ISMA Australia » Pelbagai

Wasiat Terakhir Baginda: Tanda Kasih kepada Kita
“Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.”

Terasa syahdu dan sebak untuk didengar di cuping telinga tatkala dilafaz oleh junjungan besar kita, Rasullulah s.a.w usai baginda menyampaikan khutbah terakhir pada 9 hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah. Ini bermakna kematian akan bila-bila masa menjemput baginda.Walaupun ketika itu kesakitan menyelimuti Nabi Muhammad s.a.w, namun atas nama cintanya kepada umat, digagahkan baginda untuk meyampaikan wasiat terakhir kepada umat Islam.

Dalam lipatan Sirah Kenabian

Hari ini 1433 hijrah, bermakna sudah 1422 tahun ( hijrah) Nabi Muhammad s.a.w pergi meninggalkan kita. Namun, risalah Islam terus berkembang pesat seantero dunia dan menyaksikannya sebagai antara agama yang paling  ramai penganut.  Inilah hasil keringat dan air mata baginda dibantu para sahabat untuk meluaskan pengaruh Islam agar dapat dinikmati manusia sejagat hingga ke hari ini. Bilangan umat Islam yang mencecah angka 1.8 bilion orang menurut statistik bertebaran luas di serata pelosok alam menjadi anggota masyarakat dunia yang mengenggam amanat wasiat baginda Nabi s.a.w.

Jika kita fikirkan baik –baik, angka 1000 tahun itu amat besar jaraknya. Tidak ada dalam sejarah peradapan manusia, seseorang yang mampu hidup selama seribu tahun. Umat manusia yang bersama dengan baginda kala wasiat ini disampaikan sudah tiada lagi di dunia. Justeru, persoalannya bagaimana mungkin setiap baris kata wasiat baginda mampu sampai kepada kehidupan kita hari ini?

Tiada perakam suara di zaman baginda…

Tiada kemudahan menyimpan maklumat di zaman baginda…

Tiada akses internet di zaman baginda…

Yang ada hanyalah cebisan pesanan daripada khutbah terakhir Nabi s.a.w itu sendiri. Pesanan yang menjadi asbab kita mampu merasai dan menikmati baris kata wasiat baginda.

Pelik tapi benar. Namun, itulah hakikatnya.

“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku”.

Ku tinggalkan dua perkara

Andainya dia seorang hartawan, pasti diwasiatkan segala hartanya sebagai peninggalan. Andainya dia seorang pemimpin, pasti diwasiatkan kerajaannya untuk dipimpin. Tapi, baginda lain. Baginda seorang nabi dan rasul, maka wasiat baginda kepada manusia seisinya ialah wasiat agama. Agama yang akan menentukan pengakhiran kisah kehidupan manusia. Apabila kita renungkan kembali, Allah s.w.t telah menjanjikan syurga buat baginda, maka tidak perlu Rasullulah s.a.w bangkit daripada pembaringan baginda ketika sakit semata –mata menyampaikan amanat terakhir kepada umatnya.

Namun, ada sesuatu yang lain yang baginda rasai.

“Ummati.. ummati”, itulah rasa kasih dan sayang Nabi s.a.w yang menggunung tinggi kepada umatnya yang dicintai. Baginda tidak mahu meninggalkan umatnya dalam keadaan terumbang – ambing selepas pemergiannya. Maka diserahkan kepada kita panduan yang jelas dan terang untuk diikuti.

“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.”

Tidak seindah mimpi, tak semanis impian

Justeru, pastilah dunia yang kita diami hari ini aman dan bahagia. Tiada peperangan dan pertelingkahan. Yang kaya tidak menindas si miskin. Yang kuat tidak menzalimi yang lemah. Wanitanya dilindungi lelaki. Umat Islam dipandang sebagai umat yang memimpin masyarakat dunia kerana kita telah dibekalkan dengan wasiat terakhir baginda nabi s.a.w.

Begitu indah mimpi semalam tapi bangkitlah dari lena yang panjang.

Hakikatnya tidak begitu. Senario hari ini menyaksikan kitalah yang memenuhi angka –angka tertinggi gejala sosial. Kitalah yang berlumba –lumba membenarkan riba. Kitalah penambah api sengketa. Kitalah yang tidak merasakan masyarakat Islam di Palestin, Afghanistan mahupun di Afrika adalah saudara seagama kita kerana mungkin kita sedikit alpa akan pesanan daripada wasiat baginda :

“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.”

