ISMA Australia » Minda Pimpinan

Terbang singgah ke bumi Australia… Selamat datang pelajar-pelajar baru !!!
Assalamualaikum wbt

Terasa segar dan bersemangat melihat pelajar-pelajar baru tiba ke Adelaide. Ia menggamit kenangan saya pada hari saya pertama kali menjejak kaki ke bumi Australia pada 2hb September 1996.

Apabila di perantauan, langkah kehidupan kita makin mencabar dihiasi dengan pelbagai peristiwa yang mematangkan kita.

Saya menyeru kepada pelajar-pelajar yang baru memulakan episod baru dalam kehidupannya di bumi Australia ini agar :

1. Niatkan langkah ini dengan niat mencari keredhaan Allah. Langkah kita di perantauan di bulatkan untuk mendapat damba Rahmatnya

2. Ambil peluang di perantauan untuk mula dgn semangat “a new beginning”. Ramai di kalangan kita telah di cop dgn pelbagai perangai, pelbagai gelaran etc. Di tempat baru ni, anda berpeluang utk membaharui sifat peribadi anda. Sematkan diri anda dgn sifat berani,berketrampilan dan bersifat terbuka.

3. Pastikan anda bersedia untuk menjadi insan yang “multi-skills”. Jika anda mengikuti pengajian biotecnology, bukan anda seorang yang akan jadi biotechnologist kerana graduan biotechnologist di keluarkan ribuan bilangannya setiap tahun di serata dunia. WHAT MAKES YOU A SPECIAL BIOTECHNOLOGIST!! Bukan sekadar academic performance yang tinggi tetapi juga perkara-perkara added value/soft skills etc.

4. Timba pengalaman yang bermanfaat kepada kehidupan. Di perantauan, banyak pengalaman yang akan di timba. Pengalaman hanya datang kepada insan yang belajar, mengkaji dan mencuba. Di sini, ramai yang terjerat hanya kerana semangat nak mencuba dan menimba pengalaman. Anda perlu belajar dan mengkaji sebelum mencuba…

5. Budayakan kehidupan yang cemerlang dari langkah pertama lagi… Cemerlang dari sudut study, akhlaq, ibadat dan juga ketrampilan diri.

Saya sebagai pengerusi ISMA Australia mengucapkan ahlan wa sahlan kepada semua pelajar2 baru yang datang ke bumi Australia. Tahniah dan syabas kepada anda semua.

Selari dengan slogan ISMA – MEMBINA GENERASI HARAPAN, saya bagi pihak ISMA Australia menghulur tangan tanda ukhuwwah dan kesediaan untuk berganding bahu untuk kita bersama mencapai potensi terbaik yang Allah anugerahkan kepada kita.

Dr Zaki Ibrahim

Pengerusi ISMA Australia

Baiah Diberi Atau Diminta?
Baiah adalah satu makanisma tradisional yang digunakan dalam semenjak zaman Rasulullah s.a.w lagi. Ia boleh diterjemah dengan maksud janji setia antara dua pihak yang berbaiah.

Antara baiah-baiah yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w ialah Baiah Jihad, Baiah Nisa’, Baiah Ridhwan dan sebagainya. Diriwayatkan bahawa para sahabat juga melakukan baiah sesama mereka untuk melakukan sesuatu amalan ketaatan. Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w berlaku satu lagi baiah yang besar iaitu baiah khalifah. Demikian beberapa contoh baiah yang telah berlaku pada zaman tasyrik (pensyriatan).

Hari ini amalan berbaiah masih lagi diamalkan oleh sesetengah organisasi/jamaah dakwah. Sebagaimana biasa saya tidak bermaksud ingin mengulas tentang tajuk ini dari segi akademiknya, selain meninjau cara amalan yang telah mencetus berbagai kesan buruk kepada pengikut-pengikut organisasi dakwah diserata dunia. Isu ini telah menjadi punca perbalahan antara anggota berbagai jemaah termasuk di Malaysia apabila mereka cuba mengadaptasikan mafhum baiah khalifah dalam amalan organisasi mereka.

Dengan adaptasi tersebut berbaiah dengan pemimpin organisasi seolah-olah berbaiah dengan khalifah yang membawa implikasi sesiapa yang melanggarnya dianggap bughah yang harus diperangi, “halal darah”, maruah dan harta benda mereka.

Sebagaimana ia menjadi masalah dalam satu organisasi ia juga berlaku antara organisasi sehingga kepimpinan satu kumpulan seoalah-olah mencalunkan diri mereka sebagai khalifah muslimin dan sesiapa yang tidak menyertai organisasi mereka juga dianggap sebagai pengkhianat, bughoh, berdosa, keluar dari Islam dan “halal darah” dan maruah mereka.

Oleh kerana kefahaman dari adaptasi yang salah ini telah menjadi punca perbalahan yang panjang antara pengikut-pengikut berbagai organisasi dakwah  yang langsung tidak memberi faedah kepada amal Islami bahkan sebaliknya tambah melemahkannya maka pembetulan perlu dibuat bagi merungkai kekusutan yang yang telah berpanjangan begitu lama itu.

