ISMA Australia » Minda Pimpinan

Perutusan Maal Hijrah Pengerusi ISMA Australia
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam Maal Hijrah, Selamat menyambut tahun baru Hijrah 1433H

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memanjangkan usia kita setahun lagi dan diizinkan untuk terus menjadi hambaNya yang melaksanakan perintah dan meninggalkan larangannya.

Setahun berlalu dengan sangat pantas, namun ia tidak berlalu begitu sahaja. Bagi para pencinta dan pejuang Islam yang sensitif dengan nasib umat ini, setahun Hijrah yang lalu tidaklah boleh dibanggakan sangat malah pelbagai peristiwa yang terus-menerus mencalitkan titik hitam kepada sejarah Islam berlaku umumnya di seluruh dunia. Malah ia juga adalah rentetan kepada ulangtahun ke10 kempen perang terhadap keganasan (war on terror) tajaan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya. Keadaan di Timur Tengah (middle east) juga tidak berubah malah semakin buruk dengan nasib Palestin yang tidak terbela dan revolusi-revolusi rakyat di negara-negara Arab yang menyaksikan bukan sahaja pergaduhan di antara rakyat dan pemerintah malah pembunuhan rakyat jelata disaksikan di Libya, Syria dan Mesir khususnya.

Di negara yang tidak bergolak lain pula kisahnya. Umat Islam yang berada dalam zon selesa terus-menerus leka diserang ideologi kebendaan yang diasaskan fahaman Humanisme. Ditambah lagi dengan globalisasi yang membuka ruang seluasnya untuk lambakan hedonisme pelbagai wajah, terus memberi impak sosial yang sangat buruk di kebanyakan negara Islam yang membangun termasuk Malaysia. Peristiwa penganjuran kempen Seksualiti Merdeka adalah salah satu manifestasi serangan ke atas generasi muda Umat Islam dengan cara yang sangat halus; agar terhakis jatidiri lalu tiada perjuangan jelas dalam hidup mereka jauh sekali dalam usaha meninggikan syiar Islam.

Pastinya setiap umat Islam yang benar imannya mahukan kehidupan yang lebih baik di dalam kerangka hak-hak sebagai Muslim terpelihara walau di negara manapun mereka berada; baik negara Islam yang bersifat radikal, demokratik, sekular, komunis mahupun liberal. Perjuangan ini muncul dalam pelbagai bentuk mengikut situasi setempat menggambarkan isu ini masih belum selesai walaupun puluhan tahun pasca imperialisme ke atas negara-negara Islam di awal abad ke20 dahulu.

Dekad-dekad terdahulu juga menyaksikan nasib Umat ini telah dan masih ditentukan oleh kuasa luar khususnya negara-negara imperialis seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Itali dan Perancis. Satu persatu negara Islam dicerobohi dan pemimpin mereka dibunuh seperti Saddam Hussin, Osama Laden dan yang terbaru Muammar Ghadafi! Revolusi dan reformasi yang berlaku di negara-negara Islam pula diambil peluang oleh negara imperialis untuk mengukuhkan penguasaaan mereka ke atas negara Islam sebagai contoh penglibatan AS dalam pencerobohan di Iraq dan Afganistan serta penglibatan NATO di Libya. Ada benarnya Saddam Hussin dan Muammar Ghadafi diketahui umum sebagai diktator yang zalim dan tidak disukai rakyatnya namun, kelihatan Umat Islam masih lemah dan tidak mampu menyelesaikan masalah mereka sendiri lalu mengharapkan kuasa luar, akibatnya negara kembali dijajah musuh Islam.

Namun begitu, ada juga yang menganggap ia suatu proses ke arah kebaikan dengan melihat dari sudut peningkatan kesedaran Umat Islam untuk bangun bertindak memperbaiki keadaan masing-masing dalam keupayaan mereka sendiri. Namun kita tidak boleh nafikan dalam proses tersebut banyak yang terkorban bukan sahaja ribuan nyawa tetapi prinsip-prinsip asasi Islam terutamanya apabila berkompromi dengan yang bukan Islam.

Adakah ia suatu proses ke arah kemenangan Islam di akhir zaman seperti yang dijanjikan oleh Allah dan RasulNya di dalam Al-Quran dan hadis? Itulah yang perlu dikaji pejuang Islam supaya cara dan kaedah memperjuangkan Islam ini sentiasa terpandu berasaskan Al-Quran dan Sunnah Nabi saw dan salafussolehin yang menjadi petunjuk kepada umat Islam akhir zaman. Banyak pengkajian telah dibuat dan diselaraskan dengan keadaan semasa, terpulang kepada kita untuk mengikutinya dan melaksanakannya.

Yang pastinya Umat ini mesti bangun bertindak atas usahanya sendiri tanpa perlu banyak bergantung kepada bukan Islam samada ia musuh mahupun

rakan. Allah swt berfirman dalam surah Ar-Ra’d “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga ia mengubah nasibnya sendiri” (arRad: 11) dan surah At-Taubah “Orang-orang Mukmin lelaki dan perempuan saling tolong-menolong menyeru kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran” (at-Taubah : 71) manakala orang-orang Munafik juga berpakat sesama mereka menyeru kepada keburukan dan menghalang kepada kebaikan inikan pula musuh-musuh Islam yang jelas menentang pelaksnaan negara Islam.

Ini jelas menunjukkan Umat ini yang mesti berdikari berubah menyelesaikan masalahnya sendiri dengan kaedah agamanya yang tersendiri, bukan mengharapkan orang luar untuk menyelesaikan masalahnya dan akhirnya berkompromi mengorbankan hak-hak Muslim yang tertentu dalam membentuk negara yang diidamkan.

Justeru, umat ini perlu agenda yang jelas melalui kaedah-kaedah yang menepati syarak agar ia terpandu bukan hanya dengan akal manusia dan situasi semasa tetapi dengan petunjuk dari Allah Yang Maha Mengetahui perkara yang terbaik buat hambaNya. Bagi yang sudah jelas halatujunya jangan tunggu lagi, ayuh terus beramal sebagai bukti meneruskan mata rantaian perjuangan orang-orang terdahulu.

Ayuh Membangun Umat Beragenda.

Wallahua’lam

Dr. Ihsanuddin Abas

Pengerusi ISMA Australia

Share

Disebalik Pengorbanan Agung
Alhamdulillah, sekali lagi umat Islam seluruh dunia berhari raya Aidil Adha atau dikenali dengan Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban bagi masyarakat Malaysia sangat sinonim dengan kisah Nabi Ibrahim yang diperintahkan Allah untuk mengorbankan anaknya Ismail sebagai bukti ketaatan. Semua maklum, susur galur kisah sirah yang hebat ini tanpa perlu saya huraikan panjang lebar. Tidak dapat dinafikan, hanya dengan keimanan yang tertinggi, mampu membawa kepada pengorbanan yang agung ini. Secara peribadi, saya sangat mengkagumi kisah baitul muslim ( keluarga islam ) ini yang sering menjadi inspirasi saya dalam membina keluarga. Selain Nabi Ibrahim sebagai seorang ayah, Nabi Ismail

sebagai seorang anak, pastinya seorang lagi watak utama yang yang sangat saya hormati ialah Siti Hajar; Ibu kepada Nabi Ismail, Isteri kepada Nabi Ibrahim. Realitinya, tidak akan berlaku pengorbanan agung ini tanpa seorang wanita seteguh Siti Hajar. Beliau telah terlebih dahulu melakukan pengorbanan untuk memungkinkan berlakunya peritiwa besar yang terus menjadi simbol ketaatan seorang Hamba kepada Penciptanya yang kisah mereka diabadikan hingga ke hari ini.

Siti Hajar, wanita yang dikahwini oleh Nabi Ibrahim setelah sekian lama berkahwin dengan Siti Sarah dan tidak dikurniakan anak. Sejurus kelahiran Ismail, turun perintah Allah agar Ibrahim membawa Siti Hajar ke tanah Hijjaz. Ditinggalkan berdua dengan seorang anak yang masih kecil, di tanah gurun yang tandus lagi tidak berpenghuni, Siti Hajar redha dengan ketentuan Allah, mengetahui tindakan Ibrahim adalah atas perintah Allah Taa’la.

