang masa yang kita susun dan peruntukan, serta kesungguhan kita untuk mencapai matlamat jauh membina Individu Muslim, Keluarga Islam, Masyarakat Islam, Kerajaan Islam, Negara Islam, Khilafah Islam dan Memimpin Alam dengan Islam yang kita warisi dari Rasulullah saw dalam menuju redha dan syurga Allah swt.

Ketika di Darul Ulum, Universiti Kaherah, setelah selesai ujian lisan di depan barisan pensyarah ulamak Bahasa Arab, sebelum Hasan Al-Banna bangun, mereka bertanya satu soalan sekadar ramah mesra, “Apakah rangkap yang paling engkau sukai, wahai Hasan?”. Hasan Al-Banna yang menghafaz 18,000 rangkap syair menjawab, “Yang paling aku sukai ialah rangkap Qadin tadabuka li amrin, In fatinta lahu farbak linafsika an tar’aa maal hamali” (Mereka telah mencalonkan engkau untuk satu urusan (penting). Jika engkau sedar (harapan itu), jauhilah kamu dari (bergelumang) dalam perkara yang remeh temeh (kerana ini akan menghampakan harapan mereka terhadap kamu)). Kesemua pensyarah terpegun dan kagum sambil berkata, “Telah lama kami bekerja di sini dan telah ramai mahasiswa/i yang telah kami tanya, namun yang memberikan jawapan yang sama dengan kamu ialah Asy-Syeikh Muhammad Abduh, ketika beliau seorang mahasiswa di sini 20 tahun yang lalu. Kami nampak kamu wahai Hasan akan memainkan peranan yang besar di hari muka”. Syeikh Muhammad Abduh adalah ulamak termasyhur di abad 19, mengelilingi dunia Islam, menyedarkan mereka akan bahaya penjajahan Barat yang sedang membelenggu mereka, sedang umat Islam ketika itu leka dan rela.

Umat Islam zaman ini hanyut di dalam kejahilan dan kefasikan di satu aspek, dan diserang habis-habisan oleh musuh-musuhnya di satu aspek yang lain. Ketika ini Allah swt telah memilih kita untuk memikul panji-panji perjuangan Islam yang pernah dipegang oleh para Anbiyak as, Rasulullah saw, para Sahabat ra dan para Tabi’en. Umat Islam telah melihat kitalah orangnya yang akan menyelamatkan mereka dari kemelut yang sangat sengit dan dahsyat ini. Jika kita sedar akan harapan mereka yang tinggi ini, kenapakah kita masih bergelumang dengan perkara dan acara yang remeh-temeh? Ayuh, tinggalkan semua yang remeh-temeh itu, marilah bekerja bersama kami menjayakan agenda umat yang besar lagi pasti dibantu dan dimenangkan Allah swt.

Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah,

Naib Presiden I,

Ikatan Muslimin Malaysia

Blog: Ini Jalanku

Bangsa Perkasa Bermula dengan Keluarga yang Sejahtera – Ustaz Halim
Shah Alam – Forum Keluarga Muslim anjuran Biro Wanita dan Keluarga ISMA Shah Alam & Klang (SAK) dengan kerjasama Biro Baitul Muslim ISMA SAK dan Persatuan Belia Islam (PEMBINA) Selangor telah diadakan dengan jayanya di Kompleks Yayasan RESTU, Taman Seni Islam, Shah Alam. Kehadiran seramai hampir 120 peserta, melebihi sasaran yang dijangkakan dan majoriti peserta adalah bujang yang rata-ratanya berazam untuk membina keluarga Islam (Baitul Muslim).

Majlis telah dirasmikan oleh Yang Dipertua ISMA SAK, Dr. Amirudin Abd Wahab dengan diikuti oleh slot pembentangan kertas utama dan slot forum. Untuk slot yang pertama, bertajuk “Bait Muslim” disampaikan oleh Ustaz Abdul Halim Abdullah, Naib Presiden ISMA  sementara slot forum dikendalikan oleh Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia ISMA SAK, Ustaz Mohd Azrin b Shamsudin dengan ahli panel yang terdiri daripada Ustazah Norakhilah Baharin, Ketua Wanita ISMA Perak dan Encik Shahril Sharip Atiqi dari Sekretariat Luar Negara ISMA (SEKTAR).

Sebagai mukaddimah kertas kerja Bait Muslim, Ustaz Abdul Halim banyak menekankan kepada perlunya pemahaman yang jelas terhadap konsep & matlamat Bait Muslim itu sendiri bagi memahami aspek positif dan menangani elemen-elemen negatif berkaitannya serta halatuju, wasilah, cabaran serta bekalan dan persiapan yang di perlukan dalam membina baitul muslim ini.