Jesteru kajian semula telah dilakukan oleh berbagai pihak dan didapati bahawa ulamak sepakat dengan satu kesimpulan bahawa baiah organisasi ini bukan baiah khalifah. Kepimpinan mana-mana organisasi dakwah tidak boleh menganggap diri mereka sebagai khalifah muslimin dan bertaamul dengan orang diluar organisasi sebagai bughah yang halal darah, musuh agama  dan seumpamanya.

Mereka juga sepakat bahawa baiah organisasi dakwah boleh di tolak/dibatalkan/ditarik balik pada bila-bila masa apabila orang yang berbaiah tidak lagi yakin dengan kepimpinan organisasi tersebut atau pihak-pihak yang berbaiah secara sekata merasakan bahawa baiah yang dimeterai tidak lagi sesuai untuk di patuhi.

Walaubagaimana pun, pada saya tidak salah bagi mana-mana organisasi ingin mengadaptasi mafhum tersebut selama ianya difahami dalam lingkungan yang betul sebagai satu bentuk istinas.

Isti’nas ialah satu bentuk istinbat (pengambilan hukum) yang lebih rendah dari qiasdimana segala implikasi hukum asal tidak boleh/semestinya diaplly padafuruk(cabang), tetapi sekadar satu bentuk peniruan atau ambil semangat sahaja.

Maksudnya organisasi boleh mendidik anak buah supaya taat kepada pemimpin organisasi seolah-olah mereka taat kepada khalifah (yakni seoalah-olah kepimpinan organisai adalah simbul kepimpinan Islam bagi anak buah organisasi tersebut), dalam keadaan mereka sedar bahawa pemimpin tersebut bukan khalifah muslimin dan mereka faham bahawa kegagalan dalam memenuhi tuntutan baiah tersebut oleh mana-mana individu tidak membawa implikasi seperti keluar dari ketaatan kepada khalifah muslimin.

Dengan kejelasan ini kepelbagaian organisasi dakwah atau apa-apa permasalahan dalaman antara pihak-pihak dalam organisasi tidak menyebabkan pergaduhan dan perbalahan sesama anggota organisasi dakwah sama ada sesama dalam sebuah organisasi atau antara organisasi.

Ini adalah kerana berbilang organisasi dan kemunculan ramai pemimpin melalui berbagai organisasi tidak menyebabkan mana-mana organisasi atau anggotanya terkeluar dari agama dan harus diperangi. Hubungan antara anggota berbagai organisasi dakwah masih terikat dengan kewajiban wala’ dan ukhuwah. Mereka masih terikat dengan tanggunjawab silaturrahim dan kewajiban mempertahankan maruah dan darah sesama Islam.

Betapa besarnya dosa permusuhan yang telah dilakukan akibat perbezaan dan perselisihan dalam organisasi dakwah. Dalam nak buat baik kita telah melakukan banyak dosa.

Kembali kepada isu tajuk.

Apabila kita memahami bahawa baiah jamaah adalah semata-semata isti’nasdaripada baiah khalifah maka baiah tersebut berfungsi dari satu aspek sahaja iaitu dari segi  memberi keabsahan dalam perlantikan pemimpin organisasi, tetapi ia tidak sampai menjadikan pemimpin organisasi tersebut sebagai khalifah. Oleh itu baiah tersebut menjadikan sesaorang itu pemimpin organisasi yang sah tetapi ia tidak boleh memaksa ketaatan keatas pengikut dengan kekerasan atau kekuatan. Jadi baiah diperlukan oleh pemimpin tetapi tidak boleh dipaksakan kepada pengikut kecuali dengan kerelaan dan kehendak sendiri.

Baiah jamaah bermaksud menyerahkan hak untuk menentukkan keputusan dalam hal ehwal urusan dakwah seperti menentukan visi, misi, perancangan, strategi dan polisi berdasarkan perlembagaan kepada sesaorang pemimpin yang diyakini dan melengkapi syarat yang sesuai dengan tugasnya.

Jika perkara tersebut tidak terpenuhi seperti pemimpin itu lemah,  musayyas (alat politiking), tidak dapat menjalankan tanggungjawab  dakwah yang sepatutnya , masih banyak  medan amal yang tidak ditangani atau apa-apa keadaan dimana peranan kepemimpinan dakwah tidak terlaksana, sedangkan urusan muslimin semakin hari semakin menuju kehancuran, ketamakan kuffar semakin hari semakin rakus, jika terdapat pada masa itu sesaorang yang independent yang memiliki kelayakan dan sokongan, tidak harus baginya mengelak dari tampil untuk mengambil tanggungjawab menyelamatkan agama dan dakwah.

Beliau layak menerima mandat dan sokongan masyarakat tanpa perlu terikat dengan apa-apa tradisi atau tertakluk kepada mana-mana intrumen untuk memberikannya keabsahan kepemimpinan dakwah kepadanya (yakni samada disokong oleh ahli halli wal aqdi atau tidak). Kerana ia melaksanakan tanggunjawab yang wajib untuk menjaga maruah umat dan mempertahankan ketinggian agama Islam.

Ulamak telah sepakat bahawa seorang yang di ceroboh wajib membela diri dan maruah walau terpaksa kobankan diri dan begitu juga sesaorang yang melihat orang yang  dalam kecemasan wajib membantu jika ia mengetahui dirinya memiliki kemanpuan tanpa perlu meminta izin dari penguasa atau sesiapa, maka lebih-lebih lagilah wajibnya sesaorang yang independent jika ia tahu dirinya memiliki kemanpuan untuk menampilkan diri menyelamatkan agama dan maruah umat yang sedang dalam keadaan bahaya.