Siti Hajar,

Lambang keteguhan wanita muslimah,

Peribadinya wajar dijadikan qudwah.

Lambang ketaaan seorang Hamba kepada Allah,

Kesetiaan seorang isteri kepada suami

Kesabaran seorang Ibu mendidik anak yang Soleh.

Keyakinan seorang Muslimah dalam

berpegang pada prinsip meski hebat diuji.

Adakah mudah membesarkan seorang anak sebagai Ibu Tunggal, dalam masa yang sama berjaya memadamkan perasaan benci seorang anak kepada ayah kerana meninggalkan mereka tanpa perlindungan selain perlindungna Allah? Adakah mudah untuk membuang perasaan sedih dan

kecewa apabila berlaku sesuatu di luar keinginan kita, dan redha sepenuhnya kepada ketentuan Allah serta meletakkan penggantungan hanya kepada Allah?

Share

RSP 2011: Yang Biasa dan Luar Biasa
Biarpun hampir dua minggu Road Show Palestin 2011 (RSP 2011) anjuran ISMA Australia dan Aman Palestin Berhad berlangsung, saya masih yakin kehangatan majlis dari sudut persediaan, sambutan dan kutipannya masih lagi terasa bagi sebahagian daripada kita. Maka sebelum kehangatan itu benar-benar hilang, saya ingin berkongsi beberapa refleksi dari sudut pandang yang sedikit berbeza untuk kita semua. Saya ingin kita semua melihat bagaimana program sebegini telah berjaya merungkai potensi hebat dalam kalangan para belia, khususnya mahasiswa luar negara.

Mahasiswa Adelaide

Mahasiswa dan mahasiswi Tasmania

Mungkin ramai yang melihat kejayaan program ini daripada sudut bilangan yang hadir atau hasil kutipan pada majlis tersebut. Namun, kebaikan program sebegini sebenarnya bukan sekadar terhad bagi tujuan untuk membela nasib umat Palestin, tetapi ia sebenarnya telah menjadi medan yang sangat hebat untuk memaksimakan potensi kemanusian.

Program yang dijalankan oleh hampir 99 peratus tenaga mahasiswa ini membuktikan kemampuan sebenar mereka. Masakan tidak, tanpa latihan yang khusus, kewangan yang terhad dan pengalaman yang sedikit, mereka mampu menjalankan program sedemikian hebat. Mereka tidak belajar melukis poster Palestin di universiti, mereka tidak belajar menguruskan kutipan bidaan di fakulti perakaunan, mereka tidak belajar menguruskan tetamu VIP di sekolah perubatan, tetapi semua ini diterjemah dengan baik dalam program tersebut, apabila ruang sebegini tercipta.

Mahasiswa dan mahasiswi Melbourne

Siapa sangka mahasiswa farmasi boleh bersajak, mahasiswa kejuruteraan boleh berniaga, mahasiswa perubatan boleh menguruskan kewangan program dan mahasiswa perakaunan boleh menguruskan multimedia. Mereka jelas keluar dari kelompok kebiasaan dan mewarnakan keperibadian dengan pelbagai corak yang unik.

Saya sendiri berpeluang melihat dari jauh dan dekat bagaimana mahasiswa-mahasiswa ini bertungkus lumus menjayakan program ini dari segala sudut. Berbincang, bertukar idea dan solusi tentang pelbagai isu. Daripada isu yang sangat teknikal seperti kedudukan dewan, pembesar suara hinggalah kepada isu yang besar seperti objektif program, program susulan dan sebagainya. Hasilnya, anda sendiri menjadi saksi.

Mahasiswa dan mahasiswi Brisbane

Mahasiswa dan mahasiswi Sydney

Jadi saya mahu kita semua bayangkan hasilnya jika mahasiswa ini diberi ruang yang lebih baik. Latihan yang lebih khusus, masa yang lebih banyak, kewangan yang lebih fleksibel dan kemudahan yang lebih mantap. Bagaimana agaknya kesannya kepada golongan sasaran? Pastinya yang luar biasa akan jadi lebih luar biasa.

Maka beberapa titik tolak penting yang saya ingin kita reflek bersama.

Jangan memandang ringan kesan tarbiyyah kepada kemampuan kemanusiaan.

Jangan sempitkan potensi diri anda. Keluar dari kepompong kebiasaan, keluar dari zon selesa anda. Keluar dari kebiasaan.

Sahut cabaran dengan mencuba apa – apa  yang anda tidak pernah lakukan dan jangan jadikan kegagalan sebagai sebab untuk takut mencuba.

Kita perlu cipta ruang yang lebih luas untuk mereka dan kita mencuba sesuatu yang lebih baik. Seminar, konvensyen, pameran kerjaya, minggu kesihatan dan sebagainya pasti mampu menjadi medan baru mencungkil potensi-potensi ini.

Mahasiswi Adelaide

Sekali lagi tahniah buat team RSP 2011 dan semua yang terlibat. Syukur pada Allah yang mempermudah urusan kita. Jumpa lagi di RSP 2012.

Dr Rozanizam Zakaria, MB BS

Ketua Biro Pembangunan Insan

ISMA Australia

Blog: www.fussilat.blogspot.com

Share

Sambutan Aidilfitri: Muhasabah antara Adat dan Ibadat
Pertamanya, saya ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Fitrah, atau Idulfitri dengan ucapan: Taqabbalallahu minna waminkum, Semoga Allah menerima amalan kami dan kamu semua. Juga mohon maaf zahir dan batin.

Alhamdulillah, kita sudahpun diberi kesempatan oleh Allah untuk melalui sebulan Ramadhan yang di dalamnya kita berpuasa, beribadah, solat, qiyamullail, membaca Alquran, membayar zakat fitrah dan melakukan sedekah dan derma. Maka sekiranya kita melakukan dengan baik dan sempurna, sudah lengkaplah sebahagian tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim.

Ramadhan berlalu pergi dengan kesedihan dan Syawal menjelma disambut keriangan dan kegembiraan. Sememangnya kegembiraan di Hari Raya tidak siapa dapat menyembunyikannya. Meskipun ada sedikit kesedihan sama ada kerana beraya di perantauan atau sebagainya, namun kegembiraan tetap terasa kerana itulah Fitrah yang Allah ciptakan untuk manusia.

Saban tahun kita meraikan Hari Raya, namun tahukah kita apakah makna di sebalik sambutan hari raya? Sedarkah kita mengapa Allah mensyariatkan kita berhari raya. Ataupun kita sekadar mengikuti tradisi nenek moyang kita yang menyambut hari raya setiap tahun? Mereka beraya maka kita pun beraya.

InsyaAllah tahun ini saya menyeru diri saya dan anda semua untuk kita menyambut hari raya denganPENUH KEFAHAMAN dan KESEDARAN akan hakikat sebenar hari raya. Agar kita dapat memanfaatkan hari raya dengan sebaiknya untuk diri sendiri, keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.

Saya ingin membawa saudara-saudari memikirkan kembali sambutan hari raya yang kita lakukan saban tahun. Cuba fikirkan adakah ia sebenarnya mengikuti sunnah Nabi saw? Adakah ia memenuhi syariat Allah swt? Ataupun kita sekadar melihat orang lain beraya lalu kita meniru mereka bulat-bulat dan menyangka inilah sambutan hari raya yang sebenarnya.

Kenapa kita perlu memeriksa kembali sambutan hari raya yang kita lakukan? Supaya kita dapat kenal dan tahu sama ada ia bertepatan dengan syariat Allah dan Sunnah Rasulullah saw kerana sudah lama Nabi saw meninggalkan kita.

Saya ambil satu conotoh daripada Bangsa Arab Jahiliyyah. Mereka sangat bangga menyatakan mereka mengikuti agama nabi Ibrahim dan nabi Ismail as. Kita tidak nafikan mereka adalah cucu cicit kedua-dua nabi ini dan mengikuti ajaran agama hanif yang dibawa mereka, malah mereka juga masih melaksanakan syariat agama itu seperti menyembelih korban dan mengerjakan ibadah haji.