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

Telah lebih 10 kurun khutbah terakhir Nabi Muhammad s.a.w disampaikan baginda dengan penuh rasa cinta. Selama itulah sejarah menjadi saksi Islam pernah menguasai dua pertiga dunia. Di waktu itu, wasiat terakhir baginda ini dihayati dan dibumikan dengan amal oleh umat di zaman tersebut. Inilah sebenarnya kunci merungkai permasalahan kita di zaman ini.

Tidak perlu untuk kita berhempas – pulas memikirkan langkah terbaik untuk membaik pulih, mencipta solusi yang baru yang dikatakan sesuai dengan peredaran semasa,  tetapi kembalilah kita kepada pesanan kasih daripada junjungan besar dan mulia, Muhammad s.a.w. Ingatlah wahai jiwa, kita  akan kembali menemui Al-Khaliq, maka biarkan jiwa ini kembali bersama bukti kita telah melaksanakan wasiat terakhir baginda kepada umatnya.

“Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu , awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku”, demikianlah sebahagian pesanan Nabi kepada umat manusia.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

Share

Ini Pertarungan Akademik
Saya mengeluh di dalam hati. Ini adalah kerana hari ini dan esok, saya ada ‘experiment’ selama 7 jam dan perlu mengambil sampel setiap 30 minit. Ini tidak termasuk ‘set up’ dan ‘pack up’ peralatan untuk ‘experiment’ dan mengambil otak tikus. Bukanlah ia suatu benda baru. Saya telah melakukannya sejak bermulanya projek Phd saya. Namun mengenangkan kepenatan selepas ‘experiment’ membuatkan saya mengeluh sendiri.

Lebih-lebih lagi saya sedang menyiapkan ‘presentation slides’ untuk ‘progress seminar’ jumaat nanti. Sibuk, dan masa terlalu sedikit.

“Bagaimana kalau tikus ini mati di tengah-tengah ‘experiment’?”

“Bagaimana kalau tak dapat keputusan yang diingini?”

“Bagaimana kalau begitu dan begini?”

Banyak persoalan yang bermain di fikiran saya setiap kali perlu membuat pengumpulan data.

Alangkah ruginya saya jika itu yang berlaku kerana saya perlu mengulang kembali proses ini sejak mula. Membuat dua ‘surgery’, menunggu ‘recovery period’, dan mengumpul data selama 7 jam. Semuanya mengambil masa sepuluh hari untuk mendapatkan data untuk seekor tikus.

Penat dan rasa membuang masa.

Tetapi, saya akan lebih rugi jika saya tidak membetulkan niat sejak daripada awal lagi. Andai saya berniat yang proses pembelajaran saya ini adalah kerana Allah, dan untuk kebaikan agama Islam tentulah saya tidak lagi rugi walaupun

‘experiment’ tidak menjadi.

Jihad ini adalah jihad akademik! Saya perlu sentiasa membetulkan niat, dan muhasabah setiap masa. Tarbiyah bukan hingga habis belajar tetapi berterusan hingga ke akhir hayat.

Islam perlukan individu yang hebat dalam bidang masing-masing untuk mengalirkan fikrahnya kepada masyarakat suatu hari nanti.

Bayangkan diri anda 10 atau 20 tahun akan datang. Seorang pakar jurutera, ‘pharmacist’, akauntan, ekonomi, peguam, doktor tetapi bukan sebarang jawatan. Anda adalah seorang pakar jurutera, ‘pharmacist’, akauntan, ekonomi, peguam, dan doktor yang mempunyai fikrah Islam dalam dirinya dan mengalirkannya ke dalam masyarakat. Berbeza seorang doktor atau jurutera  yang biasa, dengan seorang doktor atau jurutera yang tarbiyah mengalir dalam dirinya, berakhlak mulia, tawadhu’, mengambil berat hal masyarakat, menjadi keluarga qudwah dalam kawasan kejiranan dan sebagainya.

Seorang individu muslim perlu tersusun urusannya, berpengetahuan luas dan sentiasa menjaga masa! Mari kita bermujahadah bersungguh-sungguh dalam ‘study’ masing-masing dan berusaha untuk mendapatkan HD  dalam semua subjek. Islam perlukan kepakaran anda suatu hari nanti.

Jihad ini adalah jihad akademik!

Ummi Khalid’

Blog: …and here, it starts….

Share

Perutusan takziah buat Dr Rameez dan keluarga
14 Nov – Dukacita dimaklumkan bahawa Puan Zakiah Num Abdullah yang merupakan ibu kepada Konsul General di Melbourne, Dr Rameez Yahaya telah meninggal dunia pada hari ini di Malaysia. Allahyarhamah mengalami kecederaan akibat rompakan yang berlaku awal hari ini. Takziah diucapkan kepada Dr Rameez dan keluarga.

