Penyelarasan Gerak Kerja MISSA Di Bawah ISMA Australia

Berkuatkuasa secara rasminya bermula  8 Februari 2010, Malaysian Islamic Society of South Austalia (MISSA) menjadi “Rakan ISMA Australia (South Australia)”. Berikutan itu, segala gerak kerja MISSA akan diselarikan dengan gerak kerja ISMA South Australia.

ISMA Sokong Kenyataan Datuk Nik Aziz Mahu PAS, UMNO Berbincang

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menyokong kuat dan amat mengalu-alukan kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS, yang mahukan PAS dan UMNO duduk berbincang mengenai isu-isu berkaitan Islam dan Melayu serta menamatkan pertengkaran yang berlanjutan selama 50 tahun yang tidak membawa apa-apa faedah.

Isu Surau Dibakar – ISMA Seru Semua Pihak Beri Perhatian Pewajarnya

Belum pun reda isu pembakaran gereja rentetan daripada kontroversi keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik, Herald menggunakan kalimah Allah di dalam terbitan mereka, kini berlaku pula insiden pembakaran dua buah surau di Muar. ISMA memandang isu pembakaran surau ini dengan penuh keprihatinan dan menyeru agar semua pihak memberi perhatian yang sewajarnya, sama seperti yang berlaku kepada gereja.

Kenyataan Media “Konvensyen Pemikiran Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa”

Berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) berkenaan dengan Konvensyen Pemikiran Al-Banna Dalam Melakar Agenda Bangsa yang akan diadakan di Putrajaya, Sabtu ini.

Perutusan sulung Mursyid Ikhwan Muslimin ke-8, Dr. Mohammed Badee’

Pada pukul 11.00 pagi waktu Malaysia, 16 Januari yang lalu, Ikhwan Muslimin telah mengumumkan Mursyid Am barunya iaitu Dr Muhammad Badi’ Abdul Majid Samy, 67 tahun. Beliau adalah Mursyid Am Kelapan bagi jemaah Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Mursyid Am Pertama, Imam Hasan Al-Banna pada tahun 1928. Dr Muhammad Badi’ menggantikan Mursyid Am Ketujuh, Ustaz Mahdi Akef yang tidak berhasrat menyambung jawatannya apabila umurnya melebihi 80 tahun. Berikut adalah perutusan sulung beliau sebagai Mursyid Am Kelapan.

Kenyataan Rasmi ISMA Mengenai Isu Penggunaan Kalimah Allah

Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) merasa kesal dan memandang berat terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik, Herald – The Catholic Weekly menggunakan kalimah “ALLAH” di dalam terbitan mereka. Keputusan ini dilihat akan memberikan implikasi yang besar kepada perkembangan pengaruh agama Kristian di kalangan umat Islam terutama generasi muda negara ini.

Tekad 2010 ISMA Terus Berperanan di Pentas Perdana

Fajar 2010 telah menyingsing,

ISMA Kutuk Pembinaan Tembok Pemisah di Sempadan Mesir-Palestin

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengikuti perkembangan mutakhir di Palestin dengan penuh keprihatinan, kebimbangan dan harapan, dengan memanjatkan doa kepada Allah SWT semoga umat Islam di Palestin sentiasa dibekalkan dengan kekuatan dan ketabahan. Pembinaan tembok pemisah bawah tanah di sempadan Gaza-Mesir oleh kerajaan Mesir merupakan episod terbaru dalam siri-siri penindasan terhadap umat yang mempertaruhkan nyawa mereka [...]

Tahniah Buat ISMA Eropah!

ISMA Australia mengucapkan tahniah dengan kewujudan satu lagi cawangan Ikatan Muslimin Malaysia di luar negara, ISMA Eropah. Semoga dengan kehadiran ISMA di sana dapat memantapkan lagi dakwah, tarbiyyah dan ukhuwwah sesama masyarakat muslim Malaysia di sana, khususnya golongan penuntut universiti di UK, Ireland, Czezch, Perancis dengan German.
ISMA Australia juga tidak lupa untuk mengucapkan tahniah buat [...]

Pengumuman Eid-ul-Adha 1430 / 2009 dari Board of Imams Australia

Berikut merupakan pengumuman tarikh Hari Raya Eiduladha oleh Board of Imams Australia, dipetik dari laman web Islamic Council of Victoria.

The Astronomical New Moon is on November 16, 2009 (Monday) at
19:14 UT. This moon cannot be seen anywhere in the world.
Hence  according to astronomical  calculations, the month of
Zul Hijja 1430 will begin on Wednesday 18th November [...]

Selamat Maju Jaya – Puan Haslina

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua,

Terima kasih kepada pihak ISMA-Australia cawangan Victoria kerana memberi peluang untuk saya menyampaikan sepatah dua kata sebagai amanat kepada para pelajar yang bakal menempuh musim peperiksaan tidak lama lagi.

ISMA Seru Umat Islam Bersatu Pertahankan Al-Aqsa

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengikuti perkembangan mutakhir di bumi al-Aqsa dengan penuh prihatin, kebimbangan dan harapan, dengan memanjatkan doa kepada Allah swt semoga pejuang-pejuang Palestin yang mempertaruhkan nyawa mereka dan berada di barisan hadapan bagi mempertahankan tanah suci Islam ketiga itu sentiasa dibekalkan dengan kekuatan dan ketabahan.

Ucapan Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Australia, Dr Mohd Nasir Abu Hassan

Ucapan Pengarah MSD Australia, Dr Mohd Nasir Abu Hassan, sempena kemerdekaan yang lepas dan Hari Raya Aidilfitri.

Salam Aidilfitri Daripada ISMA Australia

Seluruh tenaga kerja Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA-Australia) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H kepada semua warga muslim Australia.

Ucapan Takziah buat Puan Haslina dari ISMA Australia

Dukacita dimaklumkan bahawasanya abang kandung Puan Haslina (JPA Student Advisor, Sydney) telah pulang ke rahmatullah.Diharapkan agar para pelajar tajaan, terutamanya pelajar tajaan JPA dapat memberikan sedikit masa untuk membaca al-Fatihah kepada abang kandung Puan Haslina.

Next Page »