Namun begitu setelah Nabi Ibrahim dan Nab Ishak as  meninggalkan mereka dan lama mereka ketiadaan nabi, sedikit demi sedikit mereka menokok tambah atau mengurangkan syariat-syariat ini sehingga ibadah yang suci dikotorkan dengan adat-adat dan budaya-budaya Jahiliyyah. Kerana itu kita dapat lihat di zaman Nabi Muhammad saw penyembelihan korban dan ibadah haji masih dilakukan tetapi dengan cara yang salah, seperti menyembelih kerana berhala dan melaksanakan tawaf dalam keadaan berbogel.

Kita refleksi kepada sambutan hari raya yang kita amalkan selama ini. Sudah lebih 1400 tahun Nabi saw meninggalkan kita dan pastinya ibadah hari raya kita sudah ditokok tambah dengan adat-adat dan budaya atau dikurangi beberapa perkara penting sehingga ia kini sudah menjadi lebih budaya daripada agama atau ibadah.

Jadi mari kita nilai sambutan hari raya kita selama ini sama ada ia benar mengikut Islam atau sebaliknya.

Justeru, sempena Aidil Fitri ini marilah kita melihat kembali beberapa petunjuk Seerah mengenainya. Setelah Nabi saw berhijrah ke Madinah, Baginda saw mendapati penduduknya menjadikan 2 hari tertentu sebagai hari kebesaran, lalu bertanya, “Hari apa ini?”. Mereka menjawab, “Kami bergembira di dalamnya sejak zaman Jahiliyah lagi”. Lalu Nabi saw bersabda, “Sesungguhnya Allah telah mengantikan 2 hari tersebut bagi kamu dengan 2 hari yang lebih baik iaitu Hari (Raya Aidil) Adha dan Hari (Raya Aidil) Fitri” (riwayat Abu Daud).

Maka kita mulakan hari raya dengan niat sebagai ibadah kerana taabud kita kepada Allah. Allah telah mensyariatkan hari raya untuk kita raikan kemenangan dan kejayaan di bulan Ramadhan, maka kita lakukan kerana patuh kepada perintahNya bukan kerana budaya dan adat bangsa Melayu Islam semata.

Apabila dimulakan dengan niat Ibadah, maka kita berusaha menjaga agar ia selari dengan syariat Allah swt dalam setiap perkara yang kita lakukan. Ia akan berbeza sekiranya kita mulakan dengan niat amalan nenek moyang yang perlu diteruskan, kerana ia akan membuat kita memandang remeh sambutan hari raya tersebut, tidak menilai dengan kritis yang akhirnya mengundang kepada dosa dan maksiat. Jadi, hari raya adalah Ibadah bukannya Budaya Melayu.

Hari raya juga adalah hari kegembiraan bukannya hari kesedihan. Sambutlah dengan kegembiraan dan syukur di atas nikmat Allah beri yang memudahkan kita melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Tetapi budaya kita adalah menyuburkan perasaan sedih dan sayu terutamanya di perantauan, maka kita zahirkan rupa sedih di hadapan kawan-kawan. Sememangnya sedih berhari raya jauh dari keluarga ataupun kehilangan yang tersayang tetapi jangan terbawa-bawa dengan perasaan.

Malam Raya dan siangnya dihiasi dengan Takbir seperti athar yang berbunyi, “Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir (Allahu Akbar)” …dalam lafaz yang lain “dengan Takbir, Tasbih (subhanallah) dan Tahmid (alhamdulillah)“. Kerana itulah kita memulakan sambutan hari raya bukanlah dengan dendangan lagu-lagu raya yang syahdu dan sayu tetapi dengan takbir tahlil dan tahmid menandakan kegembiraan dan kesyukuran di atas kurniaan Allah swt kepada kita semua melalui hari raya.

Dan kita lihat di Malaysia berkumandang takbir raya di TV di setiap setengah jam dan inilah sunnah yang sebenarnya. Jadi janganlah kita memandang ringan takbir ini dan cuba perbanyakkan takbir di sepanjang malam raya sehingga subuh dan solat sunat hari raya. Selain itu, disunatkan juga menghidupkan malam Aidil Fitri dengan ibadah-ibdah khusus seperti solat, zikir, tilawah dsb.

Di Hari Raya, Nabi saw pergi ke tempat solat melalui satu jalan dan kembali dengan melalui jalan yang lain (riwayat Abu Daud dari Ibnu Umar). Kerana malaikat menunggu di jalan-jalan dan mendoakan mereka yang pergi ke solat hari raya. Meskipun ia hanyalah sunnah sebenarnya ia sangat digalakkan kerana hikmahnya yang sangat besar. Setiap umat Islam tua, muda, lelaki, wanita dan kanak-kanak perlu mewajibkan diri untuk menghadiri himpunan terbesar Umat Islam ini.

Berkata Ummu Atiyah ra bermaksud, “Rasulullah saw mengarahkan kami (para wanita) agar mengajak keluar (bersama ke tempat solat Raya) para wanita yang haid agar menyaksikan kebaikan (pada hari tersebut) dan doa orang-orang Islam” … “wanita yang haid berada di tempat yang berasingan dari tempat solat” (riwayat Abu Daud).

Ada wanita yang mengadu tidak memiliki pakaian yang sempurna, lalu Ummu Atiyah meminta dikalangan adik beradiknya agar membantu meminjamkan pakaian. Semua wanita diminta keluar tanpa alasan. Oleh itu membancuh sirap, memasang langsir, menyusun juadah dsb di pagi Raya janganlah sehingga seseorang wanita itu tidak ke tempat solat Hari Raya dan menikmati kelebihan-kelebihannya.

Solat Hari Raya Rasulullah saw dan para Sahabat ra adalah merupakan perhimpunan agung tahunan yang mengumpulkan semua penduduk termasuk semua wanita dan kanak-kanak tanpa kecuali. Ia hari kegembiraan bersama. Wanita haid juga diminta ke tempat perhimpunan. Jika saiz masjid terhad, maka dibuat di padang yang lapang, seperti di zaman Nabi saw. Dengan ini kesemua mereka dapat menyaksikan kebesaran Dakwah ini dan kebaikan untuk penganutnya. Doa diaminkan bersama oleh semua. Abu Hurairah ra ada meriwayatkan bahawa pernah berlaku hujan, maka Nabi saw dan para Sahabat ra bersolat Raya di dalam masjid (riwayat Abu Daud).

Justeru, janganlah kita memandang remeh solat sunat hari raya. Saya melihat budaya ini di kalangan masyarakat kita yang suka melengah-lengahkan datang ke solat raya, tidak bersama bertakbir beramai-ramai, atau terbangun lewat lalu terlepas solat raya tanpa rasa kesal kerana malamnya sibuk memasak dan menyediakan juadah hari raya. Malah ada kaum wanita yang lebih selesa berada di rumah dengan anak-anak kerana tidak mahu bersusah payah ke solat raya. Tetapi inilah sunnah Nabi saw, dan perhimpunan agung ini perlu dihadiri oleh semua umat Islam.

Di pagi hari Raya Aidil Fitri, sunnah menjamah makanan sebelum ke tempat solat Raya Aidil Fitri, manakala sunat menjamah makanan selepas solat Raya Aidil Adha. Nabi saw bersolat Raya tanpa azan, qamat, sunnah qabliah maupun sunnah bakdiah. Solat sunat hari raya juga berbeza dengan solat-solat lain, Baginda saw bertakbir sebanyak 7 kali di rakaat pertama dan 5 kali di rakaat kedua dalam solat Aidil Fitri. Abu Waqid Al-Laithy ra berkata, “Nabi saw membaca Qaaf Wal Quranum Majid dan Iqtarabatis sa’ah wan Syaqqal Qamar“.

Oleh kerana ia suatu perhimpunan tahunan terbesar, suara Nabi saw terhad, maka selepas berkhutbah Nabi saw mengajak Bilal bin Rabah pergi ketempat kaum Muslimat dan memberikan kata-kata nasihat kepada mereka pula. Di akhirnya Nabi saw mengajak kaum wanita bersedekah sempena Hari Raya, lalu mereka berlumba-lumba bersedekah dengan wang dan perhiasan yang dipakai dengan diletakkan di kain yang dihampar oleh Bilal. Kemudian sedeqah tersebut dibahagikan kepada faqir miskin di situ. Alangkah gembiranya mereka dapat bersedeqah di hadapan Rasulullah di hari Raya. Alangkah gembiranya faqir miskin di situ yang menerimanya untuk dibawa pulang seperti kanak-kanak Malaysia mendapat Duit Raya.