Pihak ISMA-Australia mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. ISMA Australia turut mendoakan semoga Allah memberikan kesabaran dan kekuatan kepada Dr Rameez serta ahli keluarga agar terus tabah dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” – Surah Ali-Imran

Share

Ujian, Aku dan Doa
Salah satu perkara yang selari dengan musim peperiksaan dan ujian ialah doa. Masa inilah majoriti daripada kita mempertingkatkan dan memperbanyakkan doa. Yang tak pernah berdoa sebelumnya, tiba-tiba berdoa. Yang tak pernah membuat solat hajat pada waktu-waktu lain, dibuat solat hajat setiap hari. Yang sebelum ini berdoa sekadar membaca, sekarang menitiskan air mata ketika berdoa. Nak tak nak, inilah realiti pelajar-pelajar muslim Malaysia era kini yang terpaksa kita akui.

Sebab utama ini berlaku ialah ujian kesenangan. Pelajar luar negara terutamanya, mendapat elaun bulanan yang cukup lumayan (berdasarkan duit sara hidup pelajar di Australia). Pada pendapat saya, kita sebagai pelajar hendaklah hidup bersederhana sahaja kerana hidup di perantauan adalah sementara dan transisi dari alam belajar ke alam pekerjaan dan alam rumah tangga memerlukan duit yang sangat banyak. Pengalaman saya sendiri tidak mempunyai apa-apa pekerjaan selama 9 bulan telah mengajar saya kepentingan menyimpan. Bahaya ujian kesenangan ialah ia merosakkan dan melalaikan diri kita daripada matlamat asal sebagai seorang pelajar muslim di perantauan. Budaya hedonisme yang telah sebati dengan diri kita menyebabkan duit lebihan dibelanjakan ke tempat-tempat yang tidak perlu. Tak perlulah saya beri contoh di sini kerana khuatir akan ada yang terasa hati. Saya yakin semua pun tahu apa yang saya maksudkan. Ini akhirnya mengambil masa kita yang sepatutnya

digunakan untuk belajar.

Semasa study week baru hendak mula belajar dengan serius. Walhal, ini sepatutnya dimulakan sejak dari minggu pertama pembelajaran. Realitinya, hidup semakin sibuk. Ini sering dikatakan oleh abang-abang senior sejak dari dulu lagi ketika saya merupakan pelajar undergraduate. Memang benar kata mereka tetapi saya hanya dapat imani kata-kata ini dengan sebenarnya setelah memulakan fasa hidup saya sebagai pelajar postgraduate pula. Fasa sebagai pelajar universiti di luar negara ialah masa yang paling sesuai untuk kita belajar skil-skil kehidupan yang semua kita perlukan pada masa hadapan. Ini termasuk skil mengurus diri, mengurus rumah, menyusun masa dan menjaga kewangan. Kalau di perantauan kita tidak dapat menyimpan, bagaimana pula dengan kehidupan di tanah air di mana harga barang mahal, tetapi gaji pula sedikit. Jika di perantauan kita tidak ada masa ke masjid, bagaimana pula di tanah air nanti di mana tempat kerja kita 30-60 minit dari rumah, jalan sesak dan bos beri kerja tidak henti-henti.

Bila keesokkannya nak periksa, barulah kita kembali kepada Allah swt, masa itulah kita bersolat hajat, masa itulah kita menitiskan air mata ketika berdoa. Tetapi secara logiknya, adakah Allah swt akan makbulkan doa kita? Sebelum masa itu, kita sibuk dengan perkara-perkara yang melalaikan dan merosakkan iman seperti videogames, TV shows, movies, anime, music dan sebagainya. Allah swt tak suka kita melakukan perkara-perkara ini tetapi kita tetap buat juga. Alhamdulillah Allah swt sangat penyayang, maka duit elaun tetap masuk, kesihatan kita tetap elok dan nyawa kita masih ada. Allah swt ingat pada kita tetapi kita lupa pada Allah swt. Janganlah tunggu Allah swt peringatkan kita dengan ujian gagal subjek, tak sempat nak balajar sebelum periksa, tak faham Assignment dan lain-lain.