Oleh itu saya menyarankan agar semua pihak berpegang kepada keluasan unjuran fikah ini. Setiap kumpulan persiapkan diri masing-masing dengan segala kelengkapan untuk membela agama dan menyelamatkan umat tanpa kita menutup ruang persaingan yang sihat atau terperangkap dengan interpetasi silap atau pegangan dari adaptasi yang tidak tepat yang akan menjerumuskan kita dalam perbalahan yang tidak berfaedah serta mematikan ijtihad, daya usaha dan kreativiti sedangkan keadaan begitu mendesak dan memerlukan.

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman

Presiden

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Blog: Perjalananku

Qudwah Jama’i, Tanggungjawab Besar ISMA
Menegakkan qudwah jama’i menjadi tanggujawab besar ISMA pada marhalah ke depan ini. Sebagaimana kita semua faham bahawa dakwah terbahagi kepada dua sudut; qauli yang kita istilahkan sebagai bayan atau keterangan dan amali yang kita istilahkan sebagai qudwah.

Kedua-dua sudut ini perlu berjalan seiring. Pada masa kita mengajak orang kepada Islam/fikrah kita kita perlu dalam masa yang sama tunjukkan contoh apa yang kita seru secara amali. Kita pernah dengan satu pepatah berbunyi, “Perbuatan seorang kepada seribu orang lebih baik berbanding kata-kata seribu orang kepada seorang”. Demikian besarnya kesan qudwah berbanding bayan dalam dakwah.

Saya sering bercakap tentang kepentingan kita menguasai wasilah al bayan seperti kemahiran berceramah, berpidato, berdailog, menulis karangan, analisa, cerpen cerita, berkarya, berlakon, berseni dan sebagainya dan masih lagi menyeru untuk itu. Tetapi yang menjadi topik perbincangn ini ialah aspek amali iaitu qudwah.

Qudwah pula terbahagi kepada dua; qudwah diperingkat individu dan qudwah diperingkat jamaah/kumpulan.

Saya sering bercakap tentang qudwah diperingkat individu dan masih menyeru agar kita terus menampilkan kesungguhan dan kesegaran penghayatan Islam dalam segenap aspek kehidupan peribadi kita.

Kali ini saya ingin menarik perhatian ikhwah semua tentang peranan baru yang bakal dipikul oleh ISMA iaitu membentuk qudwah jama’i. ISMA perlu lahir sebagai simbul penghayatan Islam yang amali dalam bentuk jama’i. Ia merupakan satu tanggungjawab yang besar tetapi tidak dapat dielakkan.

Kita perlu menjadi simbol kepada pembentukan keluarga yang Islamik, simbol dalam pendidikan anak remaja yang baik, simbol dalam sebagai seorang ibu bapa yang bertanggungjawab, simbol tanggungjawab sosial dan manfaat umum, simbol kepada pandangan yang sederhana dan pertengahan, simbol kepada menitik beratkan ilmu, simbol kepada toleransi, simbol kepada ketekunan buat kerja, simbol kepada menghidupkan syi’ar ibadah dan akhlak dan berbagai simbol lagi.

Itulah antara apa yang boleh disenarai, bahkan banyak lagi.

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman

Presiden

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Blog: Perjalananku

Pasca KOBANNA
Saya cuba mencari-cari komen peserta yang hadir dalam Konvensyen Pemikiran al-Banna yang berlangsung pada Sabtu lepas. Ada yang saya dapat melalui SMS, ada yang melalui Fecebook. Ada juga komen lisan dan pelbagai lagi. Ada yang positif dan ada juga yang negatif.

Sebelum saya ulas secara umum tentang komen-komen tersebut, saya ucapkan tahniah yang tidak terhingga kepada semua AJK Kobanna yang telah bertungkus lumus siang dan malam selama berminggu-minggu untuk menjayakannya. Nama-nama, saya tak dapat nak tuliskan di sini sebab terlalu banyak. Tulis nama orang ni, tertinggal nama orang tu. Nanti ada yang kecil hati pula. Jadi saya ucapkan tahniah dan syabas secara umum sahaja di sini.

Komen paling kelakar adalah apabila ada peserta yang sedikit merungut kerana Konvensyen tidak berlangsung seperti yang dia sangkakan. Rungutnya: “Ingatkan Hasan al-Banna yang bentang kertas kerja, rupanya orang Melayu je.” Rupanya ada juga yang masih tidak kenal Hasan al-Banna. Tapi apa pun, peserta tersebut telah mengikuti konvensyen dengan begitu baik sekali.

Secara umum saya berharap kepada semua peserta dan juga yang tidak hadir agar meneliti semula kertas-kertas kerja dan ucaptama yang telah dibentangkan. Nantikan VCDnya yang insyaAllah akan terbit dalam beberapa masa lagi.  Sesetengah idea yang dibentangkan mungkin baru pada sebahagian kita. Jangan terus menolaknya, tapi renung dan fikirkan dengan pandangan yang terbuka. Kita mungkin telah terlalu lama diperangkap oleh blok-blok politik. Sebab itu ada sebahagian terus buat pertanyaan: “Adakah ini maknanya ISMA akan mengundi parti sekian-sekian?” Apa yang kita nak cadangkan adalah suatu yang berada di luar dari blok-blok tersebut. Saudara bebaskan diri dari blok itu, saudara akan lihat banyak jalan penyelesaian kepada masalah kita di luar sana.