Kita tidak menolak adat dan budaya yang baik yang diamalkan oleh masyarakat kita selagimana ia tidak bercanggah dengan Syariat Allah swt dan Sunnah Rasulullah saw.

Budaya yang baik pada Hari Raya di kalangan rakyat Malaysia di antaranya ialah ziarah menziarahi dan maaf bermaafan sesama sanak saudara, rakan-rakan dan masyarakat. Anak-anak pulang ke kampung menziarahi ibu bapa dan saudara mara mengeratkan lagi Silaturahim. Menziarahi tanah perkuburan, asalkan dengan cara yang makthur (adab yag ditunjukkan oleh Rasulullah saw) mengingatkan kita kefanaan dunia dan kepalsuan godaannya. Menghiasi rumah dengan sederhana, membuat rumah terbuka, mencari dan menghubungi waris, sahabat handai dan teman lama dan apa sahaja yang boleh mengeratkan Ukhuwwah Islamiah (kasih sayang sesama Islam) ketika dan menjelang Hari Raya adalah sangat dialukan.

Bagi kita yang berada di luar negara, menziarahi dan berkenalan dengan saudara seIslam dari bangsa-bangsa yang lain seperti Arab, Indo-Paki, Bosnia dsb merupakan salah satu hikmah Hari Raya yang utama. Suatu peluang yang tidak dapat dirasakan sekiranya beraya di Malaysia iaitu meraikan bersama-sama dengan rakyat lain berbilang bangsa namun diikat oleh satu akidah, inilah keluasan Islam yang perlu dihayati dan dinikmati semua. Jadi selepas solat sunat raya ambil peluang berbalas ucapan, bersalaman, berpelukan dengan Umat Islam dari bangsa dan Negara lain. Inilah ukhuwah Islamiyyah yang sejagat. Saya sangat merasakan keindahan ini apabila bersolat raya di Monash University yang berjaya menggabungkan semua bangsa dan Negara di dalam satu perhimpunan.

Budaya-budaya yang baik yang disebutkan di atas, sekiranya dilakukan berlandaskan syariat dan niat yang baik akan dikira ibadah kepada Allah dan mendapat pahala.

Namun begitu, kita tidak akan menyokong budaya yang membawa kepada dosa dan maksiat.

Fenomena negatif di Malaysia yang boleh diperbaiki lagi termasuk sebahagian rancangan tv, samada nyanyian artis, tarian atau drama oleh mereka yang mendedahkan aurat, bergaul bebas apatah lagi ditontoni ramai, pembaziran dalam membuat persiapan, terlalu berlebihan dalam membakar bunga api, membeli pakaian, perhiasan dsb dengan mencurahkan wang bukan kepada umat Islam.

Selain itu, menganjurkan rumah terbuka tanpa dikawal perhubungan antara lelaki dan wanita seperti bersalaman, bergaul, bergurau senda di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram dan hiburan berlebihan sewaktu ziarah menziarahi adalah amalan yang mencemarkan sambutan Hari Raya.

Kerana itu kita perlu melihat kembali matlamat Ramadhan dan Syawal yang disambut. Syawal datang selepas Ramadan. Matlamat Ramadan adalah taqwa (surah Al-Baqarah). Adapun melabuhkan tirai Ramadan dengan Syawal bersama-sama bentuk-bentuk yang bertentangan dengan taqwa, jelas mensia-siakan hikmah puasa, tarawih dan tilawah sepanjang Ramadan. Sia-sia segala pahala yang dikumpul apabila ia dibazirkan di hari raya dengan dosa dan maksiat yang dilakukan. Sebaiknya digandakan lagi pahala dan keredhaan Allah dengan meraikan hari raya menurut syariat dan sunnah Nabi saw.

Nabi saw bersabda bermaksud, “Jibril datang kepada aku dan berkata (berdoa), jauhlah (dari rahmat Allah) orang yang sempat beramal di bulan Ramadan, tetapi dosanya tidak diampunkan. Aku (Nabi saw) berkata Ameen (perkenankanlah)” (Hadis).

Semoga Allah swt menanam ketaqwaan dan kegembiraan kepada kita dan umat Islam sempena Aidil Fitri ini dan menunjukkan jalan PetunjukNya. Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Semoga kita sambut Hari Raya pada tahun ini dengan kejelasan terhadap syariat dan sunnah nabi saw dan menjauhkan diri kita daripada melakukan dosa-dosa di Hari Raya.

Ayuh tambah pahala dan hindarkan dosa di hari raya tahun ini dan tahun-tahun seterusnya.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Diambil dan diedit dari:

Blog Ustaz Abdul Halim Abdullah,

Inijalanku.wordpress.com,

Terbitan semula dari Arkib Ramadhan 1431H

Share

Ramadhan Bulan Produktiviti Umat Islam
Ramadhan sudahpun masuk ke fasa pertengahannya dan dalam masa ini Umat Islam sudahpun terbiasa berpuasa dan meningkatkan ibadah-ibadah sunat demi mengejar ganjaran-ganjaran yang disediakan oleh Allah. Badan kita sudah dibiasakan dengan perut yang lapar dan badan yang penat berpuasa serta diri yang disibukkan dengan amal ibadah. Namun begitu, jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja tanpa kita meneliti hikmah-hikmah yang tersembunyi di dalam bulan ini.

Sepatutnya bulan Ramadhan menjadi bulan yang sangat produktif kepada Umat Islam di mana sahaja mereka berada. Kita jangan lagi dimomokkan dengan pandangan bahawa apabila datang bulan Ramadhan Umat Islam akan menjadi lemah disebabkan berpuasa kerana tidak makan dan tidak minum. Malah, kita minta pula diberi keringanan dalam kerja-kerja dengan alasan puasa membataskan kita melakukan aktiviti-aktiviti atau kerja-kerja berat yang sebenarnya sudahpun menjadi rutin harian kita di luar Ramadhan.

Lebih sedih lagi apabila orang bukan Islam yang sudah tinggal lebih 50 tahun bersama kita di Malaysia masih belum tahu menghormati bulan Ramadhan sebagai bulan yang mulia bagi Umat Islam. Mereka memandang serong kepada umat Islam di bulan puasa yang dizahirkan melalui kata-kata mereka dan iklan-iklan di televisyen yang seolah-olah umat Islam sangat lemah dan lembik di bulan Ramadhan (dan kita mengiyakannya!!). Lebih jauh dari itu, mereka masih lagi belum terkesan dengan hasil-hasil yang sepatutnya lahir dari Umat yang ditarbiyyah di bulan Ramadhan bertahun-tahun lamanya!!

Jangan mudah salahkan mereka kerana mereka mungkin belum diberi pengetahuan yang baik tentang Ramadhan. Tapi mulalah menilai diri kita sejauh manakah kita mendapat kesan dari Ramadhan dan menzahirkannya dalam kehidupan sehingga orang bukan Islam mendapat tempiasnya.

Jalan penyelesaiannya hendaklah bermula dengan diri Umat Islam itu sendiri. Mereka sendiri perlu memahami dengan jelas maksud, kepentingan dan hikmah-hikmah bulan Ramadhan. Kita tidak boleh lagi berpada dengan hanya berpuasa di siang hari dan mendirikan solat Tarawih di malam hari sebagai satu rutin di bulan Ramadhan tanpa mengambil iktibar dari kebaikannya dan membinanya dalam diri sehingga seterusnya mampu istiqamah meneruskannya di 11 bulan lain di luar Ramadhan.

Kita tidak mahu lagi wujud dualisme yang membezakan kita di dalam Ramadhan dan di luar Ramadhan. Semasa Ramadhan kita kuat melakukan ibadah tetapi tidak di luar Ramadhan. Semasa Ramadhan kita menzahirkan diri kita lemah dan lembik kerana berpuasa manakala di luar Ramadhan kita menjadi kuat dan rajin bekerja ATAU lebih malang lagi sama lemah dan lembik kerana tidak bersemangat dan bermotivasi untuk bekerja. Itu satu SILAP BESAR dalam kita menanggapi Ramadhan.