Menurut Ustaz Halim, kini musuh-musuh Islam telah menembusi benteng kubu terakhir umat Islam iaitu di peringkat individu muslim. Mereka telah melalaikan kita dengan pelbagai hiburan yang melampau dan melalaikan disamping merencanakan agenda-agenda yang telah menjadikan umat Islam kita rata-ratanya tidak tahu apakah fungsi dan peranan utama mereka hidup di bumi Allah ini.

“Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlanjutan. Setiap kita bertanggungjawab untuk membina semula tamadun Islam yang agung ini bermula di institusi kekeluargaan selepas individu Muslim yang menepati saranan Islam sebenarnya. Tugas ini cukup besar dan berat yang memerlukan kita bersedia dari pelbagai aspek seperti kefahaman agama yang jelas, fizikal, spiritual dan material ” ujar beliau lagi.

Selain itu, pembentang menerangkan betapa pentingnya pengetahuan hukum hakam serta panduan menentukan ciri-ciri pemilihan pasangan bagi memastikan penerusan tarbiyyah dan dakwah yang lebih mapan dan jitu. Perkongsian pengalaman beliau yang telah membina baitul muslim pada usia yang muda di luar negara dengan contoh-contoh menarik dari pengalaman beliau dalam melayari baitul muslim disamping aktif di medan amal.

Slot forum telah menyajikan perbincangan yg lebih telus dan spesifik  dalam tajuk-tajuk memilih pasangan. Antaranya ciri-ciri calon isteri atau suami, batas-batas perhubungan semasa bertunang, adat-adat yang digalakkan dalam Islam serta, adat hantaran masyarakat Melayu, istilah ”sekufu”, bakal isteri lebih tua, isteri lepasan ijazah, suami lepasan SPM. Beberapa soalan dari peserta juga telah menyemarakkan lagi perbincanagn pada petang tersebut. Individu muslim yang aktif dengan dakwah perlu membuat persedian supaya jelas apabila melangkah ke alam rumahtangga dan seterusnya membina  keluarga dan melahirkan zuriat yang terbentuk daripada jati diri dalam diri mereka. Seiring dengan kata-kata bijak pandai,i nsan-insan yang cemerlang dilahirkan daripada keluarga yang cemerlang.

Di samping itu, program ini juga telah memberi panduan kepada mereka yang mempunyai anak-anak  dan sedang meningkat dewasa. Apakah tindakan yang sewajarnya yang harus diambil oleh ibu bapa dalam mencari pasangan untuk anak-anak. Apakah keutamaan yang harus diambil berat dan banyak lagi.

Forum tamat pada jam 6.00 petang di mana beberapa  peserta merasai masa agak suntuk dan mencadangkan perlunya satu daurah khas bagi membincangkan tajuk Baitul Muslim ini. Moga usaha menjalankan forum ini dapat membantu ahli ISMA membuat persediaan ke arah pembinaan keluarga muslim dan seterunya pembinaan masyarakat muslim yang jelas halatuju dan tanggungjawab penciptaan mereka di muka bumi ini. InsyaAllah.

Sumber: Laman Web ISMA Shah Alam & Klang

Renungan kematian Adik Aminulrasyid
Membunuh atau mengambil ruh seseorang tanpa hak adalah sangat dikeji oleh Allah swt dan syariat Islam. Tidak dibenarkan melainkan jika sabit dalam kes-kes tertentu seperi balas bunuh (qisas), zina orang yang muhsan (telah berkahwin) dan sebagainya. Bahkan ketika membunuh dengan hak, Allah swt menyarankan dibunuh secara baik setelah melalui prosedur mahkamah yang teliti dan tiada langsung noktah yang syubhah (tidak jelas).

Hadis Nabis aw bermaksud, “Dan apabila kamu membunuh, maka perelokkan pembunuhan tersebut”. Sebaliknya jika membunuh tanpa hak, Allah menjanjikan Neraka Jahannam, dia kekal di dalamnya, Allah murka dan melaknatnya, menyiksanya dengan azab yang pedih. Firman Allah swt bermaksud, “Sesiapa membunuh orang beriman dengan sengaja, maka balasan untuknya ialah Neraka Jahannam, kekal di dalamnya, Allah murka dan melaknatinya, dan Allah menyediakan baginya azab yang besar” (An-Nisak: 93). Di dunia, pembunuh terbabit dibalas bunuh (qisas).