Tak dinafikan kita menjadi sebegini disebabkan kita menjadi mangsa keadaan. Setelah 20 tahun hidup dalam jahiliyah, siapa yang tak terkesan? Saya dulu seperti ini juga tetapi Alhamdulillah saya dapat kenali tarbiyah ketika saya di tahun satu pada tahun 2005. Tarbiyahlah yang telah mematangkan saya. Tarbiyahlah yang menjadikan saya pelajar yang lebih baik kerana saya mempunyai matlamat yang jelas kenapa saya belajar setelah kenal tarbiyah. Keputusan saya meningkat tahun demi tahun sehinggalah saya mendapat ijazah, Bachelor of Engineering with Honours (second class upper) saya pada Disember 2008. Kini saya sedang menyambung pelajaran saya pada peringkat PhD tanpa perlu menjalani Masters, Alhamdulillah. Kepada yang bimbang tarbiyah akan menganggu pelajaran, yakinlah bahawa ia adalah sebaliknya. InsyaAllah ilmu akan lagi senang masuk ke hati jikalau hati kita bersih. Dan proses pembersihan yang terbaik ialah pentarbiyahan diri.

Nor Azlan Nor Muhammad

Biro Pembangunan Sumber Manusia

ISMA Australia (Victoria)

Share

Disebalik Pengorbanan Agung
Alhamdulillah, sekali lagi umat Islam seluruh dunia berhari raya Aidil Adha atau dikenali dengan Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban bagi masyarakat Malaysia sangat sinonim dengan kisah Nabi Ibrahim yang diperintahkan Allah untuk mengorbankan anaknya Ismail sebagai bukti ketaatan. Semua maklum, susur galur kisah sirah yang hebat ini tanpa perlu saya huraikan panjang lebar. Tidak dapat dinafikan, hanya dengan keimanan yang tertinggi, mampu membawa kepada pengorbanan yang agung ini. Secara peribadi, saya sangat mengkagumi kisah baitul muslim ( keluarga islam ) ini yang sering menjadi inspirasi saya dalam membina keluarga. Selain Nabi Ibrahim sebagai seorang ayah, Nabi Ismail

sebagai seorang anak, pastinya seorang lagi watak utama yang yang sangat saya hormati ialah Siti Hajar; Ibu kepada Nabi Ismail, Isteri kepada Nabi Ibrahim. Realitinya, tidak akan berlaku pengorbanan agung ini tanpa seorang wanita seteguh Siti Hajar. Beliau telah terlebih dahulu melakukan pengorbanan untuk memungkinkan berlakunya peritiwa besar yang terus menjadi simbol ketaatan seorang Hamba kepada Penciptanya yang kisah mereka diabadikan hingga ke hari ini.

Siti Hajar, wanita yang dikahwini oleh Nabi Ibrahim setelah sekian lama berkahwin dengan Siti Sarah dan tidak dikurniakan anak. Sejurus kelahiran Ismail, turun perintah Allah agar Ibrahim membawa Siti Hajar ke tanah Hijjaz. Ditinggalkan berdua dengan seorang anak yang masih kecil, di tanah gurun yang tandus lagi tidak berpenghuni, Siti Hajar redha dengan ketentuan Allah, mengetahui tindakan Ibrahim adalah atas perintah Allah Taa’la.

Siti Hajar,

Lambang keteguhan wanita muslimah,

Peribadinya wajar dijadikan qudwah.

Lambang ketaaan seorang Hamba kepada Allah,

Kesetiaan seorang isteri kepada suami

Kesabaran seorang Ibu mendidik anak yang Soleh.

Keyakinan seorang Muslimah dalam

berpegang pada prinsip meski hebat diuji.

Adakah mudah membesarkan seorang anak sebagai Ibu Tunggal, dalam masa yang sama berjaya memadamkan perasaan benci seorang anak kepada ayah kerana meninggalkan mereka tanpa perlindungan selain perlindungna Allah? Adakah mudah untuk membuang perasaan sedih dan

kecewa apabila berlaku sesuatu di luar keinginan kita, dan redha sepenuhnya kepada ketentuan Allah serta meletakkan penggantungan hanya kepada Allah?

Share

Swot Vac: Minggu Persediaan atau Minggu Macam-macam?
1 September 2011, Adelaide.

Aiman terjaga daripada lena. Jam loceng di tepi katil menunjukkan pukul 4 pagi. Aiman bergegas bangun dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri, mengambil wudhuk dan sujud menemui Rabbul ‘alamin di dinihari. Di saat unggas-unggas masih belum bangkit untuk memulakan kitaran hidup di siang hari.

Setelah selesai solat Subuh dan membaca Mathurat, seperti biasa perkara pertama yang dilakukan adalah membuka internet dan membaca berita-beritaonline untuk mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di segenap ceruk dunia. Aiman menggeleng-gelengkan kepala melihat pelbagai jenayah yang berleluasa yang terkadang melampaui imaginasinya sebagai manusia. “Takde perasaan ke diorang ni?” keluh Aiman bersendirian.