Justeru, saya suka membawa pembaca meneliti beberapa nilai tambahan penting (added value) yang boleh perolehi sepanjang Ramadhan sekiranya kita bersungguh-sungguh menghidupkannya. Nilai-nilai inilah sebenarnya akhlak-akhlak Islamiyyah dan Insaniyyah yang telah lama hilang dari Umat ini.

Menanam sifat Jujur, Amanah dan Bertanggungjawab

Berpuasa adalah ibadah yang rahsia hanya diketahui di antara diri seorang hamba yang berpuasa dengan Allah taala sahaja. Tiada siapa yang boleh mengetahui keadaan puasa seseorang melainkan ianya zahir melalui perbuatan makan dan minum atau perkara-perkara lain yang membatalkan puasa. Ianya lahir dari iman dan taqwa yang jelas kepada Allah dengan sifat ihsan mengetahui bahawa Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui. Kerana itulah Allah telah menjelaskan objektif mewajibakn puasa adalah ‘Moga-moga kamu bertaqwa’. Orang tidak beriman atau kurang imannya sahaja yang menipu dalam berpuasa.

Secara tidak langsung, amalan berpuasa ini sepatutnya melahirkan sifat jujur, amanah dan bertanggungjawab dalam diri setiap Muslim yang berpaksikan taqwa kepada Allah. Apabila sifat ini terbina dalam diri logiknya tidak akan ada masalah kurang kesungguhan bekerja, datang lewat ke tempat kerja, tidak amanah, tidak jujur dalam urusan, rasuah dan penyelewengan di kalangan Umat Islam. Persoalannya, adakah Ramadhan yang kita lalui selama ini gagal membentuk sifat Taqwa dalam diri? Mengapakah ibadah-ibadah ini tidak memberi nilai tambahan langsung kepada Umat Islam selama ini? Atau kita hanya melihat kepada kuantiti ibadah sahaja tidak kepada kualiti ibadah dan kesannya pada diri?

Ketepatan Masa dan Tersusun Urusan

Tidak dinafikan dalam bulan Ramadhan kita semakin menepati masa. Malah kita ambil tahu sehingga ke minit yang paling hampir kepada waktu berbuka dan waktu habis sahur. Kita berbuka tepat pada masanya dan kita berhenti sahur juga tepat pada masanya. Kita bersiap awal dan datang ke Masjid tepat pada masanya untuk solat Isyak dan Tarawih. Malah lebih hebat lagi kita berkeupayaan mengerjakan Subuh berjemaah di Masjid yang selama ini tidak mampu kita lakukan di luar Ramadhan!

Jadi seharusnyalah kita membawa sifat menepati masa ini ke luar Ramadhan agar kita tidak lagi datang lambat ke sekolah, kuliah atau tempat kerja. Kita berusaha menepati segala temujanji kita. Dan tidak akan ada lagi istilah JANJI MELAYU yang selalunya akan lewat bukan hanya 5 atau 10 minit tetapi sehingga setengah atau sejam lamanya! Mahu atau tidak, kita mesti berobjektif dalam kehidupan dan menyusun atur kehidupan agar urusan-urusan seharian kita terjaga masanya dengan baik. Inilah kesan Tarbiyyah Ramadhan!!

Bersambung…

oleh: Dr Ihsanuddin Abas

Pengerusi Isma Australia

Share

Hari Kebangsaan (Kemerdekaan) VS ANZAC Day
Berapa ramaikah di kalangan kita yang tahu tentang Anzac Day? Tahukah kita kepentingannya kepada rakyat Australia? Bukankah ia sambutan hari kebangsaan bagi rakyat Australia? Apakah bezanya dengan sambutan kemerdekaan atau hari kebangsaan kita dengan Anzac Day?

Setiap negara pasti akan ada sambutan hari kebangsaan masing-masing terutamanya bagi negara yang pernah dijajah British, Perancis, Belanda ataupun Amerika. Kesemuanya akan berkumpul pada hari tersebut mengadakan perarakan dan perayaan bagi mengenang sejarah perjuangan pemimpin mereka mendapatkan kemerdekaan.

Bagi rakyat Malaysia, kita akan menyambutnya setiap 31 Ogos sejak 1957 lagi, bermakna sudah 53 tahun negara kita merdeka!! Tapi pernahkah kita terfikir bermaknakah sambutan itu, apakah kesannya, dan adakah kita menghayatinya, atau kita sekadar mengikut adat nenek moyang kita.

Bagaimana pula di Australia? Mereka tidak pernah dijajah? atau sebenarnya dari sudut lain, British menjajah Aborigine dan negara Australia yang dulunya dikenali sebagai New South Wales atau tempat buangan pesalah-pesalah British. Maka mereka tidak pernah merdeka, mereka masih tunduk kepada British malah menggunakan bendera British. Jadi apakah sambutan hari kebangsaan mereka?

Rakyat Australia telah mengambil tarikh 25 April 1915 sebagai tarikh keramat mereka lalu menyambutnya pada setiap tahun. Bukannya kerana mereka merdeka tetapi kerana mereka terlibat dalam Perang Dunia Pertama yang meletus pada 1914!

Pada tahun itu, ANZAC atau singkatan kepada Australian and New Zealand Army Corps telah terlibat secara langsung dengan British dalam peperangan di Gallipoli peninsula, tanah jajahan Khalifah Uthmaniyah pada masa itu.

Apakah matlamat mereka? Pada mereka, ia adalah sebagai membantu Allied Forces menawan Istanbul di Turki sebagai rangka mereka mengalahkan Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah yang merupakan sekutu kepada Jerman pada perang tersebut.

Namun, perancangan mereka gagal! Kenapa gagal? Masakan tidak, mereka telah dicatur supaya mendarat di tempat yang paling kurang strategik di Gallipoli yang bertebing batu, berombak kuat dan terbuka kepada serangan musuh iaitu tentera Turki Uthmaniyyah yang berada di atas tebing batu tersebut. Ia sangat pelik kerana mustahil mereka tidak tahu akan situasi yang mengundang kematian beramai-ramai tentera ANZAC itu.

Namun ianya tidak pelik bagi kita kerana tentera Anzac ini dipergunakan oleh Brtish dan sekutunya untuk mencapai maksud politik mereka yang tertinggi, iaitu menjatuhkan sistem Khilafah Islamiyyah yang terakhir. Maka segala-galanya boleh dilakukan semata-mata mencapai maksud tersebut biarpun mengorbankan nyawa tentera-tentera Anzac yang setia yang datang dari jauh, dari Australasia!! Bukankah mereka berpegang pada prinsip MATLAMAT MENGHALALKAN CARA!!

Menjatuhkan Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah ini tidak hanya akan berjaya melalui peperangan. Malah sejarah membuktikan, Umat Islam tidak pernah dikalahkan secara total melalui peperangan fizikal, tetapi kita dikalahkan oleh peperangan ideologi.

Pada masa Perang Dunia Pertama ini telah pun berlaku gerakan nasionalisme dan sekularisme dalam kerajaan Turki Uthmaniyyah hasil perancangan halus dan didikan Zionis dan British. Antara pemimpinnya ialah Kamal Atartuk. Dalam usaha menaikkan Kamal Atartuk inilah, maka British mengaturkan tragedi Gallipoli tersebut.

Ya, Kamal Atartuk adalah pemimpin tentera Turki yang menentang ANZAC di Gallipoli, maka kemenangan Turki di situ adalah sebagai usaha menaikkan imej dan pengaruh Kamal Atartuk dalam menentang Khalifah terakhir iaitu Sultan Abdul Hamid Kedua.

Nampak seolah-olah British dan sekutunya kalah tetapi sebenarnya mereka menang dari sudut ideologi dan pengaruh. Kamal Atartuk berjaya menggunakan modal kemenangan itu untuk mengukuhkan kedudukannya dan menuntut supaya The Ailing Turkishman, Sultan Abdul Hamid kedua untuk mengundurkan diri kerana kelemahannya dalam mengatur peperangan. Pengaruhnya yang besar menguasai rakyat yang menjadi mangsa keadaan lalu menyingkirkan Sultan Abdul Hamid yang seterusnya dibuang ke luar negara bersama keluarganya dan diganti saudaranya yang lebih lemah.