Adik Aminulrasyid ditembak mati di dalam kereta yang dipandunya dengan tidak mengikut arahan atau berhenti di sekatan polis. Criminal Procedure Code (CPC) menggariskan bahawa menembak untuk membunuh (Shoot To Kill) hendaklah terhadap jenayah yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup. Umum melihat memandu laju dan tidak berhenti di sekatan polis, hatta (bahkan sehingga) tuduhan terdapat parang di dalam kereta berkenaan belum menjustifikasi (mengiyakan) sebarang bentuk tindakan Shoot To Kill (menembak untuk membunuh) boleh dilakukan.

Mengamati isu pihak keselamatan dari kalangan orang Melayu Islam menembak orang Melayu Islam lain,  peristiwa menembak Adik Aminulrasyid mengingatkan saya akan Peristiwa Memali yang berlaku di Baling, Kedah pada 19 November 1985, kira-kira 25 tahun yang lalu. Ketika itu saya sedang menuntut di Australia dan baru 4 bulan berkahwin. Dari akhbar Malaysia yang saya baca di Australia selepas kejadian itu, saya menyangka ianya adalah serangan pihak keselamatan ke atas sekumpulan komunis di sempadan Malaysia-Thailand. Beberapa minggu selepas tragedi itu, saya dan isteri pulang bercuti di Malaysia, menziarahi isteri Asy-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmud di Kg Memali dan dapat mendengar apa yang berlaku dari sumber di sebelah pihak yang lain pula. Walaupun ramai pelawat blog INIJALANKU hari ini adalah di kalangan remaja / belia yang ketika kejadian itu mereka masih belum dilahirkan, tetapi memahami sejarah lalu adalah memahami kehidupan hari ini dan esok.

Saya bukan menyamakan kedua-dua tragedi umat Islam di atas. Walaupun kedua-dua tragedi tersebut banyak berbeza di segi latarbelakang dan dalam banyak aspek, namun di antara persamaan kedua-dua kejadian di atas ialah:

Kedua-duanya melibatkan orang Melayu Islam samada dari pihak yang menembak mahupun pihak yang ditembak mati.

Orang yang ditembak mati tidak memiliki senjata api atau kekuatan yang setimpal dengan kekuatan pihak keselamatan yang memiliki senjata api automatik dsb.

Moga Allah swt menempatkan mereka yang terbunuh di SyurgaNya, memberi kesabaran kepada para waris yang kehilangan mereka yang tersayang, mendekatkan umat kita kepada penghayatan Islam dan memperbaiki kehidupan bermasyarakat di dalam negara kita. Ameen.

Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah,

Naib Presiden I,

Ikatan Muslimin Malaysia

Blog: Ini Jalanku

Kesatuan itu ikatan aqidah umat
“Taatilah Allah dan RasulNya. Jangan kamu berbantah-bantah lalu kamu rosak dan hilang kekuatan kamu. Bersabarlah kamu. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (Al-Anfaal:46)

Tiada yang memberi kekuatan kepada umat Islam, bahkan kepada mana-mana perjuangan manusia dan jin melainkan Kesatuan. Namun Allah swt mentaqdirkan bahawa kesatuan yang hakiki itu adalah kesatuan hati dan aqidah, sebelum kesatuan badan dan organisasi. Dari sini Tarbiyah Islamiyah demi meningkatkan Iman dan Taqwa mendapat keutamaan tertinggi dalam perjuangan di mana sahaja termasuk Malaysia.

“Yang aku mahu dengan Ukhuwwah itu ialah hati-hati dan ruh-ruh diikat dengan ikatan Aqidah. Aqidah adalah seerat-erat dan semahal-mahal ikatan. Ukhuwwah adalah adik beradik Iman. Perpecahan adik beradik kufur. Kekuatan pertama ialah kekuatan Kesatuan. Tiada Kekuatan tanpa kasih sayang. Kasih sayang paling minima ialah berlapang dada dan kasih sayang paling maksima ialah tahap Ithar (melebihkan orang lain dari diri sendiri)” [Hasan Al-Banna]

Di Malaysia, bilangan penduduk Islam semakin meningkat (60-70%, sekitar 2/3) berbanding kaum agama lain. Nisbah yang ketara ini boleh mempengaruhi kaum yang lain di dalam pengundian di Parlimen sehingga mencapai 80-90% (melebihi 2/3), jika umat dan wakil rakyat Islam baik dalam akhlak, teladan, agenda dan kepimpinan mereka.

Para wakil dan pemimpin umat Islam bertarung di dewan.