Secara umum saya juga berharap agar ahli-ahli ISMA faham kedudukan mereka sekarang. Kita perlu mula belajar memainkan peranan yang lebih luas dari rutin kita sebelum ini. Anggaplah diri saudara-saudara sekelian sebagai hero yang dinantikan oleh masyarakat Islam Malaysia. Bukan nak angkat bakul sendiri. Bukankah meletakkan diri sebagai pemimpin adalah seruan al-Quran kepada kita? Tarbiah yang kita lalui setiap hari, inilah tujuan dan matlamatnya. Ia adalah proses berterusan yang memampukan kita untuk menyumbang ke arah perubahan hakiki di dalam masyarakat. Kalau kita tak mampu sumbang sesuatu, ada masalah pada tarbiah yang dilalui selama ini.

Akhirnya saya berdoa agar semua kita mampu menanggung getaran halus Kobanna. Bila kita mula menyuarakan pandangan, kita akan dapat peminat dan pengkritik. Dengan itu hati kita kena besar dan jiwa kita kena tabah. Kita perlu berusaha terus menjelaskan pandangan tanpa jemu agar suara kita tidak disalahfahami. Jangan mudah melatah kerana masalah biasanya akan selesai dengan langkah yang tenang.

Wallahu a’lam.

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni

Naib Presiden II

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Blog: Satu Perkongsian

KOBANNA Berjaya, Terima Kasih Untuk Semua
Saya ingin merakamkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t kerana Konvensyen Pemikiran al-Banna telah berlangsung dengan jayanya. Hampir 3000 peserta telah memenuhi Dewan Seri Sarjana UNITEN.

Tahniah dan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak urustia Ust Wan dan pasukan beliau yang telah berjaya mengendali dan menguruskan program dengan jayanya sampai kepenghujung tanpa masalah yang boleh disebut.

Terima kasih kepada semua kepimpinan ISMA semua pringkat dan peserta-peserta yang menyokong kuat usaha-usaha menjayakan program ini. Dan terima kasih yang khusus kepada penderma dan penyumbang yang telah membantu meringankan beban tanggungan kewangan Konvensyen.

Dengan harapan konvensyen seperti ini dapat kita laksanakan lagi pada masa akan datang. Semoga segala sumbangan dan usaha kita diterima Allah.

Sekian Terima Kasih.

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman

Presiden

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Blog: Perjalananku

Kontroversi Penggunaan Kalimah Allah: Apa yang Kita Belajar?
﻿Jiwa-jiwa ummat Islam yang sensitif sekali lagi digegarkan ketika ini dengan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan akhbar Herald- The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penulisan mereka. Pelbagai reaksi timbul samaada yang menerimanya dengan perasaan marah, terkejut, terkilan, keliru dan sebagainya. Namun yang jelas, isu ini sebenarnya telah datang sebagai salah satu tarbiyyah dalam silibus pelajaran ummat Islam hari ini untuk mengenal siapa diri mereka yang sebenarnya. Persoalannya, apakah kita benar-benar belajar? Atau sekadar sedang menyelak helaian akhbar melihat berita hangat hari ini dan beralih kepada berita lain untuk minit seterusnya? Persoalan-persoalan di bawah adalah pertanyaan untuk setiap individu yang merasakan mereka perlu belajar sesuatu dari isu ini.

1. Apakah lagi yang diperlukan untuk menyedarkan ummat Islam di Malaysia tentang hakikat siapa mereka hari ini?

Budaya selesa, tak ambil peduli dan tak kisah yang selalu disinonimkan dengan ummat islam rupanya bukan sekadar dalam soal urusan duniawi semata-mata. Malah lebih teruk, dalam soal agama mereka sendiri pun, sebahagian besarnya masih leka dan memilih untuk terus leka. Cuba tanyakan sendiri atau buat kaji selidik bagi yang rajin, berapa ramai anak muda di luar sana yang tahu bahawa agama mereka dihakis sedikit demi sedikit sehari demi sehari? Apakah kita perlu tunggu sehingga mereka habis menonton dan mengundi untuk Sehati Berdansa Musim ke-4, Akademi Fantasia musim ke-8, Raja Lawak musim ke-3, Gadis Melayu musim ke-2 dan seterusnya sehingga selesai, kemudian baru kita sama-sama memulakan bicara tentang hal ini? Apakah kita punya masa sebanyak itu?

2. Berapa lama isu ini akan kekal di lisan dan hati umat Islam di Malaysia?

Apakah peristiwa ini akan senasib seperti isu Gaza, isu murtad, isu Nureen dan Syarlinie, isu bohsia-bohjan isu Penkid dan lain-lain lagi yang telah tenggelam bersekali dengan berubahnya berita di muka-muka depan akhbar-akhbar? Apakah kita akan terus bersikap seperti Ops Sikap 1,2,3 dan seterusnya, yang tidak menambah apa-apa selain angka mangsa nahas jalanraya? Kita semua akan menjadi saksi berapa lama isu ini akan dibicarakan. Dari situ baru kita boleh menjawab soalan seterusnya, berapa lama pula ia akan diperjuangkan?