Melihat timetable yang ditampal di dinding, kelasnya pada hari ini agak padat dan hanya tamat pada pukul 5 petang. Itupun, dia masih ada group discussion dengan beberapa orang teman sekelasnya dan juga dia perlu mencari masa untuk mengumpul bahan dan maklumat yang diperlukan bagi menyiapkanassignment.  Terasa penuh sekali jadual kehidupannya.

Tiba-tiba Aiman teringat, “Alamak! Lupa pulak. Abang Khalid suruhprepare bahan untuk usrah esok. Sempat ke ni?” Terfikir di hati untuk menelefon abang Khalid dan menyatakan tentang kesibukkannya. Tetapi bila dipandangnya kembali kepada jadual, ada kekosongan waktu selama 2 jam antara pukul 12 tengahari sehingga pukul 2 petang.

“Em.. sempat la prepare time ni. Lagipun aku puasa. Takde lah terkejar-kejar nak makan ke apa. Nak mencari ilmu duniawi, kena seimbangkan jugak dengan ilmu ukhrawi,” Aiman bermonolog sendirian sambil mengingatkan dirinya sendiri supaya tidak larut dengan mengejar kejayaan dunia semata-mata.

30 Oktober 2011

Tak sedar masa berlalu begitu pantas. Akhirnya hanya seminggu sahaja tempoh yang tinggal sebelum Aiman menduduki kertas pertama final exam untuk tahun pertama pengajiannya. Oleh sebab terasa banyak lagi pelajaran yang belum dicover sepenuhnya, Aiman bercadang untuk stay up bagi mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan assignment terakhir untuk semester ini yang perlu dihantar selewat-lewatnya esok. Teman serumahnya tidak pulang kerana menyiapkan kerja di universiti.

Pada awalnya, Aiman ingin menunggu waktu Subuh sebelum melelapkan mata sebentar setelah siap menaip baki assignmentnya kerana jam pada waktu itu sudah menunjukkan pukul 4 pagi. Namun, disebabkan kepenatan kerana sudah 3 hari berturut-turut berjaga malam, Aiman tertidur di atas meja. Dia hanya tersedar apabila dikejutkan dengan deringan telefon Abang Khalid yang ingin bertemunya hari ini.

“Hah! Dah pukul 6.30!” terus Aiman bingkas bangun ke bilik air sedangkan sudah melebihi waktu syuruk.

Jam sudah menunjukkan pukul 1 petang. Telah masuk waktu Zohor, namun kelihatan Aiman tetap tekun mengulangkaji di mejanya tanpa berganjak sedikitpun. “Kejaplah, kejap je lagi. Nak habiskan lecture note yang ni.” seakan-akan syaitan berbisik di telinga Aiman dan diiakan oleh kata hati Aiman sendiri. Kebiasaannya, Aiman memang selalu bersiap awal untuk waktu solat dan tidak bertangguh-tangguh dalam mengerjakannya. Namun, adakah disebabkan peperiksaan yang makin dekat, “rutin” kebiasaan menjadi “rutin” yang di”asing”kan?

Refleksi Diri: Kisah Aiman dan Kisah Kita

Sekadar sebuah kisah untuk muhasabah diri berdasarkan pengalaman dan pemerhatian peribadi. Apabila tiba diambang peperiksaan, terasa semua serba tak kena. Adrenalin yang dirembes-rembes menambahkan debaran, stok kopi yang disimpan untuk membantu menahan mata supaya sentiasa terang, bekalan coklat atau snack ringan di tepi meja study untuk mengisi perut yang mungkin meminta-minta untuk diisi akibat daripada penggunaan tenaga yang SEDIKIT berlebihan ketika waktu study, dan tak lupa bermulalah era ber”kabung” setiap pelajar. Ada yang menyendiri di library, ada yang mula mencari rakan-rakan untuk group discussion, dan tak lupa yang mempacking kain baju dan ber”pindah” ke rumah rakan lain buat sementara waktu bermula dari mingguSwot Vac sehingga tamat kertas terakhir dengan alasan akan lebih bermotivasi apabila mengulangkaji di rumah orang lain.

Terkadang apabila melihat kerenah yang pelbagai ini membuatkan saya menyedari betapa besarnya impak “Minggu Persediaan” kepada “kehidupan normal” kita. Paling kronik sehinggakan katil, rumah dan makan minum sendiri kurang terjaga semata-mata ingin menggunakan setiap waktu yang ada untuk mengulangkaji. Hebatnya semangat jihad masing-masing untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi peperiksaan akhir semester. Setiap rutin kebiasaan yang mampu dilakukan pada hari-hari lain telah bertukar menjadi luar biasa apabila tiba minggu Swot Vac.