Seterusnya kita dapat lihat bagaimana Turki Uthmaniyyah yang mewarisi kepimpinan dari Umat Islam terdahulu bermula dari Nabi Muhammad saw dimusnahkan pada tahun 1924, dengan sekularisasi Turki dan penjajahan negara-negara umat Islam termasuk Tanah Melayu di bawah kuasa-kuasa Barat.

Begitulah sedikit rentetan kisah sebenar dari ANZAC Day untuk makluman kita semua, agar kita mengambil pelajaran. Dalam setiap kisah sejarah pasti ada sudut pandangan lain terutamanya sudut pandangan kita sebagai orang Islam.

Mengetahui sejarah Islam adalah kewajipan setiap dari kita agar kita tahu asal-usul dan tahu asal segala permasalahan yang berlaku pada hari ini. Bertitik tolak dari itu, kita berusaha membaiki punca masalah bukannya membetulkan hanya pada cabang-cabang masalah yang seterusnya akan membuatkan kita berputar di ruang yang sama, masuk ke dalam lubang yang sama dan masalah yang sama.

Maka pada hari ini kita melihat mereka menyambut ANZAC Day dengan semangat patriotik meratapi kematian pejuang-pejuang mereka di Gallipoli, malah tugu peringatan dibina sebesar-besarnya di Gallipoli sendiri.

Namun kita umat Islam juga terus meratapi kehilangan Khilafah Islamiyyah yang dahulunya memayungi dan melindungi seluruh Umat Islam. Persoalannya, adakah kita berusaha mengembalikannya atau kita terus sahaja selesa meratap dan terus meratap…. lalu kita menjadi sejarah bukannya mencipta sejarah.

Jadi, apakah kaitannya dengan Hari Kemerdekaan/Kebangsaan kita? Sama-sama kita fikirkan.

Wallahua’lam

Disediakan oleh:

Dr Ihsanuddin Abas

Pengerusi ISMA Australia

Share

Antara hidup mulia seorang manusia dan hidup mulia seorang muslim
Keperluan asasi dalam kehidupan seorang manusia adalah ia boleh atau bebas melakukan keperluannya iaitu keperluan untuk bernafas, makan, minum, seks dan tidur. Ini disimpulkan sebagai Physiological Needs dalam Maslow’s Hierarchy of Needs. Tangga seterusnya dalam hirarki ini adalah Safety Needs atau Jaminan Keselamatan dalam melaksanakan, mendapatkan dan meneruskan Physiological Needs di tangga pertama. Manusia akan berusaha untuk mencapai keperluan yang seterusnya apabila tangga terawal dicapai.

Maka atas sebab itu kita melihat manusia hari ini apabila sudah dipenuhkan asas di tangga pertama maka ia akan berusaha untuk memastikan jaminan pada keperluan itu akan berterusan. Maka mereka berjuang mencari kerja yang baik agar ada pendapatan yang stabil dalam memastikan keperluan asasi tercapai. Selain itu mereka berusaha memastikan kesihatan dan keselamatan mereka terjaga.

Atas formula ini mudah untuk kita memahami situasi hari ini yang mana manusia akan berusaha memperjuangkan haknya agar keperluan-keperluan asasi ini dicapai. Sekiranya dicapai, maka kehidupan itu seolah-olah sudah lengkap dan selayaknya sebagai seorang manusia. Sekiranya ia tergugat dan tidak dicapai, maka mereka bersungguh-sungguh mempertahankannya atau memperjuangkannya sehingga tercapai.

Di negara-negara Barat yang membangun atau maju, kedua-dua keperluan ini dirasai oleh majoriti rakyatnya meskipun tidak sepenuhnya dicapai dan mereka kini berusaha mempertahankan hak-hak untuk merasai dan menikmati keperluan-keperluan asasi ini.

Namun begitu, bagi seorang Muslim kemuliaan hidupnya bukan hanya bergantung kepada memenuhi keperluan asasi ini. Malah, pandangan Muslim yang sejati walaupun keperluan ini tidak berjaya diperolehi ia tidak bermakna kehidupan mereka tidak semulia orang lain. Yang lebih utama bagi seorang Muslim adalah hak dan kebebasan untuk melaksanakan kehidupan sebagai seorang Muslim sepenuhnya di dalam kerangka Syariat. Memperjuangkan haknya sebagai seorang Muslim itu lebih mulia daripada redha dengan kehidupannya yang tidak dihormati sebagai seorang Muslim.

Apakah hak dan kebebasan pada pandangan seorang Muslim? Pada asasnya ialah hak untuk menjalani kehidupan sehari-hari sebagai seorang Islam sepenuhnya. Hak untuk menyatakan keIslamannya tanpa rasa malu, ragu dan takut. Hak untuk mendirikan ibadah tanpa rasa takut, hak untuk menutup aurat, hak untuk tidak dicerca oleh orang lain kerana dirinya sebagai seorang Muslim, dan hak untuk merasa selamat di dalam kawasan atau negaranya daripada diancam hak dan kebebasannya oleh Penguasa atau Orang Bukan Islam.

Ayuh kita refleksi kepada kehidupan kita sebagai Muslim hari ini. Adakah hak-hak kita sebagai Muslim dihormati? Adakah kita rasa selamat bahawa hak-hak ini akan sentiasa diberi dan dijamin seterusnya sehingga generasi akan datang?

Untuk itu, kita memerlukan pemikiran dan jiwa yang sensitif dalam meneliti isu ini kerana telah lama kita DIBIUS dengan kehidupan liberal, sekular dan sosial sejak Kerajaan Melayu Islam Melaka jatuh 500 tahun dahulu lalu dijajah oleh Portugis, Belanda dan British. Mereka perlahan-lahan mengubah persepsi kita akan Islam dan persepsi kita akan kehidupan sebagai SEORANG MUSLIM YANG MULIA. Kita melihat kehidupan kita hari ini sebenarnya menggunapakai kacamata mereka sebagai penjajah.

Memang hak kita untuk beribadah tidak diganggu. Kita berhak untuk melaksanakan solat di Masjid-masjid malah di mana-mana sahaja. Kita berhak untuk menunaikan puasa, zakat dan haji. Namun JAMINAN KESELAMATAN atau SAFETY NEEDS kita sebagai seorang Muslim sebenarnya sudah tergadai dalam konteks kehidupan bermasyarakat hari ini.

Kita ambil hiburan sebagai satu kajian. Di Televisyen dan Pawagam seluruh negara, anak-anak muda Islam dan Bukan Islam dibiuskan dengan hiburan yang melampau, merosakkan akhlak dan menjajah pemikiran. Iklan-iklan TV amat sedikit yang menggambarkan majoriti rakyat Malaysia adalah Muslim; jarang yang bertudung, jarang atau tiada digambarkan keluarga Islam yang baik, pakaian artis menjolok mata dari kalangan Muslim dan juga Bukan Muslim, rancangan yang merosakkan dan sebagainya.

Hub-hub hiburan melata di sana sini yang kononnya untuk Bukan Islam tetapi kini dibanjiri oleh orang Melayu Muslim sendiri. Arak-arak dan pusat judi diberi lesen kononnya untuk Bukan Islam tetapi juga disasarkan kepada orang Islam terutamanya di kalangan Melayu. Carlsberg contohnya mempunyai kilang terbesar di Shah Alam dan sasaran pasaran terbesarnya adalah Malaysia.

Pada masa yang sama kita terus meraikan dan membenarkan hak Bukan Islam untuk berhibur dalam komuniti kita sambil disaksikan oleh generasi muda hari ini yang suatu hari nanti jika tidak ditegah akan turut sama menuruti mereka.