3. Di mana dan bersama siapa pemimpin ummat Islam dalam hal ini?

Peristiwa ini akan dengan sendirinya menjadi living eksperimen untuk ummat Islam menilai di mana syiling agenda politik setiap individu bergelar politikus. Apakah kerangka besar demokrasi dan agenda mendapatkan atau mempertahankan kuasa akan menjadi neraca atau selainnya? Yang jelas isu demi isu, ummat islam akan terus berbalah, samaada dalam soal dasar atau soal cabang, namun apa yang lebih penting ialah, apakah yang mereka belajar dari perbalahan itu? Adakah yang menang ummat Islam atau sebaliknya? Mungkin kita yang muda ini tidak akan lagi mampu melihat ummat Islam bersatu sepertimana mereka mempertahankan Natrah di Singapura 12 Disember 1950. Maka malanglah kita.

4. Sampai bila kita akan bertahan dengan sesuatu yang tidak pasti?

Terlalu lama kita diajar untuk yakin dan percaya tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Apakah untuk seratus tahun seterusnya kita akan terus berlindung di bawah kata-kata keramat ketuanan melayu, islam agama rasmi, toleransi agama, toleransi masyarakat majmu’, masyarakat progressif, keadilan sosial, dan beratus-ratus lagi slogan-slogan yang ambiguos, yang boleh difahami dengan pelbagai maksud dan boleh diintrepetasi dengan pelbagai kepentingan tertentu. Selagi tidak ada ketetapan yang jelas dan tepat bersekali dengan matlamat yang jelas, wasilah yang sahih dan pemantauan atau mutabaah yang tegas, selagi itu kita akan terperangkap dengan zon-zon kelabu yang terus mengelirukan. Maka hari ini, kita mesti tegas dengan soal aqidah dan agama. Ia mesti difahami dan ditarbiyyah satu-satu dengan jelas oleh setiap insan. Siapa yang akan mulakan urusan ini?

5. Siapa pula yang akan mempertahankan kalimah itu kalaupun ianya dieksklusifkan kepada kita?

Hairan apabila dalam soal ini kita menjadi terlalu defensif. Mengharap agama lain tidak berkembang kerana mereka diikat dengan berbagai tali, gari, gerigi besi dan lain-lain kekangan. Sedangkan kita hanya berpeluk tubuh dan melihat agama ini dimenangkan oleh Tuhan yang memenangkan angkatan jihad Badar dan Ahzab. Tidakkah pelik selepas 50 tahun memiliki tangan, hari ini baru kita bertanya bagaimana kita nak menggunakannya? Sadis sungguh klimaks cerita kita.

6. Yang mana lebih penting? Yang di akhbar atau di dada ummat Islam?

Kalimah itu mungkin akan terus digunakan oleh akhbar atau penulisan lain, kerana telah berpuluh tahun Iban dan Dayak yang beragama Kristian di pedalaman Sabah dan Sarawak menggunakannya. Tapi persoalannya sekarang ialah siapa pula yang akan memastikan kalimah Allah di dada-dada ummat Islam hari ini akan kekal di sana sampai bila-bila? Selain mahkamah dan undang-undang yang direka kita sendiri, apa pula wasail kita dalam urusan yang lagi satu ini? Besarkan beban kita? Apakah kita punya kudrat? Apakah kita telah menggunakannya?

Silibus dalam pentarbiyahan ummat Islam ini mungkin terlalu kompleks untuk difahami. Namun asas setiap pentarbiyyahan ialah kita beroleh sesuatu darinya walaupun sedikit. Maka tanyalah diri kita sendiri, apa yang kita perolehi dari silibus ini?

Dr Rozanizam Zakaria

Setiausaha

ISMA Australia

Blog: Fussilat

Perutusan Tahun Baru Pengerusi ISMA Australia
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, segala puji kita panjatkan kepada Allah, Rabbil ‘Alamin, Allah yang menjadi pemilik kehidupan ini. Sesungguhnya kepada-Nya kita semua akan kembali. Apakah ada lagi di sana nikmat yang besar daripada nikmat mengenal Pencipta, beriman dengan apa yang diperintahkan dan mendokong misi dan visi kehidupan seperti yang diamanahkan oleh Yang Mencipta.

Masa berlalu begitu pantas, setahun dirasakan seperti sebulan, dan sebulan seperti seminggu dan seminggu dirasakan pantas berlalu ibarat sehari. Inilah masa di akhir zaman. Tahun 2009 baru melabuhkan tirai dan hari ini kita sudah di dekad baru di tahun 2010.

Cabaran untuk membawa fikrah Islam agar masyarakat  bernaung kembali kepada Islam semakin mencabar dengan arus liberalisme dan sekularisme yang makin menular dan mencengkam hati dan fikrah umat Islam.  Tahun 2009 kita menyaksikan usaha pihak tertentu untuk menguji sensitiviti umat dengan isu demi isu berkenaan dengan status Islam dalam negara kita, Malaysia. Kes Lina Joy, kes Moorthy dan yang terbaru isu penggunaan nama Allah. Hari demi hari kita menyaksikan penghakisan status Islam sebagai agama rasmi persekutuan. Sangat menyedihkan apabila umat Islam yang merupakan golongan majoriti kepada negara ini masih sibuk dengan hedonisme dan keseronokan yang mematikan jiwa.

