ISMA Australia » Komuniti
Bangsa Perkasa Bermula dengan Keluarga yang Sejahtera – Ustaz Halim
Shah Alam – Forum Keluarga Muslim anjuran Biro Wanita dan Keluarga ISMA Shah Alam & Klang (SAK) dengan kerjasama Biro Baitul Muslim ISMA SAK dan Persatuan Belia Islam (PEMBINA) Selangor telah diadakan dengan jayanya di Kompleks Yayasan RESTU, Taman Seni Islam, Shah Alam. Kehadiran seramai hampir 120 peserta, melebihi sasaran yang dijangkakan dan majoriti peserta adalah bujang yang rata-ratanya berazam untuk membina keluarga Islam (Baitul Muslim).
Majlis telah dirasmikan oleh Yang Dipertua ISMA SAK, Dr. Amirudin Abd Wahab dengan diikuti oleh slot pembentangan kertas utama dan slot forum. Untuk slot yang pertama, bertajuk “Bait Muslim” disampaikan oleh Ustaz Abdul Halim Abdullah, Naib Presiden ISMA  sementara slot forum dikendalikan oleh Ketua Biro Pembangunan Sumber Manusia ISMA SAK, Ustaz Mohd Azrin b Shamsudin dengan ahli panel yang terdiri daripada Ustazah Norakhilah Baharin, Ketua Wanita ISMA Perak dan Encik Shahril Sharip Atiqi dari Sekretariat Luar Negara ISMA (SEKTAR).
Sebagai mukaddimah kertas kerja Bait Muslim, Ustaz Abdul Halim banyak menekankan kepada perlunya pemahaman yang jelas terhadap konsep & matlamat Bait Muslim itu sendiri bagi memahami aspek positif dan menangani elemen-elemen negatif berkaitannya serta halatuju, wasilah, cabaran serta bekalan dan persiapan yang di perlukan dalam membina baitul muslim ini.
Menurut Ustaz Halim, kini musuh-musuh Islam telah menembusi benteng kubu terakhir umat Islam iaitu di peringkat individu muslim. Mereka telah melalaikan kita dengan pelbagai hiburan yang melampau dan melalaikan disamping merencanakan agenda-agenda yang telah menjadikan umat Islam kita rata-ratanya tidak tahu apakah fungsi dan peranan utama mereka hidup di bumi Allah ini.
“Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlanjutan. Setiap kita bertanggungjawab untuk membina semula tamadun Islam yang agung ini bermula di institusi kekeluargaan selepas individu Muslim yang menepati saranan Islam sebenarnya. Tugas ini cukup besar dan berat yang memerlukan kita bersedia dari pelbagai aspek seperti kefahaman agama yang jelas, fizikal, spiritual dan material ” ujar beliau lagi.
Selain itu, pembentang menerangkan betapa pentingnya pengetahuan hukum hakam serta panduan menentukan ciri-ciri pemilihan pasangan bagi memastikan penerusan tarbiyyah dan dakwah yang lebih mapan dan jitu. Perkongsian pengalaman beliau yang telah membina baitul muslim pada usia yang muda di luar negara dengan contoh-contoh menarik dari pengalaman beliau dalam melayari baitul muslim disamping aktif di medan amal.
Slot forum telah menyajikan perbincangan yg lebih telus dan spesifik  dalam tajuk-tajuk memilih pasangan. Antaranya ciri-ciri calon isteri atau suami, batas-batas perhubungan semasa bertunang, adat-adat yang digalakkan dalam Islam serta, adat hantaran masyarakat Melayu, istilah ”sekufu”, bakal isteri lebih tua, isteri lepasan ijazah, suami lepasan SPM. Beberapa soalan dari peserta juga telah menyemarakkan lagi perbincanagn pada petang tersebut. Individu muslim yang aktif dengan dakwah perlu membuat persedian supaya jelas apabila melangkah ke alam rumahtangga dan seterusnya membina  keluarga dan melahirkan zuriat yang terbentuk daripada jati diri dalam diri mereka. Seiring dengan kata-kata bijak pandai,i nsan-insan yang cemerlang dilahirkan daripada keluarga yang cemerlang.
Di samping itu, program ini juga telah memberi panduan kepada mereka yang mempunyai anak-anak  dan sedang meningkat dewasa. Apakah tindakan yang sewajarnya yang harus diambil oleh ibu bapa dalam mencari pasangan untuk anak-anak. Apakah keutamaan yang harus diambil berat dan banyak lagi.