Persoalannya, adakah kita berasa selamat dengan situasi-situasi sebegini? Adakah kita berasa anak-anak generasi kita akan selamat Imannya dan dapat berterusan hidup sebagai Muslim dalam gambaran kehidupan masyarakat seperti ini? dan Adakah kita berasa Mulia hidup sebagai Muslim dalam suasana seperti ini; yang hari-hari kita berperang dalam jiwa kita dibentengi dengan Iman kita apabila kita membaca suratkhabar ada gambar yang mencolok mata, menonton TV yang dipenuhi zina dan maksiat, pergi ke pasaraya melihat muda-mudi berlibur dalam pergaulan di luar batasan agama, malah menghantar anak-anak ke sekolah yang pelajar-pelajarnya dibanjiri hedonisme dan pergaulan bebas?

Bagaimana pula hak kita sebagai pekerja Islam. Bolehkah kita menutup aurat atau kita ditegah langsung kerana ia akan mengganggu gugat Business. Adakah kita dibenarkan Mendirikan Solat pada waktunya? Berpeluang mengerjakan solat Jumaat? Bekerja dalam keadaan jujur dan amanah tanpa rasuah dan sebagainya.

Sebenarnya banyak lagi hak-hak kita untuk hidup MULIA SEBAGAI MUSLIM/MUKMIN tergugat dan dicabuli dalam kehidupan seharian kita cuma kita tidak sedar kerana kita telah DIBIUS sekian lama. Lebih besar daripada itu adalah hak untuk hidup dalam SISTEM PEMERINTAHAN BERSYARIAT ISLAM agar semua hak sebagai Muslim terjaga dalam segenap aspek kehidupan manusia.

Maka persoalannya MULIAKAH KITA HIDUP SEBEGINI? BERMARUAHKAH KITA SEBAGAI SEORANG ISLAM? INIKAH KEHIDUPAN MUSLIM YANG KITA DAMBAKAN? Jika tidak, apakah yang boleh kita lakukan untuk memperjuangkan hak ini?

Kerana itulah kita melihat Orang Muslim di mana-mana (khususnya di Gaza dan Mesir) memperjuangkan haknya sebagai seorang Muslim walaupun keperluan asasi mereka tergadai. Biarpun berlapar dahaga dan tiada wang namun perjuangan tetap diteruskan. Biarlah hidup tidak mewah dan selesa tetapi tetap berasa izzah dengan kehidupan dan perjuangannya. Mereka memperjuangkan HIDUP YANG MULIA SEBAGAI SEORANG MUSLIM bukan hidup mulia pada kaca mata manusia. Justeru moto perjuangan hidup mereka adalah HIDUP MULIA atau MATI SYAHID atas perjuangan!!

Sekiranya kita berpada dengan jaminan makan, minum, tidur, seks, pakaian dan hiburan semata, maka tiadalah bezanya kita dengan haiwan!! Nauzubillahi min dzalik.

Wallahua’lam

Oleh:

Dr Mohd Ihsanuddin Abas

Pengerusi ISMA Australia

Share

Cabaran menjadi ibubapa abad ke-21
Anak-anak adalah antara anugerah kurniaan Allah yang tidak ternilai harganya. Alhamdulillah saya dan isteri telah dikurniakan dua cahaya mata, satu kurniaan yang sebenarnya merupakan amanah dan tanggungjawab terbesar yang diberikan Allah kepada hambaNya. Bukankah anak-anak itu ibarat kain putih, kitalah yang mencorakkannya?

Setiap kali melihat Mus’ab dan ‘Iffah, maka akan muncull persoalan-persoalan; Sejauh manakah aku menjadi ayah yang terbaik buat mereka? Adakah aku berjaya menjadi pendidik yang akan membentuk mereka menjadi Muslim dan Mukmin yang sejati? Adakah aku telah berusaha menjadi ketua keluarga yang terbaik dan membimbing ibu mereka untuk menjadi ibu yang terbaik?

Persoalan-persoalan ini lahir atas kebimbangan melihat kebejatan sosial masyarakat hari ini yang bukan sahaja melanda anak-anak muda tetapi semua lapisan masyarakat termasuk golongan dewasa yang terdiri daripada para ibubapa!! Di setiap lapisan masyarakat ini ada sahaja masalahnya yang tidak boleh menjadi contoh yang baik kepada anak-anak generasi masa depan. Akhirnya, apakah yang kita wariskan kepada mereka?

Adakah kita merasa selamat akan masa depan anak-anak kita hari ini dengan keadaan masyarakat yang teruk dan memusnahkan? Hedonisme telah menjadi perkara asasi dalam kehidupan. Televisyen dan Wayang menjadi pendidik utama membentuk pemikiran, nilai dan sikap masyarakat. Masyarakat bergelumang dengan maksiat. Lalu mereka memandang maksiat yang dihalalkan sebagai perkara yang baik dalam kehidupan. Akhirnya jiwa masyarakat menjadi kurang sensitif terhadap kemungkaran dan memandang jelek kepada kebaikan.

Contoh yang sangat jelas boleh diambil daripada Akademi Fantasia; di awalnya ramai yang tidak bersetuju peserta lelaki dan perempuan Muslim dan Bukan Muslim duduk bersama dalam satu rumah, menari, menyanyi, makan minum, bergurau senda dan sebagainya. Tetapi lama kelamaan apabila ia ditayangkan pada setiap hari, malah sepanjang hari dan setiap tahun sehingga bersiri-siri lamanya, masyarakat sudah senyap daripada membantah, lalu menerimanya. Mereka tidak lagi memandang maksiat yang terang nyata itu sebagai maksiat dan dosa malah menyokongnya dengan bersungguh-sungguh, sehingga ada yang berkopiah dan bertudung turut sama bersorak menyokong penyanyi idaman mereka.

Inilah bahayanya Hedonisme yang dibenarkan berlaku dalam kaca TV, Filem, Wayang, Iphone, Facebook dan sebagainya. Berjaya menghilangkan jiwa yang sensitif dalam umat Islam hari ini!! Hal ini seterusnya menular kepada anak-anak muda, pelajar-pelajar, murid-murid di sekolah sehingga guru-guru turut sama pening menguruskan masalah disiplin di sekolah. Belum masuk lagi pergaulan anak-anak di sekolah yang sudah lagi tidak terkawal dan seolah-olah tiada batasannya. Keluar dating lelaki perempuan tidak lagi kelihatan salah, malah direstui ibubapa yang tewas dan dayus dalam mendidik anak-anak mereka.

Maka, di manakah lagi jaminan anak-anak kita akan selamat dari perkara-perkara seperti ini?. Di sekolah, di bandar, di pekan, di kampung malah di mana-mana sahaja tergambar masyarakat yang sudah rosak akhlaknya, tiada pegangan, mempertuhankan hedonisme. Malah di rumah kita sendiri, kita membenarkan anak-anak dirosakkan dengan Televisyen melalui tayangan-tayangan drama, Filem-Filem, Astro, Foxtel dan sebagainya.

Maka cabaran Ibubapa abad ke21 adalah sangat besar. Mereka yang berkesedaran membentuk anak menjadi Muslim dan Mukmin yang terbaik perlu MENGHARUNGI ARUS KUAT JAHILIYYAH masyarakat yang telah membarah. Memerlukan objektif yang jelas dan strategi yang terancang dalam berperang dengan suasana yang haru ini.

Golongan Ibubapa ini tidak lagi boleh berpada dengan ilmu warisan ibubapa mereka dan sifat yang diharapkan terbentuk secara SEMULAJADI setelah berkahwin dan beranak kerana zaman sudah berubah.

Mereka perlu berusaha menambah ilmu pengetahuan, meningkatkan kefahaman Islam, membentuk peribadi Muslim yang menjadi Qudwah kepada anak-anak, meningkatkan kemahiran-kemahiran parenting dan akhirnya mendidik diri supaya istiqamah dan sabar dalam membentuk keluarga Muslim yang baik dan mendidik ahli rumah menjadi peribadi-peribadi Muslim yang cemerlang.

Inilah sebenarnya asas kepada perubahan dan pembaikan Umat Islam hari ini. Mahu tidak mahu ia perlu bermula dengan DIRI KITA SENDIRI seterusnya KELUARGA, RAKAN-RAKAN, MASYARAKAT dan NEGARA. Ingatlah firman Allah;

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka”.