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (ar- Ra’d:11)

ISMA Australia dengan kesungguhan yang tinggi bersempena tahun baru 2010 ini berdoa agar diberi Allah kekuatan untuk terus mendokong risalah perjuangan untuk memartabatkan kembali umat ini dengan Islam.

Alhamdulillah, tahun 2009 menyaksikan banyak peristiwa bersejarah buat kami di ISMA Australia. Beberapa siri pertemuan dengan pihak Jabatan Penuntut Malaysia di Sydney dan Konsulat Malaysia di Canberra menjadikan ISMA Australia makin bersemangat dengan kerjasama dan nasihat yang diberikan.  Walaupun baru berusia setahun di bumi Australia ini, ISMA Australia telah berjaya menjalinkan hubungan mesra dengan pelbagai pertubuhan pelajar dan masyarakat setempat. Kami juga bersyukur dengan sambuatan hangat dari masyarakat Malaysia di Australia terhadap program-program yang dianjurkan oleh ISMA Australia.  Moga kehadiran tahun 1431H dan 2010 ini akan mengeratkan lagi hubungan di kalangan kita dan menjadi umat Islam yang cemerlang dunia dan akhirat.

Selamat menyambut tahun baru.

Dr Mohamad Zaki Ibrahim

Pengerusi

ISMA Australia

Perutusan Presiden ISMA Sempena Awal Muharram 1431H
Assalamualaikum w.r.t. dan Salam Maal Hijrah.

Segala puji bagi Allah s.w.t, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar, Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarganya, para sahabatnya, para tabi’in dan muslimin yang mengikuti jejak mereka dengan ihsan.

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah,

Hari ini kita sebagai umat Islam sekali lagi menyambut detik 1 Muharram yang menandakan kedatangan tahun baru 1431 Hijrah. Ini bermakna usia kita semakin bertambah dan kian hampir menemui saat penghujungnya. Sama-sama kita panjatkan doa semoga Allah memberkati usia kita yang telah lalu dan yang akan datang.

Setiap tahun apabila tiba bulan Muharram kita akan mengenang peristiwa besar yang berlaku dalam rentetan sejarah Islam. Peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. dan kaum Muslimin dari Mekah ke Madinah al-Munawwarah yang telah menjadi batu tanda yang penting dalam episod perjuangan dakwah Baginda dan umat Islam. Perpindahan dari fasa lemah ke fasa Izzah, fasa Futuhat sehingga Islam seterusnya menguasai sepertiga dunia.

Peristiwa hijrah ini bukanlah berlaku secara kebetulan sebaliknya merupakan ketentuan Allah Yang Maha Bijaksana yang mentakdirkan kemunculan satu agama agung di akhir zaman untuk menamatkan kekuasaan Parsi dan Rom. Ia bermula dengan Baiah Aqobah, pembinaan Masjid Quba’ dan pengggubalan Sahifah al-Madinah. Dan yang paling gemilang peristiwa ‘muakhah’ mempersaudarakan antara Aus dan Khazraj serta Ansar dan Muhajirin. Tiga kaum penting yang telah disatukan dengan sekuat-kuat pertalian iaitu pertalian aqidah yang dikukuhkan dengan pertalian rahim. Kaum yang gagah berani yang sanggup mempersembahkan apa sahaja demi kemuliaan Islam.

“Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah, dan orang-orang yang memberi tempat kediaman dan memberi pertolongan (kepada orang-orang Muhajirin), mereka itulah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki (nikmat) yang mulia.” (Al-Anfaal: 74)

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah,

Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dan kaum Muslimin bukanlah pengusiran atau kekalahan seperti yang digambarkan oleh sesetengah pihak, sebaliknya satu strategi besar yang telah menggagalkan perancangan kaum Quraisy untuk menguburkan dakwah di tempat lahirnya. Keluarnya Baginda dari Mekah bererti terlepaslah peluang kaum Quraisy dan perkembangan ini sangat ditakuti mereka kerana masa depan dakwah kini telah terlepas daripada genggaman mereka.

Setiap tindakan Rasulullah s.a.w. bermula dengan pembinaan masjid sebagai pusat pentadbiran dan komuniti, mempersaudarakan antara Ansar dan Muhajirin serta menjadikan mereka seperti adik-beradik, memeterai Piagam Madinah serta mempunyai madlulnya yang strategik untuk jangka masa panjang. Semua ini boleh kita sifatkan sebagai persiapan tersusun untuk memacu suatu era kegemilangan dan mengubah perjalanan sejarah manusia.

Inilah yang dikehendaki oleh Allah untuk agama yang mulia ini, iaitu memimpin manusia dengan hidayah Allah. Itu adalah amanah yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk dipikul oleh kita sebagai generasi umat Islam selepasnya.

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah,

Kini kita telah mensia-siakan amanah ini, Islam telah dihina, kekuasaan telah terlepas ke tangan musuh, berapa banyak bumi umat Islam yang masih dijajah, musuh dengan rakus merobek jasad umat Islam. Tidak perlu saya menyebutkan kesemuanya di sini.