Forum tamat pada jam 6.00 petang di mana beberapa  peserta merasai masa agak suntuk dan mencadangkan perlunya satu daurah khas bagi membincangkan tajuk Baitul Muslim ini. Moga usaha menjalankan forum ini dapat membantu ahli ISMA membuat persediaan ke arah pembinaan keluarga muslim dan seterunya pembinaan masyarakat muslim yang jelas halatuju dan tanggungjawab penciptaan mereka di muka bumi ini. InsyaAllah.
Sumber: Laman Web ISMA Shah Alam & Klang
Persiapan membentuk pelapis duat
Persiapan membentuk pelapis duat
Persiapan membentuk anak-anak di umur sekolah rendah untuk menjadi pelapis duat di masa akan datang.
Senario 1
Sewaktu melihat berita di kaca TV mengenai serangan kejam Israel yang tidak berperikemanusiaan ke atas penduduk Palestin, terkeluar dari mulut si ibu;
“Sedihnya hati Umi melihat penderitaan rakyat Palestin, setiap hari dizalimi Yahudi Laknatullah.”
Tiba-tiba mencelah Mujahid yang berusia 6 tahun, “Bila kita nak pergi ke Palestin Umi?”
Terkejut Umi mendengar soalan yang diajukan, lalu bertanya, “Bukankah mereka sedang berperang? Along tak takut mati ke?”
Jawab si anak, “Along pun nak mati syahid juga, Umi. Takkan anak-anak di Palestin je yang boleh mati syahid. Along pun nak masuk syurga juga seperti mereka….”
Terkedu si ibu mendengar jawapan along yang penuh kesungguhan dan keikhlasan itu.
Senario 2
Sedang keluarga Encik Amran berehat-rehat sambil menonton program realiti hiburan di kaca TV petang Sabtu itu, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kedatangan kedua ibu-bapanya dari kampung.
Encik Amran dan isterinya Puan Laili bersalaman dengan mereka dan mempersilakan keduanya masuk. Puan Laili memanggil ketiga-tiga orang anaknya yang berusia di antara 3-12 tahun untuk bersalaman dengan datuk dan nenek itu. Anak yang bongsu, Farah berlari-lari datang memeluk kedua orang tua itu, tetapi kedua-dua abangnya masih tidak berganjak dari peti televisyen.
“Kejap lagi Along dan Angah tu datanglah bersalam dengan mak dan ayah. Mereka berdua tu memang tidak boleh ‘miss’ program kegemaran mereka. Jika sedang menonton televisyen jangan diharap nak minta tolong apa-apa” jelas Puan Laili.
“Budak-budak zaman sekarang biasalah begitu….” jawab neneknya ringkas.
“Si Farah ni, nampak saja kecil mak. Tapi semua tarian dan lagu-lagu yang ditonton di TV tu boleh ditirunya, memang nampak sangat bakat dia,” tambah Puan Laili merujuk pada anak bongsunya.
Datuk dan nenek hanya berpandangan di antara satu sama lain tanpa berkata sepatah jua pun….
Persoalannya di sini ialah: Apakah persiapan dan peranan kita sebagai ibu bapa dalam membentuk anak-anak amanah Allah untuk menjadi generasi pelapis duat? Marilah kita para murabbi terutama ibu bapa memahami realiti (waqi’) kehidupan kita hari ini dengan penuh kesedaran, agar segala tindakan yang diambil adalah betul dan tepat.
Allah berfirman dalam Surah At-Tahrim, ayat 6:
“Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya terdiri dari manusia dan batu…”
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Kewajipan orang tua terhadap anaknya ialah memberikan nama yang baik, memperelokkan akhlaknya, mengajar kepadanya membaca dan menulis, mengajar ilmu berenang……” (riwayat al-Hakim)
Sabda Baginda lagi:
“Tiap-tiap anak itu dilahirkan mengikut fitrahnya, maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikan sama ada Yahudi, Nasrani atau Majusi…..” (Bukhari & Muslim)
Menurut Imam Al-Ghazali:
“Anak-anak merupakan nikmat kurniaan Allah s.w.t. kepada orang tuanya. Hati mereka suci ibarat sebutir permata yang boleh dibentuk mengikut sesuka hati pengukirnya. Anak-anak merupakan amanah Allah kepada orang tuanya dan mereka wajib mendidiknya dengan sempurna.”