Zero to Hero atau Hero to Zero?

Adakah pertukaran rutin kehidupan biasa kepada keadaan luar biasa ini menunjukkan kita telah selangkah bergerak dari zero kepada hero? Sekilas pandang, sangat hebat mujahadah yang kita lakukan sehingga mampu memperuntukkan sepenuhnya setiap saat waktu yang ada untuk menuntut ilmu. Dan hebatnya mujahadah kita dalam memastikan bekalan bagi menghadapi “peperangan ijazah” telah lengkap secukupnya.

Paling saya “tabik spring” pada sesetengah daripada kita yang “mampu” untuk men”deactivate” facebook dan menghentikan tabiat chatting dalam tempoh mujahadah ini dengan alasan ingin mengurangkan menghadap perkara-perkara lagha. (Alangkah baiknya jika kesedaran ini timbul dalam rutin kehidupan biasa kita. Bukan hanya ketika kita bertukar menjadi “luar biasa”).

Namun dalam mengatur perjalanan untuk melengkapkan transformation Zero kepada Hero, tanpa kita sedar ada antara langkahan kita yang tersilap dan terpijak lopak-lopak air dan lubang di pertengahan jalan yang mungkin menghentikan atau membantutkan transformation kita yang akhirnya membawa kepada pengakhiran Hero kepada Zero. Ini akan terjadi apabila usaha untuk mengumpul bekalan bagi “peperangan ijazah” tidak selari dengan usaha bagi melengkapkan bekalan menghadapi “peperangan memberatkan timbangan amal”.

Ramai daripada kita yang terlupa betapa besarnya peluang yang telah diberikan oleh Rabbul ‘alamin bagi kita para pelajar di mana bekalan untuk “peperiksaan ijazah” ini secara langsung akan menambahkan bekalan bagi memberatkan timbangan amal.

Muhasabah diri. Apabila tiba minggu Swot Vac, ramai yang memilih untuk stay up sehingga awal pagi. Bukanlah satu kesalahan kerana setiap daripada kita punya cara mengulangkaji tersendiri, dan waktu mengulangkaji yang berbeza-beza. Namun apa yang menjadi kesalahan adalah apabila sikap bermujahadah dalam peperiksaan dunia ini menyebabkan berkurangnya mujahadah dalam menghadapi peperiksaan akhirat.

Subuh yang kadangkala terlambat atau terlepas, qiam yang berkurang kerana terlalu penat mengulangkaji, solat yang mula dilambat-lambatkan untuk menghabiskan bab yang sedang dibaca, bacaan Quran yang makin pendek kerana ingin memperuntukkan waktu seoptima yang mungkin untuk study dan yang paling terkesan pada saya adalah apabila virus-virus ukhuwwah yang menyelit perlahan-lahan. Contoh paling mudah, giliran masak yang memang menjadi rutin kebiasaan yang jarang ada halangannya, tiba-tiba apabila kehidupan “luar biasa” bermula, ramai yang mula melupakan tanggungjawab masing-masing. Menggunakan alasan sibuk study untuk lari daripada rutin ini. Sedangkan apabila tiba Swot Vac  dan dalam tempoh exam, program-program tarbiyyah telah dihentikan buat sementara waktu untuk memberi laluan kepada kita untuk menumpukan sepenuhnya mujahadah kepada ijazah. Dan ukhuwwah sebenarnya adalah salah satu bekalan dan tolakan kuat untuk membantu kita memastikan iman sentiasa berada dalam keadaan “segar”.

Sementara ada kesempatan waktu, kita nilai kembali sikap kita sebelum ini apabila tiba Swot Vac. Adakah kita sedang mempersiapkan diri untuktransform sepenuhnya daripada Zero kepada Hero atau mujahadah yang makin kelam dengan produk terakhir, Hero kepada Zero.

Biasa mendengar pesanan untuk mengikat tali unta sekuatnya sebelumexam, tapi ikatan yang dipesan Rasulullah bukanlah sekadar untuk mencukupkan syarat. Tapi ikatan yang hendak dilakukan perlulah seteliti mungkin. Check sama ada tali yang diikat itu masih baik dan tidak rosak atau putus di mana-mana dan ikatan yang disimpulkan perlulah dengan bersungguh-sungguh dan cukup kemas sebelum kita yakin untuk meninggalkannya di luar. Dan yang pasti, unta yang ingin kita tinggalkan di luar bukanlah sekadar unta biasa tetapi seekor unta merah kepunyaan Hero. Seterusnya, bismillahi tawakkal tu ‘alAllah.