Saya menyeru seluruh umat Islam untuk bertaubat kerana telah mensia-siakan amanah ini. Kita telah menjadi umat yang tidak boleh diharap. Marilah kita bertaubat dan kembali kepada Islam, serta bersatu di atas tali Allah. Dengan itu sahaja kita akan dapat menebus dosa-dosa kita yang hanya mengundang aib ke muka kita. Saya menyeru umat Islam di Malaysia khususnya bangsa saya bangsa Melayu untuk bertaubat dan kembali kepada Islam.

Mari kita perbetulkan diri dan syakhsiah kita. Tinggalkan segala sifat yang menghilangkan kelayakan kita sebagai bangsa pemimipin. Sedarlah bahawa musuh sememangnya mahu kita menjadi begitu. Bangunlah dari mimpi, bangkitlah dari penipuan dan tipu daya musuh. Baliklah kepada akar budaya kita yakni Islam. Usahlah kita terpedaya dengan pujian musuh apatah lagi memperjuangkan agenda mereka. Saya tahu diri kita suka dipuji dan mudah teracun dengan pujian. Percayalah, musuh mustahil akan menjanjikan kebaikan untuk kita. Justeru itu, fahamilah bahawa hanya Islam sebagai satu-satunya penyelesaian.

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah,

Hari ini kita amat berhajat kepada perpaduan berbanding hari-hari sebelumnya. Sebagaimana apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sewaktu mempersaudarakan antara Aus dan Khazraj serta Ansar dan Muhajirin. Ia telah memberi kekuatan sebenar dan menjadi titik ‘intilaq’ kepada cetusan sejarah yang sangat hebat. Kita hanya perlu memahami isu kita dari muntolaq yang betul, muntolaq sejarah dan akar keperibadian kita.

Sempena Maal Hijrah dan tahun baru ini adalah masa yang tepat untuk kita memperbaiki mana yang silap. Menggilap segala aset dan potensi yang ada dalam diri kita. Sesunggungnya Allah Maha Mengasihi hamba-hambaNya yang bertaubat. Berhijrahlah daripada yang tidak baik kepada yang baik, daripada yang baik kepada lebih baik. Sesungguhnya kita adalah umat terbaik.

Salam Muharram dan ingatan ikhlas daripada Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sempena Sambutan Maal Hijrah 1431H dan Tahun Baru 2010.

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman

Presiden

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Blog: Perjalananku

Penuhi Cuti Musim Panas Dengan Aktiviti Bermanfaat – Dr Ihsan
Musim peperiksaan sudah lama berlalu, kini kita sudah pun berada di musim cuti musim panas. Pasti ramai dari kalangan kita sudah merancang malah sudah pun pulang ke tanahair tercinta untuk bercuti bersama keluarga. Namun begitu tidak kurang juga yang tinggal di Australia untuk mencari ruang pekerjaan untuk sedikit rezeki di ladang-ladang.

Justeru, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Australia dengan sukacitanya mengucapkan selamat menjalani cuti musim panas kali ini kepada semua warga Malaysia dan pelajar-pelajar di seluruh Australia. Semoga cuti kali ini diisi dengan penuh manfaat dan kebaikan oleh semua.

ISMA juga ingin menyarankan agar semua pelajar menggunakan peluang cuti yang panjang ini untuk aktiviti-aktiviti yang memberi kebaikan kepada diri, keluarga dan masyarakat. Tetapkan matlamat yang jelas yang boleh dicapai oleh setiap dari kita khas untuk diri, keluarga dan masyarakat.

Anda boleh meletakkan matlamat untuk lebih mengenali diri dan membina potensi dan keperibadian di sepanjang cuti ini. Bagi yang pulang ke Malaysia, banyak program yang dianjurkan oleh ISMA dan agensi-agensi lain di Malaysia yang dapat dimanfaatkan untuk tujuan ini. Untuk makluman semua, ISMA akan menganjurkan Program Semai Mesra dan Jalinan Ukhuwah Musim Panas pada Januari 2010 nanti. Bagi yang bekerja, anda akan mengetahui kekuatan dan potensi anda yang mampu bertahan dengan kepayahan dan kepanasan cuaca sewaktu bekerja.

Jangan lupa hak dan tanggungjawab anda kepada keluarga. Gunakan cuti ini dengan sebaiknya untuk bersama keluarga dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti jalan-jalan, percutian, dan sebagainya untuk mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan. Juga tunjukkan pimpinan, akhlak dan teladan yang baik kepada adik-beradik dan keluarga agar kita menjadi idola dan contoh terbaik untuk mereka ikuti.

Selain itu, jangan ketinggalan untuk menyumbang kepada masyarakat sekeliling terutama jiran tetangga dan guru-guru serta pelajar-pelajar di sekolah dan kolej anda dahulu. Sebagai contoh, anjurkan program motivasi dan perkongsian pengalaman di bekas sekolah anda untuk membantu adik-adik anda bersemangat belajar dan mempunyai cita-cita tinggi seperti anda.

Kami di ISMA Australia seringkali mendoakan agar semua pelajar dapat bercuti dengan selamat dan kembali semula ke Australia dengan semangat baru selepas musim cuti nanti.