Ciri-ciri Pendidik
Untuk menerapkan nilai-nilai Islam kepada kanak-kanak sehingga akhirnya mereka berupaya memikul tanggung jawab sebagai pelapis duat, memerlukan penyusunan yang teliti, kesungguhan dan kemampuan mengedalikannya. Para murabbi, yakni orang yang terlibat dalam pendidikan anak-anak ini seperti ibu bapa atau guru-guru hendaklah terlebih dahulu memahami beberapa konsep dan matlamat Pendidikan Islam (Tarbiyatul Islamiyah) itu sendiri. Mereka juga perlu memiliki ciri-ciri yang tertentu untuk memudahkan diri mereka memikul tanggungjawab yang berat dan mencabar ini. Di antara sifat-sifat yang harus dimiliki oleh seseorang pendidik adalah:
1.	Memiliki ilmu pengetahuan (termasuk ilmu keibu-bapaan) yang sahih
2.	Sentiasa bertaqwa kepada Allah
3.	Memahami tabiat anak-anak
4.	Merasa bertanggung jawab
5.	Ikhlas
6.	Sabar
7.	Komited (bersungguh-sungguh)
8.	Istiqamah
Firman Allah (Al-Anfal: 27):
“Hai orang-oarang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang diberikan kepada kamu.”
Matlamat Pendidikan Islam
Matlamat Pendidikan Islam ialah untuk melahirkan generasi manusia salih yang berpegang teguh dengan Islam dan mampu melaksanakan tanggungjawab amar makruf dan nahi mungkar.
Firman Allah (At-Taubah: 112):
“Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang melawat, yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’aruf dan mencegah berbuat mungkar, dan yang memelihara hukum-hukum Allah…”
Di antara matlamat umum yang ingin dicapai dalam pendidikan kanak-kanak adalah:
1. Memberi kesedaran dan kefahaman tentang tugas kanak-kanak di dunia ini.
2. Menanam bibit-bibit kecintaan kepada Islam dan merasa bahawa diri mereka adalah milik Islam.
3. Mendidik dan membentuk sehingga mencapai keperibadian yang seimbang.
4. Membimbing dan mempersiapkan kanak-kanak dengan beberapa kemahiran yang membolehkan mereka memberi sumbangan untuk masyarakat sekeliling.
Pendidikan kanak-kanak ini juga akan melalui beberapa tahap atau peringkat. Tiap-tiap peringkat ini mempunyai matlamat dan tujuan tertentu yang ingin dicapai. Para pendidik mestilah bekerja sedaya upaya untuk mencapai matlamat di setiap tahap supaya apabila tiba masanya,  mudahlah kanak-kanak itu ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi tanpa menemui sebarang kesulitan. Melentur buluh hendaklah di waktu rebungnya. Tidak dapat dinafikan bahawa mendidik anak-anak sebelum mereka menjadi rosak, adalah lebih baik daripada memperbaiki anak-anak yang telah rosak akhlaknya.
Ibnul Al-Jauzi berkata:
“Pembentukan anak yang utama adalah pada waktu kecilnya, maka apabila seorang anak dibiarkan melakukan sesuatu yang kurang baik dan kemudian menjadi kebiasaannya, maka akan sukarlah memperbetulkannya apabila telah dewasa.”
Aspek-aspek Pentarbiyahan Yang Harus Diberi Penekanan
Untuk melahirkan anak-anak yang berjiwa ‘teguh’ terhadap Islam, berkeperibadian seimbang, berilmu pengetahuan dan bertaqwa, maka mereka seharusnya menerima pendidikan yang menyeluruh dan seimbang. Justeru itu bahan-bahan pendidikan yang disediakan oleh para murabbi hendaklah menyentuh semua aspek yang diperlukan bagi mencapai kesempurnaan hidup manusia.
