Sumbangan Mangsa Kebakaran

Satu kejadian kebakaran di Pulai Chondong, Machang, Kelantan telah meranapkan 20 buah rumah kedai serta 2 buah rumah kediaman  hanya dalam masa sejam pada 20 Februari 2010 yang lalu. Antara mangsa yang turut terlibat dalam kejadian tersebut merupakan ahli keluarga salah seorang penuntut di Monash University, Clayton. Sehubungan dengan itu, ISMA Australia memohon warga Malaysia di Australia untuk sama-sama menghulurkan bantuan  demi meringankan bebanan keluarga beliau yang telah kehilangan  tempat tinggal & mata pencarian.

Selamat Datang Dayang Asma’

Bumi Melbourne telah menerima kedatangan seorang bayi bernama Dayang Asma’ binti Abang Ikhwan yang dilahirkan di hospital besar The Women’s.  Beliau merupakan anak pertama kepada pasangan ahli ISMA Australia – Victoria iaitu Abang ikhwan Abang Othman dan Nurul Akmar Ramli.

Ucapan Tahniah Buat Pasangan-Pasangan Pengantin Baru

ISMA Australia ingin mengucapkan tahniah buat pasangan Wan Muhd Riduan Wan Jaffar dan Nik Shahrina Nik Ahmad Ariff serta pasangan Ahmad Muslim Ahmad Roslan dan Nur Izzati Othman kerana telah melangkah ke alam baitul muslim pada 27 Disember 2009 dan 9 Januari 2010.

Adelaide Meriah Dengan Orang-orang Baru!

Adelaide, 18 Nov. – Tahun 2009 merupakan tahun yang penuh dengan kejutan terutama sekali di Adelaide apabila ia tiba ke penghujungnya.