Dalam riwayat Imam Al-Qudha’i disebutkan:

“Ertinya : Amr bin Umayah Radhiyallahu ‘anhu berkata, ‘Aku bertanya, ‘Wahai Rasulullah !!, Apakah aku ikat dahulu unta (tunggangan) ku lalu aku bertawakkal kepada Allah, atau aku lepaskan begitu saja lalu aku bertawakkal ? ‘Beliau menjawab, ‘Ikatlah kenderaan (unta) mu lalu bertawakkallah”. (Musnad Asy-Syihab, Qayyidha wa Tawakkal, no. 633, 1/368)

Keterangan: Dalam berusaha mengikat tali, bukanlah kita bergantung harap kepada tali tersebut semata-mata. Untuk memastikan unta tidak lari bukan kerana kemasnya ikatan kita. Semuanya disandarkan kembali kepada Allah. Namun syaratnya, kita perlu usaha.

Konsep rezeki yang Allah bentangkan buat kita cukup sempurna, sepatutnya kita tidak perlu risau lagi andai kita betul-betul mengikut apa yang telah Allah gariskan. Selamat berusaha sambil bertawakkal.

Oleh:

Huriyyatun Najla’

Media Wanita ISMA

Blog: Qurratul Qalbu

Share

Kelahiran Dua Bayi Comel yang Bertuah
Melbourne, 5 Oktober – Tahniah diucapkan kepada dua pasangan yang baru menimang cahaya mata pertama baru-baru ini. Kelahiran ini turut menjadi kegembiraan seluruh warga ISMA Victoria.

Pasangan Nor Azlan dan Nor Syafinaz kini bahagia dengan bayi perempuan yang dinamakan Nor Amanina Syuhada. Bayi yang dilahirkan pada 24 September ini benar-benar menjadi pelengkap rumahtangga yang dibina atas dasar dakwah.

Nor Amanina Syuhada

Nor Azlan dan Nor Syafinaz bersama bayi kesayangan Nor Amanina Syuhada

Manakala pasangan Nazri Kasuan dan Fatimah Dzaharudin baru sahaja dianugerahkan seorang bayi lelaki pada 1 Oktober yg lalu. Kelahiran bayi lelaki seberat 3.4 kg ternyata menjadi satu anugerah yang dinanti oleh pasangan ini yang diharapkan bakal menyambung perjuangan kedua ibu bapanya kelak.

Permata hati saudara Nazri dan saudari Fatimah

Moga kehadiran kedua bayi ini menambahkan seri rumahtangga kedua pasangan dan didoakan agar kedua bayi ini membesar menjadi anak yang soleh dan musleh. Doa dari warga ISMA buat kedua pasangan bertuah ini:-

Baarokallohulaka fiil mauhuubilaka, wa syakartal waahiba, wa balagho asyuddahu, wa ruziqta birrohu.

Semoga Allah memberikan keberkahan untuk dirimu atas (karunia) yg diberikan kepadamu. Semoga engkau mensyukuri Yang Maha Memberi hingga sang anak menjadi dewasa dan menjadi anak yang berbakti.

Media ISMA

Membangun Umat Beragenda

Share

RSP’11 – Aman Palestin Cari Salahuddin di Melbourne
MELBOURNE, 17 Sept. – Lebih dari AUD $20,000 telah berjaya dikutip pada akhir program Roadshow Palestin (RSP) 2011 di Melbourne semalam. Kutipan tahun ini telah memecah rekod kutipan di Melbourne dan juga di peringkat Australia. Salah satu dari barang bidaan yang dilelong pada malam tersebut telah dibeli pada harga melebihi AUD $10,000.

Program RSP merupakan program tahunan anjuran ISMA Australia dengan kerjasama Aman Palestin Berhad. Bertempat di GM15 Law Building, University of Melbourne, RSP tahun ini yang bertemakan ‘Searching For Salahuddin’ ini diserikan dengan kehadiran dua penceramah jemputan iaitu Ustaz Nadzri bin Musnman dan Prof Madya Dr Zainur Rashid bin Zainuddin yang masing-masing merupakan Perunding Aman Palestin. Program tahun ini telah dirasmikan oleh Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne, Dr Mohamad Rameez bin Yahaya. Beliau memuji kesungguhan ahli-ahli ISMA dan sukarelawan yang bertungkus-lumus memastikan program ini berjalan lancar.