Ramai merasakan kemuncak kekuatan umat Islam di Malaysia ialah apabila pimpinan semua 3 parti UMNO, PAS dan PKR serta NGO-NGO utama dapat duduk bersama dan bekerjasama dalam perkara-perkara yang disepakati serta menguzurkan perkara-perkara yang masih belum disepakati (nata’awanu fima ittafaqna alaih, wa yakzuru ba’duna ba’dan fima ikhtalafna fihi).

Namun begitu, mereka adalah pemimpin-pemimpin yang bagaimana? Yang dipilih oleh ahli-ahli yang bagaimana pula? Mereka adalah pemimpin yang memahami Islam dan agendanya, bekerja demi menjayakan misi dan risalah Islam bersama pimpinan lain di Dunia Islam. Mereka bekerja menjayakan agenda ahli-ahli dan umat yang berada di bawah. Disebabkan ahli-ahli di bandar dan kampung sangat merindui kesatuan dan keagungan Islam di DUN, Parlimen dan negara, para pemimpin yang bersemangat Agama dan rakyat seperti yang saya sifatkan di atas tidak sukar untuk duduk semeja dengan ikhlas.

Sidang antara pemimpin HAMAS dan FATAH sentiasa berakhir dengan kegagalan walaupun umat Palestin dan mereka sendiri semuanya sedang dijajah kejam oleh musuh dari Barat dan Timur. Ini adalah kerana capaian dan agenda musuh sedang juga berada di meja perundingan !! Tiada kesatuan harapan umat yang dapat dicapai selagi keadaan begini.

Namun bukan sahaja di Malaysia, bahkan di negara berdepan musuh yang terang-terangan seperti Palestin, pimpinan umat Islam seperti pimpinan FATAH gagal duduk bersama HAMAS dll. Bahkan mereka telah sepakat dan bersumpah di depan Kaabah, namun ikatan “Perjanjian Mekah” dibawah mediator (orang tengah) Raja Abdullah dari Saudi Arabia sendiri hancur terurai “sebelum kedua-dua belah pihak mendarat di negara mereka dalam perjalanan pulang”. ” Faktabiru ya ulil Absar(Ambillah pengajaran wahai orang yang mempunyai pandangan)” (Surah Al-Hasyr). Sebabnya ialah pimpinan kumpulan yang menggagalkan kasatuan yang diimpikan :

Keluar masuk parti mengakibatkan jatuh bangun kerajaan di Malaysia. (Foto Hiasan)

Tidak memiliki iman dan akhlak Islam yang sejati. Dengan itu mereka berpolitik kerana kepentingan diri untuk mengaut keuntungan dunia semaksima boleh buat diri dan suku sakat sendiri.

Menjalankan agenda luar (Amerika, Zionis Israel, Barat, Timur dan seumpamanya), bukan agenda umat Islam mereka sendiri.

Dipilih oleh ahli-ahli dari sebahagian rakyat yang tidak memahami, menghayati dan memperjuangkan Islam. Adalah mustahil ahli-ahli yang Islamik, yang mempunyai agenda dan memahami risalah hidup mereka di dunia ini, memilih pimimpin mereka dari kalangan orang-orang yang fasik, menjalankan agenda luar dan berkepentingan diri. Jika berlaku juga sedemikian, ini bermakna ahli-ahli itu sendiri fasik dan mesti ditarbiyah dengan Islam sebaiknya. “Fastakhaffa qaumahu fa atohu. Innahum kaanu qauman fasiqin (Maka Firaun memperolokkan kaumnya, lalu mereka mentaatinya. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik)” (Az-Zukhruf : 54).

Kuasa-kuasa Besar mempunyai dan memaksa agenda mereka di negara-negara dunia terutama negara-negara umat Islam. Pemimpin umat Islam menjalankan agenda pihak luar atau agenda umat sendiri ? (Foto hiasan : Presiden Perancis, Sharkozy bersama Presiden Mesir, Husni Mubarak (atas) dan Perdana Mentari Israel, Netanyahu bersama Presiden Mesir, Husni Mubarak (bawah)).

Oleh itu dalam menyatukan pimpinan umat Islam, fokus hendaklah diberi kepada mendidik ahli atau rakyat dalam umat Islam itu sendiri, bukan sekadar memomokkan isu kesatuan kepada para pemimpin sedang mereka mempunyai berbagai agenda-tidak-Islamik dan dipilih oleh ahli-ahli yang jauh dari penghayatan dan risalah Islam yang sejati. “Adakah kita hendak menghimpunkan angka-angka (pimpinan) yang kosong“ [Al-Imam Amir Syakib Arsalan].