“MARI BERSAMA MEMBINA GENERASI HARAPAN”

Oleh:

Dr. Mohd Ihsanuddin Abas

Pengerusi

ISMA Australia

Share

Dari kegelapan perigi kepada kemegahan singgahsana
Kisah Yusuf a.s memberi kita dimensi kehidupan seorang manusia yang tidak berputus asa dan sentiasa yakin akan pertolongan Allah. Pada usia awal belasan tahun ditinggalkan dalam kegelapan perigi. Bagaimana perasaan seorang remaja yang sangat rapat dengan ayahnya ditinggalkan dalam kegelapan? Adakah hidupnya akan kekal gelap seperti gelapnya perigi itu?

Kisah kehidupan Yusuf menunjukkan seorang remaja yang tidak putus asa. Dia yakin akan pertolongan Allah. Nabi Yusuf mendapat berbagai ujian dalam hidupnya. Beliau menghadapi persekongkolan jahat yang datang dari orang-orang yang dekat dengannya sendiri, iaitu saudara-saudaranya.  Yusuf diuji dengan pelbagai dugaan; ujian kezaliman saudaranya, ujian kehinaan dengan dilelong dengan harga yang murah, dan perasaan cinta dan syahwat.

Kemuncak ujian Yusuf adalah ujian perasaan cinta dan nafsu syahwat. Ujian ini bukan kepalang… Yusuf hampir tewas, tetapi dzatiah (lonjakkan) keimanan telah menyelamatkannya.

Dan wanita (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadanya) dan dia menutup pintu-pintu seraya berkata: ‘Marilah ke sini.’ Yusuf berkata: ‘Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku telah memperlakukan aku dengan baik.’ Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan beruntung. Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu) dengan Yusuf, dan Yusuf bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu andaikan dia tidak melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah, agar Kami memalingkan darinya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba yang terpilih. ” (QS. Yusuf: 23-24)

Yusuf kekal dengan semangat juang yang kental. Yusuf yakin akan pertolongan Allah. Keyakinannya tidak pernah pudar. Kehidupan Yusuf bermula dengan pelbagai penderitaan TETAPI langkahnya tidak pernah tempang daripada mencari keredhaan Allah. Maka Allah menganugerahkan untuknya ramuan terbaik mencapai kejayaan di dunia ini…

“Dan tatkala dia cukup dewasa Kami berikan kepadanya hikmah dan ilmu. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.” (QS. Yusuf: 22)

ILMU adalah ramuan penting untuk Yusuf membina kehidupan yang berjaya. Sebelum Allah anugerahkan ramuan kejayaan ini …yang mengubah dimensi kehidupannya. Akhirnya beliau mampu menduduki tampuk kepemimpinan di Mesir. Beliau menjadi menteri dari raja yang pertama. Beliau meneruskan dakwahnya di jalan Allah s.w.t dari atas tampuk kekuasaan.

Berkatalah Yusuf: ‘Jadikanlah aku bendaharawan negara (Mesir); sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan.’ Dan demikian Kami memberi kedudukan kepada Yusuf di negeri Mesir; (dia berkuasa penuh) pergi menuju ke mana saja yang ia kehendaki di bumi Mesir itu.

Kami melimpahkan rahmat Kami kepada siapa saja yang Kami kehendaki dan Kami tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik. Dan sesungguhnya pahala di akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan bertakwa.”(QS. Yusuf: 54-57)

Inilah kisah terbaik untuk kita jadikan inspirasi. Kejayaan tidak akan bergolek kepada jiwa yang lemah dan tunduk kepada kehinaan dan tidak juga  kepada jiwa yang putus asa kepada pertolongan Allah.

Dr. Zaki Ibrahim

Pengerusi ISMA Australia 2010

http://drzakiibrahim.com/

Share

Masa yang banyak, apakah agenda yang mengisinya?
Setelah menempuh alam pekerjaan, saya banyak kali berfikir adakah saya telah menggunakan masa sebagai pelajar dahulu dengan baik? Atau saya hanya bazirkan semata-mata untuk memenuhi kehendak nafsu diri dan sahabat-sahabat.

Setelah menempuh alam pekerjaan, saya tidak ada masa yang banyak. Setiap hari kebanyakan masa dihabiskan dengan bekerja, 8-12 jam sehari. Cuti sudah kurang, hanya 5-6 minggu setahun jadi masa perlu diurus dengan berkualiti antara keperluan diri, keluarga, organisasi dan masyarakat.

Apabila memikirkan pelajar-pelajar hari ini, saya rasa mereka sangat beruntung, mempunyai masa lapang atau cuti yang banyak lalu boleh merancang apa sahaja! Kalau belajar di Australia setahun belajar hanyalah selama 8 bulan, hampir 4 bulan atau lebih sedikit adalah masa pelajar bercuti atau berehat. Walaupun ia bergantung juga kepada kursus yang diikuti, tapi masih lagi pelajar mempunyai masa luang yang banyak.

Tetapi adakah ianya digunakan dengan sebaiknya? Sekiranya tidak, persoalannya ke manakah ia dihabiskan?

Saya suka melontarkan pandangan kepada para pelajar di alam Universiti. Cuba fikir-fikirkan semasak-masaknya, luaskan dan panjang-panjangkan pemikiran anda ke luar dari alam remaja/kanak-kanak/pelajar yang anda lalui sekarang, lalu memikirkan siapakah anda suatu hari nanti? Kerana dari situ anda akan mempunyai matlamat lalu berusaha ke arahnya. Sekiranya anda masih belum jelas matlamat hidup, carilah ia dan bincanglah dengan yang lebih berilmu dan berpengalaman, agar hidup kita tidak dibazirkan dan akan terpandu di atas jalan yang lurus.

Setiap pelajar akan menghabiskan masa 2,3,4,5 atau 6 tahun di dalam alam pra-U dan Universiti semata-mata untuk segulung ijazah, agar kelak mampu mendapatkan pekerjaan, maka selamat hidup di dunia. Adakah ia betul-betul berkualiti sekiranya ia dihabiskan untuk Ijazah semata?

Sebenarnya, pada waktu inilah anda di dalam period membina peribadi dan sahsiah diri. Ia dibina berdasarkan ilmu, pemikiran dan pengalaman yang anda lalui. Ia juga dibentuk dari suasana sekeliling, rumah, keluarga, kawan-kawan, pergaulan, perbincangan dan permainan yang anda ceburi.

Pemikiran dibentuk melalui ilmu yang diraih dari pelbagai bidang dan perkara atau agenda yang dibincangkan sesama rakan-rakan. Kalau yang dibincangkan hanya berkisar artis, games, filem dan pasukan bola kegemaran yang kalah atau menang, dan permainan-permainan PICISAN di Facebook, maka apakah rasanya gambaran agenda kita itu? Di manakah agenda besar yang hendak kita bawa?

Sahsiah dibina melalui pergaulan dengan keluarga, rakan-rakan dan masyarakat. Jadi manusia sekeliling anda akan memberi pengaruh pembentukan akhlak dan siasah anda. Rakan yang baik membentuk peribadi yang mulia, sebaliknya yang kurang baik atau bercampur-campur baik dan buruk membentuk kita ke arah itu. Sepertimana kata-kata kawan adalah cerminan diri. Lalu, berhati-hatilah memilih rakan.

Dan hadis Nabi saw telah menjelaskan: “Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak.” (Riwayat Abu Daud)

Saya menyeru agar kita menilai penggunaan masa dengan baik dan carilah suasana yang baik atau biah solehah. Peringatan dari Allah melalui surah Al-Asr jadikanlah sebagai panduan kerana setiap manusia adalah rugi melainkan ia melaksanakan syarat-syarat yang digariskan oleh Allah dalam surah ini. Beriman dan beramal soleh, berpesan-pesan dengan kesabaran dan berpesan-pesan dengan kebenaran.

Gunakan masa dengan sebaiknya terutama semasa cuti persekolahan yang panjang ini untuk mencapai matlamat anda yang jelas demi masa depan yang lebih baik untuk diri, Agama, Bangsa dan Negara. ﻿

Oleh:

Dr. Mohd Ihsanuddin Abas

Timbalan Pengerusi

ISMA Australia

Share