RSP 2011 Melbourne telah dibuat dalam dua sesi, iaitu Seminar Palestin dan Malam Bersamamu Palestin.  Seramai 150 orang peserta menghadiri RSP kali ini. Slot Seminar Palestin telah menjelaskan isu Palestin dengan terperinci kepada para peserta dan menyuntik semangat berkobar-kobar untuk persediaan pada Malam Bersamamu Palestin. Pelbagai aktiviti telah dibuat pada malam itu, antaranya Forum Palestin bertajuk Mencari Salahuddin, pameran Palestin, jualan barang Palestin, silent bidding dan live bidding. Kemuncak program RSP ini menyaksikan pertambahan peserta dan membuktikan kefahaman peserta berkenaan isu Palestin.

Siri jelajah Roadshow Palestin 2011 juga akan diadakan di Hobart dan Brisbane pada 18 September manakala Sydney dan Adelaide pada 24 September. – MediaISMA

Wakil ISMA serta Perunding Aman Palestin bergambar bersama Consulate General Melbourne, Dr Rameez, dan Presiden MECCA, Haji Hamid.

Forum: Mencari Salahuddin. Dikendali oleh Dr Faiz yaman serta Panelis terdiri dari perunding Aman Palestin iaitu Ustaz Nadzri Musnman dan Dr Zainurrrasyid Zainuddin

Para Peserta RSP'11

Item Pertama Live Bidding

Share

Delegasi ISMA Pusat berkongsi tentang tarbiyah dan kepentingannya kepada pelajar
MELBOURNE, 11 sept- Bertempat di Pelham Musolla, Melbourne University, sebuah sesi perkongsian bertajuk “Peranan dan kepentingan Tarbiyah yang Menyeluruh dalam Pembentukan Individu Muslim” telah diadakan antara wakil delegasi ISMA Pusat yang juga merupakan pimpinan ISMA Pulau Pinang, Dr Norhasimah Ismail, bersama hampir 30 orang pelajar perempuan yang sedang menuntut di university sekitar Bandar Melbourne.

Program anjuran ISMA Australia ini diadakan bertujuan menjelaskan peri penting tarbiyah dalam kehidupan seorang pelajar. Menurut Dr Norhasimah, tarbiyah yang merupakan sebuah proses perubahan diri yang beransur-ansur, berterusan, bermatlamat dan menepati fitrah amat penting dalam membentuk jati diri individu muslim.  Menurut beliau lagi, proses pembentukan 10 ciri individu muslim yang bertitik tolak dengan kemahuan diri sendiri ini merupakan asas kepada perubahan dalam menuju matlamat agung seorang muslim iaitu memasuki syurga.

“Tarbiyah  yang menyeluruh sepatutnya menjadikan kita seorang pelajar cemerlang yang baik akhlaknya, seorang yang lebih baik dan berbakti kepada generasi yang akan datang dengan menyampaikan apa yang kita belajar”

Sesi perkongsian selama sejam itu diselitkan dengan sesi soal jawab sebelum berakhir. Soalan-soalan yang diajukan oleh peserta menunjukkan mereka berminat untuk memahami dengan lebih mendalam tentang tarbiyah. Selari dengan saranan beliau, ISMA Australia menyahut cabaran untuk terus komited dalam mentarbiyah masyarakat sekitar Melbourne bagi menjayakan agenda pembangunan ummah.

Wartawan

Media ISMA Victoria.

Share

Abang tunggu Mak kat sana ya…
Iqbal Farheen

Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah ‘reput’. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi Abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi Abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan Abang semakin kritikal. Perut Abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah ‘kedua’ Abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. Mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, “Insya-Allah, Abang akan sihat!” Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. Jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah. Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, “Abang nak apa harini?”

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, “Mak, Abang nak naik kereta bomba!”

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, “Balai bomba!”

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, “Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk ‘pergi’! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!” Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, “Abang nak apa?”

Abang pun jawab: “Abang nak naik lori sampah!” Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

“Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?” Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

“Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!” Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

“Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!” Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu adasurprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr. Adura rajin menulis mengenai kisah abang di dalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, “Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika.”

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

“Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!”

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

“Abang, tu tengok kat luar tu? Nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?” Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

“Abang ngantuk!” Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. “Bang, jom naik. Abang nak ‘tidur’! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, “Makkk..sakit perut..!”

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

“Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!” Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

“Kakak! Kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!” Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

“Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..”

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas…

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, “Tenanglah Abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang… tunggu mak kat sana ya! Di syurga!”

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli Syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi ‘kaya’ dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan, kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segala-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi… mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan ‘mati’ apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.

Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

(Artikel kiriman Aslam A. Ghani MRSM Kuantan)

depetik dari blog http://inijalanku.wordpress.com

Share