Fokus amal anda kepada mendidik diri, keluarga dan masyarakat Islam. Pada mereka tersimpan kekuatan yang sebenarnya. Umat yang mengimani sesuatu Risalah adalah umat yang tahu memilih wakil atau pemimpin mereka yang mencintai kekuatan melalui Kesatuan. (Foto hiasan : Ustaz Syeikh Ahmad Yaasin yang mendidik masyarakat Palestin menjadi masyarakat qudwah di Abad 21 di banyak aspek seperti jihad, kebajikan, pendidikan, maruah umat, berprinsip, tidak tunduk kepada kehinaan, berani dan sebagainya).

Dengan ini, membina Fard Muslim (individu Islam), Bait Muslim (keluarga Islam) danMujtamak Muslim (masyarakat Islam) merupakan awlawiyat (priority) kepada perjuangan Jemaah Islam, seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Tumpukan perhatian kepada masyarakat Islam itu sendiri, bina kembali jatidiri (identity) keIslaman mereka setelahmana berjaya dirosakkan oleh musuh sehingga mereka bergelumang dengan kefasikan. Jangan dialihkan pandangan kalian dari mereka lantaran sibuk dengan sepak terajang strategi ahli-ahi politik yang rosak lagi tidak ikhlas. Kekuatan besar pada hari ada tersimpan didalam umat Islam itu sendiri, bukan sangat pada orang-orang kenamaan mereka. Oleh kerana kesatuan itu ialah pada ikatan hati-hati, maka tarbiyah Islam yang mengikat dengan Ikatan Aqidah itulah yang sebenar-benar dan sekuat-kuat ikatan. “Nahnu qaumun a’azzanallahu bil Islam. Famahma nabtaghi  al-Izzah bighairi ma a’azzanallahu, azannallahu !! (Kita adalah kaum yang diagungkan Allah dengan Islam. Sekiranya kita mencari keagungan dengan cara selain cara sedemikian, Allah akan hina kita) [Khalifah Umar Al-Khattab ra].

“Membimbing masyarakat ke arah Mujtamak Islam ialah dengan menyebarkan Dakwah Islam kepada mereka, membenteras kelucahan dan kemunkaran, mendorong kearah kebaikan, mengajak kepada makruf, bersegera melakukan kebajikan, menarik pandangan umum (public opinion /arus perdana) ke arah berpihak kepada Fikrah Islam, mencorak suasana masyarakat dengan Fikrah Islam sentiasa” [Hasan Al-Banna]

Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah,

Naib Presiden I,

Ikatan Muslimin Malaysia

Blog: Ini Jalanku

Baiah Diberi Atau Diminta?
Baiah adalah satu makanisma tradisional yang digunakan dalam semenjak zaman Rasulullah s.a.w lagi. Ia boleh diterjemah dengan maksud janji setia antara dua pihak yang berbaiah.

Antara baiah-baiah yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w ialah Baiah Jihad, Baiah Nisa’, Baiah Ridhwan dan sebagainya. Diriwayatkan bahawa para sahabat juga melakukan baiah sesama mereka untuk melakukan sesuatu amalan ketaatan. Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w berlaku satu lagi baiah yang besar iaitu baiah khalifah. Demikian beberapa contoh baiah yang telah berlaku pada zaman tasyrik (pensyriatan).

Hari ini amalan berbaiah masih lagi diamalkan oleh sesetengah organisasi/jamaah dakwah. Sebagaimana biasa saya tidak bermaksud ingin mengulas tentang tajuk ini dari segi akademiknya, selain meninjau cara amalan yang telah mencetus berbagai kesan buruk kepada pengikut-pengikut organisasi dakwah diserata dunia. Isu ini telah menjadi punca perbalahan antara anggota berbagai jemaah termasuk di Malaysia apabila mereka cuba mengadaptasikan mafhum baiah khalifah dalam amalan organisasi mereka.

Dengan adaptasi tersebut berbaiah dengan pemimpin organisasi seolah-olah berbaiah dengan khalifah yang membawa implikasi sesiapa yang melanggarnya dianggap bughah yang harus diperangi, “halal darah”, maruah dan harta benda mereka.

Sebagaimana ia menjadi masalah dalam satu organisasi ia juga berlaku antara organisasi sehingga kepimpinan satu kumpulan seoalah-olah mencalunkan diri mereka sebagai khalifah muslimin dan sesiapa yang tidak menyertai organisasi mereka juga dianggap sebagai pengkhianat, bughoh, berdosa, keluar dari Islam dan “halal darah” dan maruah mereka.