Jumpa lagi nanti di Malaysia dalam program Semai Mesra dan Jalinan Ukhuwah Musim Panas!

Wassalamualaikum.

Dr Mohd Ihsanuddin Abas

Timbalan Pengerusi

ISMA Australia

Perutusan Sempena Eidul Adha 1430H
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar, Muhammad s.a.w, ahli keluarganya, para sahabatnya, para tabi’in dan muslimin yang mengikuti jejak mereka dengan ihsan.

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah,

Alangkah beruntungnya kita pada hari ini. Kita berada di salah satu dari dua hari perayaan yang dianugerahkan Allah kepada umat Muhammad sebagai ganti kepada dua perayaan jahiliah silam. ISMA mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua dengan kehadiran hari yang mulia ini. Moga-moga Allah menerima amalan kita dan amalan semua muslimin yang merayakan hari ini dengan penuh kesyukuran di dalam batasan syariat yang ditetapkan oleh Allah.

Muslimin muslimat yang dikasihi sekalian,

Kita sudah pun melepasi 10 hari terawal dalam bulan Zulhijjah. Beruntunglah sesiapa yang mengisinya dengan puasa dan tilawah. Berbahagialah sesiapa yang mengisinya dengan zikir dan istighfar. Sabda Rasulullah s.a.w. sepertimana yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah r.a.:

“Tidak ada hari di mana amal soleh yang dilakukan di dalam hari tersebut lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini (10 hari terawal bulan Zulhijjah).” Sahabat bertanya: “Walau pun jihad wahai Rasulullah?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Walau pun jihad di jalan Allah. Kecuali pahala seorang pemuda yang keluar berjihad dengan diri dan hartanya, kemudian dia tidak pulang dan hartanya juga tidak pulang.” (Riwayat Muslim dan Ibnu Majah)

Kita mencemburui muslimin lain yang dikurniakan Allah peluang kepada mereka untuk mengerjakan haji di Baitullah. Mereka mengorbankan harta mereka di jalan Allah. Mereka mengorbankan kerehatan mereka untuk menunaikan ibadah badaniah yang berat ini. Perjalanan yang panjang, tidur yang tidak menentu, makan yang tidak berjadual, penyakit yang mengejar mereka dan lain-lain kesukaran yang mereka lalui.

Walau pun begitu Rasulullah s.a.w. telah mengajar umatnya yang tidak menunaikan ibadah haji agar berusaha mengejar pahala yang dikurniakan kepada mereka yang menunaikan haji.

Di antaranya puasa pada 9 hari terawal Zulhijjah termasuk hari Arafah.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari Aasyura’, 9 hari terawal bulan Zulhijjah, tiga hari dalam sebulan, dua Isnin dan Khamis terawal dalam sebulan.”(Riwayat Nasa’ie dan Ahmad)

Di antaranya menunaikan ibadah korban selepas menunaikan solat sunat Aidil Adha. Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Tidak ada satu amalan anak Adam pada hari Raya Korban yang lebih disukai oleh Allah melebihi amalan menyembelih binatang korban. Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada hari kiamat nanti beserta tanduk, kuku dan bulunya. Darah binatang korban tersebut akan jatuh di satu lantai kemuliaan di sisi Allah sebelum jatuh ke tanah. Maka berbahagialah jiwa dengannya.” (Riwayat Al-Hakim, Ibnu Majah dan Termizi)

Di antaranya bertakbir bermula dari subuh hari Arafah sehingga ke akhir hari Tasyriq. Firman Allah:

“Dan berzikirlah kepada Allah pada hari-hari yang tertentu (Arafah sehingga ke hari Tasyriq…)” (Al-Baqarah: 203)

Di antaranya menunaikan solat sunat Aidil Adha secara berjemaah di kawasan lapang. Firman Allah:

“Maka bersembahyanglah menghadap Tuhanmu dan lakukanlah korban.” (Al-Kauthar: 2)

Di antara berjalan menuju ke tempat solat Aidil Adha dan balik melalui jalan yang berlainan kerana itulah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

Di antaranya makan daging korban yang disedekahkan oleh sesiapa yang melakukan korban. Ibnu Qayyim berkata di dalam Zadul Maad:

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak menjamah makanan sehinggalah Baginda s.a.w. pulang dari masjid lalu Baginda s.a.w. menjamah daging korban.”

Di antaranya mengucapkan tahniah kepada semua muslimin yang ditemui kerana itulah amalan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. kepada pada sahabatnya r.a.

Di antaranya menjauhi diri dari merayakan Aidil Adha dengan perbuatan yang haram; tidak menonton wayang, tidak melakukan pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan, tidak mendengar lagu-lagu yang haram dan lain-lain kemungkaran lain.

Hari ini adalah hadiah dari Allah, sambutlah ia dengan amalan taat. Lakukanlah ziarah, rapatkanlah hubungan sesama muslim, gembirakanlah golongan miskin dengan bersedekah kepada mereka dan lakukanlah ibadah dengan sebaiknya.

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah,

Moga-moga Allah menerima amalan kita dan amalan seluruh muslimin.

Ya Allah, ampunilah dosa kami, dosa ibu bapa kami, dosa muslimin dan muslimat samada yang masih hidup atau yang telah mati. Amin ya Rabbal Alamin.

JawatanKuasa Pusat ISMA