Sumbangan Mangsa Kebakaran

Satu kejadian kebakaran di Pulai Chondong, Machang, Kelantan telah meranapkan 20 buah rumah kedai serta 2 buah rumah kediaman  hanya dalam masa sejam pada 20 Februari 2010 yang lalu. Antara mangsa yang turut terlibat dalam kejadian tersebut merupakan ahli keluarga salah seorang penuntut di Monash University, Clayton. Sehubungan dengan itu, ISMA Australia memohon warga Malaysia di Australia untuk sama-sama menghulurkan bantuan  demi meringankan bebanan keluarga beliau yang telah kehilangan  tempat tinggal & mata pencarian.

Ucapan Takziah kepada MSD Australia

Warga Malaysia di Australia gempar hari ini dengan berita pembunuhan pemandu Pengarah MSD Australia, di Sydney lewat petang semalam. ISMA-Australia ingin mengucapkan takziah buat pihak MSD dan juga kepada keluarga arwah yang berada di Malaysia. Semoga ruhnya dicucuri rahmat Allah insyaAllah dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

Selamat Datang Dayang Asma’

Bumi Melbourne telah menerima kedatangan seorang bayi bernama Dayang Asma’ binti Abang Ikhwan yang dilahirkan di hospital besar The Women’s.  Beliau merupakan anak pertama kepada pasangan ahli ISMA Australia – Victoria iaitu Abang ikhwan Abang Othman dan Nurul Akmar Ramli.

Ucapan Tahniah Buat Pasangan-Pasangan Pengantin Baru

ISMA Australia ingin mengucapkan tahniah buat pasangan Wan Muhd Riduan Wan Jaffar dan Nik Shahrina Nik Ahmad Ariff serta pasangan Ahmad Muslim Ahmad Roslan dan Nur Izzati Othman kerana telah melangkah ke alam baitul muslim pada 27 Disember 2009 dan 9 Januari 2010.

Adelaide Meriah Dengan Orang-orang Baru!

Adelaide, 18 Nov. – Tahun 2009 merupakan tahun yang penuh dengan kejutan terutama sekali di Adelaide apabila ia tiba ke penghujungnya.

Laporan Melbond Games 2009

Oakleigh, 4 Oktober – Melbond Games yang berlangsung di Oakleigh Recreation Centre disini hari ini bermula dengan berakhir dengan semangat kesukanan yang tinggi dikalangan peserta. Penyertaan bukan hanya dikalangan pelajar undergrad, tetapi juga dikalangan pelajar postgrad di Melbourne.

AMIN 2009 Beri Pendedahan Berharga Buat Media ISMA

Putrajaya, 7 OktoberMedia ISMA telah menerima jemputan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menghadiri Majlis Anugerah Media Islam Negara (AMIN) bagi tahun 2009.

Ucapan Aidilfitri Daripada Pegawai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia

Media ISMA Australia berpeluang merakamkan ucapan Hari Raya Aidilfitri daripada TYT Dato’ Salman Ahmad.

Ucapan Raya Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia, TYT Dato' Salman Ahmad

Bersempenaan dengan aidilfitri yang disambut oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia, ISMA telah ke Kedutaan Malaysia di Canberra bagi merakamkan ucapan Duta Besar Malaysia di Australia, Dato’ Salman Ahmad kepada seluruh warga Malaysia di Australia.

“Daylight Saving” Bermula Ahad Ini

Jangan lupa untuk ‘hilangkan 1 jam’ daripada hari Ahad anda nanti. Apa maksudnya?

Ucapan Hari Raya Pegawai MSD Australia

Sydney – Sebelum 1 Syawal yang lalu, Media ISMA-Australia (wakil di Sydney) telah melakukan lawatan ke Konsulat Malaysia di Bellevue Hill, New South Wales. Berikut ucapan mereka kepada pelajar-pelajar Malaysia di seluruh Australia.

Risiko Makan Banyak di Musim Raya

…apabila hari raya individu yang makan terlalu banyak boleh mengakibatkan kadar metabolik mereka semakin tidak stabil…

Majlis Iftar Malaysia Hall 29 Ramadhan

Melbourne, Sabtu 19hb – ISMA-Australia VIC dengan kerjasama Badan Hal Ehwal dan Pembangunan Insan (EHSAN) dan Khairat Melayu Islam Victoria (KMIV) telah menganjurkan majlis iftar (berbuka puasa) terakhir bagi Ramadhan 1430H.

Muslim di Australia Sambut Syawal Ahad ini

Jumaat: Board of Imams of Australia telah mengumumkan bahawa bulan Syawal akan bermula pada hari Ahad ini 20 September 2009. Justeru, umat Islam di Australia akan mula menyambut Hari Raya Aidilfitri bermula waktu Maghrib hari Sabtu 19 September 2009.

Liputan Majlis Iftar Perdana ISMA Vic 2009

Baru-baru ini pada 23 Ramadhan 1430 Hijrah bersamaan 13 September 2009, ISMA Australia Cawangan Victoria telah mengadakan satu Majlis Iftar Perdana yang berlangsung di Pelham St Musolla dan juga Bouverie St Praying Block, University of Melbourne yang diketuai oleh Encik Nik Ahmad Nik Akmal. Majlis juga turut berlangsung di Engineering Hall Monash University Clayton yang diketuai oleh Encik Muhammad Nor Abd Wahab pada masa yang sama. Majlis ini telah dikelolakan oleh Unit Biro Kebajikan dan Akademik ISMA Australia-Cawangan Victoria.

Next Page »