Oleh kerana kefahaman dari adaptasi yang salah ini telah menjadi punca perbalahan yang panjang antara pengikut-pengikut berbagai organisasi dakwah  yang langsung tidak memberi faedah kepada amal Islami bahkan sebaliknya tambah melemahkannya maka pembetulan perlu dibuat bagi merungkai kekusutan yang yang telah berpanjangan begitu lama itu.

Jesteru kajian semula telah dilakukan oleh berbagai pihak dan didapati bahawa ulamak sepakat dengan satu kesimpulan bahawa baiah organisasi ini bukan baiah khalifah. Kepimpinan mana-mana organisasi dakwah tidak boleh menganggap diri mereka sebagai khalifah muslimin dan bertaamul dengan orang diluar organisasi sebagai bughah yang halal darah, musuh agama  dan seumpamanya.

Mereka juga sepakat bahawa baiah organisasi dakwah boleh di tolak/dibatalkan/ditarik balik pada bila-bila masa apabila orang yang berbaiah tidak lagi yakin dengan kepimpinan organisasi tersebut atau pihak-pihak yang berbaiah secara sekata merasakan bahawa baiah yang dimeterai tidak lagi sesuai untuk di patuhi.

Walaubagaimana pun, pada saya tidak salah bagi mana-mana organisasi ingin mengadaptasi mafhum tersebut selama ianya difahami dalam lingkungan yang betul sebagai satu bentuk istinas.

Isti’nas ialah satu bentuk istinbat (pengambilan hukum) yang lebih rendah dari qiasdimana segala implikasi hukum asal tidak boleh/semestinya diaplly padafuruk(cabang), tetapi sekadar satu bentuk peniruan atau ambil semangat sahaja.

Maksudnya organisasi boleh mendidik anak buah supaya taat kepada pemimpin organisasi seolah-olah mereka taat kepada khalifah (yakni seoalah-olah kepimpinan organisai adalah simbul kepimpinan Islam bagi anak buah organisasi tersebut), dalam keadaan mereka sedar bahawa pemimpin tersebut bukan khalifah muslimin dan mereka faham bahawa kegagalan dalam memenuhi tuntutan baiah tersebut oleh mana-mana individu tidak membawa implikasi seperti keluar dari ketaatan kepada khalifah muslimin.

Dengan kejelasan ini kepelbagaian organisasi dakwah atau apa-apa permasalahan dalaman antara pihak-pihak dalam organisasi tidak menyebabkan pergaduhan dan perbalahan sesama anggota organisasi dakwah sama ada sesama dalam sebuah organisasi atau antara organisasi.

Ini adalah kerana berbilang organisasi dan kemunculan ramai pemimpin melalui berbagai organisasi tidak menyebabkan mana-mana organisasi atau anggotanya terkeluar dari agama dan harus diperangi. Hubungan antara anggota berbagai organisasi dakwah masih terikat dengan kewajiban wala’ dan ukhuwah. Mereka masih terikat dengan tanggunjawab silaturrahim dan kewajiban mempertahankan maruah dan darah sesama Islam.

Betapa besarnya dosa permusuhan yang telah dilakukan akibat perbezaan dan perselisihan dalam organisasi dakwah. Dalam nak buat baik kita telah melakukan banyak dosa.

Kembali kepada isu tajuk.

Apabila kita memahami bahawa baiah jamaah adalah semata-semata isti’nasdaripada baiah khalifah maka baiah tersebut berfungsi dari satu aspek sahaja iaitu dari segi  memberi keabsahan dalam perlantikan pemimpin organisasi, tetapi ia tidak sampai menjadikan pemimpin organisasi tersebut sebagai khalifah. Oleh itu baiah tersebut menjadikan sesaorang itu pemimpin organisasi yang sah tetapi ia tidak boleh memaksa ketaatan keatas pengikut dengan kekerasan atau kekuatan. Jadi baiah diperlukan oleh pemimpin tetapi tidak boleh dipaksakan kepada pengikut kecuali dengan kerelaan dan kehendak sendiri.

Baiah jamaah bermaksud menyerahkan hak untuk menentukkan keputusan dalam hal ehwal urusan dakwah seperti menentukan visi, misi, perancangan, strategi dan polisi berdasarkan perlembagaan kepada sesaorang pemimpin yang diyakini dan melengkapi syarat yang sesuai dengan tugasnya.