1. Pendidikan Kerohanian
a) Penerapan iman dan aqidah Islam
b) Pendidikan akhlak yang mulia
2. Pendidikan Kesihatan Jasmani
a) Menjaga kebersihan
b) Melindungi tubuh dari penyakit
c) Memelihara makanan dan minuman
d) Menjauhkan diri dari memuaskan nafsu syahwat dengan cara haram
3. Pendidikan Aqal
a) Mempelajari ilmu pengetahuan untuk mendekatkan diri kepada Allah
4. Pendidikan Untuk Mencapai Kemerdekaan Jiwa
a) Mendidik kanak-kanak berdikari dan memiliki harga diri
5. Pendidikan Pergaulan Dengan Masyarakat.
a) Mendidik tentang hak-hak masyarakat
- hak-hak ibu bapa
- hak-hak kaum kerabat
- hak-hak jiran tetangga
- hak-hak guru
- hak-hak orang yang lebih tua
b) Mendidik dengan adab-adab
- adab ketika makan dan minum
- adab ketika bersalam
- adab meminta izin
- adab dalam majlis
- adab ketika berbicara
- adab ketika bergurau
- adab memberi tahniah
- adab menziarahi orang sakit
- adab memberi takziah
- adab ketika bersin dan menguap
6. Pendidikan Pergaulan Antara Jantina
a) adab meminta izin
b) adab memandang antara lelaki dan perempuan
c) pemisahan antara lelaki dan perempuan
d) mendidik hukum-hukum atau ketentuan-ketentuan di peringkat awal remaja dan seterusnya
7. Kemahiran Mempersiapkan Dengan Kemahiran Yang Diredhai Allah
Untuk menjamin kejayaan proses pembentukan anak-anak di umur sekolah rendah ini sebagai pelapis duat, para ibu bapa perlu memberi penekanan dan melaksanakan beberapa perinsip, di antaranya ialah:
1. Memberi pendedahan awal kepada anak-anak terhadap aktiviti-aktiviti dakwah ibu bapa
2. Melibatkan anak-anak dengan kerja-kerja amal kebajikan terutama oleh masyarakat setempat.
3. Memastikan usrah keluarga berjalan lancar dan memberi kesan pada setiap ahli keluarga.
4. Menyediakan biah yang solehah, samada di rumah, di sekolah dan di mana saja tempat yang dikunjungi anak-anak
5. Mengambil tahu dan memantau kenalan dan kawan-kawan anak-anak
Penutup
Wahai ibu bapa, sedarlah bahawa anak-anak buah hati kita sedang berhadapan dengan pelbagai ancaman dari segenap sudut, baik di alam nyata mahupun di alam maya. Janganlah sekali-kali kerana kesibukan duniawi dan sikap lepas tangan para ibu bapa membuatkan pentarbiyahan anak-anak kita terabai, sehingga hidup mereka tidak berhaluan, terumbang-ambing seperti kapal yang dilambung ombak. Anak-anak akan hidup melarat tanpa pimpinan dan pegangan dan akhirnya terjebak ke dalam seribu satu macam kemungkaran.
Firman Allah s.w.t. (Al-Furqan: 74 ):
“Dan orang-orang yang berkata: Ya Tuhan kami, kurniakan kepada kami isteri-isteri kami, dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)….”
Dalam ayat di atas, Allah s.w.t.menerangkan bahawa orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang memohon kepada Allah supaya mengeluarkan zuriat dari sulbi mereka sebagai anak cucu yang solih, taat kepada Allah, beribadah hanya kepadaNya dan tidak mensyirikkanNya. Dengan melakukan segala amalan itu barulah mereka menjadi penyenang hati di dunia dan akhirat. (Tafsir Ibnu Kathir)
Imam Hassan Al-Basri bila ditanya tentang ayat ini, beliau berkata, “Allah melihat kepada seseorang hamba muslim itu apabila isterinya, saudaranya, anak-anaknya, teman-temannya taat kepada Allah. Tidak! Demi Allah, tidak ada yang lebih menyenangkan hati bagi seseorang hamba yang mukmin itu melainkan ia melihat anak-anaknya, cucunya, saudaranya, teman-temannya semua taat kepada Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesungguhnya Allah akan bertanya (meminta pertanggungjawab) kepada sesiapa yang diberi tanggungjawab, samada ia melaksanakannya atau mengabaikannya, sehingga Dia akan meminta seorang lelaki itu bertanggungjawab ke atas ahli keluarganya.” (Riwayat Ibnu Hibban)
Wallahu’alam.
Sumber: Blog Wanita ISMA Pahang
Sumbangan Mangsa Kebakaran
Satu kejadian kebakaran di Pulai Chondong, Machang, Kelantan telah meranapkan 20 buah rumah kedai serta 2 buah rumah kediaman  hanya dalam masa sejam pada 20 Februari 2010 yang lalu. Antara mangsa yang turut terlibat dalam kejadian tersebut merupakan ahli keluarga salah seorang penuntut di Monash University, Clayton. Sehubungan dengan itu, ISMA Australia memohon warga Malaysia di Australia untuk sama-sama menghulurkan bantuan  demi meringankan bebanan keluarga beliau yang telah kehilangan  tempat tinggal & mata pencarian.
Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun BIJAK- ISMA:
BSB: 062692
No akaun: 10515223
Untuk maklumat lanjut berkenaan kejadian, layari: http://www.nst.com.my/articles/29firee/Article/index_html
Selamat Datang Dayang Asma’
Pada tanggal 3 Januari 2010 bersamaan dengan 17 Muharram 1431, bumi Melbourne telah menerima kedatangan seorang bayi bernama Dayang Asma’ binti Abang Ikhwan yang dilahirkan di hospital besar The Women’s.  Beliau merupakan anak pertama kepada pasangan ahli ISMA Australia – Victoria iaitu Abang ikhwan Abang Othman dan Nurul Akmar Ramli.
Ketika ditanya tentang nama anaknya itu, saudara Abang Ikhwan berharap bahawa Dayang Asma’ akan dapat mewarisi sikap ketabahan Asma’ binti Abu Bakar yang jelas terserlah terutamanya semasa membantu penghijrahan nabi Muhammad SAW. Ketika itu Asma’ binti Abu Bakar yang sedang mengandung 9 bulan memanjat Bukit Tsur untuk menyampaikan makanan kepada Nabi Muhammad SAW dan juga Abu Bakar.
Abang Ikhwan juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaaan kepada semua warga Melbourne yang telah banyak membantu dan memberikan sokongan kepada keluarga mereka. “Saya kadang-kadang rasa hairan apabila melihat di sekeliling saya…ya, saya ni bukan berada di kayangan! Tapi kemurahan budi pekerti yang ditunjukkan oleh semua pihak amat mengharukan kami sekeluarga”, ujar Abang Ikhwan.
Pihak ISMA-Australia merakamkan setinggi tahniah kepada pasangan Abang Ikhwan dan Nurul Akmar atas kelahiran cahaya mata tercinta. Semoga Dayang Asma’ akan menjadi seorang solehah dan dapat membantu memartabatkan generasi yang akan datang. insyaAllah.
Oleh:
Mohd Farhan Abd Latep
Media ISMA Australia
Ucapan Tahniah Buat Pasangan-Pasangan Pengantin Baru
ISMA Australia ingin mengucapkan tahniah buat pasangan Wan Muhd Riduan Wan Jaffar dan Nik Shahrina Nik Ahmad Ariff serta pasangan Ahmad Muslim Ahmad Roslan dan Nur Izzati Othman kerana telah melangkah ke alam baitul muslim pada 27 Disember 2009 dan 9 Januari 2010.
“Barakallahu lakuma, wa baarik alaikuma, wa jamaa bainakuma fil khair.”
Semoga baitul muslim yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.
Adelaide Meriah Dengan Orang-orang Baru!
Nailsworth, 18 Nov. – Tahun 2009 merupakan tahun yang penuh dengan kejutan terutama sekali di Adelaide apabila ia tiba ke penghujungnya.
Pada 16 November baru-baru ini, Adelaide dikejutkan dengan kelahiran seorang bayi comel, Muhammad al-Fatih. Kelahiran al-Fatih disambut dengan penuh kesyukuran oleh pasangan suami isteri, Mohd Aznan dan Shila yang hampir setahun hidup bersama. al Fatih dilahirkan di Women and Children Hospital (WCH) pada jam 8.21 malam.
Sebelum al Fatih, Adelaide juga telah pun menerima kehadiran ‘orang-orang’ baru dalam hidup beberapa orang pasangan suami isteri di sini. Antaranya pasangan bahagia Rozanizam dan Suzeana yang dikurniakan seorang puteri, Husnun Nasihah pada 11 Jun. Rozanizam ialah Setiausaha Agung ISMA Australia, manakala Suzeana merupakan Timbalan Ketua Biro Penerangan & Multimedia ISMA Australia.
Selain itu, kehadiran puteri Iffah pada 6 November lalu juga telah menambahkan seri dalam rumahtangga yang telah dibina oleh pasangan Ekram dan Haniza. Juga pasangan bahagia Zul dan Shazana dengan kelahiran anak sulung mereka, Saifuddin.
Untuk pengetahuan, Majlis Tahnik Iffah telah pun diadakan pada hari Sabtu yang lalu di kediaman Dr Mohamad Zaki, Pengerusi ISMA Australia.
Belum terlambat lagi buat kami, warga-warga Adelaide, untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan suami-isteri yang baru memperolehi cahaya mata yang pertama di bumi Adelaide ini. Kami amat mengharapkan agar generasi-generasi baru ini dapat dididik dengan penuh kasih dan akan menjadi insan yang soleh dan solehah pada masa akan datang, insyaAllah!
Media ISMA Australia