Jika perkara tersebut tidak terpenuhi seperti pemimpin itu lemah,  musayyas (alat politiking), tidak dapat menjalankan tanggungjawab  dakwah yang sepatutnya , masih banyak  medan amal yang tidak ditangani atau apa-apa keadaan dimana peranan kepemimpinan dakwah tidak terlaksana, sedangkan urusan muslimin semakin hari semakin menuju kehancuran, ketamakan kuffar semakin hari semakin rakus, jika terdapat pada masa itu sesaorang yang independent yang memiliki kelayakan dan sokongan, tidak harus baginya mengelak dari tampil untuk mengambil tanggungjawab menyelamatkan agama dan dakwah.

Beliau layak menerima mandat dan sokongan masyarakat tanpa perlu terikat dengan apa-apa tradisi atau tertakluk kepada mana-mana intrumen untuk memberikannya keabsahan kepemimpinan dakwah kepadanya (yakni samada disokong oleh ahli halli wal aqdi atau tidak). Kerana ia melaksanakan tanggunjawab yang wajib untuk menjaga maruah umat dan mempertahankan ketinggian agama Islam.

Ulamak telah sepakat bahawa seorang yang di ceroboh wajib membela diri dan maruah walau terpaksa kobankan diri dan begitu juga sesaorang yang melihat orang yang  dalam kecemasan wajib membantu jika ia mengetahui dirinya memiliki kemanpuan tanpa perlu meminta izin dari penguasa atau sesiapa, maka lebih-lebih lagilah wajibnya sesaorang yang independent jika ia tahu dirinya memiliki kemanpuan untuk menampilkan diri menyelamatkan agama dan maruah umat yang sedang dalam keadaan bahaya.

Oleh itu saya menyarankan agar semua pihak berpegang kepada keluasan unjuran fikah ini. Setiap kumpulan persiapkan diri masing-masing dengan segala kelengkapan untuk membela agama dan menyelamatkan umat tanpa kita menutup ruang persaingan yang sihat atau terperangkap dengan interpetasi silap atau pegangan dari adaptasi yang tidak tepat yang akan menjerumuskan kita dalam perbalahan yang tidak berfaedah serta mematikan ijtihad, daya usaha dan kreativiti sedangkan keadaan begitu mendesak dan memerlukan.

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman

Presiden

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Blog: Perjalananku

Qudwah Jama’i, Tanggungjawab Besar ISMA
Menegakkan qudwah jama’i menjadi tanggujawab besar ISMA pada marhalah ke depan ini. Sebagaimana kita semua faham bahawa dakwah terbahagi kepada dua sudut; qauli yang kita istilahkan sebagai bayan atau keterangan dan amali yang kita istilahkan sebagai qudwah.

Kedua-dua sudut ini perlu berjalan seiring. Pada masa kita mengajak orang kepada Islam/fikrah kita kita perlu dalam masa yang sama tunjukkan contoh apa yang kita seru secara amali. Kita pernah dengan satu pepatah berbunyi, “Perbuatan seorang kepada seribu orang lebih baik berbanding kata-kata seribu orang kepada seorang”. Demikian besarnya kesan qudwah berbanding bayan dalam dakwah.

Saya sering bercakap tentang kepentingan kita menguasai wasilah al bayan seperti kemahiran berceramah, berpidato, berdailog, menulis karangan, analisa, cerpen cerita, berkarya, berlakon, berseni dan sebagainya dan masih lagi menyeru untuk itu. Tetapi yang menjadi topik perbincangn ini ialah aspek amali iaitu qudwah.

Qudwah pula terbahagi kepada dua; qudwah diperingkat individu dan qudwah diperingkat jamaah/kumpulan.

Saya sering bercakap tentang qudwah diperingkat individu dan masih menyeru agar kita terus menampilkan kesungguhan dan kesegaran penghayatan Islam dalam segenap aspek kehidupan peribadi kita.

Kali ini saya ingin menarik perhatian ikhwah semua tentang peranan baru yang bakal dipikul oleh ISMA iaitu membentuk qudwah jama’i. ISMA perlu lahir sebagai simbul penghayatan Islam yang amali dalam bentuk jama’i. Ia merupakan satu tanggungjawab yang besar tetapi tidak dapat dielakkan.

Kita perlu menjadi simbol kepada pembentukan keluarga yang Islamik, simbol dalam pendidikan anak remaja yang baik, simbol dalam sebagai seorang ibu bapa yang bertanggungjawab, simbol tanggungjawab sosial dan manfaat umum, simbol kepada pandangan yang sederhana dan pertengahan, simbol kepada menitik beratkan ilmu, simbol kepada toleransi, simbol kepada ketekunan buat kerja, simbol kepada menghidupkan syi’ar ibadah dan akhlak dan berbagai simbol lagi.

Itulah antara apa yang boleh disenarai, bahkan banyak lagi.

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman

Presiden

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Blog: Perjalananku

Pasca KOBANNA
Saya cuba mencari-cari komen peserta yang hadir dalam Konvensyen Pemikiran al-Banna yang berlangsung pada Sabtu lepas. Ada yang saya dapat melalui SMS, ada yang melalui Fecebook. Ada juga komen lisan dan pelbagai lagi. Ada yang positif dan ada juga yang negatif.

Sebelum saya ulas secara umum tentang komen-komen tersebut, saya ucapkan tahniah yang tidak terhingga kepada semua AJK Kobanna yang telah bertungkus lumus siang dan malam selama berminggu-minggu untuk menjayakannya. Nama-nama, saya tak dapat nak tuliskan di sini sebab terlalu banyak. Tulis nama orang ni, tertinggal nama orang tu. Nanti ada yang kecil hati pula. Jadi saya ucapkan tahniah dan syabas secara umum sahaja di sini.

Komen paling kelakar adalah apabila ada peserta yang sedikit merungut kerana Konvensyen tidak berlangsung seperti yang dia sangkakan. Rungutnya: “Ingatkan Hasan al-Banna yang bentang kertas kerja, rupanya orang Melayu je.” Rupanya ada juga yang masih tidak kenal Hasan al-Banna. Tapi apa pun, peserta tersebut telah mengikuti konvensyen dengan begitu baik sekali.

Secara umum saya berharap kepada semua peserta dan juga yang tidak hadir agar meneliti semula kertas-kertas kerja dan ucaptama yang telah dibentangkan. Nantikan VCDnya yang insyaAllah akan terbit dalam beberapa masa lagi.  Sesetengah idea yang dibentangkan mungkin baru pada sebahagian kita. Jangan terus menolaknya, tapi renung dan fikirkan dengan pandangan yang terbuka. Kita mungkin telah terlalu lama diperangkap oleh blok-blok politik. Sebab itu ada sebahagian terus buat pertanyaan: “Adakah ini maknanya ISMA akan mengundi parti sekian-sekian?” Apa yang kita nak cadangkan adalah suatu yang berada di luar dari blok-blok tersebut. Saudara bebaskan diri dari blok itu, saudara akan lihat banyak jalan penyelesaian kepada masalah kita di luar sana.

Secara umum saya juga berharap agar ahli-ahli ISMA faham kedudukan mereka sekarang. Kita perlu mula belajar memainkan peranan yang lebih luas dari rutin kita sebelum ini. Anggaplah diri saudara-saudara sekelian sebagai hero yang dinantikan oleh masyarakat Islam Malaysia. Bukan nak angkat bakul sendiri. Bukankah meletakkan diri sebagai pemimpin adalah seruan al-Quran kepada kita? Tarbiah yang kita lalui setiap hari, inilah tujuan dan matlamatnya. Ia adalah proses berterusan yang memampukan kita untuk menyumbang ke arah perubahan hakiki di dalam masyarakat. Kalau kita tak mampu sumbang sesuatu, ada masalah pada tarbiah yang dilalui selama ini.

Akhirnya saya berdoa agar semua kita mampu menanggung getaran halus Kobanna. Bila kita mula menyuarakan pandangan, kita akan dapat peminat dan pengkritik. Dengan itu hati kita kena besar dan jiwa kita kena tabah. Kita perlu berusaha terus menjelaskan pandangan tanpa jemu agar suara kita tidak disalahfahami. Jangan mudah melatah kerana masalah biasanya akan selesai dengan langkah yang tenang.

Wallahu a’lam.

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni

Naib Presiden II

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Blog: Satu Perkongsian

KOBANNA Berjaya, Terima Kasih Untuk Semua
Saya ingin merakamkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t kerana Konvensyen Pemikiran al-Banna telah berlangsung dengan jayanya. Hampir 3000 peserta telah memenuhi Dewan Seri Sarjana UNITEN.

Tahniah dan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak urustia Ust Wan dan pasukan beliau yang telah berjaya mengendali dan menguruskan program dengan jayanya sampai kepenghujung tanpa masalah yang boleh disebut.

Terima kasih kepada semua kepimpinan ISMA semua pringkat dan peserta-peserta yang menyokong kuat usaha-usaha menjayakan program ini. Dan terima kasih yang khusus kepada penderma dan penyumbang yang telah membantu meringankan beban tanggungan kewangan Konvensyen.

Dengan harapan konvensyen seperti ini dapat kita laksanakan lagi pada masa akan datang. Semoga segala sumbangan dan usaha kita diterima Allah.

Sekian Terima Kasih.

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman

Presiden

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Blog: Perjalananku